Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Saturday, May 21, 2011

cuti kami bertiga


 tenangkan si ayah menghirup udara segar


cubaan sofiya untuk sentuh air pantai


 beg pun jadi tempat bila ibu & ayah mahu solat


acara bersihkan kaki yang kena pasir


akhirnya aku berjaya pulang ke umah mak ayah aku..di dungun terengganu setelah 3 bulan lbh tak dapat pulang disebabkan beberapa halangan yang tak dapat dielakkan...last aku balik masa chinese new year tempoh hari..so kali ni aku bercuti start jumaat hingga rabu..nasib ada hari wesak..jimat satu hari cuti..kalu balik trg sure kena amik cuti lebih..nak qada pasal tak dpt pulang lama kt sana..kalau umah mil every weekend bleh balik..so umah mak ayah aku kena la macam umah mil..


so apa aktiviti kami kat sana?? walau macam lama je kat sana..tp aku tetap rasa tak puas..maklum la tu kan umah aku juga..18 tahun aku dibesarkan di sana..opss kalau umah mak ayah aku skrg..masa tahun 2000 aku pindah..b4 this aku dok kawasan terancang..maklum la my ayah keje KETENGAH..so mmg dlm hutan la tapi aku ni takde 'darat' sgt..macam budak bandar tau!! hihi perasan btul...walaupun aku dok banglo mak ayah aku kejap je..time cuti sem tapi aku mmg suke balik sana...tp hakikatnya kat tempat lama lagi best..ramai kawan sekolahku berbanding tempat baru aku tu..tp apapun dah 11 tahun aku tinggal kat bandar dungun..dekta ngan pak cik maik cik semua...belah mak la..sbb my mak mmg asal dungun, ayah lak pulak kelantan tapi nenek dok kat setiu je..


okey sampai hari jumaat tu..aku btul2 bertolak kul 10 tapi sampai dungun dlm kul 3..tu pun hubby solat jumaat kat masjid kat kemaman tu..semua org cakap aku bawa keter laju giler..maklum la kat highway aku amik part yang drive kete..cik husband dok sebelah..dok membebel aku bawa keter..mmg leceh kalau bawa keter ngan cik husband ni..hihi..jangan marah yer cik husband...tapi bila masuk jalan biasa..cik husband la amik alih..puteri kesayangan aku lak..masuk keter..mmg nyenyak tdo sehingga aku paksa dia bangun..risau kalau dia lapar lak..tdor je dlm perjalanan..okey jom tengok xtvt aku kat sana..ni semua kenangan untuk diri ini..


sabtu:


pagi macam biasa..dok umah dulu..dlm tengah hari bertolak ke Paka..ada kenduri adik kawan cik husband..suke giler dia pada sofiya..mak ayah pulak pi berubat kat marang..tak silap la..ayah aku kan tak berapa sihat..so mak aku cari alternatif lain untuk ubatkan ayah aku..hope makin sihat ayah aku tu..biasa la kalau dah berusia ni macam2 penyakit wujud kan!! petang tu, after sofiya bangun, kami pi pantai..adik2 aku syifa' dan kamilah dah bertolak balik asrama kat kemaman..smi al-amin..tapi kami pi pantai tak lama pun..


ahad:


suami aku ajak pi mesra mall kat kerteh. kami pi after zohor..stelah aku masak segala bagai untuk tengah hari...kami makan..solat..terus kami bertolak..nasib sofiya dah tdo..so segar la dia..masa dlm keter tu aku asyik ngatok je..tapi sofiya segar bugar...jalan2 kat mesra mall..lepas tu pulang pi umah kak farid kat taman sura indah, dungun..amik busha yang aku tempah..maklum la 10 ringgit je..nak jimat punyer pasal..lepas tu bleh main ngan rayyan..wow..kuat cemburu rayyan..kalau kak farid amik sofiya mst nangis si rayyan..tp kalau ayah amik tak kisah..dasar anak emak..hihihi..


isnin:


kononnya nak pi makan laksam tepi pantai..tapi tak dpt..pasal mak ajak pi umah mak cik kat gong pasir..saje melawat mak cik..hebat lak umah mak cik tu..macam zoo..maklum la abg zaki. anak mak cik tu wat bisness jual burung..mmg lawa2 btul burung tu...sofiya macam biasa..dgn org takde nak cry..behave je..syukur sofiya ni jenis tak meragam


selasa:


sebelum pi umah ayah de, adik mak...nak ziarah anak ayah de, din yang juga sepupu aku yang baru dpt boy..excited yer jupe anak kecik..teringat masa sofiya kecik2  dulu..tapi masa ku pi sana, anaknya tak silap nama aiman asyik cry je..lapar..suami dah bagi green light bagi susu aku..tapi aku tak berani la..maklum la susu aku cukup2 untuk sofiya je..kedekut nya aku..aku cuma tak berani la..tak khatam lagi bab anak menyusu ni..so aku tak nak amik risiko..mak ayah aiman ni kuar bandar..hebat kan org zaman skrg tak kisah pun kuar umah even tak abis pantang lagi kan!!!kata nak kuar kejap tapi biasalah kan...maklum la isteri din nak balik kgnya kat pahang sana..macam2 keperluan perlu beli.. tapi b4 pi sana..aku singgah beli kerepok trg kat sura..biasa la kalau balik dungun, sure ada buah tangan kerepok..tp kali ni takde yang order..so selamat lah duit aku..kedekut lagi..hihihi


rabu: 


hari yang aku kena pulang ke kl..berakhir cuti aku kat dungun..ntah bila bleh balik lagi..suami aku ckp bulan 8..time raya..opss tidak..aku tidak sanggup..susah sangat balik keter, apa kata balik dgn bas..lagipun sofiya dah besar..tapi b4 aku teruskan perjalanan balik kl, aku singgah kedai nasi sup yang pernah aku makan bersama kawan2 masa keje poli..dah lama aku teringin nak makan even masa preggy dulu..tp baru hari tu dpt makan..alhamdulillah..kemudian tidak lupe aku singgah kedai murtabak raja...hehehe..lepas ni bleh pi lagi kedai tu...mmg sedap la murtabak raja walaupun agak mahal...


penuh tak aktiviti aku tu??? mmg penuh tapi tetap tak puas..huhuhu..takpe ada rezeki aku balik sana..gembira bila ayah aku n mak aku dan juga adik2 aku dpt main dengan sofiya..kali ni sofiya dah tak meragam bila ayah aku amik..makin ceria pulak..agaknya ramai yang nak main dgn dia..ramai kawan berbanding umah sendiri..kalau ibu n ayah bz dgn laptop..maka dia diwajibkan dok dlm walker tak pun dibiarkan main sorg2...insyaAllah ada rezeki mahu aku ajak suami aku balik cuti sekolah yang bakal bermula tidak lama lagi...


sebagai kesimpulan, hargainya keluarga yang masih hidup..jangan sesali bila mereka sudah tiada..sesibuk mana kite pun..pastikan kite sentiasa ingat pada ibu bapa kite..selalu balik jenguk mereka..kerana usia mereka pun tak lama walaupun hakikatnya kite tak tahu siapa yang akan dipanggil dulu oleh Allah Taala..cuma aku harap aku boleh balik selalu menjenguk kedua ibu bapaku..lebih2 lagi ayah aku yang kesihatannya kurang sihat..sejak jatuh b4 beberapa minggu aku kahwin tahun 2009...semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik terhadap mak ayah aku dan juga adik-beradik aku..

No comments: