Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, May 19, 2010

mimpi yang pelik2

ni nak update ke blog..so kena pikir citer apa yang patut diciterkan...
sebenarnya nak citer mimpi yang aku hadapi smlm..

ader mimpi kelakar..ader mimpi menakutkan..ader mimpi pelik...
kenape aku mengalami 3 mimpi dlm sehari? sbb aku terkejut 3 kali...

mimpi pertama berlaku waktu tdo pertamaku..
aku mimpi aku hampir dirogol...dlm mimpi tu
aku baring di belakang..tetiba aku terkejut...
aku tgk2 org lain drive..bukan suamiku..
rupa macam cina..aku tanya siapa kamu..
dia suruh aku diam..aku mula takut2..
dalam ketakutan..aku mula memberani merampas stereng kereta...
aku suruh si penjahat tu kuar dan aku ckp biar aku drive..
bila aku dpat stereng keter tu...terus aku pecut specutnya
sehingga aku terjaga...
aku bangun dlm ketakutan...
kenapa aku mimpi yang menakutkan..
suasana di dungun sejuk..maklum la hujan..yang bunyi cengkerik...
then aku pun terpikir..mungkin Allah nak gerak kan hati untuk qiam..
so aku qiam..itu la rahmatnya..dr solat tahajud sampai la witir..1st skali bangun aku lihat perutku...rsau kehilangan baby

okey mimpi kedua berlaku masa tidur lepas qiam..
aku mimpi pelajr2 al-amin bz mempersiapkan latihan ketenteraan untuk melawan
tentera zionis...tp tentera tu btul2 atas markaz tempat budak2 training..ya Allah takutnya..
aku tak tahu nak buat apa..yang aku tahu aku takut untuk berdepan dengan tentera zionis yang kejam itu...

mimpi ketiga lupa..hehehe..tp yang pasti pelik dan ajaib

Tuesday, May 11, 2010

cuaca di dungun

dah lama tak menulis...seminggu...malas nak buka internet..lagipun kena berebut dgn adik yang bongsu..sebenarnya takde apa yang dicoretkan..cuma mahu cakap cuaca di dungun sungguh panas...

tetiba hari khamis lepas, aku terasa bahang kepnasan dengan cuaca di dungun..heboh memperkatakan pasang la air cond..tp mak kata tak mampu bayar bil...haha..alasan cuma..tp bila pk panas di dunia dah tak tahan, apatah lagi panas di akhirat kelak..matahari hanya sejengkal dgn kepala..tak tahu nak bayangkan macam mana peritnya cuaca di sana.

dengan keadaan yang panas ini, membuatkan aku mesti mandi 3 kali sehari..tp malangnya air tetap panas..dinding umah pun panas.ingatkan mandi bleh sejukkan badan tapi makin pening dan tak larat..takpe la dugaan ibu mengandung macam aku..

hari ni baby kurang aktif..agaknya merajuk tak dapat something dari aku...nanti aku pk sbb apa dia merajuk..slalunya dia aktif b4 aku nak tdo..tp sejak 2 mlm lepas..dia aktif petang2 sambil tengok adamaya...best ke adamaya? takde la..mak kata citer suami dayus..ye la suami yang benarkan istri kuar jupe bf lama..

okla..tak leh melalut lama sangat..tak larat..banyak citer nak diceritakan..tp tak larat..so kena stop..lagipun dh lewat mlm...

Tuesday, May 4, 2010

impian



sebenarnya bila baca blog semua ibu bapa inginkan anak yang soleh dan solehah..begitu juga dgn diri ini..nak anak yang soleh juga..

sbnrnya aku nak citer perkembangan diriku ini..bila lihat my tummy di cermin..terasa besarnya perutnya..mcm org pregnant...hehehe..boleh pulak tulis statement mcm tu..padahal mmg diri tgh mengandung..dah 20 weeks usia kandungan..mmg patut la perut besar..
tp aku malu untuk memiliki perut besar..sbb perut besar tu kan untuk org gemuk..hehehehe..macam la diri ini tidak gemuk..

sbnrnya bnyak aku nak coretkan minggu lepas..tp keadaan broadband yang bermasalah..so terpaksa tangguh penulisan ku..tp takpe..tak menulis blog pun, aku still menghabiskan masa dengan berfaedah...lihat rutin ku minggu lepas :


* ahad: pi usrah dgn kinah kat umah mak cik azmi
* isnin: di al-amin -iftar jamaie ...first time puasa sejak pregnant
* selase: pi klinik desa padang jambu..tukar dr klinik pandamaran buat sementara waktu..medical check up slama aku bercuti di rumah mak

* rabu : lunch nasi kukus sama kak niza, dila, fai n musla
* jumaat: balik umah tok di setiu

* sabtu: pulang ke umah. singgah giant kt--tgk bju baby kat butik anakku and cartoon of world..
(semua ini atas keizinan suamiku)

itu la kehidupan minggu lepas..tp minggu ni...ntah la..menghabiskan baca buku2 ilmiah..setakat hari ni..masuk buku ke-4 iai
tu buku bertajuk iman syafie...hope kehidupan ku penuh dgn benda2 yang berfaedah.. tajuk ku tulis ialah impian..sebenarnya aku ingin mencoretkan impian ku terhadap baby dalam perutku..aku dan suami mengharapkan anak ini adalah lelaki..dan naluriku kuat mengatakan anak ini lelaki..tp itu semua kehendak Allah.. aku ingin anak ini disusukan sepenuhnya dgn susu ibu...aku yakin susu ibu la yang terbaik untuk anakku..buka susu formula yang diimport dr NZ, Australia dn sbgainya..aku impikan anak yang pandai dan cerdik sehebat iman syafie..umur 9 tahun dan bleh hafal satu al-quran..begitu hebat akal yang dikurniakan kpd iman syafie.. aku impikan setiap kali aku study, babyku nanti akan bersama-sama membaca buku..aku teringin untuk membacakan kisah-kisah nabi bila anakku lahir nanti..akan ku hadiah pelbagai permainan bercorakkan pendidikan..akan ku ajarkan anakku mengenal alphabet dan numbers..tp tidak aku lupakan asas didikkan agama..akan ku amalkan mengaji dengan menyebut

