Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, February 20, 2012

Kerenah Sofiya

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah, masih dikurniakan kesihatan yang sihat untuk melangkah ke lab instrumentation di uia ni..hampir setahun lebih aku berkampung di sini, tak sabar-sabar mahu menamatkan pelajaran ini..sambil membuat research sambil meng'update' blog..2 in 1..dalam kehidupan management time itu perlu...

Agak lama aku menyepi diri dari menceritakan pasal sofiya...alhamdulillah di kala usia setahun 5 bulan, baru nampak aksi berjalan..walaupun hakikatnya masih belum mampu berjalan sepenuhnya..tapi syukur sangat-sangat akhirnya dia boleh juga bertatih..kalau tengok dia bertatih tu macam robot..dengan tangan kedua-dua ke paras dada...kemudian jalan nak laju je...tahniah buat anakku sofiya...

kini, aku kena usaha ajar dia macam mana nak berdiri, mmg dia bleh berdiri tegak, cuma nak terus zass berdiri tu takde la...masih teringat dulu-dulu dia mmg berusaha nak berdiri, tapi mungkin kaedah tak betul...

bila makin meningkat usia, makin takut pada manusia yang tak dikenali..satu perkembangan yang bagus..biar la org cakap dia sombong..at least kalau ada rasa takut pada org ni, susah la skit nak dibawa lari, betul tak?...mst nangis sakan...

sama la macam kes terbaru, weekend lepas aku balik umah mak mertua, adik ipar botakkan kepala..langsung tak nak pergi kat uncle..menangis sekuat hati..dah la uncle tu jarang jupe..pastu bila uncle botak kepala..terus dia tak nak...skrg ni sofiya mmg takut dengan org lebih-lebih lagi lelaki..yang dia okey hanya atok, ayahnya saja...kalau dgn nenek dia pun, kalau 1st nak amik, sure lepas tak nak...tapi adik-adik aku pandai sangat layan sofiya.....maklum la adik-adik aku ni ramai gegirl kan!

selain tu, sofiya juga dah pandai tadah tangan berdoa dan ameenkan..masa dia belum berjalan hari tu, aku minta dia tadahkan tangan dan berdoa supaya Allah cepatkan dia jalan..lagi satu dia dah pandai koyakkan buku..huhuhu..tapi nak wat camner..itu yang dia minat..beli soft book, tak pandang langsung..sedih kan beli dah la mahal-mahal tapi dia tak minat..sofiya ni hanya minat buku je..kalau benda lain kuang perhatian..so agaknya tak perlu la nak beli teddy bear bagai kan...lagipun kalau bleh tak nak la kat umah ada anak patung ni..kan malaikat tak masuk umah..takde barakah....

melihat anak-anak kawan yang cecah 2 tahun, maka tak lama lagi sofiya pun akan dua tahun...dan aku rasa nak start potty train untuk dia la..tak nak la pakai diapers lama-lama ni...mudah-mudahan di permudahkan Allah hendakNya...okey la nak stop la dulu citer..nak concentrate pada research..

Doa untuk sofiya:
" Syukur padaMu ya Allah, kerana dikurniakan anak secomel Sofiya Yasmin. Oleh itu, aku memohon padaMu kurniakan kesihatan yang baik, akal yang cergas dan juga peribadi solehah kepada Sofiya. Semoga anak kecil ini mampu menegakkan kalimah Mu di muka bumi ini...ameen"

2 comments:

deena awanis said...

congrats sofiya..nanti cepat2 cakap pulak yer..=)

CaHaYa^KetEnaNGan said...

thanks dina..
hari tu dia jatuh gara2 belajar jalan..
lebam bawah mata