Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, April 27, 2011

workshop


macam lama je aku tak update blog padahal baru 2 hari sunyi dr dunia blog..bukan takde citer tapi no time la..
2 hari aku join workshop yang diconduct oleh kuliyyah ICT,  workshop ni 3 hari tp aku join 2 hari je..1st day aku tak pi sbb no partner n aku pun tak berapa familiar dgn kuliyyah ict..worshop ni pasal eeg..opss korang tahu tak apa itu eeg?? EEG ni refer pada brain..lagipun workshop ni takde la kena pre register ke apa..kalau free luangkan je masa kat workshop..tak dpt banyak, dpt skit pn jd..

kalau ikut research aku pasal eog..cam related walaupun tak banyak sgt membantu kan...nak aku citer ke pasal eeg ni? kalau aku citer, nnt korang lak yang rasa bosan pulak..maklum la diluar bidang korang..sape medical student bleh kot join aku..actually my research more to rehabilitation..so kalau korg ada idea bleh pass to me..

tp kalau kuliyyah ict, diaorg mmg dah ader group..called BDG (brain development group). actually, dia org buat kajian t'hadap subject using brain..mereka dptkan data from brain..one of them ada yang buat kajian tntang driver..diaorg buat kajian perasaan driver, sama ada dlm keadaan fear, sad, natural and also calm...di samping itu juga mereka membuat kajian bila driver itu terlibat dlm kemalangan..terdapat 3 task mereka sediakan untuk subject diaorg..apapun diaorg punye kajian belum in real time..tp tidak lupe juga yang buat kajian ke atas pesakit autism..

tp b4 terlupa, dlm workshop tersebut, presenter yang terlibat adalah org jerman yang bleh berbahasa bhs indonesia because dia selalu ke singapore..nama dia bjorn..dia mmg pakar dlm bidang eeg dan mempunyai syarikat yang dikenali brain maker...dia terlalu hebat dlm bidang eeg dan juga pakar dlm psikologi..dia tahu macam mana nak handle budak2 autism..

hari pertama mmg dipenuhi  presentation from presenter from BD group tu..dan juga one presenter from NTU (nanyang Technology University-Singapore) dan merupakan seorg lecturer uitm..dia tengah siapkan thesis for her Phd...mmg hebat akak ni presenter..mmg menarik..cuma bila dah petang aku dah mengantuk..malu rasa kalau org terpandangkan aku..

hari kedua ku di seminar merupakan hari di mana kami collect data from the brain using eeg..kalau nak tahu lebih lanjut, korg leh surf internet la kan!!opps lupa lak..selain kami, ada 4 sisters from NASOM (National Autism Society of Malaysia) yang hadir..so maknanya data hari ni merupakan subject anak2 dr autism..aik macam ramai je..tak ramai pun..2 je...rasa penat lak nak tulis entry ni..mahu makan durian..jom...sambung lain kali citer peristiwa dan cabaran menghadapi budak autism ni...



apapun kalau korg nak tahu pasal autism..bleh layari NASOM. apapun budak2 autism mmg chumel..anugerah Allah..sesungguhnya Allah la pencipta alam ini..

sedikit tazkirah..

" Lihatlah penciptaan tulang, sendi dan otot kite, sesungguhnya di situ terbukti kehebatan pencipta kita Allah swt...drpd daging dijadikan tulang dan daging juga membalut tulang..kemudian dicipta otot untuk pergerakkan sendi...bayangkan andainya tulang tiada, lembik la kaki kita..bayangkan tiada sendi, maka tidak mampu la kite untuk menggerakkan jari dan menulis blog ini...sesungguhNya Allah la Tuhan kite..kite patut ikut semua suruhanNya dan meninggalkan larangNya."

No comments: