agak lama tak menulis di blog kesayanganku..mesti gara2 sibuk buat research...kononnya la tu...tapi masa mmg mencemburui aku..asyik aku yang terkejar masa..seolah2 masa mmg tak pernah cukup..tapi bila renung, apa yang aku buat dalam 24 jam sehari tu..berapa banyak aku ingat Allah?? arghh terkena lagi aku...apapun aku sentiasa mengharapkan hari2 esok lebih baik dr hari ni dan hari ni lebih baik hari semalam..
tetiba bila blog puan dayu, teringin sangat nak menulis tajuk cita-cita ni...apa cita-cita korang? adakah sama keje korg dgn cita2..ya puan dayu merupakan jurutera di jabatan kerja raya..aku jeles sama dia, sbb aku tak pernah jadi engineer walaupun aku lulusan engineer..sbb itu cita-cita aku..apakan daya, time interview post engineer tak nak pi, alasan sbb tempat tu jauh.:-)
kat sini nak citer2 la..apa cita2 aku masih kecik dulu..ya masa aku sekolah rendah tu aku dah faham apa itu cita2..bila time tu semua org akan ckp bila besar mahu jadi doktor..engineer mmg jarang jawapan yang didengar..yes..jawapan doktor juga pernah keluar dr bibir mungil aku ni bila ditanya tentang cita2...tapi masih aku ingat, bila tulis dlm buku biodata masa darjah enam, sure aku tulis cita-cita aku guru atau lecturer...
then bila aku berpeluang menunaikan haji tika usia 16 tahun, tetiba impian nak jadi doktor muncul kembali..maklum la masa tu, nenek asyik sakit je...masuk hospital kat mekah..kat arafah pun nenek sakit..so dlm melihat nenek dirawat, aku kagum sangat keje doktor tu...sbb tu beria-ia nak jadi doktor...tapi maybe tak doa kot..maka bila balik malaysia, dok kelas bio asyik ngantuk giler..maklum la yang ajar cikgu cina, pn choo..bukan salah cikgu la..aku dulu, bio dok dlm lab...sapu la air kat mata, tetap tak jalan..mengantuk yang amat..maka dengan ini aku buat kesimpulan..arghh tak leh jadi doktor ni...
so bila nak spm, aku masih mencari arah, apa aku nak buat ni kan..memandangkan kawan2 ayah ramai engineer...petronas lak tu..ye la sape keje petronas zaman 1998 tu mmg kagum la..kalau engineer petronas tu semua graduate oversea...tu buat aku semngat nak amik engineer...so aku tanam cita2 nak jadi engineer hingga la spm kuar..bila nak isi upu..sure aku isi pasal kejuruteraan...medical??arghh terkubur even result bio aku agak ok...
so bila bertungkus lumus belajar engineering 6 tahun, 2 tahun di matrik uia dan 4 tahun di main kampus...maka akhirnya aku berjaya dapat scroll...sekarang ni pun sambung master dlm engineering...sungguh sayang aku pada bidang kejuruteraan...cuma aku tak berpeluang nak jadi engineer..nasib praktikal tempat kejuruteraan..boleh la belajar sikit2 kan...dr aku grad, keje aku mmg mengajar...dr budak tadika sampai budak poli..semua aku ada...agaknya Allah makbulkan doakan aku nak jadi pengajar atau org putih cakap ialah lecturer..so after aku abis master pun, aku sure akan jadi lecturer juga..sbb ada bond...itu la sejarah cita2 aku...
sebenarnya masa umur 4 bulan dlm kandungan ibu, Allah dah tugaskan malaikat tuliskan tentang hidup, mati, rezeki dan juga jodoh.. bila tengok ayat tu balik, segala perjalanan hidup ini mmg ketentuan Allah. kita ini yang perlu berusaha..
bila cakap pasal cita-cita dunia, maka apa cita-cita akhirat nanti???..kerana kehidupan yang kekal adalah akhirat sana..di sana hanya 2 pilihan sahaja..syurga atau neraka..tidak ada lagi jurutera, doktor, pensyarah..yang ada hanya tempat balasan apa yang dibuat kat dunia..andainya kite pilih dunia, maka kita akan hanya mendapat dunia..tapi bila kita yakin bahawa kehidupan akhirat lebih indah dari kehidupan dunia, maka kita akan berusaha untuk menjadikan diri kita yang terbaik..tapi sayang, kehidupan di akhirat tu adalah benda ghaib, yang sukar digambarkan dengan akal fikiran..sbb tu kita asyik keja dunia je..kite sentiasa tak puas apa yang kite dapat...contohnya perempuan ni, even lawa atau cantik mst rasa tak cantik lagi, yang gemuk berusaha untuk kurus..bila gemuk, pakaiannya sentiasa longgar, bila dah kurus..mulalah tunjuk body sana sini..ni boleh tengok dr iklan2 slimming world tu..bila rasa diri tak cantik, mulalah tanam itu ini kat muka..pakai susuk..sedangkan umur 60 tahun still nampak 30-an..operate sana sini..tapi cuba kita cantikkan diri dengan apa yang disuruh Allah, pasti kite akan sentiasa diri cantik, muka sentiasa berseri kan..
okey la..ini sahaja penulisan untuk hari ni..sbb sofiya dah mengamuk..so stop here..semoga aku kena lebih tekun mengejar cita-cita untuk masuk syurga Allah..buat apa yang disuruh tinggal apa yang dilarang..jadikan kehidupan Rasulullah sebagai pedoman dalam kehidupan kita ini..
Followers
Mutiara Kata
Wednesday, July 20, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING
No comments:
Post a Comment