Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, May 10, 2011

kasih sayang emak

pada ahad lepas, secara rasmi adalah hari ibu 08/05/2011..actually tak tahu lak yang 2nd of Sunday pada bulan 5 adalah hari ibu..yang aku tahu hari ibu adalah bulan 5..tp aku tak sure la benda sambut hari ibu ni haram ke tak..tp aku ada tulis entry pasal sejarah hari ibu..

sebenarnya aku tak pernah sambut hari ibu, cuma my youngest sister selalu excited dgn tarikh2 macam hari ibu, hari bapa..tapi masa aku kecik dulu, aku sure sambut hari guru..excitednya sambut hari guru..especially time sek rend..sek men ni tak hbt mana sambutan hari guru...opps,,masa ada sahabt2 bertanya kat FB bolehkah sambut hari ibu, saya hanya soal balik kenape ada hari ibu??kenape ada hari bapa dan juga hari guru??? kenape tak ada hari nenek, hari datuk dan hari adik-beradik???satu persoalan yang tak tahu siapa bleh jawab kan!!!

apapun sambutan hari ibu tu lihat pada nawaitu kite..tapi bagi aku la tak perlu ada satu hari khas untuk kite betul2 tunjuk rasa sayang kite pada ibu kite..so aku mmg tak nak didik diri ini dgn wish ucapan selamat hari ibu pada emak aku yang jauh di sana..walaupun aku tak wish..tp hati ini sentiasa fikirkan emak, sihat ke emak kat sana, rindu ke emak pada aku??jawapan hanya emak yang tahu...

ramai blogger tulis pasal ibu dia sempena hari ibu..maka belum terlambat aku nak citer pasal emak aku..lagipun kat sinar.fm smlm citer pasal kehebatan ibu..menitis air mata ni dgr pendengar2 luahkan kehebatan ibu mereka...so aku pun nak citer pasal emak aku...mak aku dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan kat dungun..mak aku ni ada 11 adik beradik..yang sebapa seemak hanya 3 beradik dn mak aku sulung la...tapi mak aku rapat dgn smua adik beradiknya...

apa yang menarik pada mak aku ialah, hanya mak aku yang belajar tinggi dlm familynya..masuk kik tp skrg kisas..kemudian matrikulasi dn seterusnya masuk UKM..mak aku bagitahu cita2 nya hanya mahu jadi guru mengaji je..maklum la mak aku mmg pandai mengaji..sedap suara mak aku..mak aku telah diijabkabul pada usia 24 tahun iaitu tahun 1981..kemudian mak aku dikurniakan seramai 8 anak..yang besar usia 29 tahun kemudian yang bongsu baru cecah 13 tahun..

aku mmg sayangkan emak aku..selama 18 tahun, aku hidup bersama emak aku sehinggalah aku jejak kaki ke matrikulasi uia pj..sejak itu aku mula belajar berdikari..mengenal apa itu kehidupan..sepanjang aku hidup bersama emak aku, aku rasa la dia yang terbaik..aku pernah tak bertegur sape dgn emak aku selama 10 hari gara2 emak aku amik aku lewat..ya Allah..mmg perangai kebudak-budakan aku walaupun masa tu usia aku 17 tahun..maklum la jarak sekolah ngan umah hampir 10 km...opss lupa nak citer apa keje mak aku..mak aku merupakan guru sains tapi dia power dlm add math..dah bertahun2 jadi cikgu add math..almost 29 tahun jadi cikgu..walau tak jadi cikgu mengaji tapi mak tetap jadi cikgu..ajar budak2 about math..kalau nak citer pasal emak aku ni..mmg tak abis..terlalu banyak kenangan aku bersama mak aku...

aku kagum dgn mak aku..walaupun aku dah 28 tahun, tp aku tak pernah join mak aku masak utk sahur..hahaha..hebat tak aku..agaknya bila dok sendiri nanti sure aku kena masak untuk sahur dn makan bersama suami tercinta...tp bab masak2 ni mak aku dah kurang kerana semua tugasan memasak telah jatuh ke tangan anak2...maklum la anak 2 mak aku seramai 6 perempuan..yang laki cuma 2 org je..tp apa pun, mak aku akan ke dapur juga..mak hanya sediakan sarapan pagi..itupun weekends...aku pun dah masuk dpur ketika usia aku 12 tahun..sbb tu aku senang ke dapur...dn aku juga cerewet walaupun hakikatnya mak aku langsung tak cerewet sbb mak aku ni jenis selamba orgnya..

mak aku jenis tak suke duduk saje, asal free je mesti buku kat tangan..kalau cuti tu..sure tak lekat la kat umah..ada je program yang dia join..kalau time cuti panjang..sure aku, kakak and adik2 dibawa pi mana2..melancong sana sini...apapun aku suke cara mak aku yang suke baca buku, sbb nnt aku bleh pinjam buku yang mak beli tu..lagi satu mak aku juga suke berkebun..sbb tu mak aku ada kebun atau lebih dikenali dusun..macam2 buah ada..durian, manggis, rambutan, salak, dokong dan petai..

alamamak..kalau citer lagi..sure lagi panjang entry ni kan..apapun aku mmg bangga jadi anak kepada mak aku..kerana mak aku, aku berjaya hingga ke universiti, aku berjaya ada family sendiri, aku juga berjaya ditarbiyyahkan dgn menjoinkan usrah..terlalu banyak jasa mak sehingga tak mampu aku membalasnya..semoga mak sentiasa dilimpahi kasih sayang anak-anaknya..ameen

2 comments:

Nurul Aziyana@Ummu Husna said...

bercerita pasal mak mmg xkan habis..
heheh yana pun pernah xbertegur sapa ngn mak tp xingt dh sbb apa..aih teruk btul rasa..
dan yana pun xpernh tolong mak masak time sahur..bgn2 jer dh siap hidang..huhuhuhu..

CaHaYa^KetEnaNGan said...

haah yana, camtu la..kalau bleh nak tulis lagi pasal mak..tp nnt berjela2..ntah bila bleh siap entry tu

pasal masak bangun sahur..belum lagi..last year dok umah mertua..mak mertua juga yang masak..