Assamualaikum sahabat-sahabatku..salam Rabu
Rasanya agak lama saya tidak menulis..kenapa yer? jawapan saya gagal untuk menguruskan masa dengan betul sehingga terabai la blog saya..
Alhamdulillah, sudah di bulan 4, maka kerja2 research saya menghampiri waktu puncak..perlu siapkan secepat mungkin..sbb tu kalau bangun, sure ingatkan research..tapi nasib main dengan sofiya research tidak hadir dalam mindaku...
apa yang nak dicoretkan kali ini? actually, dalam sibuk membuat research tadi, saya terpanggil untuk jenguk group..'Kumpulan Ibu Menyusu'...ada status yang menghangatkan suasana ketika ini iaitu " bolehkan ebm, atau susu ibu dipublish di khayalak ramai? apa komen kawan-kawan'...macam-macam jawapan yang ada..tapi semua tidak setuju bila dikatakan mempamerkan ebm itu haram...
sedih bila satu manusia ini memberi pendapat tentang EBM adalah privacy, ditentang sehabis-habisnya oleh sekumpulan manusia yang terlalu taksub dengan susu ibu..mana mungkin si ibu yang pamer EBM di facebook menerima kenyataan yang haramnya menayangkan susu perahan kepada umum...dulu, saya juga pernah letak sekeping gambar susu saya dalam blog ni..tapi masa tu over excited la nak cerita pasal penyusuan, maka letak gambar susu yang fresh tu kan..tapi skrg bila tngok semula..ya Allah malunya...rasanya setiap wanita yang melahirkan anak pasti akan mempunyai susu ibu, cuma yang beza banyak atau sedikit susu itu...
walaupun ada yang cakap, bila lihat susu ibu yang banyak, maka akan memotivasikan ibu-ibu untuk mengepam susu.. ya itu btul, tapi kan takkan tak cukup satu gambar, maka prlu ada beratus-ratus manusia menguploadkan susu ibu kan facebook...rasanya takde rasa malu, semua benda mahu dihebohkan di facebook...bila berlaku rompakan dan kecurian, mula lah salahkan org lain..tanpa brfikir sebenarnya kita yang banyak mngundang bnda-benda seperti itu..bila teknologi sudah mnguasai diri sehingga kita tidak tahu mana yang perlu dipublish, mana yang perlu jadi privacy yang mana ia perlu menjadi rahsia...
saya hanya memerhati melihat tulisan-tulisan dan komen-komen ibu tentang EBM tidak boleh dipamerkan di khayalak ramai sehingga terfikir, sudah tidak berakhlak kah ibu-ibu ini dalam berkata-kata..mereka semua telah menabur fitnah kepada si penulis status tersebut..antaranya berbunyi...'ala, dia jeles....dia tak berjaya susukan anak..kalau tak suke tengok ebm, tak perlu masuk dalam KIM'..dan macam-macam lagi..andainya kita ibu yang terbaik, kita sepatutnya menerima dengan positif..tengok kat mana salah sebenarnya bila asyik2 tayang ebm...ini tak, asal tak kena, terus hentam tanpa berfikir apa kesan akan terjadi kan!
bila org mengatakan susu tu adalah aurat, maka haram tayangkan..berdosa..tapi pandangan saya la, buat apa nak tayangkan susu yang diperoleh tu..itukan rezeki Allah..kalau nak bagi semangat, kan dah banyak org tayang susu tu..tak perlu la nak terlibat sama, amik la satu gambar susu tu...google je kat internet...kemudian tampal kat meja menyusu..risau nanti apa yang dilakukan kalau Allah tak suke, macam mana?? so apa-apa yang kita nak lakukan, fikirkan adakah ini Allah suka atau tak? kerana hidup ini kan sementara, yang kekal akhirat kelak...ada juga yang mempersoalkan tentang susu ibu itu aurat, tapi macam mana gambar yang seksi-seksi itu, kenapa tak tegur je mereka semua itu..
itu la kan..tak perlu nak melenting..hanya kerana EBM...kenapa nak persoalkan skop yang lebih luas..so sahabat-sahabat sekalian, jangan cepat melenting bila sesuatu tu tak kena dengan diri..muhasabah balik kenapa perlu melenting...seindah-indah akhlak ialah akhlak Rasulullah...lihat la bagaimana baginda ditohmah, diejek, tapi baginda masih snyum kepada si perlaku....
so rasanya penulisan saya pada hari ini lebih kepada peringatan supaya kita semua belajar menerima pandangan org lain especially pandangan negative. Islam itu kan indah..maka tak perlu la nak kutuk org sana sini..risaukan pahala menyusu anak jadi kurang kerana mengatakan org sana sini...
Followers
Mutiara Kata
Wednesday, April 4, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING
4 comments:
1st time bace kate susu ibu tu haram di pamer. mcm kelakar aje. x logik lansong huhuhu...
mcm2 persoalan dunia skrg nie. kdg benda yang ntah hape2 je dirumitkan bagai nk rak. menjadikan islam tu nampak susah & leceh. pdhal org2 je suke buat kenyataan2 palsu. x bagos betol utk imej islam benda2 mcm nie...
susah bile org xde ilmu suke je merapu ntah hape2 tanpa bersandarkan mana2 hadis or fatwa...al Quran...hurm...entah la...
susu ibu haram dipamerkan?kakaka...
islam ada kata begitukah?
aduhai,lainkali keluarkan komen yang membina ataupun yang lojik...
tapi hendak nasihatkan kepada ibu2 yang menyusu itu agar tidak pamerkan gambar anda ketika menyusu..
jika mahu berkongsi biarlah menutup menggunakan kain...
aurat juga harus dijaga walau niat kita mahu berkongsi...
senang cerita,niat tidak menghalalkan cara!
cara bertindak mengikut lunas-lunas yang betul...
maaf jika pendapat saya ini salah!!!
Assalammualaikun
itu la...
tapi kalau org yang terlalu taksub dengan susu ibu pun payah..tak boleh dikondem..
kalau pasal susu diharamkan dipamerkan mmg tak logik kan! nnt camner nak suapkan untuk anak kat umah bs...
iyer, susah kalau org hanya takde ilmu dan tak nak terima pendapat org lain ni...wallahualam
Meletakkan hukum haram tuh extreme sangat kot.. Tapi, kurang manis mungkin sesuai.. And what's the point of showing off your EBM stocks?
Ada banyak cara untuk memotivasikan kawan-kawan lain utk fully breastfeed anak-anak.. My opinion, tak perlu tayang susu kita tuh.. Bentuk nasihat dan hikmah menyusukan anak lebih berkesan kot.. Betul tak?
And saya setuju, susu tuh rezeki. So buat apa pulak kita menayang2 rezeki kita kat khalayak ramai. Macam kita dapat gaji hujung bulan, kita snap gambar and letak kat facebook ke? Tak kan?
So pendapat saya, bukan haram, cuma tak perlu dan tiada kebaikan pun to post EBMs collections..
Wallah hu alam..
:)
-say YES to breastfeed!!-
Post a Comment