Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, April 18, 2011

presentation


lama sudah tak citer kat blog ni..alasannya satu.."M"..bila penyakit "M" sudah datang, maka idea2 untuk tulis blog ditangguh untuk entry akan dtg..


alhamdulillah, masih bersiaran di lab instrument, kuliyyah engineering, iium..sunyi btul bila final exam dah abis..student dah takde..yang tinggal lecturer dgn budak2 postgraduate..itu kalau yang bz dgn research, kalau yang still ada coursework, masih bergoyang kaki di kampung masing2..aku juga yang belum menjejaki kaki ke umah mak ayah aku, even 5 hari ayah aku tak pi keje..kerana demam..bila ku ckp ayah demam sbb rindukan aku n adik2..cpt2 my husband bagitahu aku bhwa ayah aku rindukan cucunya sofiya..ye la sofiya la satu2nya cucu yang ada dalam keluarga kami, baik belah aku atau belah husband aku..jadi rebutan..


apapun entry aku kali ni mahu berceritakan pasal presentation last week..alhamdulillah, sudah settle presentation aku tu, tapi aku nak citer ada satu brother ni, present..tetiba tajuk researchnya dipersoalkan oleh HOD PG kuliyyah engineering..aku hairan gak, kenape baru hari ni my HOD PG mempertikaikan tajuk budak tu sdgkan dah kali ke-2 dia present..kalau aku kena hentam, tahan lagi ni..ni tak..my HOD nak, kalau tajuk reserch mst ada "DESIGN AND DEVELOP"..kalau tak reject...budak tu mmg takde tajuk camtu..tajuk ia lebih kurang analysis..so mmg blur la budak tu bila dihentam hebat oleh HOD PG..SV budak tu macam blur and tension la bila anak buah dia kena hentam..nasib baik aku present HOD PG aku takde...bertuah badan..kalau tak sure kena hentam kan!


perjalanan buat slide mmg nak menangis jugak la..aku tunjuk slide aku kat SV b4 sehari presentation..ye la, dah SV aku nak tgk hari tu..tup2 masa tunjuk slide, banyak lak kena add...pening jap, dhlah aku sampai uia lambat, maklum la pagi tu aku pi sek seksy 9 shah alam..my hubby ada test MUET..huhu..baru nak amik MUET suamiku itu..memang melangut la aku dgn aiq kat sana menunggu cik husband...


sambil menunggu kat sana, sambil memerhati gelagat budak2 sek...maklum la dah 11 tahun meninggalkan alam sekolah..sure banyak memori akan terlintas bila tgk budak2 skrg sekolah..sekolah tu ada budak2 khas..sempatlah aku melihat terlatah bebudak ni...ada yang pendiam, berlari sorg2, melompat sorg2, bersendirian, ada juga yang tak berhenti bercakap..mungkin dr fizikal kite lihat dia budak normal, tapi hakikatnya tidak..terasa kerdil dengan pelbagai ciptaaan Allah..alangkah beruntungnya apabila melihat sesuatu yang berlaku di sekeliling kita, kita kaitkan dengan Pencipta kita...


mmg 1st time aku balik lambat dr uia..jam 5.15 ptg baru bertolak, selalunya 3.30 atau 4 ptg dah bergegas tunggu bas..tapi hari tu aku TERPAKSA balik lambat...maklum la SV aku dtg nak wat experiemen..tp fail juga..takpe..dont give up..usaha tangga kejayaan...sampai je umah dah kul 6 lbh..after solat asar amik sofiya..lepas amik sofiya still menjalankan tugas as wife and mother..masak, cuci baju sofiya, masukkan baju sofiya dn segala bagai..


tapi nak citer la lagi, Allah masih membuka hatiku mahu pi usrah malam tu even tahu slide untuk presentation tuk esok masih belum sempurna lagi..ntah la, hati ku rasa nak pi sangat usrah..mmg buat masa ni, mst aku pi usrah husband anto..belum pi sendiri, alasannya dia tak berani biarkan aku dgn sofiya..mmg aku takkan tinggalkan sofiya dr mengikuti ku..maklum la sekarang dia masih nenen..tapi kalau dia tak nenen, aku ttp akan bawa dia ke usrah..biar kecil2 dah ditarbiyyahkan...


after balik usrah, terus buka laptop buat slide..tapi cabaran ttp ada, sofiya merengek untuk tdo bersama aku..sometimes rasa macam tension..mmg takleh buat keje bila sofiya menangis..even my hubby amik pun dia cry..nak tak nak aku amik, suakan nenen..tp tak tdo juga..dia mmg bijak..selagi ibu tak tdo, dia takkan tdo..tp takpe la..itu semua mematangkan diri ini..tak tahu la kalau study kat oversea...btul2 siap slide kul 2..tp smpat aku gosokkan baju aku berdua..then baru tdo...


sebelum present, kena present dpn SV..waduh2..banyak step ya!!tapi alhamdulillah..berjaya..syok jga tgk org lain present dgn tajuk reseach masing2..dpt banyak info..aku dok kat situ sampai last presenter..most of them masih di peringkat awal..dn kebnyakkan target, this year abis..insyaAllah, harap aku pun camtu..cuma kak annisa n bro farhan je target bulan 6 ni..mmg diaorg hampir abis..tinggal thesis kot..apapun good luck to all my friend...tak sabar nak abis master ni..lepas ni bleh la sambung pHd lak..kawan2 uia yang sambung pHd..baru 3 org..tp semua sambung kat oversea..UK maaa..aku pun kena simpan cita2 tu...


apapun thanks to Allah yang permudahkan urusan presentation aku hari khamis lepas..bukan alasan bila pi usrah kita takleh wat yang terbaik..itu yang aku mahu highlight kan di sini..keje dakwah mst bersama tak kira masa susah atau senang..Allah maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..


No comments: