Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, December 29, 2009

keindahan itu indah

semalam, hati ini berbisik untuk meng'update'kan my blog..
alhamdulillah sudah hampir satu bulan lebih aku bergelar isteri kepada suamiku...
terlalu banyak untuk aku coretkan...

maafkan diri ini krn jrg menghabiskan masa diblog ini..masa banyak dihabiskan di facebook sahaja..
masyaAllah..

dulu, my blog penuh dengan citer kahwin..tp aku nak tukar topik pulak..selagi ada waktu aku ingin menulis, mencoretkan anything yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk semua termasuk diriku ini...

aku tak nak lalai lagi dengan kehidupan dunia yang sementara..aku cukup kagum dengan anak-anak al-amin, yang dah pandai memblog..menulis dengan kata2 untuk berdakwah because islam is our way..so that's way dakwah adalah kerja kita..bukan kerja orang lain.

sudah 12 muharram 1431, bermakna sudah 12 hari kita di tahun baru, cuma menanti 3 hari lagi untuk tahun baru masihi..apakan azam kita untuk tahun baru hijrah and masihi?? belum ada azam??

masyaAllah..perbetulkan diri kita..ingat kenapa kita dijadikan? sanggup kah kita bertemu pencipta kita dengan tangan kosong..kalau pi rumah orang, pandai pulak untuk kita bawa buah tangan..ini kita dengan Allah...


sempena tahu baru ini, marilah kita sama2 renungkan
i. hubungan kita dengan Allah, Rasulullah, ibu bapa dan family kita.
ii. Amalan wajib kita..sempurnakah solat kita? puasa macam mana?
iii. Amalan sunat seharian kita? mengaji? solat sunat?
iv. Amalan2 lain: Baca mathurat, puasa sunat, sedekah

Tuesday, December 8, 2009

kahwin sudah


my husband and i


before menjadi wife


antara barang hantaran yang dikasi


a nite before solemnazation


dah lama rasanya tak menulis di blogku..kenapa yer? maybe mood untuk menulis belum ada..so..maybe hari ini aku ingin coretkan perasaan ku ini..

hampir 2 week aku mendirikan rumah tangga tapi belum pernah aku masak untuk suamiku..hahaha..aku tinggal di rumah ibu iaitu mertuaku..susah untuk aku masak di rumah ibu sendiri..tak tahu nak cari barang kat mana..but kalau umah mak i..of course i can...agaknya dah tumpul masakan ku ini..bila la nak diasah semula...so jadi malas pulak nak memasak ya!!...

maybe suamiku rasa frust bila aku belum pernah masak untuk dia...hehehe..itu sebab dia buat kenyataan yang buatkan otakku makin serabut dgn hidup ini..hahahahaha..what kind that statement he told me????
i dunno...okey..agaknya i terlalu kebudak-budakkan hingga memeningkan kepala dia

okey, my master class dah start..3 hari seminggu..then petang semalam dah pi pun..so far so good..insyaAllah...i can do it for my master..yeah...

Thursday, November 26, 2009

kehidupanku

hari ni merupakan hari ke-5 aku hidup sebagai wife kpd en husband..besok raya korban..
aku korban kan untuk tidak beraya di rumah mak aku..
hari ni aku beraya di klang..di rumah ibu yang merupakan mak mertua ku...


sebenarnya banyak yang nak dicoleteh tapi keadaan yang tak mengizinkan..terlalu banyak yang dikongsi..macam mana majlis ku yang sederhana..majlis dlm suasana hujan..i will tell u later...
so hari ni sekadar mencoretkan yang biasa2 aje..nanti life dah normal, write again...

Wednesday, November 18, 2009

hujan










hujan mulai turun..Ya Allah, jangan la banjir masa majlisku nanti..kesian kepada pekerja2 ku nanti..walaupun majlis ku makin hampir..makin tak tahu nak buat apa...macam semua dah settle je...











malam ni malam ihtifal adikku..adikku berjaya dapat no 3..good for her...agaknya kalau rajin, sure la no 1...i must go for this majlis demi meraikan kejayaan adik bongsu ku...esok upsr kuar..mesti adik2 darjah 6 cuak kan...
sebenarnya hampir 3 bulan aku tidak menulis..sejak ibu masuk wad..alhamdulillah penantianku berakhir..ibu dah selamat laser hari isnin lepas..dan hari ini boleh kuar hospital..3 minggu di hospital..21 hari..apapun ia adalah salah satu kenangan yang mungkin tak dapat aku lupakan sempena majlis pernikahku..
aku kena terima hakikat..setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah ujianNya tidak kira masa sihat atau masih sakit...adakah bila kita betul2 dikurniakan kesihatan yang sihat..kita menghargai dan mensyukuri nikmat Allah..begitu juga sebaliknya..adakah kita terlalu melatah setaip dugaan ya Allah bagi..keimanan yang kuat tak kan membuat kita mengeluh dgn setiap ujianNya..

takde apa yang boleh coretkan dalam membuat persiapan majlis pernikahan ku..mungkin no mood to write and share perasaan before kahwin...sebenarnya banyak nak cerita..tapi belum masanya kot..



Tuesday, November 17, 2009

payahnya nak menulis

hari ni aku kena berucap..alamamak..pengucapan awam pulak..well..nampaknya tinggal 2 days i will be here..then i chow. :-P

well sebenarnya dah lama tak menulis..banyak gak reason nak kasi kalau nak kasi..first..sure la saya punye pc kat umah..internet asyik problem je...lagipun my solemnization bakal tiba..dup dap dup dap...so alhamdulillah semua macam get ready je..yang tinggal maybe makan minum je kot..hantaran pun hampir siap...

kalau cakap budget..memang la lari..tp nasib la ada duit yang di 'spend' kan..kalau ikut hati nak buat yang terbaik..nak bagi majlis ni perfect..tiada cacat celanya...
cuma bila hitung hari..tinggal 4 hari jer..ahad dah nak langsung..cuaknyer....kan best kalu majlis simple2 je..no baju..no makan2..nie buat door gift pun hampir 1000 paper bag...ya Allah..ramai betul kenalan mak ayah..subhanaAllah...

apapun try buat yang terbaik..bila cakap pasal perpisahan..memang akan terjadi..sedar tak sedar je..so terima la hakikat or realitynya memang itu yang akan jadi..dan perpisahan terakhir adalah kematian...

alamamak..dah kelam kabut penulisan ku..macam nak letak gambar barang hantaran..tapi takpe la..update kemudian...yang penting settlekan nikah..penyambungan di uia, ielts dan keje2 di politeknik ini............

Sunday, November 15, 2009

persiapan terganggu

lagi 8 hari bakal tiba hari pernikahan ku ini..tp ada banyak yang tak settle..especially my dress..
aduih..berbagai-bagai dugaan yang ditimpa untuk ku...banyak sangat ke dosa ku sehingga pelbagai dugaan terpaksa ku tempuhi..YA ALLAH, kasihani la aku..aku dah tak kuat untuk lalui nie semua...

tadi baru call tailor...dia cakap dengan happynya baju aku siap ahad depan..sedangkan aku nak pakai minggu depan..hari ahad..apahal aku di duga macam sekali..

ibu sakit..kenapa aku perlu lalui?? kenapa aku??? banyak sangat ke dosa aku...jahat sangat ke aku..tak terjawap aku...YA ALLAH..bantu la aku..

Thursday, November 5, 2009

tinggal lagi 17 hari

wow..begitu cepat masa berlalu? my preparation??? tak tahu la camne..
mak dia masuk ICU..masa tulis blog still kat ICU...tak tahu apa yang teruk sangat..
andainya dungun ke HKL dekat..awal2 aku dah melawat...



aku bukan tak nak melawat..tapi aku ni terlalu emo..sensitif lebih..itu sikap diriku sejak aku kecil..masa aku kecil dulu, kalau ayah pi kuala terengganu, aku akan akan intai di tingkap bilikku lihat di jalan, kenapa ayah tak balik lagi..sungguh cuak aku masa tu..aku risau ape2 akan jadi pada aku...sehingga aku menangis..itu yang pasti...perangai ku jadi sampai la aku meningkat dewasa...sayang tak aku pada ayah??? ya of course...i love my dad...aku akan menangis andainya ayah sakit...



mak aku pun pernah masuk hospital..kerana salah makan ubat..benda happen 9 tahun lepas...tapi aku cakap kat ayah aku tak nak melawat mak..sebab aku ni emo...aku takut lihat penderitaan mak aku..aku takut lihat badan2 mak aku kena cucuk sana sini...maklum la masa tu aku terlalu advance berfikir sehingga lah memang aku tak jenguk langsung..aku tunggu mak kuar hospital...jahat ke aku?? yang penting aku sayangkan mak..i love you mum..



berbalik ngan mak dia, aku kenal mak dia hampir 6 tahun..nak cakap close sangat tak la..tp close la...aku masih ingat 1st time jupe mak dia...bertuahnya layanan aku ketika itu..sehingga lah aku pernah menumpang duduk umah dia kerana aku buat latihan praktikal kat sana. mengikut offer letter, tempat praktikal ada offer accomadation..tp rupanya tak..terpaksa la menumpang..3 bulan...masa tu aku makan je apa ibu masak..tak payah masak pun...hehehe..tp aku takde la goyang kaki...baju aku basuh sendiri la..yang aku buat ialah lipat baju family mereka...dok umah org, pandai2 la bawa diri...



tetiba kegembiraanku untuk bernikah disekat oleh ujianMU..pada hari khamis lepas, ibu cakap tak tahan..then dia bawak ibu ke hospital, buat test urine n darah, ibu telah disahkan menghidap batu karang..sakit yang memeritkan..tapi aku still sabar..once bila dengar ibu kena tahan kat hospital, mula la kepala ni pk macam2...dulu pun dia kena sakit tu..hampir 3 years dia sakit sampai satu sem fail 5 subjek..itu la kebesaran Allah..



tp aku still tertanya kenapa bila majlis ku tinggal tak sampai sebulan, ujian itu datang..tapi aku kena ingat itu ujianNya untuk aku lalui..sebab Allah tahu aku ni cukup kuat untuk lalui semua ini..selama 4 hari ibu di htar then skrg still kat hkl..masuk hari ni 8 hari ibu dah kat hospital..sungguh lama...tp hari ni perasaan ku sudah redha..selama seminggu juga aku bersedih dan tak bermaya..aku pun tak tahu kenapa aku tak cukup untuk lalui ujianNya sehingga aku menangis..btul2 menangis...aku dengan ibu belum ada ikatan persaudaraan..tp aku btul concern tentang ibu..mungkin ibu dan dia tak tahu keadaan diriku ketika ini sebenarnya...tiap waktu aku doakan kesejahteraan ibu..dan cepat dikeluarkan dari ICU seterusnya boleh balik umah...AMIN

aku kena buat something untuk preparation untuk majlis nikahku..teramat simple...so i need to do...i need to hard...



ok...stop la dulu...dugaanMu baru skit, kuatkan hati..semoga aku makin sayang mak, ayah, dan ibu...I LOVE THREE OF THEM...

Sunday, November 1, 2009

penyakit batu karang

dalam membuat persiapan, aku dapat tahu my future mother in law..terkena sakit buah pinggang..dalam tempoh 21 days lagi..mcm2 dugaan ku...
sebnarnya dalam tempoh 2 hari bercuti..bukan waktu rehat..tetapi berfikir tentang dugaan itu..
mudah-mudahan Allah permudahkan jalanku ini..amin

sambil2 tu aku cari fact tentang batu karang..

Apa itu batu Karang

” Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.“

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing

2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang
4) Tahap metabolisme seseorang
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Kekurangan pengambilan air minuman
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

TANDA-TANDA / SIMPTOM
1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang

2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG
1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.

Thursday, October 29, 2009

papan tanda

ini lah dia papan tanda yang bakal ku print..alhamdulillah..dah siap lagi my work..syukur..ni tunggu time nak balik..

hujan yang gerimis

alhamdulillah..syukur padaMu kerana permudahkan diriku untuk menjalankan tugas ku sebgai hambaMu..

hari ni aku berjaya menghantar notis behenti kerjaku..syukur sgt2..Allah permudahkan...

aku berkorban lagi demi untuk bersama bakal suami ku yang tercinta..
semoga bakal suami ku menghargainya pengorbananku..dengan dah ada kerja tetap dan gaji yang boleh dikategorikan ok...sukar juga untuk membuat keputusanku..

aku sanggup jadi student semula dan berkhidmat di unversiti pula semata-mata ingin menjalankan tugas sebagai isteri.




itu kerja pertama ku, yang kedua aku pi pejabat agama..alhamdulillah..kebenaran kahwin dah dapat..syukur padaMu...nanti jupe juru nikah untuk berbincang pasal akad nikah..ayah ku yang kena jupe...


my third task ialah ambil gubahan bunga untuk hantaran ku..60 ringgit..tapi cantik la gubahan tu..aku tak berapa pandai sangat nak gubah bunga..kalau hiasan lain yang simple2 boleh la..kalau gubah bunga ni tak cukup kreatif lagi..majlis ku makin singkat...dah aku berada di politeknik pun ada lagi 3 minggu...


wow..masa cepat berlalu..bakal suami kata ibu sakit..risau aku..menitis iar mata pagi tadi..cuak la..aku ni memang cukup sensitif...mudah-mudahan ibu cepat sembuh..AMIN..
okey..seronoknya kalau banyak benda dah siap..mudah-mudahan berjalan lancar...kah kahwin pun dah edar-edarkan kepada kawan-kawanku di office ini...

Tuesday, October 27, 2009

memory

my friends- student mecha batch 03 2003-2007


di mana kawan2 ku ini? alhamdulillah, among of them masih boleh dicontact lagi..
agak2nya berapa ramai kawan2 ku yang dah kahwin??? agaknya 2/3 dah kahwin dan bakal kahwin kan! memory di uia selama 4 tahun terlalu banyak..but stop about it..

hari ni macam biasa no claz, tapi kena siapkan kerja sampingan..my work hampir siap..cuma aku nak buat test 2 for my DAD student..but i find the question that i ever taip...but takde dalam my hard disk...kerana pen drive hilang so aku pakai la hard disk..hard disk ni pun yang dr laptop first aku beli..dalam tempoh 5 tahun, aku pakai 2 laptop..yang last aku bli tahun 2007 dengan my sen...


okey memandangkan perkahwinan aku hampir tiba, maka aku pun pi la pejabat agama, konon nak amik surat kebenaran nikah then jupe tok kadi..but tak dapat pasal..tak cop lagi..suruh amik hari khamis..hope dapat la..insyaAllah. after pi, try la pi kedai baju yang aku tempah baju tu..tapi tak siap lagi...


yang penting aku dah settle my ptptn..huh..selamat lagi duit ku masuk ke akaun ptptn..sambil tu akan check my akaun tabung haji..wow!!masyuk..berkat kerajianan ku menyimpan...


aku belum pass my card to my officemate..khamis ni la..cadangkan aje...excitednya nak kahwin?? oh tak sabar pulak nak jadi isteri kepada si dia..maklum la dah lama kawan..hope..lepas ni diriku boleh mendidik diriku menjadi isteri solehah..macam2 citer aku citer kat sini..tapi satu pun yang tak menarik..
tentang kahwin..alhamdulillah..macam nak settle...pasal makan..mak yang uruskan..aku hanya urus diri je...semoga pernikahan aku berjalan lancar dan diredhai Allah..insyaAllah.



Thursday, October 22, 2009

kesabaran maksima

okey kelmarin merupakan hari kegembiraan ku setelah banyak tugasan ku settle..
namun semalam aku diuji dengan kesabaran dan ketenangan ku..pen drive yang mak punye hilang..
mula2 aku pikir ala..benda kecil je..tp tak pe la..dah nak hilang..tp one i think more, baru ku ingat markah budak aku ader dalam tu...tp dengan tenang aku bersabar..itu la muthmainnah..tenang menghadapi dugaan Mu

pagi2 aku...after datang ofis aku pi makan..setelah itu aku settle la skit my job..ingat nak buat keje la..fb tu sambil2 je..dan alhamdulillah..pb budak2 aku siap..cuma yang markah test takde dalam simpanan aku..maklum la dah abis tanda terus key in..hari ini aku ingat nak buat balik assgnment..tanda..bukan aper..takut banyak pulak kerja..


tgk2 rancangan mengajar..minggu depan ader assignment and quiz..
so i need to ready do all my work..minggu depan2 lagi ader test 2...
aku try buat soalan simple2 kat budak2 nie..cuma my mood nak buat kerja tu takde la..maklum la all note in my pen drive..cuma back up dalam laptop..skrg aku jarang guna laptop pasal adapter aku dah kena curik...sedihnya aku...
takpe setiap yang aku alami mesti ader ujianNya..

okey...selamat bekerja muthmainnah

Wednesday, October 21, 2009

hari rabu







title hari pulak yang aku guna
saje2 je...nak kata aku ni suke menulis..yup..
dulu2 suke tulis diary..
now i write on the blog..
well alhamdulillah,
banyak perkara yang aku dah settle..cuma masih dalam samar2 pun banyak lagi
especially booking tempat tinggal keluarga dia...
aku dah pun berjaya tempah juru mekap..
kalau ikut hati tak nak la make up 2 ni
tp kerana dia nak..terpaksa..
okey cakap pasal photographer...
aku hanya menggunakan perkhidmatan adik ku
maklum la photographer khas ni
tak nak la
belah dia dah ader..buat apa aku bazir duit untuk aku
why not seribu lebih tu aku simpan untuk
beli kelengkapan masa berumah tangga
when i talked about this to him..he just smile...

okey la..tinggal beberapa perkara je yang still in the blur condition..
risau tgk my fizikal..cuak bila makin gemuk..
dah try diet...turun la juga..
skrg masa raya tempoh hari banyak sgt open house tp takde la makan banyak
tp cuak tu mmg cuak la

okey la..borang nikah dah anto kat jabat agama
make up dah settle
semalam tanya pasal bunga untuk hantaran dan bunga tangan
okey..hope
semua settle...insyaAllah...
cuma my wedding takde pelamin, photographer khas, sirih junjung
lagi apa yer??? cincin kahwin pun takde...
mas kahwin je ade..dengan mas kahwin tu la aku boleh cincin kahwin...
hahahaha..apapun tak kisah...
alamamak..entry kahwin pulak hari ni...best ker citernya...

Tuesday, October 20, 2009

hantaran putih and purple









ini entry about kahwin..nak cakap pasal kahwin ke?? tidak la..
actually ikut hati banyak benda lagi tak settle...tgh pikir nak buat ke tak..
mcam wedding cake..nak buat ke tak?? pening gak pikir jawapan..


okey, hari ni try kuar cari apa yang patut..dok ofis bosan je..
nak pi cuci gambar and settle the other problem like mak andam n so on...
maybe nak pi pejabat agama..hantar borang nikah..
gambar kat atas tu google je daripada zue wedding..(gmbr dh delete)

okey actually my topic nak talk about perkahwinan jauh..suami di utara isteri di selatan..
pernah la aku berbincang dengan my parents pasal ni.
tak tahu kenapa ye i need to discuss about this...


okey maybe banyak benda happen yang berlaku di sekeliling ku..usrah ku mempunyai 5 ahli 
termasuk diriku yang comel ini..3 of us will be married soon..doakan kami semua..so tinggal lagi 2..alhamdulillah.insyaAllah 2 lagi akan menyusul...


okey...dalam kegembiraan kami utnuk berumah tangga, aku diberitahu oleh mak yang one of my mom's friend dah bercerai..on sunday..baru lagi kan!! anak bongsu baru berusia 2 tahun..tp sedih sgt2 kawan mak dah tak leh bersama sebab dah banyak kali dia punyer husband lafazkan cerai...begitu mudah si suami untuk melafazkan talak..tak kesian ke suami kepada anak2 nanti..dengan pendapatan kawan mak yang tak seberapa..macam mana nak sara hidup yer...

x-suaminya memang ader org ketiga..suaminya itu keje offshore atau boleh dikatakan jarang bersama...maklum la keje kat laut..so aku pikir la..bila kahwin isteri kena ikut suami..so berkorban la wahai isteri2 di luar sana..sanggupkah kalian melihat suami berasmara dengan perempuan lain kerana kurangnya kasih sayang dari isteri kerana berjauhan....syaitan sangat suka melihat anak adam bercerai berai...daripada bercerai berai elok la seorang berkorabn demi rumah tangga yang dibina.

di sini saya ada lagi satu kes yang boleh dishare dan dijadikan teladan baik untuk wanita atau lelaki. sebenarnya lelaki ini juga merupakan sahabat mak dan ayah..yang mempunyai fikrah...tp jodoh..Allah yang tentukan..si suami telah memadukan isteri tanpa izin kebenaran..kenapa jadi peristiwa ini? ntah la...
mak dan kawan2 pun lambat tahu peristiwa ni..sehingga la menimbul syak kepada anak2 remaja yang mengikuti satu program ketika dahulu..kahwin tak dihebohkan menimbulkan fitnah..ada adik tu bertanya kenapa kakak tu selalu masuk bilik pak cik tu..rupa2nya pak cik tu dah kahwin dengan kakak tu...
bila kita buat sesuatu tanpa berfikir..ini la yang jadi..bila isterinya tahu dimadukan..sedih la isterinya..lagipun mana ada isteri tak sedih bila dimadukan...dengarnya isterinya minta difasakhkan..ye la..nak kahwin 2 boleh tapi kena ada caranya..isteri yang pertama cantik, pandai. anak pun dah 6 org..


tp satu je kesilapan bila mereka berdua duduk berjauhan..sorang di barat sorang di timur.. sebagai kesimpulan..berkorban la untuk duduk bersama2 suami..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki untuk disayangi..di dampingi..bukan bila kahwin duduk jauh2.......

Monday, October 19, 2009

last raya

hari ini merupakan last raya...30 syawal..
dalam pada itu tarikh 22hb nov makin kian datang..berdebar??
tidak sekali..

persiapan??? mungkin 50% dah buat...dalam cuti 3 hari sempena depavali aku
telah berjaya menyiapkan jahit langsir dengan letak reben kat door gift..
aku pun dah pandai gulung dawai untuk dijadikan hantaran..agaknya aku ni separuh kreatif..
alhamdulillah...

persiapan apa lagi yang tak siap??well, make up aku tak tahu nak cari siapa...huhuhu
kalau ikut hati malas nak make up tapi takut apa pulak kata diaorang especially si dia..
baju untuk nikah belum siap lagi..tudung pun tak tahu nak pakai macam mana..
kebenaran nikah belum..dia tak kasi gambar pun lagi...alamamak..macam banyak lagi tak settle..huhu (lakonan)

okey...sebenarnya bukan nak cakap pasal kahwin..tp dah melalut cakap pasal kahwin..baru je abis kelas pagi tadi..hari ni aku check in lambat 2 min..traffic jam kat lampu isyarat..nasib la diri...kalau cakap pasal keje..dah tak semangat..surat resign dah buat cuma nak call faizal tanya aper patut buat..okey macam diari pulak..

kita citer pasal student la..aku tak tahu la kenape budak2 skrg suka ringankan pasal solat..tak takut ker diaorg dengan azab Allah...yang pertama ditanya di kiamat nanti ialah SOLAT...kan ke solat tu tiang agama..kenapa budak2 skrg amik ringan?? tak tahu la macam mana nak bagi diaorg takut dengan azab ALLAH..

Thursday, October 15, 2009

keindahan kehidupan

alangkah indahnya kehidupan ini andainya kita nampak PAHALA yang ALLAH anugerahkan..

kita lalai kerana kita tidak nampak ganjaran yang ALLAH beri walaupun sebiji sawi perkara yang kita buat..ALANGKAH BERUNTUNGNYA KITA APABILA HIDUP INI KITA LIMPAH dengan amalan2 yang mulia.

okey now we go to my topic that will be discuss..
semalam aku menghadiri usrah..what i feel????? sungguh menyeronokkan..bertuah ku rasakan bila aku dibukakan hati untuk menghadirkan diri dalam usrah ini..usrah yang ku hadiri tidak membincangkan perkara yang terlalu memberatkan..normally usrahku diisi dengan pengisian tilawah, bahan wajib dan sirah...

semalam diriku ditugaskan untuk menyampaikan seerah...aku telah menyampaikan seerah anas ibnu malik..seorang anak kecil yang menjadi sahabat Rasulullah SAW. dengan mengetahui sahabat baginda, maka kita tahu tentang perihal Rasulullah. bertapa kagumnya ahklak mulia Rasulullah...subhanallah..itu la kehidupan..

disamping memblog, membuat persiapan majlis ku, aku kenal la mempersiapkan diri untuk bertemuMu yang Allah. bertapa aku takut menghadapiMu. bertapa malunya aku untuk menghadap Mu nanti. bimbingkan aku dan sahabat2 ku dalam membuat persiapan dalam menuju negeri kekal abadi iatu SYURGA.

aku cukup bertuah mempunyai naqibah yang berjaya mendidik diriku untuk hadir ke usrah. aku bakal berhijrah di negeri yang cukup hebat dalam jamaah..mudah2an aku bertemu sahabt2 yang mampu membawaku untuk berusrah seperti mana yang aku perolehi pada hari ini nanti.

sejak kecil memang aku telah diperkenalkan dengan usrah oleh my family..alhamdulilllah..bila masuk uia..still ada usrah juga..begitu la uniknya uia..tetapi kerana politik..usrah berteukar jadi halaqah dan seterusnya halaqah berubah menjadi 'study of circle'...begitu la pentingnya usrah dalam kehidupan kita..


~usrah~


dari segi bahasa pun kita tahu usrah bermaksud keluarga...bila kita dapat mengadakan usrah kat rumah, kita akan melahirkan anak-anak yang yang qudwah hasanah..

semalam terpikir, aku telah pun tempah baju nikah..tp tak tahu la baju tu bleh pakai banyak kali atau tak, mak mengharapkan baju tu boleh di'recyle' banyak kali..i hope i can...lagi satu kalau pakai cantik2 tu tabaruj ke? cuaknya aku..aku nak majlis aku diredhai Allah tp macam mana dengan kehendak dia..aku kena jadi macam aku..no tabaruj..

Wednesday, October 14, 2009

Ujian

kembali menulis..
kehidupan sabgai pensyarah sentiasa penuh ujian
especially dengan pelajar..
minggu ini aku diduga dengan telatah student yang agak
membengangkan aku..

bila dengar lagu REDHA dendangan kumpulan INTEAm,
aku pasrah setiap bait kata lagu itu..
tapi tak layak ke aku digembirakan..
kadang2 dalam cakap aku..aku nak seseorang itu mengembirakan
aku dengan jawapn positif..
aku terlalu banyak berkorban..
dari masa belajar sehingga aku bekerja..
aku terpaksa berkorban kerja untuk menyambungkan pelajran demi
nak berhampiran suami...
itu la ujian aku yang aku tempuhi..
bukan senang nak dapat kerja yang betul2 dah establish..
tapi aku yakin rezeki ALLAH di mana2
dengan niatku ingin membahagiskan dia..aku sanggup berhenti kerja
dan sambung belajar setrusnya menjadi pensyarah di universiti..
mudad-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan hidupku nanti..
InsyaAllah..

sebenarnya hari ini adalah hari perhimpunan bulanan yang dianjurkan
oleh JKM. jabatanku..memang kelam kabut juga la nak menyiapkan ketupat..
aku tak pandai pun nak mengayam...huhuhu..tp syukur majlis berjalan lancar..
habis perhimpunan bulanan..majlis makan2 di rumah pengarah..
bulan syawal belum abis..tapi tahun ni penuh dengan jemputan raya..alhamdulillah..kesibukkan menunaikan jemputan umah terbuka aku mampu menghabiskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal..alhamdulillah..esok ader lagi open house..tempat di poli lagi..

okey...list down the job what should i do...

p/s tanda ssignment budak dad2
tulis surat resign
memperkemaskan list jemputan
jahit langsir

Tuesday, October 13, 2009

keceriaan

actually in my polytechnic ada festival kebudayaan..tapi tak join pun..
what?? festival aper kalau sehari..festival normally banyak hari..well apapun congrate to my staff yang sanggup bersusah payah untuk menjayakan program tersebut..

makin lama makin lapang hati ini..kawan2 ramai dah sibuk cakap pasal baby..wow the beautiful life..itu la kehidupan..lahir n mati..bila mati ader 2 temapat je..syurga dan neraka..bila2 baca ayat2 Allah takut rasanya memikirkan azab di neraka kelak..nak masuk syurga rasa kerdil sangat..layakkan aku untuk memasuki syurgamu sedangakan diri ini masih lalai dengan keindahan dunia...

alhamdulillah, my family hidup dalam keluarga berusrah..aku masih ingat di waktu aku masih di sekolah rendah.. mak akan panggil kakak, aku dan adik2 untuk mendengar cerita...mak akan bercerita based on al quran..mak akan bacakan al quran dan terjemahan..aku masih ingat lagi mak citer nabi yusuf..sebab tu aku mengharapkan bila aku ade anak2...aku akan dedahkan usrah kepada mereka...

zaman nabi pun..senbelum berdakwah secara terang-terangan nabi pun berusrah di rumah al-arqam bin abi al-alqam...kepada bakal suami, diriku ini terlalu mengharapkan awak suatu hari akan berusrah je..bukan lama pun kalau berusrah..dalam 2 jam seminggu..kita perlu mengambil alih tugas rasullullah menyampaikan islam...bukan setakat kaum lain tapi sahabat2 kita...hati ini akan mati andainya hati ini tidak terdedah dengan jiwa2 islam...

masa kecil lagi aku sentiasa ikut program usrah mak..maybe masa kecil2 aku suke ikut sebab dapat makan..tp bila duduk dalam usrah..kita akan tenang..hilang segala beban kerja atau sebagainya...itu la kehebatan usrah yang aku rasai..rasa sangat ader org yang akan sentiasa bersama walau susah atau senang...mudah2an hati ini tidak dipalingkan Allah untuk sama2 memperjuangkan Islam..

Sunday, October 11, 2009

kesabaran itu perlu

kembali menulis setelah 2 hari bercuti..many jobs that i should attend last weekend samapi nak berblog tak sempat..
actually hari jumaat hari tu aku masak..masak nasi ayam dengan spagetti..budak2 nak datang..meraikan la..lagipun gaji baru masuk...alhamdullillah..kadang2 my tunang jeles pulak...

okey..after meraikan kedatangan student yang secara purata budak luar trg..aku telah memulakan memasak makanan yang paling simple..spagetti n nasi ayam..tapi sayang..makanan tak cukup..terpaksa menyuruh adik siapkan apa yang patut..my target 30 org..tapi ntah..tak tahu nak budget nak masak nasi kot..tu tak cukup..masak dalam kadar 10 tin...ntah btul atau tidak sukatan yang aku kira...nasib la semua dah get ready..just letak atas dapur..

semalam pulak aku menghadiri mpn..majlis perwakilan negeri..actually, aku secara rasmi dah jadi ahli jim, sebuah ngo dakwah...cuma ahli jim kemaman..aku kena tukar daerah la...tp tak tahu macam mana nak tukar daerah....huhuhuhu..after meeting, ader jamuan raya..best giler..menu daging kambing panggang..best la...then laksa..tapi happening gak la jamuan raya smi al amin kemaman...

skrg fokus hal hari ini..aku mengamuk..btul tak??bengang tahap cipan..masyaAllah..kenapa aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi..apa pun student buat aku sabar...aku nka tolong mereka tapi mereka tak nak..penat tau!!pasal student aku..aku sambung dulu..nak berlayar dulu...see in the next post..insyaAllah

Thursday, October 8, 2009

konsert gegar dan nahi mungkar

apa reaksi anda bila baca tajuk di atas? cuka..seronok..atau dunno to answer

di sini mungkin ilmiah skit yang aku akan tampilkan..bukan apa, aku sedar..
masa breakfast pagi tadi kawan aku bangkitkan peristiwa kiamat...
tanpa sedar tp kita patut sedar...

wahai sahabt, bangun la..sedar la..kita terlalu dilupakan oleh cerita dunia yang terlalu mengasyikkan..aku terlalu banyak menghabiskan waktu di face book...sedih melihat aksi2 kawan-kawan after graduate..escpecially cara pakaian..

for my friends, sebagai sahabat, aku ingin menasihatkan kalian kerana kalian semua sudah besar..tahu batas aurat..kepada yang menutup aurat tapi masyaAllah..pakaian yang terlalu ketat...itu bukan tutup aurat tapi tutup kulit..sedar la kawan2...disebabkan pakaian macam itu la banyak kejadian rogol dan seangkatannya..

yang nak jadi isteri..plz la jaga maruah suami...kepada sahabat2 semua...please jaga tingkah laku...semoga setiap apa yang anda lakukan hari ini mendapat keredhaan Allah..

sebenarnya aku dapat email dari pak cik yang mengatakan ader konsert gegar kat dungun..pekan yang begitu kecil dengan pembangunan tetapi mempunyai 2 buat ipta iaitu uitm dan politeknik..bayangkan anak2 muda yang akan pi konsert..sungguh hebat org di luar sana yang ingin menjatuhkan islam...kepada para sahabat yang berdekatan dengan dungun. sila datang malam ini untuk membuat bantahan konsert yang patut dikanselkan...

sesungguhnya islam itu indah..tak perlu konsert untuk mendamaikan jiwa...

peringatan diriku..." hendaK menjadi daie perlu berilmu"

Wednesday, October 7, 2009

hari malas



    • hari ini hari yang paling takde
      mood..ntah la kenape..maybe something will happen to me..

      kekadang rasa nak menangis bila
      melaluinya..


      okey when i
      opened fb..kebanyakan
      my friends pun malas..ntah la..agaknya hari malas sepejabat..

      sambil2 malas..sambil berfb..dengan
      itu saya pun menulis blog..untuk tatapan diri ini..kekandang blog
      ini memang banyak
      menceritakan hal peribadi..


      tadi saya follow blog kak nelli..so
      sedih bila baca budak
      kenal rogol hanya kerana ditipu lelaki..mudah-mudahan
      diriku dijauhkan...bayangkan si gadis yang bertudung labuh..dirogol dan terpaksa melahirkan anak...itula ujian dan ketetapan Ilahi.


      sambil berblog..saya buka la blog kawan seangkatan..satu
      jabatan..kagumnya diriku kerana dengan kesungguhan dia orang mampu buat blog untuk student...subhanaAllah..

      i must tiru macam dia...walau sibuk
      mana, masa yang Allah
      kurniakan 24 jam..sama seperti org lain...so no reason
      kenapa saya
      terkebelakang..cuma minat mengatasi segala2nya..



Tuesday, October 6, 2009

LIFE

kehidupan mesti ada kematian...pernah tak kita dgr benda hidup tak mati..
so my topic today is died..bila cakap mati..ready kah kita untuk bertemu ALLAH swt..

skrg ni most of us, like to make a blog..kekadang blog peribadi..so banyak la nak diciter..
kalau lihat diri ini pun bakal menamatkan zaman bujang tak sampai 2 months..rasa baru lagi his family came my house dan sarungkan cincin..so afraid to be a wife..my ambition to be a good wife macam isteri Rasulullah walaupun tak sehebat isteri2 baginda..

okey, sampai hari ini, mak cik hasmah dalam ingatan even mak cik dah menghadap Ilahi sudah 6 hari..bertapa cepatnya masa berlalu..mungkin diriku masih terkedu kehilangan sahabat baik mak dalam jamaah yang sama2 memperjuangkan perjuangan Rasullullah.

saya masih ingat, mak cik hasmah saya kenali awal 2008, semasa saya berkhidmat sebagai guru swasta di al amin kemaman. hampir 5 bulan saya di sana. mak cik hasmah ketika itu, masih dalam cuti sakit. mak cik hasmah sebenarnya masih di dalam rawatan kemo dan radio..

namun dalam bulan puasa yang lalu saya dikejutkan dengan penyakit mak cik hasmah yang kembali serius sedangkan semasa bulan 3 kami sempat berkhemah atau muqayyam bersama..ketika itu, mak cik hasmah nampak sihat..tapi semua itu kuasa Allah..kita kena redha apa yang ditentukan Allah kerana KEMATIAN itu pasti..

masa saya kecil2 dulu, mak saya selalu cerita bersama adik2 like usrah la..mak akan citer pasal nabi, cerita sahabt nabi..sungguh indah kehidupan kami masa itu..skrg kami dah besar..kena cari ilmu sendiri...so i must tiru macam mak..saya nak anak2 saya tahu citer nabi dari saya..alangkah indahnya kehidupan ketika itu...

okey la kerja perlu banyak disettlekan.stop menulis

Monday, October 5, 2009

mesra mall

kembali menulis..
hari isnin...semalam pi kl..alhamdulillah..settle sbhgn my problems..
surat kebenaran nikah dari pihak lelaki..baju nikah untuk dia
skrg just tinggal my turn..
langsir pun hampir siap
td pi mesra mall..ye la semlm tukang jahit, kak yah..bagitahu kain tak cukup..so hari ni pi mesra mall after kelas kul 10 pagi...balik ofis dalam lingkungan 12.30 tgh hari..tp sedih..kain satin tu tak dapat nak bayang kain warna apa..so tak bleh..nak suruh kawan yang duduk di kertih blikan...

so hari ni nak cakap pasal aper yer..sebenarnya i'm fasting..maklum la..mak ayah puasa..so join skli..puasa dah..alhamdulillah..puasa 6 pun dah...

okey, semalam pi kl sempena majlis kahwin nadya...so simple...tapi alhamdulillah..majlis berjalan lancar..just majlis makan dengan jemputan yang cukup sederhana...ramai juga yang pi kenduri nadya..maklum la pasangan pun budak uia...
antara yang hadir shikin, lin, eicha, lina, abby, maslina, alina, nadirah (dah pregnant 4 bulan), skin, liyana rafek dan ramai lagi...

okey la penat pun tak abis lagi..skrg time aku kena bertukus lumus siapkan 4 my wedding yang tak samapi 2 bulan..cuak..cuak

Thursday, October 1, 2009

kematian itu pasti

dukacita dimaklumkan sahabat mak, mak cik hasmah telah kembali ke rahmatullah..akhir penderitaan mak cik hasmah berakhir..mak cik hasmah kembali kpd penciptaNya 01/10/2009 jam 1 pagi bersamaan dengan 12 syawal 1430.
terkilan betul hati ini kerana tidak sempat untuk melawat mak cik hasmah ketika masih hidup..mudah-mudahan roh mak cik hasmah ditempatkan dikalangan para muttaqin dan org2 solihin..

sebenarnya saya tak berapa kenal mak cik hasmah..mak cik hasmah merupakan ibu kepada 6 org anak..anak yang bongsu masih kecil, umur 7 tahun lalu..seingat saya mak memberitahu mak cik hasmah disahkan kanser ketika itu saya masih menuntut di UIA..maybe dalam tahun 2005 atau 2006..tapi bila saya habis belajar, mak cik hasmah sudah sihat..setelah menjalani rawatan kimo dan radi...tetapi baru2 ni masa mpwn, mak cik yong memberitahu mak cik hasmah kanser tu merebak serang hati..masa tu 17 ramadhan..sungguh risau bila dapat berita tersebut kerana masa jupe mak cik hasmah ketika perkhemahan mak cik hasmah sihat...

sebenarnya saya pernah bekerja di bawah kelolaan mak cik hasmah...mak cik hasmah merupakan guru di smk geliga dan menjadi ahli lembaga pengelola sekolah al amin kemaman. pemergian mak cik sungguh terasa..semoga pak cik khairuddin dan anak-anak menghadapi ujian olehNya..sesungguhnya kehidupan ini satu kepastian..bagi yang masih hidup, kumpul la pahala kurangkan dosa.

al fatihah untuk mak cik hasmah

Wednesday, September 30, 2009

citer yang perlu dishare

Kepade mreke2 yg nk menghantar dan menerime hantaran...pk2n

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

“Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil.

Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih.
Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh.. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

“Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel. Nabil kelihatan serba salah.
Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

Hari yang dinantikan sudah tiba.. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.

Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib. Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.

Surah Ar Rad Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil. “ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad.

Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya. Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula.

Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

Hari semakin cepat berlalu.. Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari. Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya.. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati. Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.

' Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.' When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.

' Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.' Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'. 'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' May Allah bestow this favour on all of us.

Monday, September 28, 2009

new task that i got

ni tgh tunggu kelas kul 4 ptg..pagi tadi kul 8 hingga 10
but in evening kena tunggu kul 4 ptg..
when read blog aziyana...budak2 poli sem 1 still bercuti..same with my brother
cuti gak...but student sem 1 in psmza..kena masuk semula same with the senoir-senoir mereka.

okey..nak citer yang baju nikah ku dah siap ditempah..tapi belum siap dijahit...huhuhu
ntah bila nak siap yer..just 55 days i will be a wife to my fiance
okey..sambil tempah baju nikah..siap tempah tirai...memang dalam kepala tak nak pelamin..setakat tirai ambil gambar2 je..lagipun kos sewa tak mahal mana..180 ringgit..
kedai tu tak kat umah je..sebelah surau pas..rupa2nya tauke tu wife kepada ustaz wan hasan, adun sura...selain sewa tirai sewa par sekali ..sewa 1.50 tambah alas 1.50 maka 3 ringgit..9 par kali 3 ringgit maka 27 ringgit je...wow memang kahwin budget..alhamdulillah

ni nak bagi tahu gak, i got a new task..aku kena translate..kononnya aku pandai bi..tapi takpe..percubaan..bila lagi nak tunjuk bakat...apapuh..congrate to myself..mudah2an aku mampu buat kerja yang diamanahkan...






test 1

ketika ini, aku sedang melihat telatah menjawab soalan test 1..
dah pertengahan sem rupanyer..

aku kalau bgi test memang la banyak soalan..bukan aper..nak budak2 belajar
cara jwb exam..

tp ader ke diaorg kata soalan susah..senang sgt..tukar2 dari soalan
assignment n quiz je...
tp tak pe la..kepandaian seseorg tu berbeza

okey..sebenarnya aku dalm cad lab..tu bleh online..kalau tak melangut la
aku..

semalam aku dah buat list untuk diberi kad kahwin..baru staf poli..itu pun
yang sama jabatan...
so dalam pada tu..aku terfikir apa la nak kasi lagi for my door gift...hari tu mak cakap nak kasi buku..ntah dapat ntah tidak...

so dalam pada tu aku buka balik blog akamika..rasa nak order mini mug
pulak..kalau dalam seratus...harga sebiji 2.50 darab dengan seratus baru 250
ringgit...pada dalam tu..aku juga tengok ole2..ingat nak tempat papaer bag yang
60 sen tu kalau seribu..cantik la..

mini mug oleh akamika dan beg yang kertas ole2


pening-pening..kena istikarah ni...dalam pada tu aku punya budjet still ader
2000 ribu..
ntah aper nak beli yer.... aku tak buat pinjaman peribadi..wang hantaran pun
takde..tp okey kot kalau aku tempah kot..nanti dapat mas kahwin...so berbaloi
kot...

mak aku ajak pi kamdar..ada sale..tamat 3o sept..tinggal lagi 2 hari
la....kena cepat2 ni..langsir belum jahit..ingat langsir bilik nak jahit
sendiri...tak pandai pun belajar la...

Saturday, September 26, 2009

start to work

  • based on the title...i know what should i do tomorrow..
  • actually. tomorrow my class will be begin again..i don't know what must i teach tomorrow
  • because my note at office. saje tak nak buat balik because i know the reason..
  • so now, terkial2 what should i teach to them..but i will give the test to my student..
  • actually, 2 days i'm at home..but dunno la if today i will go to kemaman..jalan2 cari duit raya..should i got 'duit raya'??
  • okey, i just to story about my life..actually, rasa macam bingung skrg..ye la my wedding day juz 57 days..cuanyer..because semua persiapan belum buat..always ada kekangan..
  • nak berhenti kerja surat tak buat lagi....tapi takpe la..doa pada Allah untuk memudahkan segalanya..
  • my washing machine still rosak..nak tak nak semalam dah pi dobi layan diri..7 kg for 4 ringgit..so 3 times basuh..so the total is 12 ringgit..back from dobi, jemur lagi..then petang angkat..lipat..wah!!!macam housewife pulak..nanti pun akan jadi housewife..suami bukan tahu baut kerja kalau tak disuruh..walaupun tugas perempuan ni hanya sebagai pelayan kpd suami bukan buat kerja2 rumah but kasihkan kpd suami..dengan rela hati pi buat kan..itu la perempuan..hati yang lembut.
  • okey, baju nikah tak tempah lagi...hari tu nak pakai jubah chiffon..tp malu...jarang sangat..nanti aku tak pakai masa nikah..so i must do the new one for my nikah..so kalau tak ke mana2 hari ni nak tempah..mudah-mudahan Allah permudahkan...insyaAllah..
  • skrg tgh cari hantaran paling best..survey and survey...i got and idea...okey..stop dulu...

Friday, September 25, 2009

wedding versus solemnization


More I-Love-You graphics

  • hari perkahwinanku bakal menjelang tiba, dalam 58 hari lagi..tp banyak lagi yang belum disettlekan..bab makan atau katering belum ada final decision. mak cakap besok baru buat perbincangan..
  • belah dia..alhamdulillah settle..tp cuak la..nak simple, tp dia pulak yang lebih2..nak fotoshoot pulak..dahla mahal 1600..aku sempat gurau lagi dengan dia, tahu tak dengan 1600 kita bleh bli mesin basuh n peti ais..but dia senyum je (maybe la) sbb sms..tak nampak..
  • well kat sini, risau juga majlis belah aku ni..semalam dah cakap kat mak..apapun kita kena raikan belah dia..tak nak jadi macam majlis pernikahan cousin aku semalam..kami tak dilayan atau disambut..tp takpe la..itu pengajaran bagiku..
  • semalam aku call dia, bincang aper yang patut..then dia menyampaikan pesanan mak dia supaya kami tak bleh masak tak ikut lidah dia..kalau bleh memang nak buat sesempurna yang mungkin, tp my mom ni bukan keluarga berprotokol..semua kena buat..tap try la yang terbaik..salah ker my wedding makan nasi minyak? ni dia pesan kat kite pulak nak makan nasi beriani...
  • masalah mak tak pakai katering, mak nak tempah org je...dia lain la belah kl..mudah...
  • alamak, dah lari topik...sebenarnya nak bincang topik kahwin versus nikah..kahwin ni lain..nikah lain kan!!nikah ni ader 5 rukun manakala kahwin takde rukun..kahwin ni banyak pembaziran..semalam dia suruh aku bagi 9 brg hantaran sbb dia kasi 7..aku cakap la..takpe la 7 balas 7..tp dia nak 9..sakit kepala fikir nak bagi apa..yang dia nak XBOX..mana mau cari kalau kat dungun..kedai kat dungun pun tak tahu XBOX..hahahaha..tapi maybe dah bleh settle kot..hari ni ingat nak print out my list and tampal kat kad...

kembali

  • hari ini 6 syawal, aku telah selamat kembali di rumah. cepat betul masa berlalu..so aku mula untuk memulakan puasa 6 di bulan syawal..
  • sebenarnya banyak benda nak diceritakan..maklum la hampir a week tak menulis diblogku ini..hari ini sahaja yang berkesempatan untuk nurul membuka facebook..jap lagi nak pi dobi..basuh kain..bukan malas tp mesin basuh rosak..imagine 6 hari berjalan..baju berlambak..semalam dah pi dobi..dalam kul 10 pagi i need to go to dobi shop and wash it..
  • sepanjang perjananan beraya ke kelantan..macam2 peristiwa aku lalui..ok la..
  • kena stop la dulu..
  • skrg kena pikir pasal wedding la :-(
  • * risau and cuak

Friday, September 18, 2009

ujian olehNya

  • to all readers, HEPI RAMADHAN, just 2 days as a muslim need to fasting..
  • dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat menyambut aidilfitri..
  • dalam hepi meraikan aidilfitri ini, ingat lah ader sahabt2 diluar sana yang menderita dengan penyakit, kemiskinan, kesusahan dan pelbagai lagi..
  • di sini, saya mendapat berita daripada mak yang memberitahu mak cik hasmah dah teruk..
  • mak cik hasmah ni kena breast kanser..hampir 3 tahun penyakit tu menyerang mak cik hasmah. skrg mak cik hasmah kat hospital putrajaya, takleh makan tp bila makan je nak muntah..bila buat test biopsy..doktor kata positive, skrg breast kanser dan stage 4.. dan disebabkan breast tu..mak cik hasmah kena serang liver cancer pulak...kawan2 doakn mak cik hasmah..anak dia kecil lagi..paling kecil umur 7 tahun...
  • okey..memandangkan raya dah tak lama lgi, selamat hari raya sekali lagi..maafkan kesalahan diriku. dan maybe saya akan lama tak update my blog..dari hari pertama samapi ke-5 baru balik umah...adik2 ramai yang tunjuk muka..maklum la cuti kejap je kat umah..hihihihihi

Thursday, September 17, 2009

before raya

last day before raya..all of my friends dah mood raya...mood to do work..lesap..
but i'm not..maklum la..raya ke tak raya..back to my village or not..sama aje..my village at setiu je..naik keter dalam 2 or 3 hours...

sedih tak meninggalkan bulan puasa ni??? mesti sedih kan..time ramadhan, macam2 makanan ader..actually kalau my family la kan..kami jarang buka puasa makan nasi berlauk, setakat makan nasi goreng boleh la...semalam pun makan mee bandung...sape yang masak..mesti la aku..time break fast, aku la yang masak manakala time sahur, mak la yang masak...adil tak???

okey..ni nak citer pasal task that i done today..
cuti2 raya pun dah hampir..dan raya pun hampir..
so nak tak nak..i must do all my task before holiday..baru hati senang nak raya..
the tasks i done are
* questions for test 1 which be held on 28 of sept and 1 of okt
* memperkemaskan pb
* tanda assignment studnet (just left 6 lagi..lambatnyer nak siap)..

ok itu dulu perkembangan terkini..
selamat hari raya ...tp jangan lupa puasa blom abis..tingkatkan amalan di malam2 terakhir ramadhan

Wednesday, September 16, 2009

perhimpunan bulanan

hari ini 16/00/09..adalah hari kedua last before all workers start bercuti :-p


actually, a lot activities were happen this morning...

tgk entry pun, dah tahu kami staf polytechnic dikendaki meng'attend'kan diri ke perhimpunan bulanan. kali ini ia dianjurkan oleh JKE..jabatan kejuruteraan elektik..


this program started from 8.00 am until 12.30...too long...

tiada aper sangat pun dalam perhimpunan kali..

tp bezanya di bulan Ramadhan...


kami telah diperdengarkan tazkirah yang disampaikan oleh ustaz khairul sepatutnya ustaz wan zaki tapi dia datang lambat..nak tak nak uztaz khairul la yang jadi bidan terjun..ustaz ni adalah KJ HEP..HEP pun ada KJ...KJ adalah ketua jabatan...kalau kat u ia lebih dikenali as dean...


dalam tazkirah hari ini bercerita pasal bulan puasa..apa patut buat kerana bulan ramdhan hanya tinggal 3 hari lagi...bertapa cepat masa berlalu...banyak gak pesanan yang perlu kita muhasabah diri...bak kata my KJ bulan puasa ini adalah bulan service..macam kereta..ada time tertentu untuk service..begitu juga kita sebagai kh;aifah..


okey..2nd task yang dibentangkan dalam perhimpunan tadi ialah pelan strategik...kalau tgk poli punya pelan strategik...ada 5 objektif utama...tp actually bagi aku yang bakal berhenti poli atau tukar tempat perkhidmatan...malas la nak dgr sgt2..cuma banyak la aktiviti yang akan dijalankan sepanjang 09-13...actually...pelan2 strategik ni macam ngo kitaorg punya RJIM2...

kerajaan tiru kitaorg...


last task yang ader dalam perhimpunan bulanan ialah MQA..2 jam tau..penat mendengar...so yang ni no comment la...kalau comment banyak pulak isinya..ia disampaikan oleh timbalan pengarah akademik...en saifullah


sebenarnya semalam pi terawih, ustaz cakap yang tahanan ISA dilepaskan..then hati nak tahu sape..then buka email..and i know 1 of them is mat sah..isterinya aktivis GMI...rasa sayu bila tahu suaminya dah keluar dari ISA...8 tahun kat dalam..kenapa kejam sangat kerajaan sehinggan menahan manusia tanpa menggunakan kehakiman...air mata mamng menitis..air mata kegembiraan..setelah 8 tahun di penjara akhirnya keluar juga..mudah2an mak cik laila dan anaknya hepi untuk sambut aidilfitri kali ini.. before tamatkan entry ni, ada beberapa ayat yang perlu kita fahami..


Maksud ayat dari Surah asy-Syura 39-43 wajar untuk kita tadabbur


39- Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka diperlakukan
dengan zalim mereka membela diri.

40- Dan balasan suatu kejahatan
adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik (iaitu
berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepadanya) maka pahalanya atas
(tanggungan) Allah. Sesungguhnya DIA tidak menyukai orang-orang yang
zalim.

41- Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah
teraniaya, tiada suatu dosa pun atas mereka.

42- Sesungguhnya dosa
itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di
muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih.

43-
Tetapi orang-orang yang sabar dan memaafkan sesungguhnya (perbuatan) yang
demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.

Jauhilah diri
kita dari azab Allah, daripada kita menzalimi manusia yang lain. Mintalah
kemaafan dari manusia agar kita kembali diredhai. Ramadhan sepatutnya
mengubat jiwa kita yang ego dan sombong.

Jika tidak
menerima balasan di dunia, di akhirat janji Allah pasti!