semalam, tika nak tdo, aku amik la hs..tetiba aku terpandang ada sms dr emak aku...hs aku ni jarang ada sebelah aku..ntah, bukan kawan baik kot hs dgn aku..tp ada hati nak pakai hs canggih-manggih ni..pastu aku buka la sms 'alfatihah, pak cik li (ayah adik ema) telah dipanggil Ilahi' -terkedu aku menerima sms tu..sampai aku takut nak tdo, takut andainya aku pejam mata malam ni, Allah dah tak buka mata aku esok hari..alhamdulillah..pagi ni aku masih boleh menghirup udara segar.
minggu ni 2 sms aku terima dr emak aku. pertama isnin lepas..tok sedara kat Kelantan meninggal. dan yang latest pak cik li..bila dengar kematian, terasa dekat kematian pada diri ini..cuaknya..rasa macam bulu roma ni terangkat..terbayang si mati tu yang ketika arwah masih hidup..dah la smlm aku tengok citer 'tanah kubur kat channel 106'..
kenapa aku terkedu bila dpt sms dari mak aku smlm? jawapannya ialah, pak cik li tu jiran aku sejak aku drjah satu hingga aku tingkatan 4..lama kan dia jadi jiran aku..adik ema tu, umur dia skrg 21 tahun, pak cik li susah nak dpt anak..anak dia hanya dua dan sepasang. adik ema dulu ni jadi anak tunggal lama la gak..so kami adik-beradik la tempat dia bermanja2..mana mak and adik-badik aku pi, sure dia ikut..kalau mak pi kedai..mst dia ikut..mak aku pun dia panggil mak..kalau weekend, dia bosan makan sensorang, adik ema akan datang ke rumah aku, bawa makanan mama dia masak (mak cik na aka mama adik ema ni pandai masak). kiranya mmg akrab la aku dgn adik ema ni..kalau kami main sungai kat belakang umah, mst adik ema nak ikut juga, sampaikan kami kena marah oleh mak cik na..dan aku pun pernah tdo umah mak cik na semata-mata nak temankan adik ema tdo..maklum la anak tunggal, mst dia rasa bosan..skrg kami dah besar panjang..adik ema dah jadi anak dara dah..
so bila dengar pak cik li dah takde, sure la hati aku sedih..kerana kami mmg jiran yang rapat, paling suke pi umah mak cik na time raya sbb biskut raya banyak, maklum la mak cik na dulu pernah jual kuih raya..tp tu semua kenangan..aku rasa pak cik li tu lebih muda ayah aku...dulu, tak ingat tahun berapa, pak cik li sakit, dia lupa pada org, bila tenung lama2 baru dia ingat, dan bila dia ingat sure dia nangis..aduhai..banyak sngat kenangan aku dgn jiranku ini..tapi setiap yang hidup pasti akan mati..cuma tak tahu bila ajal akan tiba..bila wujud kelahiran maka akan wujud kematian.itu fitrah alam..mmg tak boleh lari. begitu juga kematian, tak dpt nak diawalkan dan dilewatkan..
bila cakap pasal kematian, last week, slot imam muda telah ditugaskan untuk handle kematian..ya, aku mmg peminat tegar IM- imam muda siri 2..maklum la siri 1st dulu tak sempat nak tengok..diaorg masa tu kena handle jenazah yang tak dituntut di hospital Kuala Lumpur, masa hari tu sebanyak 97 org mayat tak dituntut..antara sebab mayat tak dituntut adalah berisiko tinggi, dan warga asing. maka menjadi tanggungjawab pihak jawi.jakim dan pihak hospital menguruskan mayat mereka. itu mmg fardu kifayah..tak buat berdosa la..aku sungguh pilu melihatkan keadaan mayat tersebut..sangat3 kurus..dan sedih bila kematiannya hanya melibatkan org tertentu je..tiada sanak saudara yang uruskan pengeembumian..ya Allah, jauhlah aku dr semua tu..aku takut suatu hari nnt tiada siapa yang akan handle jenazah aku..bila tgk slot tu mmg rasa insaf sangat2..kerana kematian itu pasti..hanya Allah je yang tahu bila akan datangnya kematian tersebut.
bila cakap pasal kematian, mulalah terfikir, berapa amal aku, macam mana hubungan aku dgn suami, mak ayah, adik2, ibu mertuaku, adik-adik ipar, sanak-saudara..berapa banyak dosa yang aku dah buat, dah bertaubatkah aku? dn sebagainya..sbb aku sentiasa ingatkan kat diri ini, nak masuk syurga Allah tu amat sukar tapi aku masih bleh berfoya2 lagi..jarang bangun malam, jarang puasa sunat, jarang bermesra dengan jiran apatah lagi masyarakat..adakah cukup aku berbaik dengan suami, anak , ibu, mak ayah dan adik2 aku tp jiran atau masyarakat aku abaikan???opss sebenarnya banyak lagi tugas aku tak dilaksanakan..cukup ker bila tengok maksiat aku hanya berkata2..'argghh benci la..maksiat lagi' tanpa aku mencegah dengan pembuatan aku...ya Allah berikan kekuatan untuk aku menjadi hambaMu yang betul2 menjadikan Islam cara hidup di muka bumi ini sebelum hidup kekal di akhirat kelak....ameen..sedikit tazkirah sempena hari jumaat..jom jalankan kerja anda as a master student :-)
No comments:
Post a Comment