Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Tuesday, August 12, 2014

Hutang

Assalamualaikum

Selamat pagi. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam. Semoga apa-apa perancangan berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah, kebanyakkan anak muda, especially yang sudah berumah tangga akan fikirkan masa depan terutama pendidikan anak-anak kan! Ada yang fikir mahu beli rumah. Itu keperluan dan juga aset masa kini. Terlalu mahal rumah masa kini. Sangat mahal. Rumah sekarang hanya mampu lihat je.

Bercakap pasal rumah, rasanya saya belum lagi mahu memiliki sepenuhnya rumah sendiri. Biarlah dengan duit yang ada tu, saya enjoy. Bukan enjoy yang bukan-bukan yer. Actually rumah yang kami duduk sekarang tu pun dah jadi milik kami. Asalnya kami sewa dan sekarang ia milik kami. Walau tak sebesar rumah org lain, tp bersyukur kami dah ada rumah untuk berteduh. Sekarang terfikir nak renovate la skit. Biar nampak exklusifnya..Wait and see. Hajatnya dua je. Nak baiki lantai plus nak ada kitchen kabinet.

Semalam, jalan dengan kawan-kawan. Maklum la ada sorg kawan nak beli rumah, sorg lagi nak buat rumah. So sempatlah usha MBSB dan juga Bank Rakyat. Agak tinggi ratenya. MasyaAllah. Bayangkan pinjam RM250 000, then bayar dalam sebulan RM 2915 dalam tempoh 10 tahun, then after kira jumlahnya, kita akan bayar lebih sebanyak 99800..hampair 100K juga tu...seolah-olah kita pinjam RM 350, 000. Ini semua kadar yang tinggi. Takde kat dunia ni buat urusan jual beli tanpa ada rate. Kan bagus, pinjam RM 250 000, bayar pun RM 250 000. takde duit caj tambahan. Itu baru personal loan. Kalau loan perumahan, lagi banyak kot bayar..ye la lagi lama pinjam, lagi banyak la kadar yng kena bayar kan! Cuma dalam urusan macam ni, baik kita istikarah. Minta bantuan Allah sebaiknya. Kita boleh survey banyak tempat, boleh survey semua bank yang ada perkhidmatan pinjaman ni..then kita minta bantuan Allah dalam menyelesaikan masalah ni..

Sama juga dalam bab beli kereta. Hutang juga. Payah kat Malaysia nak beli cash. Kalau dapat tunggu la gaji disimpan dalam 4-5 tahun. Boleh la nak beli kereta cash. Itu pun yang harga dalam 40K-50K. Kalau yang lain, jawapannya hutang. Kena bayar lebih 10K dari harga sebenar. Tak nak hidup berhutang. Tapi kadang-kadang kereta tu keperluan. Mudah bergerak sana sini.

Bercakap pasal hutang, ayat yang paling panjang surah al-Baqarah ada menceritakan pasal hutang. Menceritakan bagaimana mahu berhutang, bagaimana konsep hutang yang dibenarkan dan sebagainya. 


So dalam kehidupan ini, kena fikir apa yang penting, so jangan la terlibat dengan hutang ni. sengsara.

No comments: