Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, May 22, 2011

blueberry cheese tart in the house


 doh diterap guna acuan tart dan digarfukan


setelah dikeluarkan dr oven ada yang macam hangus..


 letak blueberry filling..ada banyak ada skit..untuk makan sendiri


yang ni yang telah diletakkan cream cheese..comot kan..1st time buat





ini la rupe bile masak..banyak giler cheese dgn blueberry kan..ni bisnez..rugikan..

ini lah dia gambar2 cheese tart..1st time aku buat ni..biasa asyik beli je..tp bila blogwalking ramai je yang dok wat cheese tart..so aku try la jugak..takde la susah mana..tp 1st time ni..mmg banyak yang comot la kan..takleh amik order lagi..huhu..perasan tu nak wat bisnez cheese tart..kena perlu more practice ni..baru comel macam org lain..cheese tart aku ni banyak cheese n banyak blueberry..lain kali leh wat lagi..pasal simple je resepinyer..meh sini aku share ngan korang yang nak tahu resepi aku tu..

untuk pastry tart: (kuantiti dlm 30 biji)
100 gram marjerin
200 gram tepung gandum
1 biji telur size B
75 gram gula icing

untuk cheese
200 gram cream cheese (apa2 je jnji cream cheese)
60 gram gula icing
1 biji telur gred B 

cara2 buat:-

senang sangat..untuk pastry..pukul marjerin dgn gula icing..guna senduk pun bleh..kemudian masukkan telur..last sekali masuk tepung gandum..tapi kalu lembik masuk la gandum lagi..biar jadi doh gitu..
apabila jadi doh..sapu marjerin kat acuan...senang skit nak keluarkan tart tu nanti..
pastu amik dok dlm 2 ibu jari..masukkan tengah2 tart..tekan perlahan2 mengelilingi tart..
dah siap tu..guna garfu cucuk kat tapak tart tu
bakar dengan suhu 150 darjah dlm masa 5-10 minit je
sejukkan

untuk cream lak, pukul semua barang, gula, telur dan cream cheese sehingga la smooth..tapi aku tak smooth pun..maybe silap masukkan cream cheese kot..better pukul cream cheese dgn gula dulu...kemudian masukkan blueberry dlm acuan tart yang sejuk..pastu masukkan cream cheese..masukkan banyak blueberry filling baru sedap..pastu bakar dlm 5 minit atau sehingga cream cheese betul2 kekuningan..akhirnya siap dimakan..


tak sia2 after balik dr taman burung, aku ajak cik husband singgah kat kedai jual barang kek kat kl..lorong haji taib..pada mulanya cik husband tak nak pi..maklum la ada perasmian citrawarna kat area padang merdeka..sure sesak jalan tu..tp aku ckp la lalu je jalan raja laut..kalau sesak tak pyh singgah kat kedai kek yen..kalau tak silap la nama kedai kek tu..


1st time masuk kedai tu terkejut beruk aku..ramai btul org dtg membeli..aku ni macam jakun..semua nak beli..1st aku tengok sarung tart tu..ala acuan tart tu..murah giler kat kedai tu...aku beli kat dungun 10 keping 10 ringgit..kat kedai kek tu..dalam 30 kot atau lebih..baru 8 ringgit..huhu..kalau aku nak wat bisnez aku beli la..buat masa ni aku guna yang ada...ramai yang dtg tu beli borong..kan aku beli banyak2 tak jadi lak bakeri aku..ni kan permulaan...


1st aku cari la blueberry filling..fuih semua besar2..nak tak nak beli yang kecik dulu..kan hangat taik ayam je nak wat cheese tart tu..lepas ni bleh la wat muffin lak..senang je nk cari kedai tu..kalau aku balik dr uia leh singgah jap b4 naik keter ngan cik husband...dlm list ni aku nak belajar wat muffin walnut ngan badan..sedap kan..tunggu aku cari resipi baru bleh wat muffin lak..hehehe..tangan tgh menggatal mahu berbakeri...nasib la badan ni rajin skit ke dapur..hope sofiya camtu la..maklum la sambil wat cheese tart tadi pun, sofiya dok dlm walker..membebel je keje dia sambil tgk aku tekun wat cheese tart tu...


apapun bersyukur kepada Allah yang membuka hati ni mahu berbakeri..ini semua kerana izinNya..begitu juga dgn suamiku..semua izin Allah yang membuka hatinya nk cari kedai kek tu...thanks cik husband yer..nnt bleh pi lagi..kalau ngan ofis husband dekat bebenor dah tu..

No comments: