Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Saturday, July 30, 2011

rezeki ALLAH

alhamdulillah, weekend kembali semula..tp weekend kali ini, aku selamat berada di rumah mertua..di mana lagi kalau bukan di klang, teluk gadong, depan umah mil ada convo dheaven..so kalau kawan2 lalu sini, boleh la intai2 mana satu umah mil..sng la nnt nak berjalan..hihihi mukadimmah yang mengarut kan!


sebenarnya aku teruja bila best student zaman aku belajar dulu selamat dpt title dr. Puan Dr Noor Illi binti Dr. Mohd Fuad..[itu la yang aku nampak nama tu kat FB dia]...tahniah buat Illi..baru je mendirikan rumah tangga awal Julai lalu..rezeki Allah..ketika usia baru 28 tahun, Allah memberi nikmat untuk dia bergelar sebagai dr..kalau bukan dr perubatan pun, tapi dr in Phd..merupakan pendidikan yang paling tinggi.. kalau nak citer pasal Illi ni, aku sebenar tak rapat mana, maklum la dia course biotechnology engineering. dia mmg best student overall..alhamdulillah, dengan status as best student, dia dapat sambung phd without taking master..apapun tahniah sahabatku..semoga sahabatku sentiasa dimurahkan rezeki..ameen..



kalau bercakap pasal rezeki ni, alhamdulillah..rezeki aku ni boleh dikatakan murah juga..lepas abis grad je aku dioffer jadi guru tadika..hampir 3 bulan..melayan kerenah anak2 usia 4,5 dan 6 tahun ni..mmg tahap kesabaran perlu tinggi..kemudian diikuti aku dpt offer menjadi guru ganti sekolah teknik dungun, kena mengajr fizik oleh mak cik jah ( mak cik jah sekarang dh tukar ke kuantan dah takde kat dungun :-( )...opss lupa, masa aku jadi guru tadika tu gaji aku adalah dlm 300 ringgit je...aku simpan, duit tu aku guna amik lesen keter kali ke-2....kemudian masa jadi guru ganti, gaji aku dibayar based on hari bekerja kat sekolah tu..alhamdulillah..dlm 15 hari kot aku keje...


berakhir tahun 2007, aku ditawarkan keje guru di sekolah al amin..utk pengetahuan, semua pekerjaan tu tanpa diinterview..maklum la bantuan org dalam..hihihi..sempat la aku keje kat situ dlm tempoh 5 bulan..tapi duit yang aku dpt tu mmg aku simpan..maklum la target nak kahwin..


kemudian rezeki ditawarkan keje kat poli..masa tu aku and adik2 sibuk mengecat rumah, ada sms yang mengatakan yang aku dioffer mengajar kat politeknik dungun, aku bersyukur sangat2 sbb masa tu aku sudah 'dibuang' keje di al-amin, gara2 aku sentiasa balik umah tiap weekend, maklum la aku ni kan warden..huhuhu...tapi in the same time aku dah apply nak smbung master...mmg aku dpt sambung master tu, kt utm skudai..itu syarat je kalau tak dpt mana2 offer, mmg akan sambung master tu tp bila aku dpt offer keje kat politeknik, sure aku tolak master tu..sbb dah ada pekerjaan yang terjamin, lagipun itukan kerajaan..lagipun bila keje dkt ngan mak, maka umah mak la jadi tempat perlindungan.


setelah 6 buln bekerja di poli, maka tangan ku gatal isi scholarship tpm uitm...alhamdulillah, rezeki org nak kahwin , aku dpt offer tu..dan aku decide akhir tahun baru aku sambung master..dan universiti menjadi pilihan tentula uia...alhamdulillah, rezeki masih berpihak, aku dpt 2 offer, satu uia satu um..maka uia menjadi pilihanku...itu la rezeki aku..dari gaji kecik sehingga gaji 4 angka, semua aku rasai..syukur sangat dengan perjalanan kehidupan aku..bak kata pepatah...'bersakit2 dahulu bersenang kemudian'


melihat kepada kehidupan ini, semua itu adalah perancangan Allah..kerana Allah amat teliti dalam setiap pengaturan dalam kehidupan hambaNya..lihat aje dengan kejadian bumi..ada siang maka ada malam..bila siang ada matahari, bila malam ada bulan dan bintang..kat dunia pun ada kehidupan lain, ada haiwan, ada tumbuhan...sungguh hebat penciptaan Allah yang tak dpt ditandingi akal manusia..tapi adakah kite bersyukur? bila senang mmg susahkan nak ucap alhamdulillah, Allah itu mudah sahaja dilupakan...tapi bila susah, Allah la tempat pertama di hati..berdoa bagai semoga Allah mengembalikan kepada keadaan yang elok dan baik2 aje..


apapun dalam mengecapi kesenangan di dunia ini, kite perlu berusaha, Allah tidak akan memberi sesuatu tanpa usaha kite..Allah itu maha adil..org yang rajin akan dapat apa yang dikehendaki tapi org yang malas mmga akan dok tahap tu je..sebagai hamba Allah, kalau nak murah rezeki, rajin2 la amalkan solat dhuha..



Dari Abu Dzar, dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, beliau bersabda:
“Pada pagi hari setiap tulang (persendian) dari kalian akan dihitung sebagai sedekah. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, memerintahkan kebaikan (amar ma’ruf) dan melarang dari berbuat munkar (nahi munkar) adalah sedekah. Semua itu cukup dengan dua rakaat yang dilaksanakan di waktu Dhuha.” 
[HR. Muslim, Abu Dawud dan riwayat Bukhari dari Abu Hurairah]

Dari Abu Hurairah, ia berkata: “Kekasihku Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara: puasa tiga hari setiap bulan, dua rakaat shalat Dhuha dan melaksanakan shalat witir sebelum tidur.”
[HR. Bukhari, Muslim, Turmuzi, Abu Dawud, Nasa’i, Ahmad dan Ad- Darami]

Dari Zaid bin Arqam, bahwa ia melihat orang-orang mengerjakan shalat Dhuha [pada waktu yang belum begitu siang], maka ia berkata: “Ingatlah, sesungguhnya mereka telah mengetahui bahwa shalat Dhuha pada selain saat-saat seperti itu adalah lebih utama, karena sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Shalatnya orang-orang yang kembali kepada ALLAH adalah pada waktu anak-anak onta sudah bangun dari pembaringannya karena tersengat panasnya matahari”.
[HR. Muslim]


akhir kata, muhasabah diri supaya hari ini lebih baik dari hari semalam dan esok lebih baik dari hari ini..selamat beramal.

Wednesday, July 27, 2011

suami pukul isteri?

hari ni aku berjaya edit blog sambil runningkan aku punya MATLAB..apapun result tetap sama even aku top up itu ini..biasa la tu..yang penting dont give up and cari solution how settle it..arghh tak perlu la cakap research ni..bukan benda yang menyeronokkan..even hari tu berita pun ckp yang kerajaan memerlukan lagi 30 ribu org dlm penyelidikan..so ia menunjukkan pekerjaan research sesuatu yang kurang menyeronokkan..kalau research, buat sekali terus dpt result kan bagus..tp nama lagi penyelidikan, perlu la ada try and error..btul tak???

korang tengok header aku dah berbaur kekartunan kan, maka mulai hari ni, aku dah tak nak show2 wajah kesayangan anak aku dah..malas nak promote my baby tu..lagipun baby ni semua comel kan, maklum la belum ada dosa..aku risau kalau asyik tampal muka comel sofiya, ada yang kat luar sana menangis kerana masih dikurniakan anak..aku perlu jaga hati mereka supaya satu hari nanti mereka juga menjaga hati aku..so lepas ni, entry aku hanya la gambal dr insan 'google' je la..




bahagiakan tengok gambar kat atas tu...tapi tak semua manusia kat dunia ni sentiasa dikurniakan kebahagiaan sehingga akhir hayat..ada yang dah 30 tahun usia perkahwinan pun bercerai..itu lumrah kehidupan..hari ni aku nak buka fikiran korang tentang wajar kah seorg suami memukul isteri? ini satu topik yang perlu dibincangkan selepas melihat kes2 penceraian di malaysia sungguh tinggi especially negeri terengganu tu..


aku dapat idea ni selepas terblog walking pasal kes jimmy pengacara tu..dalam hal ini, kita tdk boleh menuding hanya sebelah pihak je..lagipun bila kita baca keterangan isterinya kita pasti tahu siapa yang betul dan siapa yang salah..bila citer hal ni kat suami, dia citer hal sebenar...tapi hal tu biar lah dirahsiakan dulu..balik kpd persoalan, adakah suami yang cool akan memukul isteri sesuka hati? jawapannya adalah tidak..sebelum menjatuhkan hukuman kepada seseorg, seeloknya kita perlu lihat diri kita. adakah bila kita layan suami seeloknya suami akan memukul kite..lain la kalau mmg dia jenis panas baran..lelaki yang jenis panas baran ni, kite sebagai isteri perlu tahu memainkan peranan untuk mententeramkan keadaan. jangan kite pulak yang mengapi2kan keadaan sehingga makin bertambah buruk. bagi aku la, suami yang suke pukul isteri tak memasal ni, mmg adalah suami yang tidak tahu tanggungjawab..tetapi suami yang asalnya cool, caring, memukul isteri mungkin disebabkan keadaan yang memaksa.contohnya mungkin, isteri ada buat silap yang sukar sehingga suami itu sukar menerima kesalahan seperti tidak menutup aurat, keluar berfoya2 dgn kawan walaupun telah diberi nasihat..


korang masih ingat tak kisah nabi ayub a.s yang diuji oleh Allah swt, di mana apabila baginda sakit, isteri kesayangan meninggalkan?  dan apabila baginda sihat, isteri balik semula kepangkuan baginda..dan bagaimana baginda memukul isterinya kerana meninggalkan semasa baginda sakit..iaitu dengan setangkai rumput..ini adalah pengajaran kepada isteri jangan sewenang2nya mengikut kata org lain sehingga meninggalkan suami dlm kesakitan.  ini bermakna suami boleh memukul isteri tapi dalam keadaan memberi pengajaran bukan untuk mencederakan si isteri tersebut...



sebelum menutup entry kali ini, mahukah kamu bahagia macam pasangan kartun di atas..terdapat beberapa tips yang yang boleh diamalkan. di antaranya:-

1. Jaga mulut suami. Maksudnya ialah jagalah makan minum sang suami. Kenyang perut senang hati.

2. Jaga kemaluan suami. Maksudnya ialah berilah makan kemaluan suami secukupnya. Islam juga mengharamkan dan melaknat si isteri yang menolak permintaan suami untuk berjimak. Jikalau disemak hadis, ada hadis yang menyuruh isteri melayan suami walaupun sedang menunggang unta.

3. Jagalah minatnya. Kalau suami suka bertukang, janganlah suruh tukar minatnya ini. Lebih baik lagi kalau sang isteri juga turut belajar bertukang. Kalau suami suka menulis, fahamilah dan sokonglah. Kalau suami gemar baju warna biru, janganlah diberikan baju warna merah. Yang penting di sini ialah isteri jangan sekali-kali menentang minat sang suami ini. Tetapi apa yang penting di sini ialah berikanlah sokongan ke atas minat suami ini sekiranya minat ini tidak bercanggah dengan agama seperti merokok. 

dan bayangkan seorang isteri yang ingin mengamalkan  3 ilmu ini namun sang isteri ini kerap melakukan perkara berikut:
1. Tidak menghormati suami
2. Bersangka buruk terhadap suami
3. Membenci poligami
4. Memarahi dan mengherdik suami
5. Menyangka sama taraf dengan suami kerana masing-masing bekerja dan ada gaji
6. Melayani dan mengutamakan anak melebihi dari melayani suami

marilah sama2 kite memperbaiki diri untuk sama-sama menuju syurga Allah. keberkatan hidup isteri adalah keredhaan suami..wallahulam

Thursday, July 21, 2011

baju sofiya


kali ini entry yang aku tulis ni berunsurkan saje2..coleteh si ibu sofiya..kalau org lain sibuk buat persiapan syawal, aku diam je..tak reti sangat nak buat persiapan syawal ni..ntah la..kalau org bilang mahu shopping sana sini, tapi aku diam je..tak tahu nak shopping mana..cik suami pun diam..org lain sibuk mahu beli biskut raya atau buat..aku pun tak tahu nak jawab apa..walaupun ada kala bosan aku bw tentang biskut raya..mood raya? aku tak sure wujud ke tak walaupun hakikatnya tahun ni aku bakal balik terengganu..insyaAllah..maybe 9 hari kat sana..satu waktu jangka masa yang panjang...mudah-mudahan aku dipanjangkan usia..

dalam sibuk org tengah bersembang nak shopping mana, nak beli baju raya anak mana, rupa-rupanya sofiya dah ada dua baju gaun..direka khas oleh aunty haliza rahmat..ni pun aku blogwalking juga...boleh link sini yer
wat baju raya sofiya homemade la...hope sofiya cantik la pakai baju ni..aku kalu bleh nak baju sofiya semua islamic, sopan santun, bukan pakai celuk je...kalau bleh tak nak la beli gaun takde lengan yang nampak ketiak tu...gambar kat atas tu pun semua dr aunty haliza's fb..belum lagi dapat..tapi tak kisah, janji baju sofiya dah ada..itu la kan..dalam tak sedar sofiya dah ada baju nak dipakai waktu raya...baju kurung? sepasang je..sofiya kan budak lagi, tak perlu la baju kurung banyak2 ni...baru 10 bulan, bukan bleh jalan lagi pun...so lepas ni kalau tak shopping baju sofiya untuk raya pun takpe kan..dah ada pun...

bercakap pasal syawal, mesti ada yang tak sabar nak beraya, 1st beraya dgn anak yang dah besar skit, anak yang pandai berjalan..tapi kenapa jarang org yang menanti kedatangan ramadhan? takut sangat org nak menghadapi ramadhan..yer..sbb bulan ramadhan kena puasa selama 30 hari...30 hari tak makan di siang hari macam satu masalah kan..sebab selama ni kalau tak bulan puasa, kejenya asyik makan je..nak puasa sunat tu payah sikit..maklum la, nafsu dah berjaya menguasai diri..

so apa kata ramadhan kali ni kite jadikan ramadhan yang terbaik..sbb kite tak tahu kite akan jupe ramadhan itu lagi atau tak..tapi skrg bukan bulan ramdhan lagi..ini sebagai persediaan..lagi 9 hari nak berpuasa..insyaAllah..tanam azam cepat2..tanam apa yang kite mahu tingkatkan...antara amalan yang boleh ditingkatkan :-

i - andainya tak pernah solat malam, cuba solat malam walaupun hakikatnya mmg susah, banyakkan solat sunat
ii - tadarus al-quran walaupun hakikatnya nak mengaji sehari satu muka pun susah - kalau bleh cuba khatam 30 juzuk
iii - sedekah - bulan puasa mmg ramai yang akan bersedekah..so jadikan sebahagian dari org itu. kat sini, bila masa time puasa, bleh buat lebih2, bagi kat jiran
iv - jangan lupe solat terawih - usaha juga walaupun ada anak, yang suami sila rajin2kan diri ke masjid atau surau..biar kenal jiran2
v - cuba banyakkan menuntut ilmu dgn membaca bahan ilmiah dan juga pi kelas2 agama
vi - iktikaf di masjid terutama 10 malam terakhir ni sesuai untuk lelaki
vii - jangan asyik sibuk buat biskut raya je..manfaatkan bulan ramadhan sepenuhnya..baca mathurat
viii - berahklak mulia - beradap sopan dgn suami, anak2, adik beradik, ibu ayah, pak cik mak cik, jangan mulut dr bercakap benda sia2.

itu je yang mampu disenaraikan..semoga aku bleh list senarai ni kat peti ais, sekurang2nya aku bleh perbaiki apa yang perlu..dan moga ramdhan kali ini adalah yang terbaik dr tahun2 sudah..ameen..

Wednesday, July 20, 2011

cita-cita

agak lama tak menulis di blog kesayanganku..mesti gara2 sibuk buat research...kononnya la tu...tapi masa mmg mencemburui aku..asyik aku yang terkejar masa..seolah2 masa mmg tak pernah cukup..tapi bila renung, apa yang aku buat dalam 24 jam sehari tu..berapa banyak aku ingat Allah?? arghh terkena lagi aku...apapun aku sentiasa mengharapkan hari2 esok lebih baik dr hari ni dan hari ni lebih baik hari semalam..


tetiba bila blog puan dayu, teringin sangat nak menulis tajuk cita-cita ni...apa cita-cita korang? adakah sama keje korg dgn cita2..ya puan dayu merupakan jurutera di jabatan kerja raya..aku jeles sama dia, sbb aku tak pernah jadi engineer walaupun aku lulusan engineer..sbb itu cita-cita aku..apakan daya, time interview post engineer tak nak pi, alasan sbb tempat tu jauh.:-)


kat sini nak citer2 la..apa cita2 aku masih kecik dulu..ya masa aku sekolah rendah tu aku dah faham apa itu cita2..bila time tu semua org akan ckp bila besar mahu jadi doktor..engineer mmg jarang jawapan yang didengar..yes..jawapan doktor juga pernah keluar dr bibir mungil aku ni bila ditanya tentang cita2...tapi masih aku ingat, bila tulis dlm buku biodata masa darjah enam, sure aku tulis cita-cita aku guru atau lecturer...


then bila aku berpeluang menunaikan haji tika usia 16 tahun, tetiba impian nak jadi doktor muncul kembali..maklum la masa tu, nenek asyik sakit je...masuk hospital kat mekah..kat arafah pun nenek sakit..so dlm melihat nenek dirawat, aku kagum sangat keje doktor tu...sbb tu beria-ia nak jadi doktor...tapi maybe tak doa kot..maka bila balik malaysia, dok kelas bio asyik ngantuk giler..maklum la yang ajar cikgu cina, pn choo..bukan salah cikgu la..aku dulu, bio dok dlm lab...sapu la air kat mata, tetap tak jalan..mengantuk yang amat..maka dengan ini aku buat kesimpulan..arghh tak leh jadi doktor ni...


so bila nak spm, aku masih mencari arah, apa aku nak buat ni kan..memandangkan kawan2 ayah ramai engineer...petronas lak tu..ye la sape keje petronas zaman 1998 tu mmg kagum la..kalau engineer petronas tu semua graduate oversea...tu buat aku semngat nak amik engineer...so aku tanam cita2 nak jadi engineer hingga la spm kuar..bila nak isi upu..sure aku isi pasal kejuruteraan...medical??arghh terkubur even result bio aku agak ok...


so bila bertungkus lumus belajar engineering 6 tahun, 2 tahun di matrik uia dan 4 tahun di main kampus...maka akhirnya aku berjaya dapat scroll...sekarang ni pun sambung master dlm engineering...sungguh sayang aku pada bidang kejuruteraan...cuma aku tak berpeluang nak jadi engineer..nasib praktikal tempat kejuruteraan..boleh la belajar sikit2 kan...dr aku grad, keje aku mmg mengajar...dr budak tadika sampai budak poli..semua aku ada...agaknya Allah makbulkan doakan aku nak jadi pengajar atau org putih cakap ialah lecturer..so after aku abis master pun, aku sure akan jadi lecturer juga..sbb ada bond...itu la sejarah cita2 aku...


sebenarnya masa umur 4 bulan dlm kandungan ibu, Allah dah tugaskan malaikat tuliskan tentang hidup, mati, rezeki dan juga jodoh.. bila tengok ayat tu balik, segala perjalanan hidup ini mmg ketentuan Allah. kita ini yang perlu berusaha..


bila cakap pasal cita-cita dunia, maka apa cita-cita akhirat nanti???..kerana kehidupan yang kekal adalah akhirat sana..di sana hanya 2 pilihan sahaja..syurga atau neraka..tidak ada lagi jurutera, doktor, pensyarah..yang ada hanya tempat balasan apa yang dibuat kat dunia..andainya kite pilih dunia, maka kita akan hanya mendapat dunia..tapi bila kita yakin bahawa kehidupan akhirat lebih indah dari kehidupan dunia, maka kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik..tapi sayang, kehidupan di akhirat tu adalah benda ghaib, yang sukar digambarkan dengan akal fikiran..sbb tu kita asyik keja dunia je..kite sentiasa tak puas apa yang kite dapat...contohnya perempuan ni, even lawa atau cantik mst rasa tak cantik lagi, yang gemuk berusaha untuk kurus..bila gemuk, pakaiannya sentiasa longgar, bila dah kurus..mulalah tunjuk body sana sini..ni boleh tengok dr iklan2 slimming world tu..bila rasa diri tak cantik, mulalah tanam itu ini kat muka..pakai susuk..sedangkan umur 60 tahun still nampak 30-an..operate sana sini..tapi cuba kita cantikkan diri dengan apa yang disuruh Allah, pasti kite akan sentiasa diri cantik, muka sentiasa berseri kan..


okey la..ini sahaja penulisan untuk hari ni..sbb sofiya dah mengamuk..so stop here..semoga aku kena lebih tekun mengejar cita-cita untuk masuk syurga Allah..buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang..jadikan kehidupan Rasulullah sebagai pedoman dalam kehidupan kita ini..

Sunday, July 17, 2011

kejadian sebelum ke majlis Birthday Aqeef


alhamdulillah, sudah berlangsung besday party baby aqeef danial yang pertama..syukur ya Allah kerana memanjangkan umur Aqeef. semoga Aqeef menjadi anak yang soleh dan menjadi anak kebanggaan ibu dan ayah.

tetiba ada idea pulak nak menulis..maklum la kepala dah rasa berat dgn asyik buat matlab ni..pastu tengah study how to convert signal to filter using matlab...lagipun ayah sofiya takde, tinggal aku bersama sofiya sambil berfb, berblog tengah Stanza Cinta...ayah sofiya pi LCCT, pi amik mil ngan adik2 ipar..so nampaknya pagi besok baru aku balik pantai dalam seterusnya pi uia....dah lama benar aku tak pi lab tu...

okey, memandangkan aku takde gambar masa besday part aqeef, so aku pinjam banner jiha je la..lupa lak nak snap 2-3 keping gambar suasana besday aqeef...padahal kamera ada je dalam hangbag...so gambar2 tu kite nntkan dr bloggers yang hadir atau tuan rumah yang update blog yer...

nak citer la, kami bertolak agak lewat, dlm kul 12 lbh padahal jiha dah bagitahu time potong kek kul 12..aku tak nak la force cik hubby pi cepat2..biar dia relek je..aku pi sana selepas aku berjaya jemur baju yang dibasuh...so dalam mencari taman keramat tu, dalam kul 1 dah sampai...aku lalu ikut klcc..jalan kat situ tak bz mana pun..tapi aku tak sedap la pi tangan kosong..maka aku terpksa cari hadiah la untuk aqeef...

dah la tak biasa tempat tu, silap masuk skit..terus sesat, asalnya aku nak pi aeon jusco setiawangsa, dah nampak signboard. tp confius..last2 cik husband masuk simpang ke balai polis datuk keramat..jalan..jalan..jalan..tup2 aku dpt bayangkan dah kembali ke kl..maklum la nampak bangunan celcom yang besar giler...

so bila dah jadi camtu, maka aku suggest ke ou sebelah pasar chow kit..tp jammed..cancel..so yang hanya terlintas adalah maju junction..so kat situ la tempat aku beli hadiah tu..hope aqeef suke..last minute maka bungkusan pun tak kemas..sorry jiha...setelah itu, aku kembali semula ke taman keramat mengikut jalan pertama tadi yang aku sampai...

maka kul 3 aku sampai...dah takde sape2 pun..nasib ada makanan lagi...so menu2 dia mmg best la..ada nasi ayam, mee kari..cendol pun...kuih muih..serawa durian pun ada...harap perut penuh...so aku hanya makan mee kari je..cik husband makan nasi ayam..katanya sedap...kek birthday aqeef pun menark..mmg deco majlis ni mmg cantik..maklum la tema bubbles..mmg meriah la majlis ni...aku dok hampir sejam gak la kat majlis jiha ni..thanks jiha atas makanan tu..mmg sedap...

sebagai kesimpulan, thanks kat cik husband yang membawa aku ngan sofiya ke majlis kawan bloggerku..selagi ada kudrat, selagi tu aku akan berusaha memenuhi jemputan kawan2 blogger aku ni...cuma yang tak best bila tak dapat jupe kawan2 blogger yang lain kan! mmg enjoy majlis besday kawan2 blogger ni...

Friday, July 15, 2011

kami berjalan2 lagi..part 1

Melaka road map - via the North-South Highway

kali ni entry aku mahu berkisarkan jalan2 cari pengetahuan..ok tak aku punya theme tu? tapi gambar yang aku letak dlm blog ni adalah hasil kejayaan aku meng'google' kat tenet je. gambar2 riang kami semua ada dlm kamera..malas nak upload la...so layan la citer kami je la..aku selamat pi melaka hari rabu lepas (13 Julai 2011)

A Famosa

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Islam Melaka

Stadhuys

Malacca River Cruise 

Beca Melaka

Jonker Walk

Jonker Walk

Malacca River Cruise

Muzium Samudera

Dataran Pahlawan

dua hari satu malam di bandaraya bersejaragh melaka tidak cukup untuk melawat semua tempat. aku dn cik husband bersama sofiya bertolak dr umah mil di klang seawal 10 pagi...b4 tu sempat la aku surf internet mencari rumah tumpangan atau hotel yang murah dan juga tempat2 yang wajib kami lawati...so akhirnya kami sampai kat bandaraya jam 1 lebih melalui Ayer Keroh...

sampai2 sana, terus cari hotel TIME, kenapa aku cr hotel tu? sbb harganya agak murah walaupun ada lagi rumah tumpangan yang murah..hotel TIME ni kami sewa satu malam dengan harga rm78 tapi kena ada cengkeram rm50..mananya dah check out nnt dapat la rm50 tu...biliknya agak ok la, dgn katil size queen, bilik air pun bersih, ada tv and aircond..cuma takde kettle je, susah la nak masak air panas kan..tp kat hotel tu ada tempat iron dan juga water cooler..bagi kami yang hanya mahu jadikan hotel tempat tdo, rasanya bilik tu mmg memuaskan...

kemudian petang tu, after solat jamak zohor & asar, maka kami mula expedisi mencari makanan..1st suami aku ajak makan kat kedai mamak, tp aku tak nak, aku minta suami aku cari tempat lain...so dalam pusing2 kami mmg tak jupe sehingga kepala aku ngan cik husband sakit kepala...last2 kami makan la kat food court kat mahkota parade...tp dlm food court ni pun chinese juga yang menguasai..mmg tak best la kalay chinese yang masak...tp aku order juga makanan wan tan  apa tah..lupa lak...suami dpt makan nasi..tp mmg aku tak jupe kedai melayu kat bandaraya melaka, mamak ada la...

so lepas makan, kami berjalan2 di dataran pahlawan..mmg banyak shopping complex ni..tp aku ckp la kat cik husband, kl pun ada tempat2 macam ni..tak payah la jalan2 dlm shopping complex..so kami keluar dr dataran pahlawan mall, kami ternampak a famosa..aik..kecik je..aku bayang besar la..nak citer pasal a famosa?? tak perlu la ..kan panjang lak entry aku ni..selepas puas amik gambar kat a famosa, kemudian pi muzium sebelah a famosa, muzium kesultanan melaka...mmg cantik bangunan kayu tu...

kalau nak tahu, kat bandaraya melaka ni, sape2 berminat buat research ttg sejarah, melaka adalah satu tempat yang bagus nak buat kajian, bermula dgn stadhuys, kat situ ada beberapa muzium antaranya ialah muzium Islam melaka, muzium umno, memorial kemerdekaan, muzium tldm, muzium samudera dan bermacam2 lagi..aku takde la pi semua muzium maklum la muzium tutup pun kul 6 ptg...tapi kalau nak masuk muzium, sure masuk kena ada tiket..so sekarang mana ada free..nak tak nak paling murah rm2..

