Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Wednesday, March 9, 2011

banjir oh banjir

semalam ada la satu peristiwa yang berlaku..'banjir oh banjir'..itu la yang bleh aku kasi tajuk..
nak letak gambar banjir takde pulak..kelam kabut semuanya..

macam ni la citernya..smlm masa masak..aku tengok la kat paip, ada kuar air..menitis-menitis..mula2 skit..aku tak puas hati..aku tgk la naper jadi camtu..tp takde solution gak..so aku try n error la..buka n tutup..buka n tutup..last2 aku tengok dah lain..dah lari alignment penutup pipe tu..so lagi banyak la air yang kuar...so nak dijadikan citer....terus pipe tu pecah...so apa lagi.......

..............membuak la air melimpah...mmg kelam kabut..dengan sink bersempah dgn sisa makanan..means sisa kulit bawang dn a few plastik..nasib baik sisa pepejal je..kalau sisa lain..camner la kan..air mmg melimpah..sbb tekanan air mmg kuat..mmg banjir la..

nak dijadikan keadaan lagi teruk, sudah masak..aku mandi..after mandi tengok dapur dah basah..aduih tension..aku cari kunci gril [ntah btul ke tak ejaannya]..tak jupe..mula la nak cry..ya Allah apa lagi dugaan aku ni...huhuhu...mmg tension..dah la cik husband takde..tinggal aku ngan sofiya..nak suruh sofiya kecik lagi..dah la dia asyik menangis je..aduih..dugaan btul smlm..nak call cik husband..dia ada test pulak..tak nak la bagi dia tension..masa aku tak jupe kunci gril tu..aku kata cakap la 'takkan nak tunggu husband balik?' makin basah la ....banjir  kilat nnt..tkpun nnt satu rumah dipenuhi air...so aku cari la sana sini..tup-tup tepi sofiya..baru aku teringat..yang aku keluar ngan sofiya tadi...

so banjir pun stop after main suis ditutup..tp aku kena la kemas dan lap lantai dapur yang basah kuyup tu..mmg tension la..benda tu happen masa maghrib..nak solat lagi..dengan sofiya cry lagi..mmg takleh handle la..terbantut juga fikiran..apa patut buat ni...tp aku kagum..time aku solat sofiya mst stop cry tp sambung balik lepas aku solat..so after mengaji, aku susukan sofiya..sampai dia hampir tertido..tp rupanya dia berlakon je tdo..dia senanya syok minum susu ibu..tu pasal..sbb asal minum susu ibu..mst dia matanya mmg stim..ingat nak tdo..tp tak mahu pulak..sofiya..sofiya..kdg2 sampai kul 2 pagi tak tdo takpe..janji ibu mst dok bersama mahu tdo..lepas aku susukan dia..aku pi la dapur kemas apa yang patut...bila pk masa tu mmg banyak benda aku tak settle lagi yang sebenarnya dah jadi rutin harian aku b4 this..contohnya..kemas beg sofiya, angkat kain..tengok baju kotor sofiya yang dibawa pulang dr umah bs..1 botol ebm kena turunkan, gosok baju nak pi uia n baju husband sekali..tgk stok susu..susu lebihan hari ni dijadikan stok..lipat kain yang diangkat..last pastikan umah bersih.. semua keje tu kena settle b4 9 pm n baru bleh main dengan sofiya..ajak dia bersembang..ajarkan dia buku abjad..dn segala bagai..

tp apapun alhamdulillah. aku berjaya handlekan kemalangan kecil ini..yang penting jangan gabra..jangan panik..cool n anggap saje itu dugaan Allah yang ingin menguji semasa ketiadaan suami..so far mmg tension hingga nak marah je kat sofiya bile dia tak stop cry..bile kembali normal..ini la ucapan aku pada sofiya...'sofiya, maafkan ibu marahkan sofiya tadi...' hehehe..

the moral of story..kita tak tahu apa yang akan Allah duga kite..so be cool dan sentiasa bersedia menghadapi apa2 dlm apa jua keadaan..so here ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.."Hidup sebelum datangnya kematian"...mari banyakkan tambah amal kurangkan buat dosa :=)

No comments: