Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, May 30, 2012

JOM..HAFAL AL-QURAN


tertarik tak? mana pilihan anda

berkata lukman al-hakim kepada anaknya:

"hai anakku, sesungguhnya engkau telah membelakangi dunia sejak dari hari engkau menempatinya.
dan engkau menghadapi akhirat.
maka engkau kepada negeri yang engkau dekati itu lebih dekat dari negeri yang engkau menjauhinya.

- Ihya' Ulumiddin

dan INI


dan INI



Tips asingkan tidur si anak

Salam Hari Rabu


Sudah pertengahan minggu
Nak share pengalaman asingkan tidur anak di awal usia
actually, kena ada semangat kental, maklum la sejak anak lahir, kami bertiga tidur sekatil


caranya mudah sekali
pertama sekali, perlu ada katil untuk si anak..
ye la, selama ni dia kan tdo enak bersama kita..
so untuk asingkan dia perlukan tdo yang selesa
actually katil untuk anak dah lama beli, sejak masuk rumah
so rasanya nak minta anak tdo beralaskan toto depan tv tak sampai hati


selain itu, bilik yang dia bakal tdo juga mesti la kemas
dan mempunyai ruang udara yang cukup
means takde la anak rasa lemas dan panas kan
tak perlu aircond, tp kipas sudah cukup


tips yang lain untuk memastikan anak itu tdur lena sehingga subuh
ialah pastikan before tdo anak tu kenyang-kenyangnya
sofiya sejak kecil lagi kurang minum tengah malam, kekadang je berlaku
dan paling penting amalkan baca doa sebelum tdo




kalau rajin, bleh la amalkan baca buku2 cerita before dia tdo
paling tidak baca la buku2 yang ilmiah
kisah nabi amat la dialu-alukan...
dan last sekali bagi la ciuman kasi sayang


syukur sangat2, akhirnya terpisah juga sofiya dari kami berdua..
didiklah anak dari rebung...

Monday, May 28, 2012

Hanya sekadar pendapat

Assalamulaiakum semua

cuti sekolah sudah bermula..selamat bercuti yer adik2 especially my youngest sister kat dungun sana dan juga untuk mak yang bekerja sbgai pendidik anak bangsa..uis, penat la asyik dok ngadap thesis..so restkan otak dulu..

tahnia kepada sahabat-sahabat yang dapat bertukar ke politeknik baru atau kolej komuniti dan ada juga yang masuk kementerian..rezeki sahabat-sahabat semua..so takde la PJJ lagi kan! semoga bertambah erat hubungan sahabat dengan suami masing-masing. Allah itu maha Mengetahui..korang mmg hebat, berjauhan dengan suami hampir 3 tahun...

okey, rasanya hari ni nak coretkan Himpunan 1 Juta Belia..aci tak? jangan hentam saya sudah..ini pandangan je sebagai manusia yang diberi akal..jom kita renung-renungkan

actually apa motif dianjurkan himpunan seperti itu? perlukah dihimpunkan 1 juta belia? okey, dalam Islam takde larangan pun nak himpun 1 juta ke, 2 juta ke... tp lihat apa aktiviti yang dianjurkan..kalau lebih kemaksiatan, buat apa disokongkan! nanti dapat dosa je..nasib la jiwa masih tenang..tidak perlu la berpeluh-peluh dan bersesak ke Putrajaya...

cuma bila lihat gambar2 yang diuploadkan di facebook, rasa nak menulis something tentang amalan hedonisme anak-anak muda kita khasnya...sedih..bila lihat status IM Fakhrul dan IM Fattah, lagi la meruntuhkan jiwa...
mana anak-anak bangsa kita, mananya perginya agama..
kata org Islam, tp berkinja-kinja sana sini tu apa? hairan dengan pemimpin...
kepada pemimpin yang disayangi, kenapa kamu buat macam tu kepada anak-anak belia kami?
Kamu tak takut dengan pertanyaan Allah di Padang Masyar nanti

"Ya Allah, Kau tunjuki kami jalan yang lurus, termasuk kepada pemimpin kami, jangan la Kau sesatkan kami..."


Bandingkan di SYRIA 
dgn
di MALAYSIA?





Friday, May 18, 2012

Belum terlambat

Assalamualaikum

sudah petang jumaat..sempat pula tdo membaringkan diri
aduish belum ada idea nak coretkan dalam someting dalam thesis..buntu sekejap..actually dah janji nak submit chapter 6 hari ni..
tapi kekangan banyak pulak ..takpe itu semua mainan dalam menghabiskan pengajian master ini...

actually nak tulis pasal usrah kami yang osem..maklum la semalam baru je  sama-sama duduk dalam bulatan gembira
Ya..mm bulan gembira
nak tau kenapa saya suka cakap bulatan embira?
sbb saya seronok bersama akak normah dan sahabat2 saya yang lain..

dulu, saya pernah citer ahli2 usrah osem saya..alhamdulillah semalam bertamba lagi seorg..
yang sedihnya ada sahabat mahu fly ke Japan this sunday..kerana ada training kat sana for 6 months..
semoga sahabat saya itu, Zi tidak lupa kami kat Malaysia...

saya gembira dengan usrah
kerana itu la kerja Rasulullah kan!
tak percaya?
ingat tak Nabi berdakwah secara sulit kat umah Abi al-Arqam tu? di situ la permulaan usrah..

indahnya usrah...di sini la saya ditarbiyyahkan..betul ke kerja dakwah  hanya untuk ustazah atau ustaz..abis tu ustaz dengan ustazah je ke masuk syura? engineer, nurse atau doktor tak bleh masuk syurga?
nak masuk syurga Allah senang ke susah..depend la kan..kalau kita hati baik..ble je masuk syurga..
macam kisah org kafir kasi makan kat anjing tu..syurga kan impian semua or kan!
kalau tak percaya, cer tengok hotel..itu kan sebahagian syurga dunia yang digambarkan..
tp syurga Allah lagi ebat..tak boleh dicapai oleh akal.

cuma nak share semalam..sedih..banyak tak ingat..hukum usrah ada berapa ..tajarrud itu apa, hukum baiah ada berapa..
so hari ni rasa tidak terlambat lagi mahu carikan buku ini


mahu cari untuk koleksi peribadi..kat rumah ada
tapi mak yang punyer..
apa isi kandungan
jom tengok

Dakwah Kita
Halatuju Dakwah Kita
Menuju Sinar Cahaya
Buat Pemuda, Khasnya Mahasiswa
Ikhwan Al-Muslimin Di Bawah Naungan Al-Quran
Dakwah Kita Di Era Baru
Antara Semalam Dan Hari Ini
Ucapan Dasar Muktamar Kelima
Masalah Kita Menurut Perspektif Sistem Islam
Sistem Politik
Sistem Ekonomi
Bingkisan Jihad
Wanita Islam
Buat Mahasiswa
Muktamar Keenam
Adakah Kita Golongan Yang Bekerja?
Risalah Ta'alim
Sistem Usrah
Akidah
Ma'thurat

Jom kawan-kawan majukan diri untuk Islam..Jom kumpul pahala, campakkan dosa jauh-jauh

Tuesday, May 15, 2012

hari nakbah: 15 May


We love Palestine..
adakah anda termasuk?
15 May setiap tahun merupakan hari nakbah
perlu kah kita mengingati? 
Jawapan Ya..

apa itu hari nakbah?


Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera 'The Star of David' dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram israel diistiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.

Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulang tahun ke 63 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.

dan cerita lanjut boleh dibaca di sini

oleh itu kawan-kawan, isu Palestine ini merupakan issue ummah, bukan issue politik semata-mata. Kalau kawan-kawan nak tau pasal palestine, boleh blowalking  kat aqsasyarif dan jugqsa2gaza2.blogspot.com.
tertarik dengan kata-kata, 

``isu yang berkaitan dengan permasalahan bumi Palestin bukan isu politik tetapi ia adalah isu yang berkait langsung dengan akidah umat Islam. Apakah jawapan yang bakal kita berikan nanti di hadapan Allah SWT, apabila umat Islam membiarkan saudara-saudara seagamanya dizalimi, dianiaya, dibiarkan mati kebuluran bahkan dibunuh dengan kejam oleh rejim zionis Yahudi?``

Dari Ibn Hajar al-Asqalani
Muadz bin Jabal menyampaikan dari Rasulullah SAW “Allah Maha Besar akan member kamu kekuatan untuk menawan as-Syams (Palestin) selepas kewafatanku.Orang laki-laki dan wanita akan bertahan di sana sampai kiamat. Sesiapa di kalangan kamu yang memilih salah satu dari pantai-pantai as-Syams (termasuk Gaza) atau Baitul Maqdis adalah mereka itu berada di dalam jihad sehingga hari pengadilan.”
oleh itu kita kena prihatin apa yang berlaku kepada saudara-saudara kita yang berjuang mempertahankan aama dari pihak yang mahukan Islam hancur.
dan yang terbaru adalah kempen tukarkan dp kat fb kepada ambar2 di bawah
jom tukar profile picture / DP kita sebagai tanda sokongan terhadap tahanan2 palestin yang tengah kelaparan kat sana sebab kena seksa dengan israel..

warna koko lambang kepada pakaian mereka, media2 arab semua menghebahkan hal ini, mereka memang target seramai mungkin umat islam agar tukar DP untuk menunjukkan solidariti (perpaduan) yang kita menentang kekejaman Israel laknatullah!

Monday, May 14, 2012

KESILAPAN DALAM MENDIDIK ANAK



Kesilapan 1: 
Kurang Berdoa Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3:38)
* Doa agar anak mengerjakan solat ((Al-Quran Surah Ibrahim, 14:40-41)

Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah
* Doa agar anak patuh kepada Allah s.w.t (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2:128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Fuqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kesilapan 2:
Banyak membaeri belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti:
* menakutkan anak-anak dengan sekolah
* menakutkan dengan tempat gelap
* menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

Kesilapan 3:
Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

Kesilapan 4:
Menegur mereka secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah)
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

Kesilapan 5:
Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual)
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani.

Kesilapan 6:
Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
* Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a.: Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’: “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun daripada mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata: “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”
(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kesilapan 7:
Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati syarak bile berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kesilapan 8:
Susunan rumahtangga yang tidak kemas
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

Kesilapan 9:
Kurang menghidupkan sunnah di rumah
* Seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

Kesilapan 10:
Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak
* Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu Sunnah.

Kesilapan 11:
Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang
* Seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktivi yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

Kesilapan 12:
Berrtengkar di depan anak-anak
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibu bapanya.

Kesilapan 13:
Membenarkan orang yang tidak elok sahsiahnya masuk ke dalam rumah
* Samada dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang membesar.

Kesilapan 14:
Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton
* Samada dari TV ataupun video. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangn dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

Kesilapan 15:
Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak
* Sebagai ibu bapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
“Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.”
(Al-Quran Surah At-Taghabun, 64:15)