Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, February 3, 2012

Papa, I Love U

Salam Jumaat, Penghulu segala hari...


Cerita seorang ayah kpd puterinya:

"Ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya."

"Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda."

"Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”

“Dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul...”




semalam, bersama suami tersayang, aku menonton filem ini..di mana? tentu la umahku syurgaku...
kisah menceritakan bapa tunggal yang mendidik anak dengan perkara yang baik belaka

dalam menonton ini, mata kami sempat menatap wajah satu-satunya anak kami masa ini
Sofiya Yasmin
Kami mahu Sofiya nanti jadi anak yang baik, anak yang solehah
sentiasa bangga dengan ayahnya 
sentiasa menceritakan yang baik-baik tentang ayahnya

Alhamdulillah, pengajaran dari movie ni mmg bagus
cerita yang penuh unsur komedi dan juga tangisan..oppss mmg menitis air mata
especially masa Mia jatuh dr buaian
seorg ayah yang sayang giler sama anak dia

Aku, masih mempunyai seorg ayah..ayahku usianya bakal berusia 57 tahun, dan juga sudah bersara..baru sebulan bersara..aku bangga dengan ayah aku..ya mmg bangga...ayah aku ada 4 org adik beradik...tapi sorg meninggal...ayah aku anak yang sulong....ayah aku asal org Kelantan..tapi dh jadi anak jati terengganu...ayah aku seorg programmmer di KETENGAH....dalam family ayah, ayah je belajar hingga ke university..UKM...

namun kini, ayah sudah tidak kuat lagi..sejak ayah jatuh dr bilik air,before beberapa hari majlis pernikahan ku, sejak itu kesihatan ayah terganggu..nasib ada Mak yang boleh jaga ayah...ayah aku seorg kacak masa muda dan juga seorg yang kuat..tapi sekarang tidak lagi...aku mahu ayah macam dulu, seorg yang kuat..bukan tunduk pada penyakitnya..Ya Allah, Kau bagi la kekuatan ayah untuk sembuh sedia kala...

Mak selalu cakap, ' ayah dah bebas dr penyakit diabetis, darah tinggi pun kurang'...tapi ayah mmg macam org kurang berupaya..nak bawa kereta pun dah tak mampu, katanya tangan dah kuat nak pegang steering kereta...kalau makan, ayah mesti guna sudu garfu...dah tak mampu guna tangan....aku mahu ayah yang dulu...hanya doa aku mampu panjatkan supaya Allah memberi kekuatan pada ayah....aku mahu ayah sihat supaya ayah senang nak bawa sofiya jalan-jalan....

aku sayangkan ayah aku..masih ingat lagi, kalau apa-apa aku nak, mesti ayah tunaikan..masa mula2 masuk matrik, ckp nak handphone, ayah kasi phone ayah dgn no sekali...nak laptop, ayah yang belikan dan sanggup datang uia gombak hantar...even nak beli kereta pun ayah pun bayar juga downpayment yang tak cukup dan settle semua perkara..road tax insurance tahunan ayah juga yang settle...ayah mmg seorg yang pandai urus duit....

kini, aku doa agar kesihatan ayah makin baik...bila ayah sihat, senang la ayah nak berjemaah di masjid, sekarang pun kalau usrah, mst datang umah je..penglihatan ayah pada waktu malam pun tak berapa jelas....banyak kenangan aku bersama ayah aku...pergi sekolah ayah hantar...nak balik uia pun ayah hantar, tapi kat stesen bas la kan...sungguh aku rindu ayah sihat seperti dulu...

mak aku ada kebun buah-buahan..kalau musim buah, ayah akan join, nnt ayah la panjat pokok rambutan, pokok dokong, dan macam2 lagi...kalau pi mana-mana ayah la driver kami sekeluarga..tp kini tidak lagi..ayah jadi passenger..ayah dah tak nak bermalam mana2..apapun dengan ayah dah bersara, berharap kesihatan ayah makin pulih, maklum la dulu office ayah jauh..50 km dr rumah...

anak ayah rindu ayah..anak ayah harap ayah makin sihat..dapat buat kerja seperti dulu2...especially kalau hari jumaat, ayah la yang akan pi pasar kan..beli lauk-pauk untuk dimasak...itu la serba sedikit cerita pasal ayah aku...

ayah mmg strict dalam mendidik anak-anak dalam beragama..paling tidak aku lupa ialah ayah akan amik daun-daun kayu kalau kami adik-beradik tidak pakai tudung bila keluar walaupun masa tu kami belum baligh dan masih bersekolah rendah......



No comments: