Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, July 6, 2011

kelunya lidah





kelunya lidah..tak pandai berkata2..
semalam aku balik dr uia dgn lrt, maka tempat perakhiran adalah lrt kampung baru..
nak dijadikan citer...aku ternampak sesuatu tapi lidahku kelu sangat2..
yang aku tahu hati ini menangis... menangis melihat itu tapi mulut terkunci rapat
tak berani nak mencegah sesuatu,ya Allah, lemahnya iman aku...


semalam, dlm menunggu cik husband, aku duduk kat tempat menunggu di sebuah bangku
di hujung bangku itu, adalah sepasang couple..budak sekolah gitu...
ntah apa diaorg buat, wallahualam, tp mmg rapat sgt..macam tak leh dipisahkan lagi
kemudian aku ternampak lagi
tak jauh dari tempat tu, ada 3 org anak dara (maybe budak2 sekolah, tp bukan berbaju sekolah la) dgn 3 lelaki..yang lelaki tu lak ada motosikal..
apalah anak2 gadis tu buat dalam jam 4.30 petang..
berpancaran sana sini, tanpa rasa segan silu walaupun mata aku ni tak lepas2 pandangan pasangan di hujung bangku...
Ya Allah, tak malu btul anak2 gadis sekarang yer..berbaju sekolah pulak tu..


memang cabaran membesarkan anak2 di zaman sekarang, especially anak2 perempuan..tp jangan ingat lelaki pun kena amik mudah...semua aktiviti anak mmg kena pantau. bagi aku, andainya ada rezeki, aku mahu anakku dihantar di sekolah berbentuk islamic, di mana di situ dia akan mengamalkan apa yang dipraktikkan di sekolah, aku kalau bleh tak nak anak aku sekolah kerajaan..bukan apa, cara pendidikan anak sekarang dah tak macam zaman aku sekolah dulu, jauh berbeza..mak aku pun cikgu dan dia mengakui sendiri..tp jangan dipikir bila sekolah islamic, bukan semua anak2 akan 100% baik akhlaknya..opss itu tidak..kerana pendidikan ini bermula dari rumah..elok mak ayah didik, maka eloklah akhlaknya nanti..guru2 hanya sebagai pembantu..


tp zaman sekarang,, ibu ayah terlalu sibuk mencari duit sehingga mengabaikan anak..sbb tu terjadinya kes rogol, tengok video lucah dan anak2 zaman sekarang terlalu sukakan hiburan atau lebih dikenali dgn 'hedonism'..lihat la, tp2 bulan sure 2 kali jom heboh tajaan tv3 tu..tengok macam mana sambutan org ramai terhadap program sperti tu..masyaAllah, anak2 muda zaman sekarang, dah ramai yang tidak menjadikan Islam sebagai cara hidup kan..senang2 dedah aurat sana sini, sedangkan diorg sedia maklum menutup aurat itu satu kewajipan yang beragama Islam.


anak remaja sekarang juga sudah hilang rasa malu. dan mereka lagi bermegah2 dengan menayangkan bf/gf masing2..semalam pun aku ada dgr dkt radio sinar.fm kes budak kena pukul dan kena belasah disbbkan berebut gf.. MasyaAllah..sudah tidak ada akhlak anak2 remaja kite..bayangkan kalau anak kite berkelakuan sperti tu..di mana salahnya? jawapan adalah hnya kte je tahu..


hidup ini adalah ujian. baik sakit atau sihat, kaya atau miskin..semua itu ujian..cuma bila ditimpa kesusahan baru org cakap ujian..bila senang, maka ujian itu dilupakan..bila musibah terjadi, maka dengan ringan kita mengadah tangan memohon doa pada Pencipta iaitu Allah..masa tu la mahu kembali kepada Allah..itu la manusia..fitrah manusia hanya ingat Allah bila ditimpa musibah..amat jarang bila berada dlm kesenangan, kita akan tunjukkan cinta kepada Allah dgn amalan2 sunat, solat hajat, bersedekah, membaca al-quran..sbb itu kadang2 Allah uji kite macam tak terlintas di hati..macam semalam, kat fb banyak sangat berita sedih, dgn baby yang lahir takde hidung, hanya bernafas menggunakan mulut, bs jatuh sakit, isteri ditimpa sakit kanser otak, baru kahwin suami dijangka hidup hanya 3 bulan disebabkan tumor...itu semua ujian supaya kite sentiasa kembali pada Allah..kerana kehidupan yang aman damai adalah kehidupan di syurga Allah nanti. mari lah kite memperbaiki diri kite ke arah kebaikan..lebih2 lagi bulan Ramadhan bakal menjelang..bersihkan hati kite supaya bulan Ramdhan yang akan datang adalah bulan Ramadhan2 yang terbaik..semoga kite masih diketemukan dgn bulan Ramadhan ini..ameen...

No comments: