Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, April 18, 2011

Adab2 ketika makan

Alhamdulillah syukur kepada Allah swt kerana kita masih bernafas hari ini. Hari ini saya ingin kongsikan adab makan dan minum yang diusulkan oleh seorang rakan di Al-Hikmah ini. Insyaallah dengan izin Allah saya akan kongsikan apa yang saya tahu insyaAllah dan jika anda tahu yang lain boleh dikongsikan disini,insyaallah.

Apabila kita hendak makan tanamlah keyakinan dalam hati kita bahawa semua rezeki datangnya dari Allah swt dan wajib kita mensyukurinya. Makanan tidak dapat mengenyangkan tetapi sebagai asbab sahaja. Minuman tidak dapat menghilangkan kehausan kecuali dengan izin Allah swt.

1. Sebelum makan, basuh kedua-dua belah tangan hingga pergelangan tangan; jangan lap tangan itu dan berkumur-kumur dengan air yang bersih. Kelebihannya insyaallah akan mati dengan kalimah di bibir.

2. Bentangkanlah saprah yang berwarna gelap dan tunggu makanan (bukan makanan tunggu kita). Kelebihannya insyaallah kebuluran tidak akan mengenainya.

3. Apabila hidangan atau juadah sampai bacalha doa: "Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna'adzaabannar" ertinya Ya Allah, berkatilah rezeki yang Engkau berikan kepada kami, dan peliharalah kami dari seksa neraka.

4. Apabila Nabi s.a.w. duduk untuk makan, maka Baginda duduk sebagai seorang hamba iaitu dudk tahiyat atau iftirash atau mencangkung.

5. Baca doa sebelum memulakan makan: "Bismillahi wa'ala barakatillah"
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)

6. Makanlah buah-buahan dahulu jika ada. Makan makanan yang hampir dengan kita kecuali jika ada bermacam jenis makanan, bolehlah diambil dari arah mana pun. Jangan mula makan dari tengah-tengah kerana berkat turun di tengah-tengah makanan.

Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)

Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)

7. Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)

8. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)

9. Nabi s.a.w. makan dengan tiga jari dari tangan kanan. Jika mampu teruskan makan dengan tiga jari, jika tidak maka mulakan sahaja dengan tiga jari. Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

10. Makanlah secara berjamaah dan dengan penuh sifat ikram. Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)

11. Tidak bersandar ketika makan. Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

12. Kutip makanan yang terjatuh. Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberkatan” (HR Muslim) Kelebihannya insyaallah sifat takabbur akan gugur daripada dirinya.

13. Rasullullah s.a.w. tidak pernah makan di atas meja ataupun makan di dalam pinggan. Sunnah ialah makan di atas lantai, beralas saprah dan menggunakan dulang, yakni makan secara berjamaah.

14. Rasulullah s.a.w. tidak pernah makan sehingga kenyang sama ada makan roti atau daging kecuali ketika "dhilaf" (dhilaf bermaksud makan bersama orang lain).

Berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: “Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)

15. Semasa makan hendaklah kita berbual mengenai hal agama atau berzikir seperti "Allahuma lakalhamdu walakash syukr"

16. Sisip makanan yang berbaki di jari-jari. Kelebihannya ia akan membantu proses penghadaman makanan. Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu)" (HR Bukhari dan Muslim).

17. Doa setelah selesai makan: Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)

Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)

18. Basuh tangan dan mulut serta berkumur-kumur dan lap tangan.

19. Tidak digalakkan minum sewaktu makan kecuali terpaksa. Minumlah samada sebelum atau selepas makan. Jika ingin minum sewaktu makan maka letakkan gelas di tapak tangan kanan dan minum sambil dibantu sedikit oleh tangan kiri. Bererti jangan minum dengan tangan kiri, minum dengan tangan kanan walaupun terpaksa dibantu oleh tangan kiri.

20. Minum dengan tangan kanan sambil duduk. Minum air sambil berdiri hanya semasa meminum air Zam Zam dan baki air wudhuk.

21. Sebelum minum liht dahulu ke dalam bekas air itu. Apabila hendak minum bacalah "Bismillah" dan setelah minum bacalah "Alhamdulillah". Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan minum terus-menerus seperti cara binatang minum. Tetapi minumlah dua teguk, dua teguk dan tiga teguk, tiga teguk. Dan baca Bismillah apabila kamu minum dan baca Alhamdulillah apabila selesai meminumnya." (Hadis riwayat Imam Al-Tirmizi).

22. Minum dengan tiga kali nafas di luar bekas dan jangan bernafas di dalam bekas air.

23. Rasullah s.a.w. suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas. Minuman Manis dan Sejuk. Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa: "Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah s.a.w. suka minuman manis dan sejuk"

Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar).

Didalam suatu doa Rasullah s.a.w. ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk".

Ini memberi isyarat bahawa sudah tentu minuman air sejuk itu mempunyai khasiat yang lebih besar. Adapun minuman jika terkumpul didalamnya kemanisan dan kesejukan akan menjadi asbab yang paling bermanfaat untuk penjagaan kesihatan tubuh badan. Ini sekali gus berperanan bahan pemakanan dan mencernakan makanaan yang masuk kedalam tubuh lalu menyalurkannya keseluruh anggota badan.


(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)

No comments: