Masa aku pi usrah 3 minggu lepas, kak normah aka my naqibah berjaya mempromosikan tentang Az Zain..kak normah citer la az zain diterajui oleh seorg doktor perubatan..setelah melihat dan mendengar bermacam2 tentang proses penyembelihan ayam ni..timbul banyak keraguan..dan lagipun ayam di Malaysia banyak diproses oleh non-Malay...so maka kat sini akan timbul cara penyembelihan ayam tu kan..kebanyakkan ayam akan distunning dahulu..tahu tak apa itu stunning? maka dengan sedikit ilmu yang aku ada, stunning ialah proses di mana ayam itu dibiarkan kaku, tegak tak bergerak untuk mudah penyembelihan..cuma yang menjadi masalah..proses stunning menggunakan arus elektrik yang dialirkan. bila arus elektrik dialirkan, ada ayam yang dah jadi bangkai sebelum sempat disembelih..itu la serba skit kak normah citer...
bila baca pamplet tu, baru la tahu kaedah penyembelihan ayam di malaysia ni..semua tu boleh dibaca di bawah ni...
Urutan | Ayam Az-Zain diproses | Amalan Memproses Ayam di Malaysia |
1. | Hanya ayam yang sihat sahaja dipilih untuk disembelih | Tidak kira jenis dan keadaan ayam termasuk ayam yang berpenyakit dan bermasalah turut disembelih demi keuntungan |
2. | Tanpa Stunning | Menggunakan Stunning (stunning ialah proses melalikan ayam dengan kejutan letrik sebelum disembelih) |
3. | Usus dikeluarkan sebelum proses seterusnya | Usus yang penuh dengan najis tidak dikeluarkan sehingga ayam siap diproses |
4. | Ayam disiram dengan air untuk membersihkan najis dan darah yang melekat pada bulu | Darah dan najis dibiarkan sehingga dapat mencemarkan daging ayam |
5. | Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang bersih untuk melembutkan bulu | Ayam dimasukkan ke dalam air panas yang pekat dicemari oleh najis dan darah ayam |
6. | Suhu air dikawal pada 600C supaya air tidak menembusi dalam daging ayam | Amalan standard industri menetapkan suhu air 700C hingga 750C. Pada suhu yang tinggi ini air yang penuh dengan najis dan darah boleh menembusi daging ayam |
7. | Ayam dimasukkan ke dalam air ais tanpa kimia dan klorin | Ayam dimasukkan ke dalam air ais yang dicampur dengan klorin supaya ayam kelihatan segar untuk beberapa hari apabila dijual di pasaran. |
8. | Proses mendorong air tidak dilakukan kerana bertentangan dengan syariat untuk menipu timbangan | Teknik “water induce” (proses mendorong air) ke dalam badan ayam untuk menambahkan berat badan dan mengaut keuntungan dengan menipu |
9. | Setelah diproses ayam dipotong dan dicuci dengan teliti sebelum pembungkusan dan disimpan dalam bilik sejuk dengan suhu 210 C supaya ayam bebas dari bakteria dan sentiasa segar dan tidak memudaratkan kesihatan manusia. | Ayam dihantar kepada pusat jualan,pasar basah, pasaraya, kedai runcit dan pasar malam |
10. | Ayam diangkut ke pasaran dengan truck refregirated sejuk supaya rangkaian sejuk tidak terputus | Kebiasaannya ayam diangkut dengan lori dan van yang tidak ada kemudahan sejuk beku, sekali lagi ayam dicemari dengan bakteria |
antara2 produk dihasilkan az zain ialah :-
ayam daging(kuning), ayam kampung (merah), bebola, burger, sosej
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
Maksudnya : “ Makanan itu bentuk syaksiah insaniah.
(Maka tidak hairanlah kita dengan reruntuhan akhlak dan moral umat Islam yang sangat teruk pada masa kini)
No comments:
Post a Comment