kali ni entry kisah aku pi muar..actually tak sangka lak last week aku pi muar..
husband aku punyer ayah mmg asal muar even dah ramai family sanak-saudaranya berada kat kl n selangor ni...
my husband mmg jarang balik sana..ntah, dia mmg tak minat, katanya dah takde sape kat sana..so muar hanya tinggal kenangan la..aku ni kalu negeri2 selatan secara rasmi, aku mmg tak kenal sgt..even my family suka melancong tapi yang selatan tak sampai pulak..tak tahu kenape..JB pun tak pernah sampai..tp kalu ada rezeki, aku akan keliling satu malaysia :-)
aku nak citer la perangai sanak-saudara belah suami aku ni especially yang dtg dr muar ni..belah arwah ayah husband ni org2 nyer mata duitan..yang suke tengok kebendaan la skit..kalau takde pangkat..tak dipandang..kalau ada duit, pangkat..itu dilayan..dunia skrg mmg camtu..hari tu aku pi kenduri kak lai..tak tahu pangkat apa dlm family husband aku, seorg berpangkat dato'..merupakan dr pakar tulang (kalau tak silap)..anak dia, laki berkahwin dgn minah saleh..tak tahu la jupe kat mana..tak silap org US..ye la org kaya ni mst la melancong sana sini kan!!..tp org kite kalau dgr kawin ngan org putih ni macam gah la kan!!padahal sama je..yang beza disisi Allah adalah keimanan dn ketaqwaan pada Allah..
aku nak citer kisah org yang berpangkat ni..actually, ni kali ke-2 pada tahun ni aku pi kenduri kawin, ada TPM..siapa lagi kalau bukan Muhyidin Yasin..macam baru je lagi jupe hari tu..dlm family suami aku, TPM ni bukan org lain..ia merupakan pak cik yang sebapa dgn arwah ayah suamiku..bila hidup ni ada pangkat, sanak saudara dah tak kenal..itu la kalau pangkat diagong2kan..
masa majlis kahwin tu, mmg diaorg jemput TPM, tp bukan jemput TPM as pak cik kpd pengantin, so mmg wajib la TPM kena dtg, maklum la muar kan kg dia..tak dtg kan apa org kata..actually, tak nak kutuk apa pun cuma mahu citer sikap org bila dh berpangkat ni, but my husband ckp dia tak bangga langsung ada bapak saudara ni org besar ..ye la org luar nmpak lain, kami yang dekat ni yang tahu dan kenal dia lebih dr org luar sana..masa dia sampai kat kenduri tu, bila dia bersalam-salaman dgn org, seolah2 majlis pemimpin jupe rakyat, bukan majlis kahwin pulak..mmg ada jurang antara kami ni..kami yang takde pangkat ni mmg tak dipandang...bukan mengharap sgt nak jupe dia kan! tp if dia rasakan kami ni saudara mara dia, sure dia akan bersalam-salaman dgn kami, berborak dgn kami..tp tidak..jauh sekali aku lihat TPM berborak dgn saudara-mara dia macam aku berborak dengan pak cik mak cik aku..opp cukup la citer pasal dia..
sekarang dpt disumplkan bahawa susahkan ada org berpangkat ni..apabila kita buat sesuatu majlis, masa tu la kita nak bina ukhwah..tapi tp kali pi majlis kenduri kahwin di belah suamiku, benda tu tak wujud..sbb tu aku tak kenal sgt mak cik pak cik suamiku..kalau sepupu suamiku pun aku tak kenal..ini semua kerana ada jurang dgn org berpangkat dgn org takde pangkat..dalam family suamiku..mmg ramai yang berpangkat dato', datin, tan sri, puan sri ni...sbb itu la terjadi benda ni semua..hubungan kekeluargaan sudah takde...kalau pi kenduri apa2 dibelah suamiku adalah disbbkan memenuhi jemputan sahaja, kalau tak pi dijadikan bahan umpatan pulak..itu la kehidupan di dunia ini.
sekadar renungan..adakah hebat menjadi org berpangkat ini?? jawapannya tidak, kita boleh lihat salah satu ibadat yang memberitahu semua manuasia sama adalah semasa menunaikan haji..semua kena pakai pakaian ihram, takde pulak org kaya pakai pakaian dr emas manakala org yang tak kaya pakai pakaian biasa je..bila mati pun sama..mst kain kafan..bukan kain drpd emas..jangan terlalu bangga dengan pangkat tu..itu hanya kurniaan Allah..bila2 masa je Allah boleh tarik nikmatnya. oleh itu berpada-pada lah dengan kehidupan..kerana setiap apa yang diberi Allah itu adalah ujian..sama ada berpangkat atau tidak, kaya atau miskin dn sebagainya.
No comments:
Post a Comment