Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Monday, April 12, 2010

catatan pertamaku

setelah sekian lama tidak menulis itu ini, maka hari in aku telah cuba sedaya mungkin untuk meng'update'kan my blog..so long...


'the cute baby'


bila teringat bagaimana peritnya first time tahu mengandung..sure aku tak nak mengandung lagi..maha suci Allah, Allah hanya membebankan manusia dengan apa yang mampu ditanggung hambaNya..mungkin alahan yang tak sebrapa teruk di awal-awal kehamilan itu ujian itu aku sebenanrnya dalam usaha memantapkan keimanan pada Pencipta..
aku selalu memberitahu kepada my husband, tak nak dah pregnant..tak tahan..bayangkan solat berdiri pun tak mampu, selera makan ynag kurang..bila tgk makanan seolah-olah tgk batu...tak rasa apa-apa...tp demi ibu dan suamiku, diriku cuba menelannya..tp lepas makan beberapa minit, muntah menjadi habitku..Ya Allah bertapa sakitnya untuk aku meluahkan segala apa yang ada dalam kerongkongku..

masih aku ingat first time aku muntah, aku makan buah epal dgn minum milo..semua tu disediakan ibuku, thanks ibu..masuk bilik terus muntah atas katil..tak sempat nak ke bilik air..aku terus mengadu keadaan diriku kepada husband..nak cuci cadar pun tak larat..aku biarkan sehingga suamiku balik..nasib la masa tu aku mid sem break...

aku disahkan pregnant setelah bulan kedua aku selamat dijabkabul dgn suamiku..aku tidak lah terlalu mengharap untuk memiliki anak secepatnya tetapi andainya Allah memberi rezeki, aku terima dengan berita gembira..bila tahu diri ini berbadan dua, suamiku yang paling gembira. aku? tidak sehepi suami ku..mungkin kerana badanku yang lemah..sehingga aku tidak mampu untuk menafsirkan keadaan diriku..apapun thanks to my husband yang cuba memahami perubahan hormonku ketika itu..sehingga kadang-kadang dia juga tension melihat diriku..itu la pengalaman indah dan duka daku ketika di awal kehamilan ku...adik2 ipar dah mula cakap aku nanti mengidam yang pelik..tp buat masa hari ini, keinginan makan ku tidak sehebat mana pun..mudah-mudahan aku dpt kawal pemakanan ku, baik untukku dan babyku..


sehingga la kandungan usiaku minggu ke-12, keadaanku beransur pulih..cuma still muntah..dalam seminggu tu mesti skali..tp skrg dah 17 minggu, tidak lagi..mudah-mudahan kekal hingga my baby lahir ke dunia ni...cuma ketika ini tekakku terasa sakit..kering dan pedih..jangkitan drpd suamiku..jangan marah abng, memang abang batuk pun ketika ini..
InsyaAllah esok nak scan baby..first time..camner la kehidupan baby dlm my belly..besar mana saiz my baby yer...aku juga dah mula rajin memblogging blog ibu2 ni..list kelengkapan baby pun dah senarai..so excited...cuma tgk barang baby blom..hehehehe..agaknya kalau pi shopping sana, nanti ada yang terbeli kot..tak nak la beli lagi..tak tahu lagi jantinanya..but my husband nak baby boy yang first..hope dimakbulkan..lagipun dah try la panduan how to get baby boy or girl..nak tgk jadi tak panduan tu..tp semua tu izin Allah..
perjalanan babyku masih jauh..still 5 bulan lagi..risau dan cuak memikirkan..baca blog org, ada anaknya meninggal diusia 6 bulan kandungannya, so that's mean blom pasti anakku akan selamat..cuma doakan ku pinta mudah-mudahan Allah mengizinkan untuk menatapkan wajah anakku..tp andainya dia meninggal, dia sudah menjadi sebahagian manusia..usianya sudah 17 minggu..sudah ditiupkan rohnya...

'baby, ibu doa anak ibu sihat yer sayang..hari-hari ibu belai sayang tau, berenanglah sepuas-puasnya yer sayang..nnt ibu belikan buku untuk anak ibu..ibu ajar membaca, mengira sejak usia kandungan yer..nanti ibu ajak ayah beli buku untuk anak ibu yer..sabar yer..anak ibu mainlah dulu dalam perut ibu yer'


No comments: