pagi ni just nak share citer mimpi malam tadi..
maklum la mimpi ni asyik berulang je....
aku mimpi tsunami melanda lagi....
dah banyak kali aku mimpi tsunami
dan tiap kali mimpi tu sure aku selamat tau..
citer mimpi malam tadi
aku dgn mak aku mahu pi pasar
tempatnya kat negara org, mana lagi jepun la
jalan nak pi pasar tu mmg sebelah tu laut
tetiba aku pandang ada ombak besar...
apa lagi laju la mak aku reverse keter
tgk2 kat belakang ombak besar juga..maka aku n mak di tengah2
so mak aku amik keputusan pusing masuk lorong kat tengah2
paking keter, terus menyelamatkan diri
masuk umah sape ntah..tapi yang penting umah kayu
masa dok dlm umar tu, mmg gegar la..
maklum la air laut tu bergegar mahu menolak umah tu
tp akhirnya umah yang aku ngan mak aku duduk tu
tetap ditolak air laut tu
tapi nasib ada bangunan yang sungguh kebal, maka umah tu tak hanyut jauh2
tersdai di sebelah bangunan batu tu
apabila dah tsunami surut, maka aku dn emak kuar dr rumah
cari2 keter yang di parking tadi
tengok2 keter takde
yang jupe kertas..ingat keter kami tu dah jadi kertas
tak puas hati..cari lagi..rupanyer keter aku terbalik
mmg kemek la skit...
sbb kami mahu pulang ke pangkuan keluarga kami...
tadaa..lepas tu aku terjaga dari mimpi stelah sofiya membunyikan sedikit suara mahu nenen
dulu pun aku mimpi tsunami juga
hbtnya aku ialah sbb aku dpt selamatkan diri
walaupun ombak tu mmg besar
bila diingat mimpi tu lagi
mmg gerun
tp tiap kali bangun tdo mst aku tertanya
kenapa aku sentiasa mimpi camtu
dah la dlm mimpi tu aku berjaya selamatkan diri
macam mana kalau in reality
berjaya kah diri ini menyelamatkan diri dr malapetaka seperti itu???
masa negara jepun mengalami tsunami baru2 ini
terpegun sekejap dengan kejadian itu
Allah itu Maha Besar
Allah mampu buat apa sahaja
cuba bayangkan kejadian tsunami dengan kejadian
hari kiamat yang Allah janjikan, di mana kalau ibu mengandung pun akan keguguran
tak dapat nak bayangkan kejadian hari kiamat dengan mata kasar
kalau tengok tsunami tu rasa dah cuak
apatah lagi dengan hari kiamat itu nanti
mmg takut nak jupe Allah
dan malu juga mahu jupe dgn Allah
sbb tak tak tahu adakah selama ini, setiap amalan yang dikumpul itu
layak membawa diri ini masuk ke syurga Allah yang penuh dgn nikmatnya
tapi tak sanggup pula nak masuk neraka Allah yang sangat dasyat..
bila2 fikir balik, banyak kan peringatan yang Allah bagi
supaya kita kembali kepadaNya
melakukan apa yang disuruh dan meninggal apa yang dilarangnNya
dengan kejadian banjir besar, dengan cuaca panas yang amat sangat, dengan gempa bumi,
macam2 la..itu semua menunjukkan Allah itu berkuasa melakukan apa sahaja
tapi kita sebagai manusia selalu lalai
bila terjadi sesuatu, masa tu baru je sedar
kemudian kembali alpa
semoga hati ini sentiasa dilindungi Allah drpd anasir2 syaitan yang sentiasa menggoda umat nabi muhammad supaya berada di luar landasan Islam.
No comments:
Post a Comment