Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, March 11, 2011

perjuangan belum selesai

sebelum memulakan penulisan aku hari ni..nak citer la skit supaya menjadi peringatan pada diri ini..citernya pasal ahli neraka...pengikut blog aku yang dikasihi..kite senanya dah tahu kan siapa ahli neraka..iaitu org kafir yakni org tak yakin dengan kewujudan Allah dan juga batu2..opps ntah btul tidak ayat aku ni..aku dpt info la pasal ahli neraka ni dr kakak naqibah aku ni..kak normah..sumber dr majalah solusi bulan ni..tak pernah lagi baca majalah solusi..asyik dok tengok dr jauh..kena dptkan ni..citer pasal ahli neraka..iaitu bertapa hodohnya ahli neraka..mahu tahu?? jom baca lagi kisah aku ni..saiz ahli neraka akan bertambah dr sehari ke sehari..means bertambah saiz maka bertambah seksanya yang Allah turunkan pada org tu..lagi satu..saiz org kafir ni adalah 3 hari perjalanan dengan kenderaan paling cepat..apa kenderaan paling cepat tu? kapal terbang..roket? jet pejuang??pi london pun kalau naik flight 13 jam..inikan kenderaan paling laju..3 hari lak tu..tak tahu la 3 hari ibarat hari kat dunia atau hari yang ditetapkan Allah yang mana 1 hari di neraka bersamaan 70 tahun di dunia...ya Allah besarnya saiz org neraka..kemudian diceritakan saiz gigi geraham ahli neraka adalah sebesar gunung..aduih baru 1 btg..buruknya org kafir..macam mana nak makan...semua ini ada dlm hadis tp maaflah takleh nak quote la..nnt aku dptkan majalah solusi tu dulu..apapun apa perasaan anda bila diceritakan tntg kiamat???aku??sungguh gerun..takut sangat..so apa lagi kawan2..cepat2 la kt muhasabah diri dulu, sejauh mana kah kite telah menjalankan tugas dakwah kite baik kpd muslim dan non muslim...ajaklah reramai mengEsakan Allah...sesungguhnya azab Allah yang dikatakan itu sungguh takut..bayangkan seksaan paling ringan pun bila berjalan atas api..otak mendidih...YA ALLAH bantulah kami mendaulatkan agamaMU.mengikut segala syariatMu dan meninggal segala laranganMU..


panjang lak tazkirah..maklum la hari jumaat..sekurang2 takde la penulisan aku ni sia-sia je..adalah juga sedikit pengisian yang boleh ditulis...dulu, masa kat politeknik, ada la 3-4 org my student non-muslim..pernah la aku berdebat..contahnya kenape kamu bagi tuhan kamu buah limau la..makanan la..tp saya tengok camtu gak..bila masa dia makan..macam2 la jawapan budak2 ni kan..hingga ada my student..muslim tu..puan tak baik tau buat camtu..kadang2 mmg aku buat camtu sbb nak diorg fikir...tapi aku ada sorg budak ni..org siam..budha la katakan..aku ajak dia masuk islam, tp dia takut nak masuk islam selagi mak dia ada..belum dibuka pintu oleh Allah..budaknya baik..aku doa semoga Allah bukakan pintu dia masuk islam..aku sayang sgt dia..aku rasa bersalah andainya mati dalam kekufuran..tp pernah dia cakap..org islam pun ramai buat dosa, tak mengaji..apa beza dgn dia..bezanya satu..tauhid...kawan bertuhankan Allah sedangkan kawannya tidak..


alamak, entry mukadimmah dah berbeza dgn apa yang aku niat mahu tulis..huhu..sebenarnya nak citer pasal penyusuan susu ibu..alhamdulillah my comel dah pun susu ibu selama 6 bulan..syukur sangat aku berjaya susukan dia...bukan senang untuk ekslusif susu ibu...banyak duit perlu dihabiskan dan perlukan ilmu untuk diaplikasi..actually..mmg niat aku nak susukan sofiya dgn susu badan aku..idola aku adalah mak aku yang berjaya susukan badan kpd semua anak2nya..walaupun aku hanya 1 tahun 6 bulan..tiada idola lain melainkan mak aku...masa aku pregnant, aku tak amik berat sgt pasal penyusuan susu ibu..means apa yang terbaca aku noted kan aje..takde la lebih2 nak blog sana sini..sbb masa pregnant aku lebih suke kepada keperluan asas untuk bakal my baby...so ilmu tu cukup-cukup camtu je..tp bila ada baby ni..aku join KIM -kumpulan ibu menyusu..thanks mama husna yang invite aku join group tu..kat situ la banyak terima ilmu..aku tak minat sgt susuibu.com..maybe cara diskusi forum tu tak best..sbb tu aku tak excited..aku prefer blogging sana sini dr masuk forum tu..hehehe..maafkan editor susuibu.com yer..kurg minat skit...


so selama 6 bula penyusuan ni banyak halangan dan dugaan yang aku tempuh terutama diawal2 kelahiran sofiya..aku lupe hari keberapa sofiya sudah disuakan air kanji [ air dr air masak nasi yang belum kering]..banyak kali juga disuakan..hati aku mmg sedih..mmg menangis..tp takkan aku nak menitis air mata depan my MIL lak kan..ni semua gara2 mak cik indon yang dtg umah..kasi la makan itu ini..aku ni kena pantang dengan cara btul..nnt badan tak lawa, suami cari lain..kemudian ibu pun ada kasi air masak..aku tak mampu nak bersuara...maklum lah my mil...nak dijadikan citer..aku pernah alami kekurangan susu ibu..masa tu sofiya 23 hari..sofiya seolah2 tak kenyang...tp hari tu mmg aku tension..tension sgt2..maybe kerana tugasan dgn mid term yang bakal aku tempuhi..huhuhu..so apa lagi..dikasikan lagi air kanji..sehingga aku bagitahu kat suami aku 'aku failed dlm menyusukan sofiya secara esklusif..tanpa air masak dan apa2 makanan kecuali susu ibu'..bukan hanya setakat air kanji..tp nestum diberinya..masa tu berat sofiya naik 280 gram je...so nak bagi badan dia naik terpaksa bagi nestum..menangis lagi aku ni bila sofiya disuakan nestum..


masih kuingat lagi yang my mil pesan belikan nestum untuk sofiya..sampai kedai my hubby terus pi bhgn nestum..jupe la n dok tanya nak beli mana satu..aku buat muka toya..nestum tu untuk 6 bulan ke atas..aku berkeras tak nak beli n tak nak bagi pun...sampai bermasam muka la dgn cik husband..balik umah mil tanya beli ke tak..my husband ckp..dia lupe..hehehe..pandai lak jawapan dia nak selamatkan diri..tp rupa2nya esok my MIL beli..siap 1 kg...huhu..sabar je aku..my MIL ckp takpe..campur dengan susu ibu...masalahnya aku nak bf sepenuhnya..itu niat aku..aku mahu jaga pembesaran dia..bukan saje2..so aku trg la kat suami kenape perlu susu ibu je...so akhirnya my husband citer kat MIL..so dia bleh terima..sejak tu sofiya mmg fully bf..masih aku juga..masa time susu takde dlm fridge, my MIL suruh aku pump susu..sedangkan susu aku  bukan banyak pun..nasib la aku tekun dpt 3 oz..susu ni akan dicampurkan nestum...aku patuh je..dlm hati ni memberontak dah...


apapun itu la antara cabaran penyusuan aku terhadap sofiya..skrg sofiya leh makan..lain kali aku citer entry makan lak..ni citer kejayaan menyusukan sofiya dengan susu ibu sahaja..alhamdulillah..selain niat aku nak susukan sofiya dengan susu ibu..ada satu lagi sbb ialh..susu formula ni mahal..aku ni kan student lagi..tak mampu nak belikan susu formula kat sofiya..tunggu la umur 2 tahun, aku kasi dutch lady 123 tu..masa tu insyaAllah aku dah keje..so adalah income..kalau nak cakap pasal penyusuan susu ibu..sure la penyusuan susu ibu banyak modal yang perlu..nak beli storage bottle, nak beli pump (aku beli masa sofiya 23 hari), storage milk..takkan nak isi dalam bottle, tak muat peti..ada yang tu susu banyak sampai melimpah..terpkasa beli deep freezer..itu yang asas la..kalau org lain nak tambah gadget lain tu..terpulang la macam bra nursing, nursing cloth, cooler bag, warmer, sterilizer, milk booster dan sebagainya..apapun susu ibu mmg yang terbaik tp tidak bermakna susu formula tidak baik..susu formula merupakan alternatif andainya susu ibu tiada..


susu aku mmg tak meriah macam org lain..kalau pump dlm 5 oz tu jarang la..biasanya 4 oz camtu la..tp kena acap kerap alhamdulillah..bleh la kumpul sehari dlm 15 oz...kalau lagi rajin sambil tandem mst lagi banyakkan!apapun peti ais aku dah penuh gak dgn stok sofiya walaupun tak mcm ibu2 dlm KIM..apapun tahniah pada sofiya n diri ini yang berjaya dlm penyusuan susu ibu 6 bulan..selagi ada rezeki ini, akan kuteruskan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun..kerana anugerah susu ibu ini hanya pinjaman sementara..bila2 Allah bleh tarik nikmatnya..hendaklah sentiasa berdoa semoga Allah masih kurniakn susu ibu kepada sofiya...akan ku buat yang terbaik untuk sofiya dlm semua aspek termasuk pemakanan dan pendidikan.. 

3 comments:

Ibu Ilyanie(s) said...

anda tidak keseorangan, saya juga begitu. anak saya baru 2 bulan. awal2 dulu terpaksa hidangkan dia FM sebab dia sangat berselera besar dan mcm tak puas susu ibu, bukan sbb susu tak cukup atau takde... :D. alhamdulillah sekarang dah leh bangga. cuma bab pumping je kena ubah sikap and mind setting...

CaHaYa^KetEnaNGan said...

haah..mmg kena ubabg sikap dlm bab pumping ni..kena rajin..nurul alhamdulillah..belum kasi susu formula..so sama2 la kite bagi haq anak,,

ida ahmad said...

Alhamdulillah atas rezeki yg Allah bagi. Ida bersyukur sebab mmg tak ada masalah penyusuan. Mak yg jaga sewaktu pantang pun menghormati pendirian nk fully bf tanpa setitik pun air masak. Sangat respect pada ibu-ibu yg ada problem tetapi masih nekad dan terus berusaha utk menyusukan anak. Semoga usaha kita diberkati Allah dan menjadi contoh pada yg masih belum berjaya.