Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, July 7, 2011

Jalan2 cari Barang ANAK lagi


alhamdulillah, smlm masa aku pulang dr uia, aku ternampak banting tentang parenthood di atas. so nampaknya dalam bulan July ada banyak jualan..mengikut kalender aku, 16 hingga 17 July ada Pureen Warehouse...so maknanya bulan ni bleh la nak buat budjet untuk barang anak-anak kan..

aku dah 2 kali ke pameran camni..tapi selalu tak lama la..sbb aku pi satu je..hanya suke2..bukan ada nak beli something ke apa..so macam kalau aku ke pameran camni, pasti aku akan beli pampers..kalau org lain borong pampers sampai berkotak2..aku cuma satu beg je..mmg aku tak pandai nak beli banyak2..cuak, risau..ye la kalau beli pampers ni kan ada size..kan beli banyak2, nnt sofiya dah besar tak muat..so aku tak pandai nak estimate la bila sofiya bleh pakai pampers size s sampai bila..so sebagai kesimpulan..satu beg sudah...

aku bercadang nak pi Pureen Warehouse tu, ye la yang hari tu tak berkesempatan, tp tak tahu la dpt pi tidak kali ni, mengharapkan keajaiban dr cik suami..maklum la hari ahad ada jemputan besday anak jiha, yang juga blogger macam aku..kemudian my mil and sils punya flight hari tu..so mmg rushing kan..so kalau aku nak pi, sure 16 July tu kan...nak memborong 2-3 helai baju sofiya..nak beli kat Isetan, rasanya terduduk aku, tak bangun2..lagipun baju kat Isetan tak lawa pulak bila sale ni..agaknya2 yang comel simpan, yang buat sale ni amik yang dah lama dalam store tu kan...so nak tak nak sofiya kena la pakai baju jenama pureen je..jenama pureen pun banyak yang cantik..apapun aku mmg gila baju jenama carter's and gap ni..masa jalan2 kat sacc mall 2 minggu lepas, mmg geram sama baju2 kat butik tu..tp apakan daya, otakku masa waras, aku berjanji, bila sofiya dah bleh jalan, baru aku beli baju gaun comel2..baru best kan..tengok anak bergaya sambil berjalan..ini beli sekarang, dah la tak leh jalan lagi..baju la ratus2..pakainya sekejap..aku nak beli baju yang sofiya bleh pakai lama..baru puas hati...

rezeki adalah kurniaan Allah..oleh itu guna la sebaik2nya. dan jangan lupa dalam duit yang kite dapat ada juga hak org lain. sbb itu kena hendaklah belajar bersedekah..tak banyak takpe, janji niat bersedekah..kerana bila mati hanya 3 perkara yang boleh membantu kita di sana nanti:-


1) bersedekah
2) anak yang soleh dan solehah
3) Ilmu yang dimanfaatkan


nampaknya ketiga2 kateria sudah ada...cuma nak dilaksanakan tu memerlukan kekuatan kerana nak buat sesuatu yang baik, banyak cabaran dan halangan..halangan ni bukan hanya syaitan tapi halangan anak, suami, keluarga, keje...tp cuba bayangkan bagaimana kehidupan Rasulullah..berdakwah di Mekah selama 13 tahun kemudian di Madinah pula 10 tahun..bagaimana kentalnya semangat Rasulullah untuk menyampaikan agama Allah ini..kenapa kita tidak mahu mencontohi baginda dalam setiap urusan kehidupan kita seharian? kerana satu je kita terlalu memikirkan kehidupan dunia..kita terlalu mengejar dunia sehingga lupa kehidupan yang kekal di akhirat sana. 

No comments: