Lamanya tak menulis..sorry..maaf tiada penulisan hampir seminggu-dua.
Syukur padaMu kerana saya masih dikurniakan nikmat nyawa. ingatlah 5 perkara sebelum dtg 5 perkara
sihat sebelum sakit
lapang sebelum susah
senang sebelum sibuk
muda sebelum tua
hidup sebelum mati
Ya, ALLAH, aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat nyawa..dapat aku lihat anakku, sofiya yasmin dan pandang wajah redup sang suami
Dalam mengejar duniawi, saya diuji dengan kesihatan..Ahad lepas10 June, saya collapse...saya rebah di depan pintu bilik air...jawapannya saya bukan pregnant..bersyukur sgt2...saya belum bersedia untuk alamai alahan pregnant kali ke-2..tp banyak tugasan yang masi dipikul bahu ini...nak preggy pun tunggu la saya dah abis viva dan tau di mana tempat posting saya...
Ya ALLAH, aku berdoa, tempatkan diri ini di UITM SHAH ALAM, mudah untuk jaga keluarga kecilku, mudah untuk aku melaksanakan kerja-kerja dakwahMu..aku seronok brada dalam IKRAM PJ..aku baru berseketika dalam IKRAM PJ ni..maka panjangkan usia aku bersama IKRAM PJ.
sebenarnya setelah 6 ari sakit, lemah-lemah badan, tak bermaya, tak lalu makan, baru la dikesan saya mempunyai simptoms demam denggi..hari ni pun masuk ari ke-3 sakit sendi, tulang2 ni..bagaikan dicucuk..masyaAllah sakitnya hanya Allah yang mengetahui..kecian kan jadi perempuan..bila lemah badan, mula la org ckp sakit kena buatan org..tp rupa-rupanya adalah denggi...
pengalaman bila suspect denggi? hati gelisah..ya, hati ni takut nak MATI..sbb tak bersedia...betul tak??Masa tu diri ini sedang bayangkan siapa yang akan mandikan jenazah, siapa yan nak solatkan jenazah, siapa nak usung jenazah ke liang lahad...dan macam mana keadaan sofiya yer...
walau sakit macam mana pun, saya tetap gagahkan untuk ke usrah..mungkin tarbiyah mak ayah yang berjaya didik diri ini tetap pi usrah..masa tu la kak norma tengok kondisi my tangan bintik merah-merah, katanya denggi...mula la dalam kepala berserabut, berfikir tntg kematian..huhuhuhu..ya, kesakitan juga boleh jadikan kita ingat pada Allah, muhasabah diri...kerana pabila datan ujian itu, tanda Allah sayangkan kita...ya saya diuji saat saya mau hantar thesis. tapi syukur, thesis saja dah berjaya dibindingkan..tunggu aproval dr Prof Momoh Jimoh...semoga ada kesenangan after kesulitan..ameen
Allah itu yan menguji hambanya yang mampu lalui. semoga pengalaman sakit seminggu lebih ini akan memantapkan iman lagi.........
No comments:
Post a Comment