kali ni entry aku mahu berkisarkan jalan2 cari pengetahuan..ok tak aku punya theme tu? tapi gambar yang aku letak dlm blog ni adalah hasil kejayaan aku meng'google' kat tenet je. gambar2 riang kami semua ada dlm kamera..malas nak upload la...so layan la citer kami je la..aku selamat pi melaka hari rabu lepas (13 Julai 2011)
A Famosa
Muzium Kesultanan Melayu Melaka
Muzium Islam Melaka
Stadhuys
Malacca River Cruise
Beca Melaka
Jonker Walk
Jonker Walk
Malacca River Cruise
Muzium Samudera
Dataran Pahlawan
dua hari satu malam di bandaraya bersejaragh melaka tidak cukup untuk melawat semua tempat. aku dn cik husband bersama sofiya bertolak dr umah mil di klang seawal 10 pagi...b4 tu sempat la aku surf internet mencari rumah tumpangan atau hotel yang murah dan juga tempat2 yang wajib kami lawati...so akhirnya kami sampai kat bandaraya jam 1 lebih melalui Ayer Keroh...
sampai2 sana, terus cari hotel TIME, kenapa aku cr hotel tu? sbb harganya agak murah walaupun ada lagi rumah tumpangan yang murah..hotel TIME ni kami sewa satu malam dengan harga rm78 tapi kena ada cengkeram rm50..mananya dah check out nnt dapat la rm50 tu...biliknya agak ok la, dgn katil size queen, bilik air pun bersih, ada tv and aircond..cuma takde kettle je, susah la nak masak air panas kan..tp kat hotel tu ada tempat iron dan juga water cooler..bagi kami yang hanya mahu jadikan hotel tempat tdo, rasanya bilik tu mmg memuaskan...
kemudian petang tu, after solat jamak zohor & asar, maka kami mula expedisi mencari makanan..1st suami aku ajak makan kat kedai mamak, tp aku tak nak, aku minta suami aku cari tempat lain...so dalam pusing2 kami mmg tak jupe sehingga kepala aku ngan cik husband sakit kepala...last2 kami makan la kat food court kat mahkota parade...tp dlm food court ni pun chinese juga yang menguasai..mmg tak best la kalay chinese yang masak...tp aku order juga makanan wan tan apa tah..lupa lak...suami dpt makan nasi..tp mmg aku tak jupe kedai melayu kat bandaraya melaka, mamak ada la...
so lepas makan, kami berjalan2 di dataran pahlawan..mmg banyak shopping complex ni..tp aku ckp la kat cik husband, kl pun ada tempat2 macam ni..tak payah la jalan2 dlm shopping complex..so kami keluar dr dataran pahlawan mall, kami ternampak a famosa..aik..kecik je..aku bayang besar la..nak citer pasal a famosa?? tak perlu la ..kan panjang lak entry aku ni..selepas puas amik gambar kat a famosa, kemudian pi muzium sebelah a famosa, muzium kesultanan melaka...mmg cantik bangunan kayu tu...
kalau nak tahu, kat bandaraya melaka ni, sape2 berminat buat research ttg sejarah, melaka adalah satu tempat yang bagus nak buat kajian, bermula dgn stadhuys, kat situ ada beberapa muzium antaranya ialah muzium Islam melaka, muzium umno, memorial kemerdekaan, muzium tldm, muzium samudera dan bermacam2 lagi..aku takde la pi semua muzium maklum la muzium tutup pun kul 6 ptg...tapi kalau nak masuk muzium, sure masuk kena ada tiket..so sekarang mana ada free..nak tak nak paling murah rm2..
sambil jalan2, kami bertiga sempat naik basikal..opss beca la..lama btul tak naik beca..ye la zaman kecik2 dulu beca pun merupakan pengangkutan awam..untuk beca ni, ada 2 pakej, satu 20 ringgit dan satu lagi 15 ringgit...tapi lupa la kalau 15 ringgit dr mana ke mana dan 20 ringgit dr mana ke mana..tp aku amik bayaran 20 ringgit la...
dan puas jalan2 dan amik gambar, aku kembali ke dataran pahlawan..kat situ ada gerai kraftangan..so kalau nak beli cenderamata, bleh je kat sini..tp kalau nak beli kat stadhuys pun ada, kat bangunan samudera pun ada..so korg bleh je beli macam2 goodies yang bleh dibawa pulang..baju2 mengikut fesyen pun banyak..tapi kalau korg nak naik menara tamingsari, dekat je..sekali naik rm10...tapi aku tak sempat naik la..nampak dr jauh je la...
tapi hakikatnya mmg banyak tempat yang patut dilawati, cuma masa menjadi kekangan nak lawat semua..kalau ada masa korang bleh pi Jonker Walk..ala macam Petaling Street tu..tapi aku tak berminat, just lalu je..tengok2 dr jauh..tapi Jonker Walk tu mmg satu tempat yang best untuk dilawati..begitu juga dengan Malacca River Cruise..mmg cantik pemandangan..terletak di sungai Melaka..
-------to be continue in the next entry
No comments:
Post a Comment