Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Sunday, February 13, 2011

HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010'

Sebelum pi solat maghrib ni..jom follow saya masuk GA yang dibuat khas oleh HaSue




Syarat-syaratnya senang jer:
  1. Anda telah melahirkan bayi tahun 2010> 1.1.2010-31/12/2010 My Baby sofiya Lahir 07/099/2010
  2. Buat entri bertajuk > HaSue Giveaway:'Saya telah melahirkan bayi 2010' - dah buat pun
  3. Copy n paste banner kat atas tu ..link kan entri anda ke blog ini - dah buat n akan dibuat
  4. Gambar bayi anda(tak kisah la gambar masa baru lahir atau yg terkini,nak letak lebih dari 1 pun boleh) >cerita la sikitnama bayi,tarikh lahir dan perkembangan terbaru bayianda secara ringkas..akan diceritakan
  5. Tinggalkan link entri anda di ruangan komen entri ini yer..agar senang saya nak jejak entri tersebut..
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Februari 2011 jam 11.59pm.


Tanggal 07.09.2010 lahirlah puteri saya yang diberi nama sofiya yasmin binti mohamad syafiq yasin. kini usia sudah 5 bulan. sungguh cepat berlalu. anak saya dilahirkan di sebuah di daerah klang yang mmg famous iaitu HTAR. perjalanan melahirkan puteri ini tidaklah sesakit mana, tp kesan after delivered takkan dilupakan.aku mengalami sembelit yang teruk. saya melahirkan sofiya ketika org sibuk nak berbuka puasa pada 28 ramadhan iaitu jam 6.42 pm..lagi 3 hari nak sambut raya. saya telah admit HTAR klang jam 2 ptg ketika itu dah buka 5 cm..saya masuk labour room pukul 4 petang..lebih kurang la..

perkembangan sofiya kini, dia sudah agak cergas mengesot ke belakang, maka tak lama lagi dia mesti akan merangkak dengan jayanya.cukup lagi dia mengundurkan dirinya. dia juga dah kurang masukkan jari ke dalam mulut. satu perkembangan yang bagus. saya tak berapa kasi sangat dia menggunakn pacifier. dia mula meniarap di kala usia 3 bulan tapi pada ketika itu dia amat malas..betul2 dia pandai meniarap ketika usia 4 bulan.

sekarang dia suke dgn buku..maklum la masa saya mengandungkan dia, saya mmg berulang alik ke kampus meneruskan pembelajaran masterku..tabiat hakiki anak ku sofiya ialah suke mengira jari..mungkin suatu hari nanti dia akan bergelar engineer. tapi saya suke dia jadi doctor..hebatnya kalau satu hari nanti anakku sofiya bergelar Dr Sofiya Yasmin. apapun dari ke hari saya lihat banyak perkembangan. bila kami panggil sofiya cepatnya dia mencari panggilan itu..dia pun pandai berbicara tp takde la serancak kite..ada je citer mahu dishare..tp skrg dia dah pandai tdo 
sendiri..jarang sekali perlu diulit..itu je coretan saya untuk GA ini


gambar2 kenangan sofiya



sofiya ketika usia 4 bulan

 pipi sofiya yang tembam


 sofiya dah tunjuk minat pada buku 

 aksi sofiya ketika 'reverse'

sofiya senyum

5 comments:

HaSue said...

Assalammualaikum..
rasa nak gomol je pp sofiya yg bam bam tuu..comel jek! =)
skrg dah pandai guna gear reverse ek..hehe..memang teruja jer tengok perkembangan anak nih kan.. :)

tima kasih eh sudi join GA nih n semoga berjaya.. =)

Lulu Caldina said...

semoga terpilih memenangi loyang tu..ngee

CaHaYa^KetEnaNGan said...

waalaikumussalam..saje je masuk GA ni..hope ada rezeki sofiya nnt..
haah..mmg geram tgk pp dia ter..

Nurul Aziyana@Ummu Husna said...

tembam ar sofiya..husna kene kejar ketembamam sofiya ni..

CaHaYa^KetEnaNGan said...

yana: husna, cpt kejar ketembaman sofiya..berat lebih kurg je kan!husna kena minum susu ibu banyak2,,mesti tembam