Assalamualaikum
Agak bz untuk mengupdate blog hari2, ni pun penat dok running simulation, belum dapat kata putus lagi...ye la, sekejap jadi itu, sekejap jadi ini, maka, apa kata stop sekejap untuk research, focus on writing a new entry...
hari ni nak share macam mana nak jadi ibu terbaik untuk anak2...pada pengalaman aku la yang sudah setahun 2 bulan bergelar ibu ni, aku akan pastikan bekalan makanan sofiya mst dimasak sendiri oleh aku....tapi macam mana nak buat? especially pagi2 dah perlu sediakan makanan untuk dibawa bekal ke umah bs? senang je, aku akan masak nasi bubur untuk stok seminggu menggunakan slow cooker...kemudian simpan kan dalam peti yang bawah je..tak perlu masuk frozen pon..sbb kadang2 kesian pulak tengok sofiya makan makanan frozen ni..kalau makanan kita, mst segar2 tapi takkan la makanan anak asyik makanan yang dibekukan pastu dipanaskan..lari la testur kan! so aku bangun kul 5.30 pagi, ambil nasi bubur tu sedikit, nanti perisakan aje apa yang nak dimasakkan..aku lebih suke masukkan sayur yang banyak dlm makanan sofiya...itu la cara aku tiap2 hari kalau time pi uia..
stok susu sofiya pula, dah lama tak di'frozen'kan..ntah, rasa sedih pulak kalau diberi anak minum susu frozen...sekarang aku kaedah pump hari ni untuk esok..so kiranya sofiya minum susu yang dipump semalam..dah takde dah minum susu lyang telah lama dipump ni..tapi masih bersyukur kerana masih diberi peluang menyusukan sofiya walaupun sekali pump nak dptkan 1oz pun payah ..demi anak, tetap usung spectra 3 bersama laptop....walau penat macam mana sekali pun, aku tetap akan bangun awal2 siapkan makanan sofiya..kalau makanan sofiya no more panas guna microwave...ye la ramai ibu2 di luar sana kurang arif tentang penggunaan microwave ni, kadang2 nak cepat juga merupakan salah satu sbb ibu-ibu suka menggunakan microwave sehingga lupa bahaya penggunaannya..even kat umah mmg ada tapi penggunaan adalah terhad...biasanya aku panaskan yang dah lama dok dlm peti ais je...kalau tak, panas atas dapur pun ok lagi..lagipun aku membesar tanpa microwave...agaknya mak aku mmg tahu dr dulu lagi bahayanya penggunaan microwave ni kan...
selain itu..meh baca ni
'quote from Dr Muhaya, 'tiap kali tgk anak kita tido, tanya diri sendiri..anak kita ni if dia meninggal akan masuk syurga, or neraka? akan jadi aset kita, atau liabiliti(beban)? apakah nilai2 yg telah kita masukkan dlm diri dia?'..
jgn asyik risau anak kena gigit nyamuk la, anak pakai baju tak cantik la..jgn byk fikirkan 'luaran' anak shj, tp fikir2kan juga CORE VALUES yg telah kita install dlm diri anak2.. wallahualam..'
untuk menjadi seorg ibu juga, kita tidak perlu teramat titik beratkan luaran anak2, cantik ke tidak, putih ke tidak, calar balar ke tidak, tapi the most important is adakah anak-anak ini akan membantu memberi kita syafaat di akhirat nanti..maklum la kehidupan di akhirat sana hanya ada 2 saja..syurga mahupun neraka..
hah! lagi satu tazkirah yang boleh disharekan...oleh prof kamil, merupakan pensyarah uitm, di mana dalam bukunya ada menulis bahawa hidup di dunia ni hanya la 1 jam 47 minit waktu akhirat. di mana kehidupan di akhirat, 1 hari bersamaan 100 tahun di dunia. sedangkan secara purata jangka hayat umat Nabi Muhammad saw lebih kurang 68 tahun..bila 100 tahun dibahagi dengan 68 tahun..maka bila dibahagikan kehidupan kita seolah2 1 jam lebih je jika dibandingkan kehidupan di akhirat..cukup singkat kehidupan di dunia berbanding dengan kehidupan di sana...maka perlihatkan kembali amalan2 kita untuk dibawa bekalan di akhirat sana...
