Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, February 19, 2013

peringatan untuk diri

Salam..

Rajin pulak nak menulis, maklum la takde benda nak baca..so terlintas dalam fikiran nak tulis something yang boleh dijadikan kenangan...

Semalam, excited sgt bila dalam tummy ada baby, hari ni pun baby pun aktif pulak..asyik nak 'kick' je kerja dia...tak sabar nak shopping barang baby.."tapi ibu belum ada gaji yer sayang, nnt ibu pun barang baby macam ibu menanti kehadiran kakak sofiya..sabar yer sayang"..ini pun saya dah list apa barang yang perlu dibeli atau diguna pakai yang kakak sofiya je...jimat satu..tapi rasanya baju seluar, beli yang baru la, barut dan lampin, check dulu..kalau condition bagus..guna dan top up sikit2..kalau baju tu, sure la tak boleh..sbb kakak sofiya pun masih pakai baju tu, kakak sofiya size kecil, tu baju 6 bulan still boleh pakai...ibu dia yang menambah size....

baru la saya excited nak baca semula apa-apa yang boleh diamalkan sejak pregnant kan! dulu, masa sofiya, saya amalkan dgrkan al-quran..cuma beza kali ini..adik sofiya dalam perut dah pi usrah, sedangkan sofiya masa umur 4 bulan...maknanya adik sofiya dalam perut dah berkenalan dengan usrah...cuma rasanya perlukan tambah pahala, tingkatkan amalan...macam tak konsisten je amalan ni..huhuhu...cry...malu pada Allah..

dan akan cuba menambah pengetahuan tentang penjagaan selepas bersalin...saya mengalami sembelit yang teruk selepas bersalin...itu sbb antara yang saya jarakkan mengandung (2 tahun) selain alasan study master...nnt anak ke-3 lepas phD la yer..boleh tak? perjanjian dengan suami penting...

nanti saya akan beli majalah pa&ma semula..walaupun ada yang ckp majalah pa&ma adalah isu berulang..tapi saya lebih prefer baca majalah drpd internet..internet ni sakit badan, kalau baca majalah, boleh baring, melentang..tapi yang penting nak baca bahan ilmiah yang banyak..nak jadi macam mak...mak saya mmg suka membaca orgnya...especially bahan2 ilmiah...bukan majalah Wanita, bukan majalah Jelita tapi buku2 berilmiah...





No comments: