Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, May 29, 2011

tika tiada keje


actually aku mahu merayap di klcc...tp malas nak menyiapkan diri..akhirnya aku melepak diri kat umah..hujung minggu yang bermakna walaupun aku tak ke mana2..

jom tengok aku buat apa tu..aku berjaya buat laksam sendiri..percubaan pertama yang berjaya..okey jom terjah resepi..aku google..ntah kat blog mana..tapi tak salah kalau aku share resepi kat sini..

bahan2 untuk laksam (menu utama)
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
4 cawan air

cara-cara membuatnya:-
masukkan semua bahan di atas
kacau sehingga sebati
kemudian kukus atas dapur la
cara kukus tu kan senang je kan
sebelum tu sapu skit minyak
supaya senang nak ditanggalkan
kemudian tuangkan 1 senduk adunan
kukus beberapa minit atau sehingga masak
dah masak, angkat
kalau nleh gulung, gulung terus takpe..
akhirnya jadi macam di atas
gulungan dpt dlm 13 keping

kuahnya:-
6 ekor ikan selayang/sardin yang sederhana besar
separuh biji kelapa
2 ulas bawang putih n merah
sedikit lada hitam
garam

cara buatnya:-
rebus ikan
blend ikan atau tumbuk, tp nak senang blend -amik isi saje
masukkan dlm periuk
blend bawang putih n merah
tumbuk lada hitam
masukkan kesemua barang yang di blend ditumbuk dlm periuk
kemudian blend kelapa
amik santan, jangan terlalu cair
lagi banyak ikan lagi sedap
kemudian masuk garam
panaskan atas api pelahan
akhirnya siap dimakan bersama laksam [potong dulu] dn ulam2an..
selamat mencuba

terkejut tau suami aku bila tengok favourite dia..dia minat kuahnyer tu..katanya sedap..bila rajin sudah datang, macam2 bleh masak..

No comments: