90% cubaan untuk menguruskan badan gagal.
Sebab utamanya adalah kerana memilih jalan yang salah.
JANGAN sesekali anda terperangkap dan termasuk dalam peratusan ini!
Jalan Salah:
Kurangkan makan seperti tidak makan malam.
Kesan:
Otot mengecut, air dalam badan mengurang dan kadar metabolisma turun mendadak.
Lemak masih kekal.
Keputusan:
Kurus sekejap, semua KG yang hilang datang kembali bersama beberapa KG lagi sebagai saguhati.
Jalan Salah:
Ambil pil pelangsingan.
Kesan:
Selera makan langsung hilang, loya, pening-pening, jika tersalah ambil, kesihatan terjejas.
Keputusan:
Kurus sekejap, jika berhenti ambil pil, selera makan datang kembali dan gemuk semula.
Jalan Salah:
Makan buah-buahan sahaja.
Kesan:
Badan menjadi kurang bertenaga kerana nutrisi tidak lengkap dan seimbang.
Tekanan kerana terpaksa makan makanan yang sama berulang-ulang.
Keputusan:
Diet tidak kekal lama, mudah berputus asa!
No comments:
Post a Comment