"sayang, ibu tgh mengaji, dengar lah anakku"..

sungguh banyak impianku..tp yang penting aku mahu babyku membesar dgn selamat dalam kandunganku dan lahir dengan sempurna...tp2 hari ku mencari di mana kepalanya, kakinya..di dalam kandungan ku..akan ku didik anakku menjadi anak yang soleh...


'baby, nnt ibu belikan buku abjad dn number dgn ayah, ayah akan dtg jenguk ibu hari khamis..insyaAllah pagi jumaat sampailah ayah...nanti ibu ajarkan abjad dan number yer..' ibu sayang baby dan ayah..terima kasih atas anugerahNYA

result 2

tetiba cuak pulak nak bersalin walaupun lambat lagi..hehehe..(ni bc blog org bersalin)

selalunya ptg2 mcm ni aku suka membaringkan diri...tp hari ni

sbb aku nak buka fb..smlm tak dpt...huhuhu..nnt adik balik berebut dgn dia pulak...

hari ini nak smbung story pasal resultku...citer subjek seminar..dr undergraduate sampailah master..seminar merupakan course yang wajib diambil wlaupun kreditnya zero...mmg cuak juga nak hadapi seminar ni..sbb aku rasa macam fail je subjek ni..sbb aku ponteng 4 kali..1 st ponteng masa uruskan scholar kat uitm...lewat sehingga seminar habis, aku masih dlm perjalanan..last2 aku turun kl je ...kali ke-2, masa tu aku cuak andainya aku yang kena present..maklum la tak prepare..nak tgk list sape yang kena present masa tu..mmg tak larat..maklum la awal2 pregnant..penat..nak jalan pun malas...kali ke-3 sbb dtg lewat..jammed kat bulatan pahang dn last skali aku ponteng sbb malas...

mmg cuak abis la sbb subjek ni di'evaluate'kan based on kedatangan, summary and present..masa present pun ntah apa tajuk aku buat..aku amik my student kat poli punya final year projek..pasal suv..tp tahu2 la dgn keadaan yang alah, esok nak present..mlm tu baru buat slide..nasib la supervisor accept..kalau tak kena present lagi..tp apapun alhamdulillah..aku lulus juga..semua tu kehendak Allah

Saturday, May 1, 2010

result

actually my result spptnya kuar dah lama...tp bila check selalu tak dapat..aduhai..last2 no mood nak check result...

last2 i got sms from my hubby that he said my result 2.13..terus reply teruknya..masyaAllah..kerana mengandung..kurang larat untuk beribadat kpdMu sehingga result ku teruk sebgitu...ms tu my mind juz pk macam mana nak bayar scholar dgn baby yang dikandung ini..kecian kat baby..ye la result mcm tu 4 sure kena dismiss..dah takleh meneruskan my study..dalam masa tu banyaknya subjek ku fail..

tak lama lepas tu my hubby call..terus dia cakap result ku sebenar..aku langsung lupa nak ucap thanks and alhamdulillah..sbb my mind still pk aku dpt 2.13..alhamdulillah..aku lulus..tp diluar jangkaan kalau ikut dengan usaha ku ini...

sem lepas aku amik 4 subjek tp yang finalnya 3...semua subjek yang aku amik ader kisahnya sendiri..

first cakap pasal subjek agama..ringkasnya rkgs 6000..aku daftarkan subjek ini untuk hari jumaat jam 5 -8 mlm..tp mlgnya pada bulan 12 banyak pulak cuti jatuh jumaat..tiap2 minggu pulak tu..sehingga minggu ke-5 baru bleh hadir ke kelas..bayangkan..macam mana cuaknya aku...dtg hari jumaat minggu ke-5, kelas yang sepatutnya kelas aku diganti kelas budak undergraduate..last2 aku jupe my lecturer pd isnin minggu depan bertanyakan situasi kelas itu...

apa korang rasa..bayangkan berapa jam aku ponteng kelas tanpa diduga...aku telah dinasihatkan oleh mr lecturer, dr.hersi supaya aku dropkan sahaja..sbb aku pasti dpt warning letter..seterusnya barred letter...tapi masalah..masa tu bukan time drop tp time withdraw..nak tak nak aku kena kuarkan 300 ringgit untuk witdraw subjek tersebut...b4 witdraw aku kena kena jupe dr.hersi skali lagi untuk tanda tangannya...borg drop dah isi..tetiba dia tanya kenapa kena tanda tangan..aku bg tahu la sbbnya..atas rasa belas ihsan..akhirnya aku dibenarkan masuk kelasnya dengan syarat aku perlu menunjukkan kesungguhan ku...alhamdulillah..masa aku tahu kena drop..sungguh cuak kerana sem depan aku kena berdepan dgn banyak subjek...aku hadir tp hari isnin membincangkan setiap paper yang diberi oleh dr.hersi..alhamdulillah akhirnya aku lulus walau asalnya aku hampir kena witdraw subjek ni..subhanaAllah..Maha suci Allah..

untuk lagi 3 subjek..nantikan citer sambungan seterusnya...