Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, March 30, 2012

muhasabah diri


"Jalan ke arah solehah itu tidak mudah. Namun bila dah mencapainya, ganjarannya sangat indah."

Moga semua Muslimah jadi Qurratu A'yun (penyejuk mata) di mata ibu bapa, suami dan Allah SWT. Amin.

Wednesday, March 28, 2012

Antara makanan Rasulullah saw

Assalamualaikum kawan-kawan...apa khabar kalian semua...sudah makan? Jom, hari nak share makanan sunnah Nabi kita...Jom Check...apa makanan sunnah yang ada kat rumah kita....
Alhamdulillah, my kakak naqibah, selalu ingat makanan sunnah...so saya rasa mahu amalkan makanan sunnah ni...try tak nak makan supplement..dan saya yakin bila makan makanan sunnah, pasti akan lagi sihat dan cergas..btul tak???
makanan sunnah Nabi Muhammad saw
1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup
2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan
3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah , menguatkan buah pinggang , membersihkan perut
5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan , minuman segala minuman , ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas , membuka selera , menguatkan perut , membuang kahak . Baik diminum waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung yang mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karakter dan wajahnya.
7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang , memperbaiki otak , memperbaharui pandangan mata , membuang kelupaan.
8. Cendawan – Baik untuk mata , perancang keluarga .
9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan , merawat radang perut.
10. Buah Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular ketika ini di restoran-restoran itali)
12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Iklan: BOIKOT AGAIN

dan jom sertai




Monday, March 26, 2012

Bidadari Dunia




"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah) 

Friday, March 16, 2012

Ayuh kawan2..selamatkan SYRIA


 

 
 

 

Demonstrasi aman tengahari ini dari Masjid Tabung Haji ke Kedutaan Syria selepas Solat Jumaat. 

Sama2 kita laungkan: Allah! Suriyyah! Wa hurriyyah wa bas! 
Bermaksud: "Allah! Berikanlah kebebasan kpd Syria! Itu sudah mencukup!" *

Moga Allah swt memberikan kemenangan kpd rakyat Syria! 

KITA SENTIASA LUPA APA YANG BERLAKU DI DUNIA LUAR SANA ESPECIALLY SAHABAT KITA DI SYRIA, MESIR, PALESTINE, YAMAN, IRAN, IRAQ DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA...

MEREKA BERTUNGKUS LUMUS MEMPERTAHANKAN AKIDAH MEREKA DARI KEKEJAMAN PEMIMPIN KITA..

TAPI KITA DI MALAYSIA MASIH NYENYAK TIDUR, MASIH SERONOK KE SANA KE MARI TANPA MENGAMBIL KISAH KEHIDUPAN SAHABAT-SAHABAT KITA DI SANA.

JOM KAWAN-KAWAN, SAMA-SAMA TURUN KE DEMO AMAN KE KEDUTAAN SYRIA... 

Wednesday, March 14, 2012

Hari ini dalam sejarah

Assalamualikum semua..

Hari ini dalam sejarah...ya! mmg dalam sejarah pun..selama 2 tahun lebih ulang alik uia-pantai dalam atau uia-klang, ini la kali pertama saya membawa kereta..ada kisah disebalik kejadian..tapi kisah itu disimpan rapi dalam diri ini...oh oh..hari ni tidak perlu lagi naik turun bas atau naik turun lrt...

Dalam kekalutan tu, alhamdulillah berjaya sampai uia dr KL. org yang dah lama tak pegang stereng kereta, akhirnya berjaya mengharungi jalan-jalan di kota raya yang tidak asing dengan jammed nya..maka nak balik nnt kena kuar awal kan..tak pasal2 terperangkap dalam jammed...

tapi ini mungkin satu permulaan untuk aku memulakan karier saya sebagai seorg wanita bekerjaya dalam beberapa bulan lagi..InsyaAllah...ye la, tak tahu nnt dicampak di mana..kalau Shah Alam..alangkah bertuahnya..kalau Puncak Alam pun bertuah juga...kalau ke PENANG..masyaAllah..dijauhkan tapi kalau di Dungun..oh cukup bertuah..boleh la duduk umah banglo mak kan! ye la suami kerja kat KL..alang-alang mak ayah umah besar..so menumpang la di sana...tapi tak nak berjauhan dengan husband..kesian Sofiya..kehilangan ciuman dan belaian ayahnya..apapun Allah itu Maha Mengetahui..mana yang terbaik untuk hambaNya..

tahniah pada diri ini kerana berjaya dengan konfiden sampai di uia...jalan pun smooth tadi..harap-harap balik pun camtu la..cuma mahu mengabadikan diri dalam blog yang saya pernah drive sorang-sorang ke UIA..wallahualam

Wednesday, March 7, 2012

I am Nothing without ALLAH



salam hari rabu

apa khabar sahabat-sahabatku di sana? moga2 kalian masih dalam rahmat Ilahi...
jom share satu cerita...

pernah tak suami kalian tanya, "hari ni sayang abang tak? sayang banyak ke sedikit?"
itu la persoalan ditanya suamiku semalam. tetiba dengan izin Allah, diri ini menjawab, " sayang lah, tapi biasa-biasa aja'...suamiku bertanya lagi, "kenapa biasa aje? tak sayang banyak?"
senang jawapan saya, "sebab mahu cinta Allah lebih dari sayang sayangkan abang, sayangkan Sofiya"
sekarang saya mahu didik jiwa saya untuk sayang Allah, sayang Nabi Muhammad lebih dari sayangkan suami, anak dan my family too especially my mom and dad...

memang kena latih diri supaya tidak terlalu sayang dengan apa yang ada...makin kita sayang benda tu, makin Allah uji..kalau sayangkan anak, antara ujian yang Allah bagi, ialah anak sentiasa sakit tapi tak bermakna kalau anak tak sakit, Allah tak sayang kita..mungkin Allah uji kat lain kan..cuma anggaplah apa musibah yang berlaku kerana Allah masih sayangkan kita...masih mahukan kita sentiasa dekatkan dengan dia..jangan asyik fikirkan tentang dunia aja walaupun hakikatnya mmg kena fikirkan dunia, tapi jangan lupa bekalan di akhirat sana..


semalam entry tentang kehilangan handphone..so hari ni nak citer dah dapat handphone baru..oh oh..bukan nak citer satu dunia, tapi nak abadikan dalam blog ni..supaya one day nnt boleh teringat semula kronologi tentang handphone baru yang dapat ni kan!...




 la conversation with husband...pada mulanya husband nak beli by online..tapi bila tekan kat hanphone berminat tu. tulis 'out of stock'...bila bagitahu suami..dia cakap takpe..nnt dia usahakan...masa kat uia ni..dah pening kepala nak fikir apa la telefon baru nak dibeli..ye la, tetiba je nak kena beli phone baru kan!tak dirancang...

so masa balik, jupe husband mintak la tukar simcard..kot2 kak normah msg, bagitahu usrah..maklum la malam tu kan usrah..so tetiba je dia keluarkan kotak handphone...diam tak terkata bila suami hadiahkan handphone tu...kawan-kawan nak tahu handphone apa? takpe la biarlah rahsia...cuma telefon smartphone dan touch,1st time pakai handphone touch ni..:-) thanks suamiku..semoga abang akan jadi bidadara saya disyurga bersama-sama anak-anak kita yang soleh dan solehah..

tapi nak cerita juga bertapa kagumnya suami saya mencari handphone untuk isteri kesayangan yang banyak songeh ni...suamiku meminta izin sejam setengah untuk keluar office semata-mata untuk mendapatkan telefon yang dirancangkan itu..dr berjaya times square hingga sungai wang dia cari..akhirnya jupe jugak...dr tersilap naik lrt yang sepatutnya..begitu la suamiku..semoga pengorbanan suamiku dikira pahala di sisi Allah.

sebagai akhir kata, marilah berusaha untuk menjadi isteri terbaik untuk suami, emak yang terbaik untuk anak-anak dan yang paling penting ialah menjadi khalifah yang melakukan amal ma'ruf nahi mungkar..semoga hidup kita sentiasa di landasan yang betul dan diredhai Allah hendakNya

Tuesday, March 6, 2012

Perihal Handphone hilang

Salam Selasa


sebelum datangnya semangat nak buat research...apa kata kite citer perihal handphone yang hilang...
alamak, takkan nak heboh kan! takpe..sesekali cerita yang kurang menarik untuk dijadikan santapan minda..kot-kot dr penulisan yang tajuk yang ntah apa-apa, maka akan menghasilkan karya yang agung.


pagi-pagi sampai uia, makan bekal dr umah je...ni semua untuk menjimatkan kos makan pagi...opss jom dengar kisah kehilangan telefon saya itu...actually kalau time weekend ni tak layan sangat telefon ni...tak amik port..kat mana ia, ada org ke tidak...bila cari-cari hari ahad, malam isnin tu...takde..ingatkan misplace ke apa...tp jenuh tak ada..sanggup suami balik umah ibu kat klang semata-mata nak dapatkan balik handphone tu..tapi hampa..pencarian tak berjaya


tapi before nak tidur, try call number tu..ada 'ringing'..tapi tak berangkat dan takde bunyi..tapi saya hairan, sbb pada pagi sabtu telefon hampir takde battery..takkan bertahan sampai isnin masih berbunyi kan...lagipun handphone zaman 2006 -2007..mmg hairan.


handphone yang dibeli hasil elaun EIT


balik dr uia semalam, siap-siap masak, makan malam, solat maghrib, berjalan la kami bertiga ke mv untuk dptkan telefon baru..arghh out of stock..sedih tak? takpe la, belum rezeki nak pakai handphone canggih sikit..so dapatkan no asal je..masa nak check current balance..aik makin skit..sdgkan before tu masih ada hampir 40ringgit..sah-sah handphone diambil org..dan mungkin tercicr..yang pasti dia call ke Indonesia..takpe la, dah la amik handphone, kemudian salah guna..takpe..dunia terlepas, akhirat masih ada..itu le rentetan cerita kehilangan handphone..tak tahu beli nak beli yang baru..bila hilang phone, contact kawan2 semua dah takde..tp buat masa sekarang handphone penting..sbbnya saya kan pergi usrah...


dalam pada jalan kat mid valley, ada sesuatu kisah yang tidak disangka-sangka..apa itu? rahsia aiskrim Haagen Daas (cam tu kot ejaan) ada alkohol sikit..kalau namanya alkohol, tidak halalkan statusnya kan..bukakah alkohol adalah arak??? wallahualam..kena tanya yang arif ni..tapi bila dah terdengar perbualan antara waiter dengan customer cina semalam, terus zass cari tanda halal ke tidak...ya mmg tidak halal..so nampaknya kalau kat Malaysia, non tanda halal..so mmg haram la kot...susahkan..Malaysia katanya negara Islam, tapi makanan masih diragui..lepas ni kena berhati2..jangan kerana lifestyle..terus redah tapi fikirkan makanan itu halal..so saya dah bagitahu kat husband, asal kedai ditaja arak, ada bar, ada jual arak...tak nak dah terlibat...tak nak jejak kat situ..tapi macam mana kalau makan kat hotel yang 5-6 bintang ni? ish..takut la...




apapun guna la akal untuk berfikir..kehilangan telefon itu mungkin ada hikmahnya..tak perlu nak bersedih menangis kehilangannya tapi menangis la kerana asyik buat dosa, dan takut la balasan yang berat oleh Allah di akhirat kelak atas dosa-dosa yang dilakukan.

Monday, March 5, 2012

Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic

Salam Isnin..

saya sudah jatuh dengan video ini..1st jatuh cinta masa dengar kat TV al-HIjrah...ingatkan terjemahan surah al-dhuha...maka dengan cepat2 saya ambil al-quran tengok terjemahan...sungguh berkesan dengan doa solat dhuha ni...

kawan-kawan jom amalkan solat dhuha..semoga rezeki kita sentiasa murah...



Doa Selepas Solat Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu , keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “.

” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

Friday, March 2, 2012

Ubat HATI


salam jumaat sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah, masih dikurniakan Allah dengan satu perkara iaitu nyawa..masih diberi kesempatan untuk mengumpul pahala dan juga untuk mengumpul dosa..namun andainya org itu bijak, sure dia asyik fikirkan kematian kan!kenapa org yang fikirkan kematian dikatakan bijak? sbbnya dia sentiasa takut pada Allah swt..

dalam perjalanan ke uia tadi, aku terbayangkan andainya hari ni hari terakhir saya di dunia..macam mana yer...macam mana nak jupe Allah kalau belum bersedia...'Ya Allah, matikan aku dalam iman'..itu yang penting...

bila ada sahabat post gambar di atas, 5 ubat hati...marilah kita sama-sama muhasabah di hari yang penuh barakah ni..banyak mana kah amalan yang bakal dihisab..adakah amalan di bahu kanan lebih berat dari yang belah kiri? bersyukurnya andainya amalan di bahu kanan lebih berat kan!

antara 5 ubat hati ialah

pertama: amalan membaca al-quran dan makna.bacalah al-quran, semoga ia memberi syafaat kepada kamu di hari perhitungan.
kedua: solat malam...masyaAllah, ini paling sukar untuk dilaksanakan..walaupun tiap malam bangun ke tandas ke, anak menangis ke..tp jarang masa untuk menunaikan hanya solat sunat 2 rakaat je..
ketiga: berkumpul dengan org soleh...yang ni mmg perlu supaya apa-apa masalah berkaitan agama mahupun kehidupan boleh dikongsi bersama..lagi hebat join la usrah kan!
keempat: perbanyakkan puasa sunat. ini juga sukar untuk diamalkan..alasan anak menyusu..Allah itu maha mengetahui..apabila kita tolong agama Allah, maka Allah mempermudahkan...
kelima: banyakkan zikir di waktu malam..yang ni kalau nak senang, pasang la tv oasis tak pun al hijrah dan juga pasang CD..sekurang2nya kita akan ikutkan..ni tak, asyik dok pasang lagu bukan-bukan...jom berubah ke arah menjadi hamba yang disayangi Allah..

okey sahabat-sahabat semua,
Jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam..dan mudah-mudahan hari esok lebih baik dari hari ini..tanamkan niat kita mahu jadi seperti itu..wallahualam

Thursday, March 1, 2012

HalalFair in IIUM


salam khamis semua kawan-kawan...

alamak, dah waktu pulang! Tapi before pulang, jom saya kan shared satu event yang ada kat uia sekarang...
lihat banner atas tu..nampak tak?? Halal Fair 2012 IIUM

kepada kawan-kawan yang berkelapangan, ada rezeki lebih, jom la shopping di Halal Fair...
macam-macam ada...selain jualan, ada program untuk anak-anak especially last day 3rd of March 2012...
Jom bawa anak-anak memeriahkan Halal Fair ni...Konsert Saujana pun ada...tapi nak tahu lebih lanjut..sila la klik pada http://www.facebook.com/iiumhalalfair

antara program-program yang diadakan sepanjang pesta ini ialah:-






jualan pun macam2
antara
blaus
home chocolate
beg2
kain cotton
baju baby -rompers
kerepek
nasi beriana pun ada

JOM kawan-kawan meriahkan suasan
Selamat Beramal