sambil jalan2, kami bertiga sempat naik basikal..opss beca la..lama btul tak naik beca..ye la zaman kecik2 dulu beca pun merupakan pengangkutan awam..untuk beca ni, ada 2 pakej, satu 20 ringgit dan satu lagi 15 ringgit...tapi lupa la kalau 15 ringgit dr mana ke mana dan 20 ringgit dr mana ke mana..tp aku amik bayaran 20 ringgit la...

dan puas jalan2 dan amik gambar, aku kembali ke dataran pahlawan..kat situ ada gerai kraftangan..so kalau nak beli cenderamata, bleh je kat sini..tp kalau nak beli kat stadhuys pun ada, kat bangunan samudera pun ada..so korg bleh je beli macam2 goodies yang bleh dibawa pulang..baju2 mengikut fesyen pun banyak..tapi kalau korg nak naik menara tamingsari, dekat je..sekali naik rm10...tapi aku tak sempat naik la..nampak dr jauh je la...

tapi hakikatnya mmg banyak tempat yang patut dilawati, cuma masa menjadi kekangan nak lawat semua..kalau ada masa korang bleh pi Jonker Walk..ala macam Petaling Street tu..tapi aku tak berminat, just lalu je..tengok2 dr jauh..tapi Jonker Walk tu mmg satu tempat yang best untuk dilawati..begitu juga dengan Malacca River Cruise..mmg cantik pemandangan..terletak di sungai Melaka..

-------to be continue in the next entry

GA My Little Secret - Fisher Price


dah lama agaknya tak join GA ni..tetiba blogwalking pagi ni, ummi husna tagged ibu sofiya, maka dengan senang hati join GA ni..lagipun kalau join GA ni no need la nak pertaruhkan apa2 kan..especially gambar sofiya kan..so i like to join GA ni..

so syarat2 nak enter this GA so easy la..jom terjah link di bawah ni yer


ini dia syarat yang aku copy paste dr blog di atas yer..


1. Jangan ketinggalan membaca entry dari blog ini terutamanya di bawah label GA - Fisher Price. Anda tidak diwajibkan untuk follow blog ini, tetapi dinasihatkan berbuat demikian ;

2. Anda dipohon untuk tag sekurang-kurangnya 3 orang kawan-kawan anda untuk menyertai blog ini; dan

3. Sila link penyertaan anda dengan gambar contest ini : dan


4. Entry berikut, adalah berkaitan dengan GA Fisher Price:

Fisher Price - Newborn to Toddler Rocker ;
Fisher Price - The Go Baby Go - Stride to Ride Lion ; dan
Fisher Price - Healthy Care Booster Seat.

5. Soalan dan hadiah GA akan dimaklumkan dalam satu entry khas.

so kat sini aku tagged

1 - mama fatin
2. mama sarah
3. mama rafique

so selamat menjoinkan diri masing2 yer...

Thursday, July 14, 2011

Tak PERLU besar

alhamdulillah, akhirnya aku ada idea nak citer dalam blog ni..aku ni bukan blogger tegar yang banyak benda nak citer walaupun macam2 yang berlaku dlm kehidupan aku sehari, seminggu, sebulan sehingga setahun..setelah baca blog hannah dan juga fad, aku rasa kerdil sgt..especially tentang kehidupan ini.




hari selasa lepas, my hubby selamat menghantar my mil and his siblings to LCCT, klia..diaorg semua berada di surabaya, indonesia sampai ahad ni..insyaAllah..aku maybe akan muncul tahun depan kt surabaya..booking tiket je blom...tadi try kat airasia, rm600 4 org..berbaloi la kan..so maknanya seminggu juga aku kena dok umah mil kat klang..kena jaga la, kalu ikut hati nak je balik umah kat pantai dlm tu....


berbalik topik yang aku nak citer ni ialah pasal rumah. nampaknya ramai kawan sebaya aku dah berjaya memiliki rumah..alhamdulillah, rezeki mereka..aku??blom ada lagi..takpe la..lama2 nnt ada la rezeki tu..insyaAllah..


dulu masa kecik2 aku berangan nak umah besar, anak2 sure ada bilik sendiri sorg satu, bilik aku lak sure macam kat hotel, besar, ada peti ais, tv dan segala la..macam syurga dunia la katakan...tp sekarang...aku tahu hidup sederhana adalah digalakkan....



umah mil ni mmg besar, dah la depan tu kondo, mmg kawasan umah mil mmg kawasan elit gak la..kalau jual sure dlm juta2 la, maklum la dekat ngan shopping complex, klinik, sekolah, bank, kedai2 perabot, kedai keter, swimming kelas...so boleh dikatakan semua ada...so korang sure bleh bayangkan umah mil aku macam mana kan..ada 5 bilik dan semua dlm umah my mil perabotnya adalah jenis dato datin yang pakai..tp itu semua adalah peninggalan arwah fil...maklum la arwah fil dulu adalah seorg manager dlm company hartanah..mmg kategori org kaya la...lagipun kalau family side arwah fil, semua kaya2, ada berpangkat dato datin ni..org no 2 malaysia pun pak saudara cik husband...


so bila kami dok umah ni bertiga terasa tidak seronoknya bila rumah besar..seram sejuk je..kalau nak turun ke bawah, rasa takut sesensorg...mmg tak seronok rupanya rumah besar...semua kawasan kena pantau..nanti kat akhirat Allah tanya, adakah setiap ruang kat umah tu dilawati...lagipun kat umah mil, bilik mil pun mmg macam stail hotel..1st time masuk tu mmg terkejut...suram n gelap, bilik air pun stail hotel..tp rumah zaman 1990-an la..kalau sekarang lagi canggih manggih..pernah gak pi umah husband punyer mak cik kat muar, bilik air mmg cantik giler..tip top la, belum lagi kat dapur..rumah tu asalnya rumah biasa je..dah lama beli, tp dah renovate, rasanya kat 300K kot renovatenya tu...mmg moden la rumah tu..tp sedih tengok umah2 jiran...umah jiran tu umah asal la...


okey dengan rasminya aku dah tak nak umah besar2..cukup la umah untuk kami anak beranak hidup ni..andainya Allah kurniakan kami 5 anak, maka cukup la umah 4 bilik yang sederhana..umah besar ni bukan jaminan untuk bahagia dengan aman damai..umah besar, hati ni banyak risau terutama kalau bab kena samun ni..tp alhamdulillah, umah mil masih selamat, dulu2 kena masuk pun sbb nak takut2kan je tuan rumah je kot..sbb diaorg takde la amik barang berharga sangat...




sebagai kesimpulan dalam entry ni, tak perlu la rumah yang terlalu besar untuk hidup di muka bumi ini..sesungguhnya hidup ini hanya sementara, walaupun org ckp rumah ni harta, tp takpe la kan umah yang sederhana..4 bilik yang sederhana besar dgn 3/2 bilik air dah okey kan..so beserderhana la hidup ini dan banyak kan kumpul pahala nak jupa Allah kelak..


p/s: tetiba tertarik nak beli umah lelong pulak..motif apakah ini???

Monday, July 11, 2011

Gunakan akal untuk menganalisisnya

Tetiba hati ni tertarik nak baca artikel ni dan nak shared dlm blog aku ni..semoga apa yang digambarkan di bawah ni boleh membuka mata kite semua. Siapa yang tertanya kenapa pilih Ambiga sudah terjawab..tanya hati di mana iman kita...semoga kita mengambil iktibar dari artikel di bawah. wallahualam




Apa itu BERSIH 2.0?
BERSIH adalah singkatan daripada Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil. BERSIH bukannya sebuah parti politik yang akan bertanding dalam pilihanraya. BERSIH hanya ingin menuntut proses pilihanraya yang adil.


BERSIH merupakan badan bebas dan tidak mewakili mana-mana parti politik. BERSIH tidak peduli siapa yang menang dalam pilihanraya, asalkan ia dijalankan secara adil, saksama, telus dan menurut lunas perlembagaan. Secara logiknya, orang yang berprinsip sepatutnya menyokong 8 tuntutan tersebut, samada dari pihak parti pemerintah mahupun di pihak parti pembangkang.

Kenapa Ambiga?


Ramai yang mempersoalkan kenapa Datuk Ambiga dipilih sebagai pengerusi Bersih sedangkan dia pernah terlibat dengan isu murtad Lina Joy. Sehingga ada yang mendesak Ambiga dilucutkan kerakyatan.

Nak tanya.. Adakah jika kita menyokong BERSIH, bermakna kita menyokong akidah Ambiga? Iran menentang US. Adakah menyokong Iran bermakna kita menyokong dasar syiah mereka yang sesat? Adakah kita menyokong kelab bola sepak Manchester United bermaksud kita menyokong akidah player MU yang kafir itu?

Kita hanya menyokong Ambiga menuntut pilihanraya adil. Jika orang bukan Islam pun mahukan keadilan, adakah kita sebagai umat Islam hanya mahu jadi tunggul dan rela dipijak serta ditindas pemerintah zalim? Malu la sikit.

Kenapa perlu adakan perhimpunan untuk serah memorandum?


Memang boleh jika mahu terus menyerahkan memorandum kepada Sultan secara individu. Tetapi, pasti akan ada pihak yang mengatakan itu adalah tuntutan bermotifkan peribadi. Jika mengumpulkan rakyat dalam satu perhimpunan dan perarakan menyerah memorandum tersebut, impaknya lebih besar. Kebangkitan rakyat juga dapat dilihat sekaligus memberi tekanan kepada pemerintah untuk melaksanakan tuntutan tersebut. Selain itu dapat memberi amaran kepada orang ramai jika tidak mahu situasi tersebut berulang, haruslah turut sama menyokong tuntutan BERSIH itu agar dilaksanakan segera. Bukannya memaki hamun.

Perhimpunan aman menjadi huru-hara


Pada mulanya, perhimpunan BERSIH berjaya dijalankan dengan aman. Rakyat berarak dengan penuh disiplin tinggi. Tidak ada kerosakan, keganasan dan rusuhan yang berlaku seperti digembar-gembur media. Tidak ada yang membaling objek atau batu, dan tidak ada siapa pun yang mencetuskan provokasi. Akan tetapi, pencetus ketegangan dan huru-hara yang sebenar adalah pihak polis dan FRU, bukannya rakyat. Ramai yang ditangkap walaupun mereka belum berhimpun.

Apabila rakyat berjaya berhimpun secara aman dan hanya melaungkan slogan, mereka ditembak dengan gas pemedih mata dan dimandikan dengan water canon. Sekaligus membuatkan perhimpunan menjadi kucar kacir. Semestinya mereka terpaksa lari mencari perlindungan. Kemudian, mereka dikejar, ditangkap dan dipukul tanpa belas kasihan. Dan paling menyedihkan, ada yang meninggal dunia akibat sesak nafas kerana bom asap. Inilah punca sebenar keadaan menjadi tegang. Sedangkan kalau dibiarkan, rusuhan tidak akan berlaku.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong perkenan menerima memorandum tersebut, tapi usaha itu dihalang oleh pihak berkuasa. Siapa yang derhaka pada Sultan sebenarnya? Kasihan polis dan FRU yang terpaksa bertindak mengikut arahan pemerintah zalim. Terima kasih kepada sebahagian polis yang masih berhati perut.

Jalan Sesak / Peniaga Rugi Besar


Semua nak salahkan jalan sesak sebab BERSIH. Yang sebenarnya, jalan sesak sebab polis buat roadblock, tutup jalan-jalan utama. Perjalanan LRT juga dihalang. Sama juga dengan rungutan peniaga yang mengadu mengalami kerugian. Kalau jalan tak ditutup, mesti hasil jualan melambung dek puluhan ribu penyokong BERSIH yang lapar dan dahaga. Adakah semua peserta demonstrasi membawa bekal nasi goreng? Sangat tidak logik mahu mengatakan peniaga rugi besar disebabkan lautan manusia memenuhi ibu kota. Pintu-pintu masjid pula dikunci sebab apa? Hingga orang ramai terpaksa solat di merata-rata. Mujur bumi Allah itu luas. Kewajipan tetap dilaksanakan.

Media Propaganda Putar Belit


Jika dilihat di berita TV3 suku dan akhbar pro-kerajaan, jumlah yang dilaporkan menyertai perhimpunan tersebut hanya sekitar 5 ribu orang sahaja. Tujuannya mahu membuktikan usaha kerajaan menghalang rakyat menyertai perhimpunan tersebut membuahkan hasil. Pujian melambung diberikan kepada pihak polis dan FRU yang kononnya dapat mengawal keadaan dengan penuh etika.

Hakikatnya? Perhimpunan tersebut berjaya mengumpul lebih 50,000 rakyat walaupun pelbagai sekatan, rancangan dan fitnah menggagalkannya dilakukan. Sakitnya hati bila melihat liputan media propaganda dan komen-komen pencacai yang sentiasa memutarbelit dan meracun fikiran rakyat yang tidak mahu ambil tahu hal sebenar dan hanya menyokong membabi buta. Sangat kasihan.

Semangat Juang Rakyat


BERSIH 2.0 berjaya dilaksanakan walaupun dihimpit dengan pelbagai halangan termasuk rampasan baju-baju kuning, ugutan daripada pihak polis dan dolak dalik pemerintah yang sekejap mahu beri permit, sekejap tidak. Provokasi daripada Perkasa, Patriot dan Pertubuhan Silat Lincah juga tidak melunturkan semangat. Sedangkan mereka-mereka itu yang lantang bersuara kononnya mahu duduk di barisan hadapan untuk menentang BERSIH, tapi langsung tidak kelihatan ketika hari perhimpunan. Manakala Patriot pula hanya mampu mengumpul sekitar 300 orang sahaja. Itupun terpaksa berlindung di belakang FRU?



credited by: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=7257

Thursday, July 7, 2011

Jalan2 cari Barang ANAK lagi


alhamdulillah, smlm masa aku pulang dr uia, aku ternampak banting tentang parenthood di atas. so nampaknya dalam bulan July ada banyak jualan..mengikut kalender aku, 16 hingga 17 July ada Pureen Warehouse...so maknanya bulan ni bleh la nak buat budjet untuk barang anak-anak kan..

aku dah 2 kali ke pameran camni..tapi selalu tak lama la..sbb aku pi satu je..hanya suke2..bukan ada nak beli something ke apa..so macam kalau aku ke pameran camni, pasti aku akan beli pampers..kalau org lain borong pampers sampai berkotak2..aku cuma satu beg je..mmg aku tak pandai nak beli banyak2..cuak, risau..ye la kalau beli pampers ni kan ada size..kan beli banyak2, nnt sofiya dah besar tak muat..so aku tak pandai nak estimate la bila sofiya bleh pakai pampers size s sampai bila..so sebagai kesimpulan..satu beg sudah...

aku bercadang nak pi Pureen Warehouse tu, ye la yang hari tu tak berkesempatan, tp tak tahu la dpt pi tidak kali ni, mengharapkan keajaiban dr cik suami..maklum la hari ahad ada jemputan besday anak jiha, yang juga blogger macam aku..kemudian my mil and sils punya flight hari tu..so mmg rushing kan..so kalau aku nak pi, sure 16 July tu kan...nak memborong 2-3 helai baju sofiya..nak beli kat Isetan, rasanya terduduk aku, tak bangun2..lagipun baju kat Isetan tak lawa pulak bila sale ni..agaknya2 yang comel simpan, yang buat sale ni amik yang dah lama dalam store tu kan...so nak tak nak sofiya kena la pakai baju jenama pureen je..jenama pureen pun banyak yang cantik..apapun aku mmg gila baju jenama carter's and gap ni..masa jalan2 kat sacc mall 2 minggu lepas, mmg geram sama baju2 kat butik tu..tp apakan daya, otakku masa waras, aku berjanji, bila sofiya dah bleh jalan, baru aku beli baju gaun comel2..baru best kan..tengok anak bergaya sambil berjalan..ini beli sekarang, dah la tak leh jalan lagi..baju la ratus2..pakainya sekejap..aku nak beli baju yang sofiya bleh pakai lama..baru puas hati...

rezeki adalah kurniaan Allah..oleh itu guna la sebaik2nya. dan jangan lupa dalam duit yang kite dapat ada juga hak org lain. sbb itu kena hendaklah belajar bersedekah..tak banyak takpe, janji niat bersedekah..kerana bila mati hanya 3 perkara yang boleh membantu kita di sana nanti:-


1) bersedekah
2) anak yang soleh dan solehah
3) Ilmu yang dimanfaatkan


nampaknya ketiga2 kateria sudah ada...cuma nak dilaksanakan tu memerlukan kekuatan kerana nak buat sesuatu yang baik, banyak cabaran dan halangan..halangan ni bukan hanya syaitan tapi halangan anak, suami, keluarga, keje...tp cuba bayangkan bagaimana kehidupan Rasulullah..berdakwah di Mekah selama 13 tahun kemudian di Madinah pula 10 tahun..bagaimana kentalnya semangat Rasulullah untuk menyampaikan agama Allah ini..kenapa kita tidak mahu mencontohi baginda dalam setiap urusan kehidupan kita seharian? kerana satu je kita terlalu memikirkan kehidupan dunia..kita terlalu mengejar dunia sehingga lupa kehidupan yang kekal di akhirat sana. 

Wednesday, July 6, 2011

kelunya lidah





kelunya lidah..tak pandai berkata2..
semalam aku balik dr uia dgn lrt, maka tempat perakhiran adalah lrt kampung baru..
nak dijadikan citer...aku ternampak sesuatu tapi lidahku kelu sangat2..
yang aku tahu hati ini menangis... menangis melihat itu tapi mulut terkunci rapat
tak berani nak mencegah sesuatu,ya Allah, lemahnya iman aku...


semalam, dlm menunggu cik husband, aku duduk kat tempat menunggu di sebuah bangku
di hujung bangku itu, adalah sepasang couple..budak sekolah gitu...
ntah apa diaorg buat, wallahualam, tp mmg rapat sgt..macam tak leh dipisahkan lagi
kemudian aku ternampak lagi
tak jauh dari tempat tu, ada 3 org anak dara (maybe budak2 sekolah, tp bukan berbaju sekolah la) dgn 3 lelaki..yang lelaki tu lak ada motosikal..
apalah anak2 gadis tu buat dalam jam 4.30 petang..
berpancaran sana sini, tanpa rasa segan silu walaupun mata aku ni tak lepas2 pandangan pasangan di hujung bangku...
Ya Allah, tak malu btul anak2 gadis sekarang yer..berbaju sekolah pulak tu..


memang cabaran membesarkan anak2 di zaman sekarang, especially anak2 perempuan..tp jangan ingat lelaki pun kena amik mudah...semua aktiviti anak mmg kena pantau. bagi aku, andainya ada rezeki, aku mahu anakku dihantar di sekolah berbentuk islamic, di mana di situ dia akan mengamalkan apa yang dipraktikkan di sekolah, aku kalau bleh tak nak anak aku sekolah kerajaan..bukan apa, cara pendidikan anak sekarang dah tak macam zaman aku sekolah dulu, jauh berbeza..mak aku pun cikgu dan dia mengakui sendiri..tp jangan dipikir bila sekolah islamic, bukan semua anak2 akan 100% baik akhlaknya..opss itu tidak..kerana pendidikan ini bermula dari rumah..elok mak ayah didik, maka eloklah akhlaknya nanti..guru2 hanya sebagai pembantu..


tp zaman sekarang,, ibu ayah terlalu sibuk mencari duit sehingga mengabaikan anak..sbb tu terjadinya kes rogol, tengok video lucah dan anak2 zaman sekarang terlalu sukakan hiburan atau lebih dikenali dgn 'hedonism'..lihat la, tp2 bulan sure 2 kali jom heboh tajaan tv3 tu..tengok macam mana sambutan org ramai terhadap program sperti tu..masyaAllah, anak2 muda zaman sekarang, dah ramai yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup kan..senang2 dedah aurat sana sini, sedangkan diorg sedia maklum menutup aurat itu satu kewajipan yang beragama Islam.


anak remaja sekarang juga sudah hilang rasa malu. dan mereka lagi bermegah2 dengan menayangkan bf/gf masing2..semalam pun aku ada dgr dkt radio sinar.fm kes budak kena pukul dan kena belasah disbbkan berebut gf.. MasyaAllah..sudah tidak ada akhlak anak2 remaja kite..bayangkan kalau anak kite berkelakuan sperti tu..di mana salahnya? jawapan adalah hnya kte je tahu..


hidup ini adalah ujian. baik sakit atau sihat, kaya atau miskin..semua itu ujian..cuma bila ditimpa kesusahan baru org cakap ujian..bila senang, maka ujian itu dilupakan..bila musibah terjadi, maka dengan ringan kita mengadah tangan memohon doa pada Pencipta iaitu Allah..masa tu la mahu kembali kepada Allah..itu la manusia..fitrah manusia hanya ingat Allah bila ditimpa musibah..amat jarang bila berada dlm kesenangan, kita akan tunjukkan cinta kepada Allah dgn amalan2 sunat, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran..sbb itu kadang2 Allah uji kite macam tak terlintas di hati..macam semalam, kat fb banyak sangat berita sedih, dgn baby yang lahir takde hidung, hanya bernafas menggunakan mulut, bs jatuh sakit, isteri ditimpa sakit kanser otak, baru kahwin suami dijangka hidup hanya 3 bulan disebabkan tumor...itu semua ujian supaya kite sentiasa kembali pada Allah..kerana kehidupan yang aman damai adalah kehidupan di syurga Allah nanti. mari lah kite memperbaiki diri kite ke arah kebaikan..lebih2 lagi bulan Ramadhan bakal menjelang..bersihkan hati kite supaya bulan Ramdhan yang akan datang adalah bulan Ramadhan2 yang terbaik..semoga kite masih diketemukan dgn bulan Ramadhan ini..ameen...

