Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, November 12, 2013

upss..nak konvo la

hello

selamat kembali ke dunia blog tercinta..
huhuhu..payahnya nak istiqamah dalam update blog...
well, congrats to myself..
this Saturday, my convocation's day...
Alhamdulillah, macam tak percaya akan ada master...

Well, nak citer la skit perasaan..
after this mst terkejar2 nak sambung PhD pulak kan!
takkan nak berdiam je..org lain semua title DR, kamu diam macam tu
je sampai pencen..takkan hanya master..
but itu semua perancangan Allah..
sama macam master ni juga, semua perancangan Allah..
tak sangka di usia belum 40 dah ada master degree,,

masa sekolah dulu, nak masuk u je..takat nak amik degree...
pastu tak yah pk..tapi perancangan Allah yang maha besar,
akhirnya 2013 dpt master degree even tamat tahun 2012...

so terfikir, kalau ada Phd, dah abis Phd apa nak buat?
seronok ke ada title Dr ni?
ntah tak tahu...cuma dalam berfikir dan merenung tntg kehidupan
satu je yang saya terfikir..
kat akhirat nnt, adakah Allah akan tanya apa periktirafan paling tinggi
ada ke nnt kita akan ingat yang kita pernah belajar sampai Phd..
ntah la...tak tahu nak jawab apa kan! don't think so much, nnt
sakit kepala..huhuhu

so dalam mencari kesenangan di dunia, cuba la cari kesenangan untuk di akhirat
yakin akhirat kehidupan abadi...
mmg bagus jadi lecturer ni..bagi ilmu...tapi kalau penyampai tak menutup aurat tu camne..
so saya sentiasa mendoakan Allah buka hati2 mereka untuk mengenali Islam dengan lbh dekat,.
kenal cara hidup Islam..Islam tu kan syariat...

jangan kita kejar kehidupan dunia, kita lupa batas2 pergaulan kita..
bertepuk tampar, pergaulan tak menentu dan sebagainya..
sehebat mana kita di dunia, tapi Allah lagi hebat..
Dia lah yang menjadikan kita yang hari ini...
kita berjaya di dunia, belum tentu berjaya di akhirat..

Jom kawan2! Bangkit...Jom tambah pahala untuk hidup senang kat akhirat,,


Friday, November 1, 2013

Introduce: Our New Family (Adik Mu'adz)

Assalamualaikum

Hehehe..tajuk..dah lapuk la..

Nak introduce my son..dah 3 bulan 3 minggu..lagi seminggu nak 4 bulan..
sungguh cepat masa berlalu..
sorry adik mu'adz, lambat pulak ibu kenalkan mu'adz...
ibu nak curik gmbr adik kat fb ayah..
cerita perkembangan adik muadz pun takde..

Nnt ibu cerita yer..





doa ibu untuk anak ibu
semoga Mu'adz jadi anak yng soleh..dapat jaga kakak, ibu dan ayah
doakan ibu dan ayah dalam kubur..
mengaji untuk ibu..
semoga keluarga kita bahagia di dunia dan akhirat

Selamat Kembali ke Blog

Assalamualaikum.

Akhirnya bulan 11..lagi 5 days my Mu'adz will be four months old.. Yes. I'm a mom with two child..a son and a daughter..really love both of them.

Sorry la, lama tak update kisah-kisah menarik yang boleh dishare together..kalau nak writing down mmg banyak..citer bersalinkan mu'adz, citer dengan kawan2 IKRAM PJ..tapi kami sekeluarga diuji.
Ujian ni lebih kepada adik saya, Sakinah.. Allah syg kami, tapi Allah lagi sayangkan adik saya, Sakinah.

After 13 berhari raya lepas, my adik Sakinah disahkan ada leukimia..yes! It's a cancer. Blood cancer. Oh..terkejut yang amat..tak diduga batu yang amat berat telah ditimpakan di atas kepala kami.. Jom saya sharekan bagaimana adik saya sakit.

Actually, adik saya tu adalah message through wassap masa bulan puasa tempoh hari, selalu cakap dia penat sgt2 time pose hari tu, nak buka puasa boleh?.. Ingatkan penat sbb breastfeed aleesya..
Adik saya ni dah kahwin and ada sorg anak..Alhamdulillah dah setahun pada 22 Oct yang lalu..tapi masa diagnose leukimia, Aleesya baru 10 bulan..huhu..
Allah tahu kami kuat, maka Allah uji kami..

Then masa balik raya..mmg dia penat lg..tapi nak dijadikan cerita, lepas raya lagi teruk..muka pucat sgt2...mmg tak larat..klinik dah pergi..Hb mmg drop la..8 je..kita yang mengandung kalau Hb rendah mesti kena marah oleh nurse kan! So masih tak baik lagi, she and her husband decide nak jupe doctor kat Azzahrah, tempat Aleesya lahir..so masa kat sana, check2 Hb turun lagi..jadi 5...so doc kat sana buat surat , maka refer kat Putrajaya..sampai kat Putrajaya doc diagnose denggi pada mulanya..tapi ntah camne doc bgtahu kanser darah..

1st terima berita kanser darah..tertanya2 juga kanser darah, ada ke? Laa..rupanya leukimia..huhuhu..sedih, takleh nak bayangkan masa tu...masa tu masih kat umah mak...dalam patang lagi tapi dah nak abis..terbayangkan anak dia bila she kena warded..adik saya tu tak keje..so aleesya mmg 24hours dengan mama dia kan..breastfeed..tak minum susu lain..botol pun tak minum...mmg nak nangis bila teringat peristiwa tu...

memandangkan Hospital Ampang ada pakar darah, so pindah kat sana..almost 2 months adik saya di sana..dpt balik seminggu je..then masuk balik..for now, hospital ni macam umah pertama..berat mata memandang, berat bahu yang memikul kan! kesian pada suaminya..kerja macam dah tak menentu..rumah kat puchong..suami dia mmg stay kat hospital la...suami keje kat cyberjaya...anaknya mak cik dia yang bujang jaga, di rembau sana...tp minggu balik puchong...my mom pulak takleh nak jaga sangat, sbb ayah pun kurang sihat..so my mom perlu tengok2kan ayah..so sebulan sekali tu adalah datang KL...

setakat ni dah 2 kali dah kimo..maybe terlalu cepat adik saya terus buat kimo..sbb sel darah putih tinggi sgt..500 lebih..normal dalam 10 camtu la..cuma sometimes, saya selalu tanya, kenapa adik saya yang kena? kenapa keluarga kami yang kena? Allah takkan menguji hambaNya yang tak mampu..nak masuk syurga pun ada ujian kan..

so now, kekuatan dan kesabaran perlu..org sakit ni sensitif, kena jaga hati dia..I love her so much...semoga Allah kembalikan kesihatan yang baik untuk Nurul Sakinah Mohd Noor. Kembali Sakinah yang dulu ke pangkuan suami dan anaknya..mereka perlukan adik saya..begitu juga my family..bila adik saya sakit..semua macam berubah..tapi Allah sygkan kami...



adik ku Sakinah with Aleesya