Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, February 29, 2012

lagi-lagi USRAH

assalamualaikum

sudah di pertengahan minggu, dan juga sudah akhir februari..dan juga sudah di bulan rabiul akhir...makan tak lama lagi akan bertemu bulan ramadhan..excited nak jupe bulan ramadhan ni kawan-kawan? hope dalam banyak bulan-bulan Islam, bulan Ramadhan la dikejar kan!

okey, jom kita citer pasal usrah? tak minat usrah? kenapa yer...kita kan org Islam..kawan-kawan ingat tak macam mana susahnya Nabi berdakwah..13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah? ingat tak tentang penghijrahan Rasulullah saw...

Jom kita tanya pada diri, apa yang kita mahu cari kehidupan ini? Duit yang banyak atau PAHALA yang banyak? masing-masing ada jawapan kan! tanya iman apa jawapanNya...

sebenarnya usrah ni bukan tempat belajar agama sahaja, tapi tempat pengkongsian dalam semua perkara tau! bila kita berusrah, kita rasa seronok...ukhwah dgn kawan-kawan usrah mmg akrab, susah senang di lalui bersama...kenapa perlu usrah yer kawan-kawan? jawapannya ialah itu lah cara dakwah Rasulullah..ingat tak lagi bagaimana Rasulullah mengadakan usrah di rumah Abi Al-Arqam? itu la permulaan dakwah nabi, secara sembunyi2 selama 3 tahun, berkumpul bersama-sama sahabat, belajar tentang Islam dan belajar juga kehidupan...

Menarik tak usrah ni? Ya mmg menarik..Usrah itu OSEM...betul tak? macam mana nak bagi usrah menarik? pertama usrah itu perlu dalam keadaan santai..no paksaan nak datang usrah..nak join usrah ni pilihan kita...lagi satu, naqibah yang bagus..kalau naqibah yang skema...usrah pun skema..tak best...usrah ni kena relax, baru OSEM..sepanjang saya berusrah, dah ramai yang jadi naqibah..ada yang bila time nak usrah je rasa stress..tapi ada juga yang seronok...rasa macam tak nak balik....

tapi bila cakap pasal usrah, mesti org cakap belajar agama je kan..oh tidak..dalam usrah kita boleh bincang semua perkara, masalah peribadi yang sukar di'settle'kan, isu-isu negara, especially sekarang isu SYRIA, MESIR, PALESTINE...sbb itu usrah tu best....

saya selalu tanya cik husband, 'abg, tak rasa jiwa kosong ke? ye la abang tak pi usrah, kelas agama pun takde,'...

sebabnya kita dijadikan Allah ni untuk beribadat kan! so kalau nak beribadat ni mesti ada ilmu...kalau nak cakap masa sekolah belajar pendidikan Islam...ya itu mmg ilmu..tak cukup tau..masa sekolah mana ada belajar hadith kan! sirah nabi pun skit..tak detail..tapi bila usrah kita akan kupas dengan sedalam-dalamnya...hadith ni kita patut belajar..kerana itu kan sebgai panduan org Islam...

pengalaman usrah?? sejak kecil mmg follow my mum pi usrah...dan alhamdulillah masih istiqamah untuk berusrah..dan sedang berusaha mengajak suami sama-sama berusrah..dan mempunyai satu fikrah yang sama...sesungguhnya usrah itu best, tempat untuk mentarbiyyah diri...memperbaiki diri untuk menjadi yang terbaik..dan juga tempat saling tegur-menegur....kalau kawan-kawan berminat nak usrah...boleh ajer..just contact me....

usrah nurul ni under pertubuhan IKRAM yer...
sesungguhnya usrah merupakan wadah untuk kita menyampaikan risalah Allah swt..semoga apa yang kita buat sentiasa mendapat pahala di sisi Allah swt..

Tuesday, February 28, 2012

Pilihan sekolah untuk Sofiya

assalamualaikum


dah habis penghujung februari banyak pulak nak share pendapat bersama pembaca blog ini...idea penulisan terlintas semasa dalam perjalanan ke uia pagi tadi...betul kan dengan pepatah yang mengatakan, 'jauh berjalan, luas pemandangan'...ya itu la yang aku perhatikan semasa dalam bab itu...agaknya apa yang aku coretkan ini yer kawan-kawan...


