bakal doktor mata (InsyaAllah)
pejam celik pejam celik, tak lama lagi baby sofiya dah tak jadi baby dah..akan bertukar status toddler lak..nak sangat buat 1st besday party..tapi rasanya kalau buat pun dia tak faham apa2..apa kata buka je bbtv..nyanyi lagu 'today is special day' tu sambil beli kek aiskrim baskin robbin tu, potong dgn kami bertiga atau pulang balik umah mil, potong kek with her uncles and uwan...amacam ok tak??
actually, dah lama tak update kisah sofiya yasmin anak kepada encik mohamad syafiq yasin dan puan nurul muthmainnah kan! apa kata hari ni update kisah2 kenakalan dia sehingga usia dia hari ni, 11 bulan 17 hari...
dalam usia yang 11 bulan ni, sofiya masih belum dikurniakan gigi..malu btul gigi sofiya nak kuar, tapi i like..comel giles dia senyum..tp jenuh nak pikir menu nak kasi makan, maklum la takde gigi..tapi bila rasa gusi dia mmg keras..dan yang terbaru rasa mcm gigi nak tumbuh..tapi ntah bila nak muncul..tak sabar menunggu...
dan yang paling kagum, sofiya belum lagi demam..alhamdulillah..sungguh kuat anak ibu..dan syukur juga padaMu ya Allah, masih mengurniakan susu ini untuk disuakan kepada sofiya walaupun pada awal Ramadhan, macam dah takde susu..tapi aku usaha juga..aku makan kurma..sekarang minum teh yang boleh meningkatkan susu..maklum la aku tak tahu la apa yang milk booster..abis semua aku try tapi macam tu jugak..Allah hanya memberi susu untuk anakku minum hari2 bukan untuk dijadikan stok..kalau dalam peti ais sekarang ada, 7 je botol..cukup la tu..takpe la, pump hari ni untuk esok hari....
bab makan sofiya pula..sofiya mmg memilih makan, kalau dia tak suke awal2 dia sembur...sekarang aku selalu suakan bubur lambuk pak hassan yang suami dapat free kat ofis dia, kekadang beli juga...sekarang, aku malas nak pikir kena makan kasi makanan ada garam ke tak, neutral ke tak..tapi kalau aku masak bubur mmg no garam..tak berani nak letak...tapi selagi makanan tu sesuai untuk sofiya aku kasi je..bagi gardenia, mashed potato, bagi pasta dgn cheese awal2 dia tolak..kadang2 bila fikir, nak kasi makanan totally takde garam macam yang disyorkan tu rasanya mmg payah..ye la time kecik, kita jage sangat2 makanan anak, tapi bila anak dan besar skit, mula lah bagi jajan itu ini tanpa pemantauan..aku harap aku takkan kasi jajan kat sofiya..kalau dia nak makan merapu, biarlah dia makan kismis, kurma atau biji-bijian macam badam tu...keropok yang berperisa harap2 tidak lah..aku masih ingat, kalau aku kecik2 dulu masa time pi kedai sama mak, mak hanya membenarkan aku dan adik2 beli kismis lego tu je..maggi pun tak sentuh..tak kenal pun maggi hinggalah satu hari ayah dapat hamper, dalam tu ada maggi, mulanya mak nak buang, tapi ntah macam mana, kitaorg makan mentah2 camtu...hihi, bagaimana mak menjaga makan anak2nya, maka aku akan jaga makanan untuk sofiya...semoga berjaya..so mulainya sekarang kena train cik husband no keropok berperisa2 dahulu, sbb aku ni mmg tak suke sangat keropok berperisa..aku lebih suke kerepek pisang, ubi dan sebagainya...
tika usia sofiya 10 bualn 2 weeks, akhirnya dia berjaya merangkak sepenuhnya, dulu hanya angkat punggung je, ke depan ke belakang..hepinyer bila anak dapat merangkak..walaupun tak awal macam setengah2 budak, yang penting setiap pertumbuhan atau gerakan dia tak miss..sofiya pandai bercakap? oh tidak lagi..tapi dia mmg suke membebel, suaranya lantang...kalau time dia nak membebel, mmg membebel sakan la....dan aku paling suke kalau dia hilang dr pandangan aku, then aku panggil dgn bunyi ayam ke, kucing ke, dia akan terkedek2 merangkak dgn senyuman dia...dulu, mmg payah dia nak senyum, sekarang mudah je..alhamdulillah...
apa lagi perkembangan dia? pasal berjalan, sofiya masih belum boleh berjalan, tapi kalau diajak bertatih bukan main dia..mahu tawaf berpuluh2 kali..mmg bahaya btul kalau diajak bertatih ni..tak nak berhenti...tp hari tu suami ajar dia naik tangga..jenuh btul..kalau tetiba malas, menangis la jawapannya..tp sofiya ni cerdik juga budaknya. kalau dia nak sesuatu dia mmg akan berusaha..pernah pak cik aka baby sister sofiya cakap, kakinya terletak pada tali beg, so bila dia merangkak, beg tu terbawa sekali..so dia berhenti sejenak, berfikir macam mana nak kuarkan, akhirnya dia membelakangkan sikit badan dia, terus dapat kuarkan kaki dia....sofiya paling suke pada buku, abis semua buku kecik2 tu dah tinggal sehelai-helai...dia suke belek2..kadang aku ajar juga dia...bila time rajin aku datang...apapun aku seronok tengok perkembangan anak di depan mata..
aksi comel sofiya tdo
No comments:
Post a Comment