hujan mulai turun..Ya Allah, jangan la banjir masa majlisku nanti..kesian kepada pekerja2 ku nanti..walaupun majlis ku makin hampir..makin tak tahu nak buat apa...macam semua dah settle je...
malam ni malam ihtifal adikku..adikku berjaya dapat no 3..good for her...agaknya kalau rajin, sure la no 1...i must go for this majlis demi meraikan kejayaan adik bongsu ku...esok upsr kuar..mesti adik2 darjah 6 cuak kan...
sebenarnya hampir 3 bulan aku tidak menulis..sejak ibu masuk wad..alhamdulillah penantianku berakhir..ibu dah selamat laser hari isnin lepas..dan hari ini boleh kuar hospital..3 minggu di hospital..21 hari..apapun ia adalah salah satu kenangan yang mungkin tak dapat aku lupakan sempena majlis pernikahku..
aku kena terima hakikat..setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah ujianNya tidak kira masa sihat atau masih sakit...adakah bila kita betul2 dikurniakan kesihatan yang sihat..kita menghargai dan mensyukuri nikmat Allah..begitu juga sebaliknya..adakah kita terlalu melatah setaip dugaan ya Allah bagi..keimanan yang kuat tak kan membuat kita mengeluh dgn setiap ujianNya..
takde apa yang boleh coretkan dalam membuat persiapan majlis pernikahan ku..mungkin no mood to write and share perasaan before kahwin...sebenarnya banyak nak cerita..tapi belum masanya kot..
No comments:
Post a Comment