apa tema hari kebangsaan yer!!! tahu? tak tahu.. 1malaysia??? ye ker? tidak ..bersatu malaysia... oh tidak..ini dia jawapnnyer
1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
bila cakap pasal merdeka..apa kita rasa yang dah tak pernah duduk di bawah jajahan british...
jom kiter baca kisah ini...
citer pertama
“Zaman nenek dulu, zaman belum merdeka, tak sama dengan zaman kamu sekarang”
“Apa bezanya nek?”
“Ye la, dulu bukan main susah nak tengok anak-anak gadis bebas keluar dari rumah, pergi
bekerja, belajar jauh-jauh, apatah lagi pegang jawatan tinggi. Kalau keluar rumah pun biasanya
berteman.”
“Habis tu, nenek buat kerja apa di rumah ? Memasak, membasuh dan mengemas rumah je ke ?
Ala, boringnya kalau gitu. Rasa terkongkong je hidup....”
“Memanglah. Soal jodoh pun ibu bapa yang tolong carikan. Biasanya anak-anak gadis akur
saja. Kalau kami bernasib baik, dapatlah kami sekolah hingga Darjah 6. Tapi bab belajar
mengaji Quran, jarang mak ayah zaman tu tak ambil berat macam sekarang. Zaman tu pun tak
pernah dengar ada kes rogol, kes ragut, kes cabul macam masyarakat sekarang ni.”
“Ala...tu biasalah nek. Pandai-pandailah kita jaga diri kita”
“Bukan diri kamu seorang je yang kamu kena jaga. Semua ahli keluarga kamu, saudara-
saudara kamu, jiran-jiran dan anggota masyarakat pun kamu kena ambil berat juga...”
Cerita 2 :
“Cuba kau tengok jam tu, tak sampai lima minit lagi tibalah detik tengah malam 31 Ogos. Diam
tak diam dah lebih lima puluh tahun negara kita merdeka”
“Aku tak kisah pun aktiviti countdown detik 12 malam tu.”
“Heh...janganlah gitu, hayati ketibaannya, kan ini peristiwa penting dalam sejarah negara!”
“Jika pada tahun 1957, laungan Merdeka dilafazkan dengan nada yang bergetar kerana sangat
terharu, sangat gembira dan sangat bersyukur, maka apa pula keadaannya suara laungan itu
pada zaman sekarang?”
“Kenapa pulak kau kata gitu?”
“Cuba kau tengok kat dataran sana tu....anak-anak dara siapa yang dah terlebih sangat
merdeka, sampai boleh dikepit oleh pemuda-pemuda entah dari mana. Kau tengok pulak
pakaian mereka.... saling tak tumpah macam pakaian orang-orang muda di negara yang pernah
menjajah kita dulu. Lepas sambutan ni habis nanti, kau tengoklah...tentunya botol-botol arak
pula bersepah-sepah, sedihnya..... angkara warga Islam kita juga.”
“Ala...itu cara mereka sambut kemerdekaan, setidak-tidaknya nampak juga semangat patriotik
mereka”
“Semangat patriotik apa? Sayangkan negara tetapi sanggup menjenamakan rakyat Malaysia
dengan jenama Barat. Pandai betul orang Eropah ni kan, beri kemerdekaan kepada kita konon,
tapi pengaruh dan budayanya terus menerus masuk ke hati sanubari masyarakat kita”.
“Habis tu nak buat macamana lagi. Zaman berubah, manusia pun berubah. Nanti dikatakan
ketinggalan zaman pulak.”
“Idea macam ni datang dari fikiran dan hati yang terjajah!”
“Yang penting, kita tahu jaga jati diri kita. Siapa nak jajah fikiran dan hati kita?”
“Syaitan dan hawa nafsulah yang jajah kita. Akibatnya, kita rasa semua hukum Allah kolot,
ketinggalan zaman dan tak sesuai. Nak merdeka daripada hukum Allah, tapi terjajah oleh fikiran
dan hawa nafsu. Akibatnya negara saja yang merdeka, jiwa rakyatnya terjajah. Terjerit-jerit
saja… merdeka… merdeka… tetapi budaya, fikiran dan jiwa masih ikut telunjuk penjajah”.
No comments:
Post a Comment