Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, February 28, 2012

Pilihan sekolah untuk Sofiya

assalamualaikum


dah habis penghujung februari banyak pulak nak share pendapat bersama pembaca blog ini...idea penulisan terlintas semasa dalam perjalanan ke uia pagi tadi...betul kan dengan pepatah yang mengatakan, 'jauh berjalan, luas pemandangan'...ya itu la yang aku perhatikan semasa dalam bab itu...agaknya apa yang aku coretkan ini yer kawan-kawan...


Alhamdulillah, sofiya di kala usia setahun 5 bulan, hampir kesemua gigi gerahamnya akan muncul..tapi ibunya masih membekalkan nasi bubur ke rumah bs..ibunya kurang senang nak prepare lauk-lauk nak dibawa ke rumah bs...so better la bawa bubur 3 in 1..ada ayam atau ikan dan sayur-sayur2 kan...pasal susah2 bawa makanan ke rumah bs? tak percaya masakan bs ke? oh tidak, cuma kalau dari tangan ibunya terjamin sedikit kebersihan dan keenakkan masakan tersebut kan..no msg..no ajinamoto...praktik apa yang mak buat untuk aku masa kecil dulu..


Seronok tau kuar rumah kul 7 pagi ni, lihat kiri kanan..macam-macam ragam manusia ni..antara yang menarik perhatian aku hari ini ialah anak-anak yang ke sekolah...walaupun sofiya lambat lagi nak masuk sekolah, aku dah tanam dalam diri ni nak hantar al-amin atau hira'. kenapa yer? jawapan satu, biar la dia ditarbiyyah di sana...bila lihat sekolah kebangsaan sekarang, masyaAllah..lagipun kalau sekolah kat KL ni, sekolah agama lain, sekolah harian lain..lagipun sekolah agama ni tak wajib..so maknanya anak-anak kalau tak pi sekolah agama pun takpe...sedangkan bila sekolah agama ni la akan belajar pasal tajwid, sirah, akhlak dan fiqh kan!
dan dalam pada itu juga, aku juga rasa pelik dengan mak ayah yang masih membiarkan anak-anak yang darjah satu tak pakai tudung pi sekolah...sedangkan masa itu usia terbaik nak didik anak pakai tudung...mmg la budak seusia 7 tahun masih belum baligh, tapi kan memdidik ketika rebung, bukan dah jadi buluh baru nak lentur, payah la...sebab itu, as a parent ni, perlu sentiasa berusaha untuk mempertingkatkan ilmu dalam pendidikan anak-anak...


sebab itu cara yang terbaik bagi aku nanti, mmg akan hantar sofiya sekolah al-amin, sbb aku tahu apa yang diajar sekolah macam tu..cuma yang aku risau, ada ibu bapa yang hantar anak-anak ke al-amin krn mereka tak perlu bersusah payah untuk hantar anak ke sekolah agama..sbbnya al-amin ni 2 in 1..dan oleh kerana itu ada anak-anak ni yang pergi sekolah pakai tudung, balik umah tudung ntah campak ke mana..ini juga kerana pengaruh sekeliling termasuk mak yang free hair..mmg itu tak dinafikan...nak pilih2 student masuk al-amin pun susah...nanti dirayu supaya anak mereka diterima..


cuma nanti, takde la 100% aku biarkan camtu je..aku akan amik bahagian dalam mendidik sofiya..takkan biarkan segala-galanya dibebankan di bahu cikgu-cikgu..nanti hantar dan pulang pun mesti aku yang amikkan..sekolah ini hanya medium untuk sofiya kenal erti sebenar...aku mmg mahu yang terbaik untuk anak2, especially dalam bab ilmu2 tentang kehidupan dunia dan seterusnya kehidupan akhirat..aku mahu didik dia sayang ALLAH lebih dari segala-galanya...Aku mahukan sofiya cintakan SYURGA dari dunia..dan aku juga mahu sofiya jadi anak yang SOLEHAH, anak yang boleh MENDOAKAN aku bila aku mati kelak...ya! itu la impian aku..aku mahu dia PIMPIN tangan aku, bawa aku masuk syurga ALLAH...


tapi untuk mendidik anak di zaman arus pemodenan seperti sekarang banyak cabaran..especially bila teknologi makin canggih...sofiya ni asal dgr music angry bird, terus berkejar ke tablet, tekan itu ini mahu main angry bird bersama..nampak sangat zaman sekarang anak sekecil sofiya pun sudah kenal tablet, handphone pun kenal..siap bleh letak phone kat telinga...kalau uncle amik gambar dia guna iphone, terus pergi kat uncle dia nak belek2 iphone tu..mmg pandai sofiya ni...tp zaman kita dulu nak kenal handphone pun tika usia 18 tahun baru ada handphone..itu pun handphone cikai..skrg handphone canggih-manggih...kalau student siap salin note dalam i-phone..bila time quiz, laju je menulis sbb ada source untuk meniru...mmg dasyat kan zaman skrg...hope aku dipermudahkan dalam mendidik sofiya...



dan aku juga mendoakan sofiya dapat dihantar di sekolah yang boleh membentuk akhlak dan peribadi seperti fatimah az-zahra..dan bukan sekolah yang hanya mengajar menyanyi, yang environment yang kurang islamic. oleh kerana impian ku besar, maka aku kena bijak dalam mengurus kewangan untuk menghantar sofiya ke sekolah berbayar nanti...kalau sekolah al-amin, macam-macam diajar, ilmu hadis, ilmu sirah, ilmu tauhid dan juga ilmu duniawi..


skrg aku cukup terkilan..ye la bila cakap siapa hassan al-banna, malu rasa diri ini tak kenal dia..hanya tahu dia la pengasas ikwanul muslim yang ada kat mesir sekarang, siapa Sayid Quttub, itu juga aku tidak mampu nak menjawabnya..masih banyak ilmu yang perlu aku tuntut...sedangkan anak-anak al amin kenal semua org itu..dan aku pun mahu sofiya pun jadi anak-anak al-amin yang hebat..hebat dalam kepimpinan..most of al-amin yang aku jupe mmg hebat..hebat dalam kepimpinan dan hebat ilmu di dada....dan sebab itu aku rasa al-amin adalah terbaik untuk sofiya nanti....


p/s: aku dulu sekolah kebangsaan sbb tu di area umah aku dulu takde sekolah al-amin..sekolah kebangsaan skrg berbeza dgn sekolah kebangasaan dulu..kalau pakaian pengawas tu, yang perempuan siap masuk tudung dalam baju + baju dalam kain...oh itu aku tak suke...so dari sekarang aku kena tetapkan hala tuju pendidikan sofiya..mudah-mudahan dipermudahkan

2 comments:

Nurul aziyana said...

same mcm husna, skrg ni nmpk hp je letak kt telinga dok hello2..huhuhu picit sane picit sni..boleh hntr sms dh..huhuh zaman yana dulu knal tpon masa masuk u..alahai..20thn akan dtg tak tahu la mcm mane..

CaHaYa^KetEnaNGan said...

haah, sofiya even remote tv pun letak kat telinga..itu la, bila fikir zaman akan datang, banyak kan cabaran yang perlu di hadapi..so ibu bapa macam kita la yang perlu bersedia...