oleh itu, menjadi tanggungjawab ibu dan bapa untuk mendidik anak-anak yang dilahirkan..tidak perlu bersusah payah menghantar anak sana sini, melepaskan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada org lain especially berkaitan hal keagamaan. amik saja contoh untuk pendidikan akidah yang merupakan tunjang utama sebagai muslim..tak perlu kita cari ustaz dan bawa balik ke rumah then minta dia ajar anak kita ni..tp sebaiknya kita sendiri yang memperkenalkan siapa tu Allah, kenapa kita dihidupkan, apa pegangan kita dan sebagainya..begitu juga bab solat, jangan asyik mengharap guru-guru di tadika yang mengajar untuk anak kita..sebaliknya kita yang mengajar...so dalam kesibukan mencari kemewahan dunia, jangan lupa mencari keredhaan Allah.. Anak akan bangga bila semua pendidikan bermula dari ibunya sendiri...dan guru-guru dan kawan-kawan hanya sebagai pembantu..wallahualam
dan 10 langkah dalam mendidik anak yang soleh/solehah
1. Didiklah anak-anak kita mengenali Allah
2. Pastikan anak-anak kita sentiasa mendirikan solat dan menjaga ibadah-ibadah wajib yang lain.
3. Bekalkan ilmu agama yang secukupnya kepada anak-anak kita.
4. Hidupkan dalam rumah kita Biah Islamiyyah (suasana keislaman). Antara perkara yang dapat kita lakukan untuk tujuan tersebut ialah;
a) Selalu membaca al-Quran di rumah
b) Membiasakan solat-solat sunat di rumah
c) Hidupkan budaya memberi salam
d) Praktikkan adab-adab Islam di dalam rumah.
5. Dekatkan anak-anak kita dengan masjid, mushalla atau surau.
6. Tanamkan semangat jihad dan perjuangan Islam ke dalam jiwa anak-anak kita.
7. Tanamkan kepada anak-anak kita sikap cintakan ilmu dan majlis ilmu
8. Perhatikan dengan siapa anak-anak kita berkawan.
9. Mohonlah sentiasa dari Allah agar dikurniakan anak yang soleh
10. Sentiasalah memberi pesanan dan nasihat kepada anak-anak kita
2 comments:
i like dr muhaya :)
hurm memang segalanya bermula dari rumah..sampai skrg xmampu lagi nak betul2 cipta suasana islam dlm rumah..;(
harap2 mampu dan sentiasa diberi pertolongan untuk mudahkan tarbiah pada anak
Betul.. Sometimes we tend to pay more attention to the outside look of our children. But lack of care on the rohaniah side.. Huhuhu.. Naudzubillah.. Semoga sentiasa diingatkan untuk membentuk anak-anak jadi insan cemerlang dunia akhirat.. Amin..
Btw, dah besar dah soffiya.. Kejap je kan masa berlalu? Dah pandai apa dah dia? Dah jalan?
Nurul, just wanna convey my concern. No heart feelings yeah. Regarding the food preparations tuh, u mentioned u buat stock for one week and place it in fridge bawah je. Hmm, kalau makanan dah masak tak letak kat freezer, leh tahan ke sampai seminggu? Biasanya kita pun kalau lauk dah dua hari kat dalam fridge bawah, kita lesingkan aje kan? So, from my point of view, makanan anak yang lebih fragile tuh apatah lagi. My suggestion, kalau tak nak simpan kat freezer, kurangkan masa stock disimpan. For instance, maybe you can just make stock for 2 days? Abis dua hari, buat lain.. Lebih fresh and terjamin selamat.. Hehehe.. Nih pandangan farah la.. :)
Post a Comment