Tuesday, July 5, 2011

bila rajin, inilah hasilnya


bila rajin, ini la jadinya..bagusnyer aku..puji diri sendiri..
masa blogwalking blog nano nor td, aku jupe la web masak2 ni..tajuk dia sambal taugeh + pucuk paku pakis + kerang..so blogwalking la...tetiba dlm blog tu ada resepi 'puding roti'...tengok2 bahan nak buat cam senang je...

balik2 dr uia, pi kedai bawah umah aku..aku ni dok flat..sure ada kedai2 terdesak kat bawah ni kan..korang mesti tahu kedai terdesak apa kan..kedai2 ni mmg mahal la skit dr harga supermarket macam giant, tesco, carrefour dan econ save.

untuk buat puding ni..semua total adalah 10.60..mahal kan! maklum la bahan2nyer banyak yang takde..yang ada telur dgn susu cair...so dgn pewarna pun 2 ringgit sebotol..aku beli 2 maka 4 ringgit...mahal btul pun pewarna..lepas ni bleh wat makanan warna warni sbb dh ada pewarna...hihihi..mengarut je aku..ok jom terjah bahan2 nak wat puding roti

tajuk : puding roti
masa: 20-30 minit

bahan2:

bahan A : (semua kena masak atas dapur terlebih dahulu)

1 paket agar2
1 1/2 cawan gula
6 cawan air

bahan B: (Kisar kesemua bahan yang tersenarai ni)

2 biji telur
1 tin susu cair atau 2 cawan santan
1 sudu teh esen vanila
3 keping roti gardenia
3 sudu teh besar susu pekat

setelah bahan A masak, masuk bila agar2 dan cair, maka masukkan bahan B yang dikisar.
kemudian bahagikan 3 bahagian - 1 bahagian hijau, 1 bahagian kuning, 1 bahagian warna asli

kemudian sengetkan sedikit loyang. kemudian selang-selikan masukkan agar tu. sejukkan
dan keras bleh dimakan..sedapnya..Alhamdulillah..

ni 1st time aku buat agar macam pelangi ni..alhamdulillah menjadi..tak macam aku buat kek coklat kukus hari tu..topping tak jadi...so aku dpt 3 bekas..okey..sape2 nak, sila angkat tangan, bleh aku wat amal jariah...
kemudian aku 1st time juga wat kuew teow ladna..tapi tak letak ayam..sbb ayam keras..aku berjaya dptkan ayam organic kat pasar raya metamorf..dkt ngan komuter pantai dalam..alhamdulillah...

sape2 nak try buat la..aku rasa mmg sedap...mmg skrg ni aku rajin skit nak masak kuih muih ni..maklum la kalau nak beli kat kedai pikir banyak kali..maklum la mahal..even pagi tadi aku makan kuew teow dgn begedil daging pun kena 3 ringgit..ni dalam kampus uia..ntah kul berapa kuew teow tu dia masak..sejuk macam dlm peti..makan pun dlm terpaksa mengenangkan 3 ringgit aku dah laburkan..okey.,,mmg tak lama dia tender kat uia tu..aku jamin..sbb jual mahal2 pada student..

Monday, July 4, 2011

"MENCARI YNG HALAL ITU FARDHU"

mencari yang halal itu fardu..maka dengan kudrat 2 tangan dan 2 kaki kita kena berusaha untuk mencari yang halal..espcially yang berkaitan dengan makanan..kalau kat malaysia, logo halal menjadi keutamaan dalam menentukan sama ada barang tersebut halal atau tidak..negara kita ni boleh la dikategorikan Islam kerana mempunyai penduduk yang beragama Islam...itu pada hakikatnya tapi pengamalan hanya Allah je yang tahu..


Masa aku pi usrah 3 minggu lepas, kak normah aka my naqibah berjaya mempromosikan tentang Az Zain..kak normah citer la az zain diterajui oleh seorg doktor perubatan..setelah melihat dan mendengar bermacam2 tentang proses penyembelihan ayam ni..timbul banyak keraguan..dan lagipun ayam di Malaysia banyak diproses oleh non-Malay...so maka kat sini akan timbul cara penyembelihan ayam tu kan..kebanyakkan ayam akan distunning dahulu..tahu tak apa itu stunning? maka dengan sedikit ilmu yang aku ada, stunning ialah proses di mana ayam itu dibiarkan kaku, tegak tak bergerak untuk mudah penyembelihan..cuma yang menjadi masalah..proses stunning menggunakan arus elektrik yang dialirkan. bila arus elektrik dialirkan, ada ayam yang dah jadi bangkai sebelum sempat disembelih..itu la serba skit kak normah citer...


bila baca pamplet tu, baru la tahu kaedah penyembelihan ayam di malaysia ni..semua tu boleh dibaca di bawah ni...




UrutanAyam Az-Zain diprosesAmalan Memproses Ayam di Malaysia
1.


Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih


Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan
2.


Tanpa Stunning


Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan letrik sebelum disembelih)
3.

Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnyaUsus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses
4.
Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu
Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam
5.Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan buluAyam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam
6.


Suhu air dikawal pada 600C supaya air tidak menembusi dalam daging ayam


Amalan standard industri menetapkan suhu air 700C hingga 750C. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam
7.

Ayam dimasukkan ke dalam air ais tanpa kimia dan klorinAyam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran.
8.


Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbanganTeknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu
9.




Setelah diproses ayam dipotong dan dicuci dengan teliti sebelum pembungkusan dan disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 210 C supaya ayam bebas dari bakteria dan sentiasa segar dan tidak memudaratkan kesihatan manusia.

Ayam dihantar kepada pusat jualan,pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam


10.

Ayam diangkut ke pasaran dengan truck refregirated sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputusKebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria






ini la bezanya ayam yang disembelih az zain dgn ayam yang disembelih oleh mana2 org persendirian..maka dengan ini aku akan berusaha untuk dapatkan ayam az zain atau hpa demi kemashalatan diri ini, suami dan anak2..moga2 usaha aku nak mencari yang halal dipermudahkan Allah


antara2 produk dihasilkan az zain ialah :-




ayam daging(kuning), ayam kampung (merah), bebola, burger, sosej




Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya : “ Makanan itu bentuk syaksiah insaniah.
(Maka tidak hairanlah kita dengan reruntuhan akhlak dan moral umat Islam yang sangat teruk pada masa kini)