Alhamdulillah, sofiya di kala usia setahun 5 bulan, hampir kesemua gigi gerahamnya akan muncul..tapi ibunya masih membekalkan nasi bubur ke rumah bs..ibunya kurang senang nak prepare lauk-lauk nak dibawa ke rumah bs...so better la bawa bubur 3 in 1..ada ayam atau ikan dan sayur-sayur2 kan...pasal susah2 bawa makanan ke rumah bs? tak percaya masakan bs ke? oh tidak, cuma kalau dari tangan ibunya terjamin sedikit kebersihan dan keenakkan masakan tersebut kan..no msg..no ajinamoto...praktik apa yang mak buat untuk aku masa kecil dulu..


Seronok tau kuar rumah kul 7 pagi ni, lihat kiri kanan..macam-macam ragam manusia ni..antara yang menarik perhatian aku hari ini ialah anak-anak yang ke sekolah...walaupun sofiya lambat lagi nak masuk sekolah, aku dah tanam dalam diri ni nak hantar al-amin atau hira'. kenapa yer? jawapan satu, biar la dia ditarbiyyah di sana...bila lihat sekolah kebangsaan sekarang, masyaAllah..lagipun kalau sekolah kat KL ni, sekolah agama lain, sekolah harian lain..lagipun sekolah agama ni tak wajib..so maknanya anak-anak kalau tak pi sekolah agama pun takpe...sedangkan bila sekolah agama ni la akan belajar pasal tajwid, sirah, akhlak dan fiqh kan!
dan dalam pada itu juga, aku juga rasa pelik dengan mak ayah yang masih membiarkan anak-anak yang darjah satu tak pakai tudung pi sekolah...sedangkan masa itu usia terbaik nak didik anak pakai tudung...mmg la budak seusia 7 tahun masih belum baligh, tapi kan memdidik ketika rebung, bukan dah jadi buluh baru nak lentur, payah la...sebab itu, as a parent ni, perlu sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan ilmu dalam pendidikan anak-anak...


sebab itu cara yang terbaik bagi aku nanti, mmg akan hantar sofiya sekolah al-amin, sbb aku tahu apa yang diajar sekolah macam tu..cuma yang aku risau, ada ibu bapa yang hantar anak-anak ke al-amin krn mereka tak perlu bersusah payah untuk hantar anak ke sekolah agama..sbbnya al-amin ni 2 in 1..dan oleh kerana itu ada anak-anak ni yang pergi sekolah pakai tudung, balik umah tudung ntah campak ke mana..ini juga kerana pengaruh sekeliling termasuk mak yang free hair..mmg itu tak dinafikan...nak pilih2 student masuk al-amin pun susah...nanti dirayu supaya anak mereka diterima..


cuma nanti, takde la 100% aku biarkan camtu je..aku akan amik bahagian dalam mendidik sofiya..takkan biarkan segala-galanya dibebankan di bahu cikgu-cikgu..nanti hantar dan pulang pun mesti aku yang amikkan..sekolah ini hanya medium untuk sofiya kenal erti sebenar...aku mmg mahu yang terbaik untuk anak2, especially dalam bab ilmu2 tentang kehidupan dunia dan seterusnya kehidupan akhirat..aku mahu didik dia sayang ALLAH lebih dari segala-galanya...Aku mahukan sofiya cintakan SYURGA dari dunia..dan aku juga mahu sofiya jadi anak yang SOLEHAH, anak yang boleh MENDOAKAN aku bila aku mati kelak...ya! itu la impian aku..aku mahu dia PIMPIN tangan aku, bawa aku masuk syurga ALLAH...


tapi untuk mendidik anak di zaman arus pemodenan seperti sekarang banyak cabaran..especially bila teknologi makin canggih...sofiya ni asal dgr music angry bird, terus berkejar ke tablet, tekan itu ini mahu main angry bird bersama..nampak sangat zaman sekarang anak sekecil sofiya pun sudah kenal tablet, handphone pun kenal..siap bleh letak phone kat telinga...kalau uncle amik gambar dia guna iphone, terus pergi kat uncle dia nak belek2 iphone tu..mmg pandai sofiya ni...tp zaman kita dulu nak kenal handphone pun tika usia 18 tahun baru ada handphone..itu pun handphone cikai..skrg handphone canggih-manggih...kalau student siap salin note dalam i-phone..bila time quiz, laju je menulis sbb ada source untuk meniru...mmg dasyat kan zaman skrg...hope aku dipermudahkan dalam mendidik sofiya...



dan aku juga mendoakan sofiya dapat dihantar di sekolah yang boleh membentuk akhlak dan peribadi seperti fatimah az-zahra..dan bukan sekolah yang hanya mengajar menyanyi, yang environment yang kurang islamic. oleh kerana impian ku besar, maka aku kena bijak dalam mengurus kewangan untuk menghantar sofiya ke sekolah berbayar nanti...kalau sekolah al-amin, macam-macam diajar, ilmu hadis, ilmu sirah, ilmu tauhid dan juga ilmu duniawi..


skrg aku cukup terkilan..ye la bila cakap siapa hassan al-banna, malu rasa diri ini tak kenal dia..hanya tahu dia la pengasas ikwanul muslim yang ada kat mesir sekarang, siapa Sayid Quttub, itu juga aku tidak mampu nak menjawabnya..masih banyak ilmu yang perlu aku tuntut...sedangkan anak-anak al amin kenal semua org itu..dan aku pun mahu sofiya pun jadi anak-anak al-amin yang hebat..hebat dalam kepimpinan..most of al-amin yang aku jupe mmg hebat..hebat dalam kepimpinan dan hebat ilmu di dada....dan sebab itu aku rasa al-amin adalah terbaik untuk sofiya nanti....


p/s: aku dulu sekolah kebangsaan sbb tu di area umah aku dulu takde sekolah al-amin..sekolah kebangsaan skrg berbeza dgn sekolah kebangasaan dulu..kalau pakaian pengawas tu, yang perempuan siap masuk tudung dalam baju + baju dalam kain...oh itu aku tak suke...so dari sekarang aku kena tetapkan hala tuju pendidikan sofiya..mudah-mudahan dipermudahkan

Monday, February 27, 2012

Mencari keberkatan dalam pekerjaan

Salam Isnin


oh oh..dah kul 12 lebih..cepat btul masa berjalan ni...banyak kerje tertangguh..lebih2 lagi system wireless kat uia sejak 2-3 minggu ni lembab..kat sini ada satu tazkirah yang boleh dishare bersama


" Trend bakal pengantin @ tunang yang mengambil gambar bersama hingga ada yang berpegang tangan & pelbagai aksi lain, sebahagiannya seolah sudah berkahwin adalah HARAM di sisi Islam. Menjadi FOTOGRAPHER profesional yang menawarkan khidmat terbabit juga adalah pendapatan yang TIDAK BERSIH lagi haram. Jika sudah bernikah secara sah lalu gambar diambil sebagai koleksi kenangan peribadi SAHAJA yang dibenarkan. Jangan rosakkan keberkatan rumahtangga dengan aktiviti TIDAK BERKAT ini." - credit by Zaharuddin.net


Tertarik dengan quote from Dr Zaharuddin..ya, sekarang menjadi trend anak-anak muda yang ingin berkahwin akan buat pre wedding la, pre engagement la..sehingga lupa apa yang disaran oleh agama. org kita suka ikut adat hingga abaikan agama..masyaAllah..ada yang cakap sekali seumur hidup..who knows kita akan kahwin sekali seumur hidup? itukan perancangan Allah..andainya suami meninggal dunia, maybe si isteri berhajat mahu kahwin lagi..begitu juga dengan lelaki..ditakdirkan si isteri meninggal dahulu, maka si suami akan kahwin lain...


kebanyakkan lelaki yang kematian isteri pasti akan cari pengganti untuk membantu dia dlm pengurusan kehidupan, dalam mendidik anak-anak, menjaga makan pakai itu dan sewaktunya...opsss..sudah lari tajuk penulisan aku ini..

ya.. aku bersyukur krn Allah memberi rasa malu yang menebal dalam diri ini..nak buat aksi yang diarahkan oleh photographer, masyaAllah malunya....kalau nak citerkan kisah perkahwinan aku yang hampir 3 tahun, mmg takde pun aku hired photographer profesional...ntah, tak terfikir langsung, kalau pelamin pun terus terang cakap takde, cuma yang ada mini pelamin je, tu pun just to show itu adalah hari pernikahanku...cuma side suami ada la photographer..bila tengok album tu semula..masyaAllah, malunya aku dengan Allah..kat belah umah suami tu mmg takde jugak pelamin, cuma photographer tu set sekali dgn catering..kononnya nak buat outdoor la..last2 outdoor tepi umah je..argh..aku sudah penat..tak perlu nak bergambar bagai2 ni...cukup la gambar2 kahwin tu hanya koleksi peribadi...lagipun berdosa kan tayang aksi manja depan org especially bukan mahram kita...nnt macam2 org komen..pastu timbul lak rasa riak..wallahualam...

sebab tu kan bagus kalau yang gambar kahwin tu dari kalangan saudara kita..ini hired ntah mana-mana photographer..then dia buat itu ini kat gambar kita..aku punyer hari tu mmg siap cakap kat photographer, jangan papar gambar kami...alhamdulillah, setakat ni takde la gambar2 dipamerkan...

dalam mencari keredhaan Allah, punca rezeki itu juga perlu tahu halal ke tidak...kekadang org tak faham. itu yang susah...sama juga semalam, tertengok 'money drop'..rezeki pak cik dan anaknya dpt 240 ribu..tapi hari tu ada org ckp 'money drop' ni haram, sbb permainan macam judi kan! ye la, mempertaruhkan jawapan dengan duit..tp ada yang mempertikaikan dengan menjawab exam yang multiple choice tu...oh, adakah bila jawab exam kita mempertaruhkan duit??? oh tidak....tapi smlm bila AC Mizal tanya nak buat apa dgn duit tu, pak cik tu cakap dia fikir zakat dulu...mmg bagus jawapan tu..cuma aku tanya husband, kalau  benda tu haram, tapi bayar zakat, halal ke? ohh macam mengharamkan yang halal..sudah tentu tidak...takpe la tak nak komen banyak pasal 'money drop' sbb kan cakap lebih2 ada lak yang terasa ngan statement aku..cuma bagi aku 'money drop' haram...fullstop.

kalau kat dunia ni, nak cakap pekerjaan yang haram ni rasanya banyak kot...cuma kita yang ada akal kena la fikir, sama ada setiap pekerjaan itu halal dan diredhai Allah atau tidak..Allah dah kurniakan akal, maka guna la sebaik-baiknya...jangan kerana nak keuntungan kita sanggup terlibat sama dalam melakukan dosa..Ya, hidup di dunia hanya sekali..kemudian akan dimatikan dan dibangkitkan semula di akhirat...takkan bila di akhirat sana baru nak menyesal atas perbuatan yang dibuat selama ini...apapun pekerjaan di dunia ini, seeloknya adakah cara yang kita laksanakan seperti yang dianjurkan oleh Islam...termasuk pekerjaan dalam berpakaian, menuntut ilmu, makan dan minum dan sebagainya...

sebagai kata terakhir, setiap manusia yang dijadikan Allah adalah khalifah. Ingatlah aurat kita hak Allah..Allah tidak menyuruh hambanya memakai tudung tapi menutup aurat..semoga kita sentiasa menjaga aurat supaya tiada pun seinci kulit kita terbakar kerana tidak menutup aurat di akhirat kelak...semoga kita sentiasa diredhai Allah swt.

Monday, February 20, 2012

Kerenah Sofiya

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang sihat untuk melangkah ke lab instrumentation di uia ni..hampir setahun lebih aku berkampung di sini, tak sabar-sabar mahu menamatkan pelajaran ini..sambil membuat research sambil meng'update' blog..2 in 1..dalam kehidupan management time itu perlu...

Agak lama aku menyepi diri dari menceritakan pasal sofiya...alhamdulillah di kala usia setahun 5 bulan, baru nampak aksi berjalan..walaupun hakikatnya masih belum mampu berjalan sepenuhnya..tapi syukur sangat-sangat akhirnya dia boleh juga bertatih..kalau tengok dia bertatih tu macam robot..dengan tangan kedua-dua ke paras dada...kemudian jalan nak laju je...tahniah buat anakku sofiya...

kini, aku kena usaha ajar dia macam mana nak berdiri, mmg dia bleh berdiri tegak, cuma nak terus zass berdiri tu takde la...masih teringat dulu-dulu dia mmg berusaha nak berdiri, tapi mungkin kaedah tak betul...

bila makin meningkat usia, makin takut pada manusia yang tak dikenali..satu perkembangan yang bagus..biar la org cakap dia sombong..at least kalau ada rasa takut pada org ni, susah la skit nak dibawa lari, betul tak?...mst nangis sakan...

sama la macam kes terbaru, weekend lepas aku balik umah mak mertua, adik ipar botakkan kepala..langsung tak nak pergi kat uncle..menangis sekuat hati..dah la uncle tu jarang jupe..pastu bila uncle botak kepala..terus dia tak nak...skrg ni sofiya mmg takut dengan org lebih-lebih lagi lelaki..yang dia okey hanya atok, ayahnya saja...kalau dgn nenek dia pun, kalau 1st nak amik, sure lepas tak nak...tapi adik-adik aku pandai sangat layan sofiya.....maklum la adik-adik aku ni ramai gegirl kan!

selain tu, sofiya juga dah pandai tadah tangan berdoa dan ameenkan..masa dia belum berjalan hari tu, aku minta dia tadahkan tangan dan berdoa supaya Allah cepatkan dia jalan..lagi satu dia dah pandai koyakkan buku..huhuhu..tapi nak wat camner..itu yang dia minat..beli soft book, tak pandang langsung..sedih kan beli dah la mahal-mahal tapi dia tak minat..sofiya ni hanya minat buku je..kalau benda lain kuang perhatian..so agaknya tak perlu la nak beli teddy bear bagai kan...lagipun kalau bleh tak nak la kat umah ada anak patung ni..kan malaikat tak masuk umah..takde barakah....

melihat anak-anak kawan yang cecah 2 tahun, maka tak lama lagi sofiya pun akan dua tahun...dan aku rasa nak start potty train untuk dia la..tak nak la pakai diapers lama-lama ni...mudah-mudahan di permudahkan Allah hendakNya...okey la nak stop la dulu citer..nak concentrate pada research..

Doa untuk sofiya:
" Syukur padaMu ya Allah, kerana dikurniakan anak secomel Sofiya Yasmin. Oleh itu, aku memohon padaMu kurniakan kesihatan yang baik, akal yang cergas dan juga peribadi solehah kepada Sofiya. Semoga anak kecil ini mampu menegakkan kalimah Mu di muka bumi ini...ameen"

Thursday, February 16, 2012

demam AIRASIA

assalamualaikum


waduh, agak 2 weeks blog ini tak di'update'...takpe la kan..bukan ramai pun yang follow blog ni kan! lagipun kalau nak menulis is better penulisan tu ada input kan! kan tak pasal2 nanti blog ini jadi saksi semasa perhitungan di padang masyhar..sungguh menakutkan...


so di kala mencari ilham untuk idea penulisan dalam thesis, sambil2 tu layan la tiket flight airasia..maklum la tengah promotion.. asal valentine mesti ada promotion..teringat masa 1st time pandai booking tiket menerusi internet ni..masa tu masa berkhidmat as a lecturer kat politeknik...tapi masa tu zaman pakai credit card..so pinjam kredit mak, pastu bayar semula.


BIG SALE

 Fly from Kuala Lumpur 
BaliPhuket
HanoiGuilin
ChennaiClark
Hong KongBangkok
SingaporeKuching
Kota KinabaluLangkawi
All-In-Fare
from RM
19



kalau ikut diri ni, mmg sejak kecil suke sangat berjalan2...mmg my parents akan bawak pi jalan-jalan especially round semenanjung la...kalau nak pi oversea tu maaf la, kewangan mak ayah belum mampu nak bawa kami naik flight, ye la dulu mana ada airasia, hanya ada MAS..org dulu, kalau dpt naik flight mmg org kaya la..sekarang tidak lagi...so kalau sekarang, budak-budak pun dah merasai naik flight...agaknya kalau sekarang, yang tak pernah naik flight tu yang pelik kan!


dalam meng'usha' tadi sempat la aku tengok flight pi jakarta, bandung dengan harga rm 17...murahkan..surabaya pun 17 ringgit...usha lagi kat tempat lain, ada 7 ringgit, macam pi vietnam, singapura, bandar acheh, brunei...huhuhu dasyat kan....kemudian usha pi oversea yang jauh sakit..pi melbourbe, perth harga tiket je 53 ringgit....huhuhu mmg tertarik dan menawan kan...cuma masalah tarikh nak pi bila tu masalah....tapi kalau bleh, buat masa ni aku hanya berminat nak pi negara yang ada kenalan..like singapore, surabaya, bali...semua tu ada kenalan..so untuk hotel dah save budget...opss pi langkawi pun ada tiket 3 ringgit, balik pulak free....uish..berkenan la pulak...


tapi insyaAllah, dalam bulan ni nak pi Penang, naik flight...so nanti nak call x-student, biar mereka jadi tourist guide..kalau nak citer pasal jalan2 Penang, last masa jadi lecturer pengiring tengok asimo...kira tak berjalan mana pun...tapi masa kecik2 dulu ada la gak melawat ngan mak ayah dan adik-adik dulu...pastu bulan 6 pulak akan pi kuching...so rasanya kena ada juga trip untuk hujung tahun..mahu berjalan sama mak ayah pulak..so apa kata bawa mak jalan2 ke jakarta..okey tak? nnt tanya mak..hehehehe..giler mahu berjalan, sedangkan kewangan makin lama makin menipis...takpe la kan..rezeki Allah..who knows...so tengah berfikir nak pi jakarta selain bawa mak, ayah..nak bawa sape lagi yer....tapi kalau jakarta mahu tidur di mana? kata na nak jimat..okey tukar rancangan...kita jalan2 ke bali tak pun bandung...balik ni ask my husband again...lupa lak kenalan ibu ada chalet kat mana..either bali atau bandung....check tadi, mahal la bali...cancel, pi jakarta sudah..


okey, sebenarnya bila kita berjalan2 ke luar kawasan, kita akan rasa kagum dengan ciptaan Allah..itu sebab kita digalakkan melancong..sambil melancong, bleh lihat kebesaran Allah..apa yang ada di tempat lain dengan apa yang tiada di tempat sendiri...selain bleh rehatkan diri, mengeratkan hubungan dengan suami isteri dan anak-anak. So bagi yang ada rezeki lepas, rasanya tak salah habiskan duit dengan membawa isteri, anak-anak dan mak ayah melancong kan! bagi mak ayah, sure dia happy bila dapat bercuti bersama anak-anak kan! so hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa...hope aku pun dah bercuti bersama mak ayah aku...last aku bercuti bersama adalah sebelum kahwin..pi Langkawi....seronoknya bila mengimbau kenangan...


okey kepada kawan-kawan yang mahu melancong, sila la terjah laman web airasia yer....promosi tamat pada 19 februari...

Friday, February 3, 2012

Papa, I Love U

Salam Jumaat, Penghulu segala hari...


Cerita seorang ayah kpd puterinya:

"Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya."

"Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda."

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul...”




semalam, bersama suami tersayang, aku menonton filem ini..di mana? tentu la umahku syurgaku...
kisah menceritakan bapa tunggal yang mendidik anak dengan perkara yang baik belaka

dalam menonton ini, mata kami sempat menatap wajah satu-satunya anak kami masa ini
Sofiya Yasmin
Kami mahu Sofiya nanti jadi anak yang baik, anak yang solehah
sentiasa bangga dengan ayahnya 
sentiasa menceritakan yang baik-baik tentang ayahnya

Alhamdulillah, pengajaran dari movie ni mmg bagus
cerita yang penuh unsur komedi dan juga tangisan..oppss mmg menitis air mata
especially masa Mia jatuh dr buaian
seorg ayah yang sayang giler sama anak dia

Aku, masih mempunyai seorg ayah..ayahku usianya bakal berusia 57 tahun, dan juga sudah bersara..baru sebulan bersara..aku bangga dengan ayah aku..ya mmg bangga...ayah aku ada 4 org adik beradik...tapi sorg meninggal...ayah aku anak yang sulong....ayah aku asal org Kelantan..tapi dh jadi anak jati terengganu...ayah aku seorg programmmer di KETENGAH....dalam family ayah, ayah je belajar hingga ke university..UKM...

namun kini, ayah sudah tidak kuat lagi..sejak ayah jatuh dr bilik air,before beberapa hari majlis pernikahan ku, sejak itu kesihatan ayah terganggu..nasib ada Mak yang boleh jaga ayah...ayah aku seorg kacak masa muda dan juga seorg yang kuat..tapi sekarang tidak lagi...aku mahu ayah macam dulu, seorg yang kuat..bukan tunduk pada penyakitnya..Ya Allah, Kau bagi la kekuatan ayah untuk sembuh sedia kala...

Mak selalu cakap, ' ayah dah bebas dr penyakit diabetis, darah tinggi pun kurang'...tapi ayah mmg macam org kurang berupaya..nak bawa kereta pun dah tak mampu, katanya tangan dah kuat nak pegang steering kereta...kalau makan, ayah mesti guna sudu garfu...dah tak mampu guna tangan....aku mahu ayah yang dulu...hanya doa aku mampu panjatkan supaya Allah memberi kekuatan pada ayah....aku mahu ayah sihat supaya ayah senang nak bawa sofiya jalan-jalan....

aku sayangkan ayah aku..masih ingat lagi, kalau apa-apa aku nak, mesti ayah tunaikan..masa mula2 masuk matrik, ckp nak handphone, ayah kasi phone ayah dgn no sekali...nak laptop, ayah yang belikan dan sanggup datang uia gombak hantar...even nak beli kereta pun ayah pun bayar juga downpayment yang tak cukup dan settle semua perkara..road tax insurance tahunan ayah juga yang settle...ayah mmg seorg yang pandai urus duit....

kini, aku doa agar kesihatan ayah makin baik...bila ayah sihat, senang la ayah nak berjemaah di masjid, sekarang pun kalau usrah, mst datang umah je..penglihatan ayah pada waktu malam pun tak berapa jelas....banyak kenangan aku bersama ayah aku...pergi sekolah ayah hantar...nak balik uia pun ayah hantar, tapi kat stesen bas la kan...sungguh aku rindu ayah sihat seperti dulu...

mak aku ada kebun buah-buahan..kalau musim buah, ayah akan join, nnt ayah la panjat pokok rambutan, pokok dokong, dan macam2 lagi...kalau pi mana-mana ayah la driver kami sekeluarga..tp kini tidak lagi..ayah jadi passenger..ayah dah tak nak bermalam mana2..apapun dengan ayah dah bersara, berharap kesihatan ayah makin pulih, maklum la dulu office ayah jauh..50 km dr rumah...

anak ayah rindu ayah..anak ayah harap ayah makin sihat..dapat buat kerja seperti dulu2...especially kalau hari jumaat, ayah la yang akan pi pasar kan..beli lauk-pauk untuk dimasak...itu la serba sedikit cerita pasal ayah aku...

ayah mmg strict dalam mendidik anak-anak dalam beragama..paling tidak aku lupa ialah ayah akan amik daun-daun kayu kalau kami adik-beradik tidak pakai tudung bila keluar walaupun masa tu kami belum baligh dan masih bersekolah rendah......



Promo: Konvesyen Bidadari Dunia 2012

Islam tidak menghalang wanita menghias diri dalam apa keadaan pun tapi haruslah mengikut garisan islam.
"Katakanlah, kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya, dan menjaga kehormatan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang tampak darinya. Hendaklah mereka mengulurkan/menutupkan kain kudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau mertua mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara lelaki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung." - Surah Al-Nur (24): 31
Muslimah kini haruslah bergerak mencari "role model" terbaik bagi membentuk dan menyerlahkan lagi penampilan serta bakat tersendiri sepertimana Saidatina Khadijah r.a. isteri Rasulullah S.A.W.
Slider image 1
Slider image 3
Nak tahu lebih lanjut?
lawati laman web di bawah:-

Wednesday, February 1, 2012

MasyaAllah..untuk si anak


comel tak?


baju ganti for toys kat atas


toys big size 


islamic books

Alhamdulillah, makin senang si ibu mahu pun si ayah dalam mendidik anak-anak. dengan adanya buku2 seperti ini, ia mmg bermanfaat dan berguna. doll yang comel dan menutup aurat tu boleh didik anak-anak tentang aurat kan! semoga usaha pembuat doll islamic dikira satu amalan mulia dan mendapat pahala..


mahu lebih tahu lebih lanjut: jom surf kat sini