Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, July 21, 2011

baju sofiya


kali ini entry yang aku tulis ni berunsurkan saje2..coleteh si ibu sofiya..kalau org lain sibuk buat persiapan syawal, aku diam je..tak reti sangat nak buat persiapan syawal ni..ntah la..kalau org bilang mahu shopping sana sini, tapi aku diam je..tak tahu nak shopping mana..cik suami pun diam..org lain sibuk mahu beli biskut raya atau buat..aku pun tak tahu nak jawab apa..walaupun ada kala bosan aku bw tentang biskut raya..mood raya? aku tak sure wujud ke tak walaupun hakikatnya tahun ni aku bakal balik terengganu..insyaAllah..maybe 9 hari kat sana..satu waktu jangka masa yang panjang...mudah-mudahan aku dipanjangkan usia..

dalam sibuk org tengah bersembang nak shopping mana, nak beli baju raya anak mana, rupa-rupanya sofiya dah ada dua baju gaun..direka khas oleh aunty haliza rahmat..ni pun aku blogwalking juga...boleh link sini yer
wat baju raya sofiya homemade la...hope sofiya cantik la pakai baju ni..aku kalu bleh nak baju sofiya semua islamic, sopan santun, bukan pakai celuk je...kalau bleh tak nak la beli gaun takde lengan yang nampak ketiak tu...gambar kat atas tu pun semua dr aunty haliza's fb..belum lagi dapat..tapi tak kisah, janji baju sofiya dah ada..itu la kan..dalam tak sedar sofiya dah ada baju nak dipakai waktu raya...baju kurung? sepasang je..sofiya kan budak lagi, tak perlu la baju kurung banyak2 ni...baru 10 bulan, bukan bleh jalan lagi pun...so lepas ni kalau tak shopping baju sofiya untuk raya pun takpe kan..dah ada pun...

bercakap pasal syawal, mesti ada yang tak sabar nak beraya, 1st beraya dgn anak yang dah besar skit, anak yang pandai berjalan..tapi kenapa jarang org yang menanti kedatangan ramadhan? takut sangat org nak menghadapi ramadhan..yer..sbb bulan ramadhan kena puasa selama 30 hari...30 hari tak makan di siang hari macam satu masalah kan..sebab selama ni kalau tak bulan puasa, kejenya asyik makan je..nak puasa sunat tu payah sikit..maklum la, nafsu dah berjaya menguasai diri..

so apa kata ramadhan kali ni kite jadikan ramadhan yang terbaik..sbb kite tak tahu kite akan jupe ramadhan itu lagi atau tak..tapi skrg bukan bulan ramdhan lagi..ini sebagai persediaan..lagi 9 hari nak berpuasa..insyaAllah..tanam azam cepat2..tanam apa yang kite mahu tingkatkan...antara amalan yang boleh ditingkatkan :-

i - andainya tak pernah solat malam, cuba solat malam walaupun hakikatnya mmg susah, banyakkan solat sunat
ii - tadarus al-quran walaupun hakikatnya nak mengaji sehari satu muka pun susah - kalau bleh cuba khatam 30 juzuk
iii - sedekah - bulan puasa mmg ramai yang akan bersedekah..so jadikan sebahagian dari org itu. kat sini, bila masa time puasa, bleh buat lebih2, bagi kat jiran
iv - jangan lupe solat terawih - usaha juga walaupun ada anak, yang suami sila rajin2kan diri ke masjid atau surau..biar kenal jiran2
v - cuba banyakkan menuntut ilmu dgn membaca bahan ilmiah dan juga pi kelas2 agama
vi - iktikaf di masjid terutama 10 malam terakhir ni sesuai untuk lelaki
vii - jangan asyik sibuk buat biskut raya je..manfaatkan bulan ramadhan sepenuhnya..baca mathurat
viii - berahklak mulia - beradap sopan dgn suami, anak2, adik beradik, ibu ayah, pak cik mak cik, jangan mulut dr bercakap benda sia2.

itu je yang mampu disenaraikan..semoga aku bleh list senarai ni kat peti ais, sekurang2nya aku bleh perbaiki apa yang perlu..dan moga ramdhan kali ini adalah yang terbaik dr tahun2 sudah..ameen..

No comments: