"
Ini la wajah anak-anak yang kematian ibunya..yang tidak tahu apa2 yang ibunya sudah tiada
"Baru pulang dari menziarahi kawan lama yang meninggal dunia. Sayu tengok anak2nya yang masih kecil tak tahu yang mak mereka dah pergi buat selama-lamanya T_T Arwah orang yang sangat baik. Ramai sangat orang datang ziarah & solat jenazah.. Orang yang baik, pengakhirannya juga baik..."
semlam sedang aku berfb, tetiba terbaca status tentang kematian ini ..kematian sahabat bernama hasnah hamzah.. Innalillahiwainnailahiirajiun..
terkejut, terkesima, kerana arwah adalah x-uia..adakah diri ini mengenali atau tidak...wallahualam
tapi bila dgr arwah dalam satu jemaah sama , IKRAM, so maknanya maybe kami pernah jupa kot...sebab tengok muka arwah macam familiar...
melihat anak-anak yang kecil itu hati berasa sayu sangat2
sorg sebaya Sofiya, lahir 9 Ramadan..sofiya pula lahir 28 Ramadan..ya anak arwah juga masih menyusu susu ibu...
dan umur arwah baru 27 tahun..tapi Allah sayangkan arwah ..dan janji Allah , Dia akan mengambil semula haknya...kerana kita kan sebagai pinjaman..
rupa-rupanya dia org baik..semua di FBnya memuji dia..sbb tu la ramai yang datang ziarah dan solat jenazah untuk dia..sbb dia seorg humble..saya pun mahu begitu...
dan yang paling terkesan kat hati ialah, diceritakan oleh sahabat arwah pada masa sama2 sebilik di matrikulasi dulu, arwah amalkan solat taubat sebelum tido..masyaAllah..hebatkan! dan arwah juga seorang yang murah senyuman.
dan arwah meninggal kerana kemalangan di Tapah, Perak pagi Sabtu 2 Jun 2012 ..
semoga roh Hasmah Hamzah ini ditempatkan dikalangan org2 yang briman..amin
dan terbaru nurkilan dr naqibahnya
Orgnya bukan besar tapi kecil,
Orgnya bukan menteri tapi rakyat,
Orgnya bukan bos tapi pekerja..
Orgnya biasa2 shj...
Tapi , jenazahnya ... Diziarahi dan disolatkn oleh ratusan org kalu bukan ribuan,
Itulah berkat org beriman,
Ditarbiyah dgn Sunnah dan AlQuran,
Isteri yg taat , mnjaga aurat, mndahulukan sahabat, berwawasan hebat,
pengikut yg mudah ditanzimkan.
Itulah dia Almarhumah Siti Hasnah Hamzah-seorang jundullah di persadanya sendiri.
Ya, kematian makin dekat..makin menghampiri..tapi bersediakah kita untuk melaluinya...Jom muhasabah diri melalui kematian..
semalam, bila dapt berita ini, diri ini bertanya pada suami
'abg, kalau sayang mati dulu, meninggalkan sofiya yang masih kecil ini, adakah abg sudah bersedia?
'sayang pula macam mana? sudah bersedia kalau abg yang pergi dulu'
ya jawapan kami sama, kami bersedia
saya akan terima dgn redha andainya suami pergi ketika usia sofiya masih kecil dan begitu juga dengan suami, bersedia menerimanya
dan saya tahu suami, anak, mak ayah, mak mertua, kakak dan adik-adik adalah pinjaman sementara.
suatu hari nanti barang yang dipinjam ini akan dipulang kepada haknya..
dan saya perlu sediakn hati ini untuk menjadi tabah seperti Nabi Ayub di mana NABI ALLAH A.S ini telah diuji dengan kematian semua anaknya...ya, kita mmg ada contoh trbaik..
.begitu juga dengan sofiya..
sayang macam mana pun saya pada sofiya dia juga milik Allah..
sbb itu kita msti kasihkan suami dan anak-anak kerana Allah...
dan kita mesti sayangkan Allah..yang mencipta Kita..
Now, saya mahu obsesi pada Syurga Allah...oleh itu saya mahu hidup saya ini dpt memberi manfaat pada diri dan juga dpt memberi manfaat pada org lain..oleh itu saya juga mahu berusaha untuk membuat apa sahaja yan disuruh Allah dan meninggal laranganNya...maka saya mahu jadi
- anak yang solehah
- isteri yang solehah
- ibu yang solehah
DAN
yang penting kematian adalah pasti
Ayuh kawan
Ayuh sahabat
Kita cari Mardhatillah
Agar kita sama-sama dapat masuk syurga..
JOM
Persiapkan diri menghadapi kematian
Teliti amalan kita
hubungan kita dengan Allah
hubungan kita dengan manusia
dan juga hubungan kita dengan makluk ciptaan Allah
4 comments:
entry Nurul buat airmata kita bergenang..
Alfatihah utk arwah..
ann: nurul pun smlm, asyik fikir je nasib anak2..
bila buka fb arwah, lagi la..menitis air mata...
semoga syurga tempatNya
sedihnya tgk budak2 tu..tp percaya pastinya anak2 arwah akan menjadi anak2 yg soleh n solehah n mendoakan ibunya..
yana: ameen..semoga mereka berjumpa di Jannah nnt
Post a Comment