Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, May 5, 2011

kes bunuh: rupa2nya mak ayah kawan aku

POLIS mengusung mayat salah seorang mangsa bunuh yang ditemui mati di bilik utama rumah dua tingkat.

BENTONG - Seorang kontraktor dan isterinya ditemui mati dibunuh dipercayai menggunakan cangkul dan objek tajam di rumah mereka di Kampung Gemeti dekat sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Senior Asisten Komisioner T. Narenasegaran berkata, Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui mati dengan kesan tikaman di dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, mengalami kecederaan di tengkuk.
Menurut beliau, mayat pasangan warga emas itu ditemui pada pukul 1.30 pagi dalam bilik tidur utama di tingkat atas rumah dua tingkat itu selepas polis menerima laporan orang awam pada pukul 1.30 pagi yang mengadu terdengar bunyi bising dan laungan kuat dari rumah mangsa.
"Jiran mangsa juga mendakwa semasa kejadian rumah pasangan warga emas itu gelap kerana lampu dipadamkan sebelum memberitahu ada terdengar bunyi seseorang sedang melarikan diri di belakang rumah mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.
Narenasegaran memberitahu, Mohammad Yusof ditemui terlentang di tepi pintu tandas bilik tidur itu manakala isterinya ditemui di bahagian tepi bawah katil dalam keadaan terbaring.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

mood nak wat research ke laut lagi..aduih..sambil2 takde mood tu aku melayari muka buku dulu..huhuhu..asal buka lappy mesti mukabuku dijengahnya..ntah apa yang menarik aku tak tahu la..wajib tau...kan bagus kalau amalan seharian aku pun camtu..especially amalan sunat sehingga bila tinggal tu rasa something yang tak kena kan..

actually sambil berdepan dgn mukabuku tu, macam2 status yang ditulis..tp paling terkejut bila kawan aku..ana bagitahu mak ayah zaimah meninggal..seperti paparan berita di atas..tu aku cilok dr kosmo online..macam tak sangka kes bunuh tu melibatkan kawan satu university..takziah kat zaimah sekeluarga..semoga tabah dlm menghadapi kehidupan akan dtg..kejadian berlaku berunsurkan dendam kot...

senang je org skrg, macam mati tu tiada nilai..sesuka hati je membunuh sana sini tanpa memikirkan kesan akan dtg..baru2 ni pun ada citer dibunuh oleh teman lelaki gara2 menolak lamaran teman lelaki..ntah la dunia skrg..ak tahu apa nak jadi..risau dgn anak2 yang baru setahun jagung..tak tahu apa2..bila kat tv asyik dok citer pasal bunuh, rompakan, dan pelbagai lagi..

apakah malaysia skrg sudah tidak aman????ye..itu la jawapannya..apa yang dibuat oleh pemimpin kite??tahu naikkan harga barang..ni pun minyak ron97 dah naik 20 sen maka jadilah 2.90 sen..kenaikkan harga minyak ni sebab harga minyak dunia naik..aduioh..tak lama lagi sure ron95 naik kot...kalau la keter bleh pakai air, aku tak kisah sgt minyak nak naik..ni kalau minyak naik, harga barang pun naik..aduih..kena ikat perut la camni..nampaknya tak kaya2 la aku ni..tak dpat la nak beli bungalow kat laman seri..hehehe..berangan tu nak dok umah org kaya...

ya Allah, apa pulak yang aku merepek ni...satu lagi status FB yang menarik perhatian aku ialah kematian kawan Intan Azmira..arwah telah meninggal anak yang yang masih kecil bersama isteri yang tgh pregnant..rasa ralat sekejap kan! maklum la aku pun masih ada anak kecil nama sofiya..macam la kalau satu hari Allah takdirkan amik nyawa suamiku....tak dpt nak bayangkan bila hilang tempat bergantung..maklum la sejak aku kahwin ni, suami la driver aku ke mana2..jarang benor la aku drive sendiri..huhu...kalau ayah sofiya pi kelas dalam 4 jam tu dah gelisah hati ibu sofiya..nak buat keje umah, nak layan sofiya..mmg penat la kan..tapi aku yakin Allah itu adil terhadap hambanya..ada hikmah atas segala ujian yang ditentukan oleh Allah..dan ingatlah suami dan anak2 tu hanya la pinjaman..bila2 masa je Allah bleh amik semula haknya itu..oleh itu selagi masih dipinjamkan ibu ayah, suami dan anak2..buat baik la ke atas mereka kerana percaya la suatu hari nanti kamu akan merindui mereka2 semua..


No comments: