Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, March 6, 2011

pengalaman berpuasa ketika breastfeeding

ni entry nak citer first time aku puasa ketika breastfeeding..actually aku harap sgt aku puasa penuh tahun lepas..tp keadaan tak mengizinkan kerana aku selamat melahirkan baby comel pada 28/ramadhan tahun lepas..nak tak nak..so 3 hari aku kena ganti puasa..alhamdulillah..nasib 3 hari kan..


padanya mulanya tak rancang pun nak puasa hari khamis tu..memandangkan masa masak tu ada lebih..so suami suggest puasa..satu idea yang bagus..so mlm tu aku niat la kan..ajak suami, tak nak lak teman..ntah aper yang seronok tak makan tak tahu la...


bermulanya aku bangun sahur pukul 5.30 pagi..subuh sekarang kan 6.08 pagi..so aku panaskan mee soto, terus makan sorg2 kat dapur..lepas bersahur aku sediakan roti sosej untuk suami bawa bekal ke officenya..lepas tu aku pump susu..alhamdulillah..dpt la dalm 2 oz..aku jarang pump pagi2 gini..malas pun ada..aku ni tak ckp kuat macam ibu2 lain yang sggup bangun malam..okey..masa sahur selain makan mee soto, aku makan produk shaklee iaitu alfaf dengan vitamin B complex..minum air 3 gelas..


kerana niat nak puasa ganti, maka Allah bagi kekuatan untuk aku berpuasa..sampai tengah hari aku tak ras penat langsung..alhamdulillah..aku pump dpt 4 oz pada 1st session di uia..second aku terlepas pasal bz dok ada skit taklimat pasal gtec..(ini projek master aku..wokeh)..sampai la kul 1 lebih...so miss lak nak pump..kemudian aku balik lab..aku pump dpt 3 oz je...takpe la rezeki sofiya..tp pukul 3 rasa penat dah..maybe dok menghadap komputer je kejenya kan...so aku pun balik la naik bas 91...


sampai umah..siapkan kuih..opss silap..puding kasted jagung..simple je buat..10 minit siap..then amik sofiya...lepas amik sofiya masak untuk berbuka..lepas masak..baru pump kali ke 4 di umah..dpt 3 oz..alhamdulillah..hari tu 12 oz totalnya..lebih kurang la..purata susu aku kalau bukan weekend diantara 12 hingga 17 oz...walaupun tak dpt 17 oz..tp aku mampu dpt 12 oz..syukur dengan nikmatmu ya Allah..


so tinggal lagi 2 hari aku kena ganti puasa..dan aku rasa tiada sebab untuk aku payah nak gantikan puasa..aku yakin dengan niat Allah akan bantu hambaNya melaksanakan tanggungjawab kepada pencipta..kerana aku selalu terpikir bukan senang nak masuk syurga Allah sbb itu aku perlu berkejar2 mencari pahala dan segala perbuatan tu diredhai Allah..

No comments: