semalam, asyik buzy runningkan matlab, sambil buka FB..kemudian buka video kat atas..kisah hidup personaliti tv yang tak asing lagi.. Wardina Safiyyah..
setiap org mempunyai kehidupannya tersendiri. bila tengok video kat atas ni, boleh dikatakan iman tak dapat diwarisi seperti dalam nasyid raihan tu,..tajuknya mutiara hati kot..opss lupa lak tajuk tu yer..'iman tak dapat diwarisi, dr seorg ayah yang bertakwa'...ini kerana wardina, both of her parents merupakan penceramah bebas dan juga guru agama..
oleh itu, jangan la sangka bila ayah tok imam, mak tok guru mengaji, anak2 nya pasti akan mempunyai akhlak yang elok semuanya..kadang2 tertanya, kenapa akan jadi begitu..satunya disebabkan corak pendidikan..bila kita teliti cerita wardina di atas, mak dia mmg suruh dia solat, pakai hijab, tapi tak bagi reason kenapa kena buat itu ini...dan semmgnya menjadi konfius kepada anak-anak yang ketika itu tengah remaja, kemudian majalah2 barat menguasai diri...dan sbb itu dalam mendidik anak2 memang kena bagitahu kenapa kena buat itu ini, kenapa tak boleh buat itu ini..dan jangan membiarkan anak mendapat ilmu hanya melalui buku yang dibaca..dan juga pastikan buku2 yang dibaca itu berunsurkan ilmiah, banyak kan kena pantau dalam pendidikan anak-anak ni...dan sesungguhnya mendidik anak-anak ini akan mendapat pahala..
lagi satu, doa ibu amat penting dalam kehidupan seorang anak..macam mana menangisnya ibu wardina bila anaknya menjadi model sehingga mendoakan anak tidak berjaya dalam pertandingan dewi remaja..dan ini menunjukkan doa ibu adalah satu senjata yang sungguh tajam. sebab itu jangan sesekali kite as anak melawan cakap ibu bapa especially ibu kita. dan begitu juga kita yang kebanyakkan sudah bergelar ibu ni jangan mudah give up untuk berdoa kepada Allah jika dikurniakan anak yang degil atau memberi sedikit masalah kepada kita..kerana itu semua adalah ujian Allah... andainya anak sakit tetiba atau meragam, banyakkan berdoa kerana daripada Allah kita datang, dan daripada Allah kita kembali..dan Allah la tempat bergantung pengharapan.
selain itu, bila melihat kepada video kat atas, kite boleh cakap juga pasal hidayah. hidayah Allah itu adalah kurnia Allah kepada sesiapa yang dikehendakiNya..tetapi Allah hanya memberi hidayah kepada yang mencarinya bukan yang mengharapkannya tanpa berbuat apa..dan bagi yang sudah pun mengamalkan apa yang disuruh Allah dan meninggal larangNya, sepatutnya bersyukur dan sentiasa berdoa agar Allah tidak memalingkan diri setelah Allah telah mengurniakan nikmat Islam itu...kerana Allah itu berhak melakukan apa sahaja. sesungguhnya memang bertuah sesiapa yang Allah kurniakan hidayah kepadaNya..
akhir kata, mahu tingkatkan iman? selalu la muhasabah diri..
" Kalau tak tarbiyyah diri, hati ini akan jadi lebih keras dari batu..maka didik, ikawal, monitor la ia..kerana hati ini akan dibawa ke akhirat..jauhkan rasa dengki.. Sebab dengki itu juga akan dibawa ke akhirat.. dan bergembiralah dengan apa yg ada.."Tidak bimbang dgn apa yg berlaku dan tidak risau dengan yang lepas"
No comments:
Post a Comment