Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).
Showing posts with label VACATION. Show all posts
Showing posts with label VACATION. Show all posts

Friday, January 25, 2013

Percutian Pertama#2013: Langkawi (Part 1)

Assalamualaikum

Alhamdulillah, percutian pertama tahun 2013 berjaya direalisasikan..next percutian tak tahu la..sbb takde lagi booking ticket...tak berani...risau akan dpt another baby...so nnt burn camtu je..lagipun dah masuk kerja ni..kena tengok la bila time bleh cuti..kalau time study week sure tak boleh kan..kena tunggu sem break la jawapannya..so kita hold dulu percutian dgn flight..setakat guna kereta, boleh consider....rasa nak ajak husband jalan2 ipoh pulak...tapi bila yer...

Percutian ke Langkawi bermula jam 7.30 pagi dengan AirAsia pada 21 January 2013. Kami ber-4 termasuk MIL. Tiket kami adalah RM 135.00 bertiga pi balik..MIL beli kemudian..termasuk bagasi RM188.00..so agak mahal kan compare dengan kami bertiga...nak dapat tiket macam ni agak payah la dengan AirAsia skrg ni..dulu pernah pi Penang, bertiga RM45..masa booking sarawak pun RM87...tapi ada halangan pulak..so tak dapat pi...skrg kalau bertiga dah RM300 lebih...huhuhuhu..so kena hold dulu, kena rancang bebetul...kan ada yang nangis tak berlagu pasal ter'burn' camtu kan!

kredit by google

HARI PERTAMA

Sebelum  terlupa kami bermalam di Apartment CHOGM, rumah istirehat DBKL..per day hanya RM20..so kami pergi 2 malam, total RM40 je la..rumah ni boleh muat 8 org...tapi mmg puas hati..ada kolam lagi..mostly yang menginap kat sini org putih...tak sure la depa tu berapa bayaran..rumah ni hanya untuk kakitangan DBKL je bleh booking...nasib amik masa hari bekerja..so dptla..kalau tak mmg ada booking yang kat Pantai Cenang tu....berbaloi dapat rumah penginapan murah..save budget..lagipun pi sana nak jalan2 area2 Langkawi..no need to book yang mahal2...lain la kalau nak honeymoon, kena la hotel mahal2 skit..baru best...

sampai kat aparment ni dalam 11 lebih, so kami rehat2, tidur dulu..mmg saya suka booking ticket waktu pagi...dalam waktu zohor bangun, bersiap2 nak cari makan..then perut kenyang baru...jalan2... tapi biasa la 1st time sampai...tak tahu la nak cari kedai makan kat mana kan!opss lupa lak, jom cerita pasal kereta sewa..actually before nak fly, mmg saya cari gak la info pasal kereta sewa, yang penting area lapangan terbang..kalau jauh, sure kena add RM10..so kami dapat yang Anuar Kereta Sewa Langkawi, harga berpatutan, rm70 untuk satu malam, kereta viva auto..no phone dia : 012 2557584..kena deposit rm50 tanda booking kereta kan!

Apartment yang kami menginap tu dekat Pekan Kuah, dekat sangat dgn kedai2 macam Haji Ismail Group, tapi kena naik kereta gak la..kan jenuh pulak kalau berjalan..so lepas solat Zohor, kami keluar..cari2 kedai makan biasa tak jupe..so nampak la Thai Town Seafood...tengok menu dan senarai makanan agak mahal...huhuhuhu..so total makan tengah hari..RM73.20..ada service charge..makan bertiga..hanya 2 lauk...sofiya tak termasuk yer..sabar je la....rezeki mereka kan!

dah makan, kami teruskan destinasi pertama ke Kota Mahsuri...jangan risau, sure ada papan tanda..follow je..insyaAllah sampai...tiket untuk masuk adalah dalam RM7.00 per person..so bertiga kena la RM21.00..sofiya free yer! Dalam ni boleh baca tentang sejarah Mahsuri dibunuh, ada tayangan tentang Mahsuri, yang penting ada makam Mahsuri..tapi tak tahu la sejauh mana kebenaran tentang sejarah Mahsuri, lagipun terfikir apa la istimewa sangat dengan Mahsuri sehingga sukar ditikam kecuali dgn keris pusara arwah atoknya dan berdarah putih...bila fikir balik, Nabi Muhammad lagi istimewa, tapi darah Nabi tetap warna merah macam kita semua...kepada yang berminat dengan sejarah..boleh la singgah di sini...

kemudian perjalanan diteruskan ke Oriental Village Langkawi..dari makam Mahsuri, kena pi lalu Padang Matsirat..agak-agak 30 minit nak sampai sini..kawasan-kawasan untuk org kaya..sbb ada beberapa hotel mewah area sini yer...kat sini la kalau kawan-kawan nak naik kereta kabel yer...kami sampai dah pukul 5 atau 6 ptg camtu..kedai2 banyak dah nak tutup, tapi kereta kabel tak tutup lagi yer kawan-kawan..so kami pergi peak hour...so satu tiket untuk dewasa RM15.00..so bertiga, RM45.00..dan untuk sofiya pula dikenakan RM10.00 yer..perasaan naik kereta kabel?? mmg cuak sangat2..rasa gayat...takut pun ada..mmg 100% kena berserah pada Allah..ye la, masa kat dalam kereta kabel, terfikir la macam mana kalau terputus ke apa..arghh mmg takut..diam tak terkata la...dia ada 2 stesen...tapi mmg tinggi la naik..dr 1st station tu, mmg curam la dan amik masa lama skit...dalam 15 minit kot (tak silap la)...then pit stop kitaorg yang 1st station..mmg sejuk, berangin..permandangan sungguh cantik...masyaAllah..SubhanaAllah..sungguh cantik ciptaMu...kemudian diteruskan last station...kat atas tu lagi cantik..SubhanaAllah..lagi sejuk..kena berhati2 jaga sofiya la, maklum la dia kan kecil..mmg kena pengawasan 100%...ada jambatan gantung..tapi tak gantung sangat...maksudnya tak goyang2..tapi rasanya dah tutup..kami tak larat dah...duduk kat atas, suami sempat amik gambar masa matahari terbenam..sungguh cantik..SubhanaAllah...walau pada mulanya gayat..tapi bersyukur, selamat sampai..dan dapt lihat pemandangan Pulau Langkawi....satu keistimewaan ber'jaulah' ialah dapat melihat keindahan ciptaan Allah...dah puas..kami pun turun..masa turun tak de la gayat sangat...rasa selamat skit...

Actually, Oriental Village, conceptnya sama macam Colmar Tropicana, Bukit Tinggi...macam tu la..ada restaurant Arab, Korea, dan ada Zon duty...tapi masa ni kedai2 dah tutup masa kami turun...tapi sbb dia macam Colmar Tropicana, so tak ralat sangat pun..yang penting keinginan cik husband nak naik kereta kabel berjaya dilaksanakan...

Perjalanan diteruskan ke Pekan Kuah..mencari makanan malam pulak...kami makan kat area Jetty Point je..agak murah atau lebih kurang je..saya makan laksa, RM3.00, suami, nasi goreng paprik, RM4.50..MIL pulak makan kuew tiaw goreng, RM4.00, sofiya nasi goreng pattaya, RM4.50..air sirap limau..RM1.30 dan yang lain ais sejuk, RM0.30 per glass..so total RM18.50...mulanya adik yang macam suara Nina masterchef tu salah kira..ye la takkan RM23.60..so my MIL minta kira semula...then, kami teruskan ke pekan nak window shopping..so 1st ni beli barang2 yang dipesan..MIL pulak hajat nak beli pinggan mangkuk..opss harga pinggan mangkuk macam luminarc, correle takde murah pun..mahal..sama kat sogo kalau ada sale...so takdenya kami beli...malam pertama cuma borong coklat kawan pesan..then terus balik.....

Balik2 je saya ngan sofiya mandi dalam tub..bukan main happy sofiya dpt mandi tub walaupun dah 10 mlm lebih..itu la perjalanan untuk hari pertama..gambar next entry yer la..still dalam kamera...jom list perbelanjaan hari pertama....

Sewa Kereta: RM140.00 + RM50.00(deposit) = RM190.00
Sarapan: RM7.90
Minyak kereta: RM30.00
Makan tengah hari: RM73.20
Makam Mahsuri: RM21.00
Kereta Kabel: RM55.00
Minum Petang: RM3.00
Roti + Sabun Mandi: RM2.60
Makan Makam: RM18.50
TOTAL: RM 401.20

ps: pada mulanya saya tak dpt cuti, maklum la no staff belum ada lagi..tp b4 balik jupe dekan...tanya status...akhirnya dapat (sebagai reminder)

Tuesday, April 24, 2012

percutian ke penang..

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah, percutian pertama bersama keluarga kecil kami berjaya dilaksanakan..
kami ke mana? jawapannya ke penang..dengan hanya tiket rm 45 je..kami bertiga selamat sampai..syukur sangat2..percutian yang sungguh budget..

saya telah order tiket sejak 8 bulan yang lalu..Airasia tengah wat promotion dengan harga 10 sen seorg..so kami bertiga pergi balik hanya 60 sen...ditambah dengan service tax airport je...yang lain kami tak ambil termasuk la insuranse, bagasi dan apa-apa yang boleh menambah caj untuk tiket penerbangan kami bertiga...

alhamdulillah, 1st time sofiya naik flight tika usia setahun 7 bulan...perjalanan kami ke penang, dengan tourist guide kami adalah my x-student di my-x office, PSMZA..alhamdulillah..nasib ada Zul, yang amik dan bawa kami ke airport. thanks sekali lagi to my x-student..best juga jadi pensyarah ni...ada ramai anak-anak student yang boleh diminta tolong..

kami ke sana hanya berbekal 4 je beg yang ksemuan hanya carry naik atas..so tak perlu la nak bayar untuk bagasi..bila bermusafir, kena bijak untuk membawa baju/sluar dengan limited tapi bermanfaat dan menutup aurat. 1 beg pakaian saya dan suami dan satu beg sofiya..berat kedua-duanya tak sampai 7 kg..agak-agak kalau pi sarawak bawa beg kecil sudah la yer..tak perlu la nak bayar untuk bagasi..dasar kedekut betul pulak...tak tengok la camne..

cuma kami hampir2 kena bayar lebih kerana kononnya tak check in guna web in..huhuhu..tak tahu camner nak print sbb masa masa web airasia, katanya dah check in..tapi alhamdulillah..tak perlu bayar walaupun lupa nak bawak barcode tu kan...

pengalaman flight dengan si kecil yang mmg selalu behave, takde masalah..cuma masa nak landing tu dia nak cry..agaknya telinga berdengung..bagi susu dia tak nak...masa dalam flight, hanya bagi buku2 atau katalog dalam flight tu je..lupa nak bawa buku-buku sofiya...apapun suke naik flight bila anak tak meragam..diam je kat tempat duduk dia..opss walaupun sofiya belum genap 2 tahun, tapi tiket dia tetap untuk usia 2 tahun..saje tak nak harga baby..kalau harga baby..caj 50 ringgit..so mahal la kan...so saya decide la tiket sofiya sama dengan kami berdua...alhamdulillah, takde masalah pun..so mmg percutian yang budget...

di mana kami berteduh?? jawapannya ialah Naza Talyya Hotel..area Tanjung Tokong. Hotel ni pun my student yang cari..kebetulan dapat harga staff....so saya booking for 2 nights....kami ke Penang bukan aim nak makan, tapi jalan2..nak kenal Pantai Miami, Batu Feringgi dan sebagainya...kalau nak makan, kena pastikan tempat2 yang dituju mmg tip top..so Hotel ni dekat juga dengan Tesco..kami boleh 2 kali berulang alik ke sana...okey percutian disambung entry yang akan datang (itu kalau rajin la update kan)..

apapun bila naik flight, terasa diri ni dekat sngt dgn Allah..maklum la dok tinggi atas kat langit..macam-macam yang boleh berlaku..selain itu melihat kebesaran Allah..bila Allah bagi akal ni, rajin-rajin la skit untuk berfikir tentang penciptaanNya.

sebagai akhir kata, siapa kata naik flight hanya untuk org kaya? so ambil la kesempatan untuk ajak anak-anak jalan2 menaiki flight. kerana di sana banyak ilmu yang tersembunyi.waalhualam

Thursday, February 16, 2012

demam AIRASIA

assalamualaikum


waduh, agak 2 weeks blog ini tak di'update'...takpe la kan..bukan ramai pun yang follow blog ni kan! lagipun kalau nak menulis is better penulisan tu ada input kan! kan tak pasal2 nanti blog ini jadi saksi semasa perhitungan di padang masyhar..sungguh menakutkan...


so di kala mencari ilham untuk idea penulisan dalam thesis, sambil2 tu layan la tiket flight airasia..maklum la tengah promotion.. asal valentine mesti ada promotion..teringat masa 1st time pandai booking tiket menerusi internet ni..masa tu masa berkhidmat as a lecturer kat politeknik...tapi masa tu zaman pakai credit card..so pinjam kredit mak, pastu bayar semula.


BIG SALE

 Fly from Kuala Lumpur 
BaliPhuket
HanoiGuilin
ChennaiClark
Hong KongBangkok
SingaporeKuching
Kota KinabaluLangkawi
All-In-Fare
from RM
19



kalau ikut diri ni, mmg sejak kecil suke sangat berjalan2...mmg my parents akan bawak pi jalan-jalan especially round semenanjung la...kalau nak pi oversea tu maaf la, kewangan mak ayah belum mampu nak bawa kami naik flight, ye la dulu mana ada airasia, hanya ada MAS..org dulu, kalau dpt naik flight mmg org kaya la..sekarang tidak lagi...so kalau sekarang, budak-budak pun dah merasai naik flight...agaknya kalau sekarang, yang tak pernah naik flight tu yang pelik kan!


dalam meng'usha' tadi sempat la aku tengok flight pi jakarta, bandung dengan harga rm 17...murahkan..surabaya pun 17 ringgit...usha lagi kat tempat lain, ada 7 ringgit, macam pi vietnam, singapura, bandar acheh, brunei...huhuhu dasyat kan....kemudian usha pi oversea yang jauh sakit..pi melbourbe, perth harga tiket je 53 ringgit....huhuhu mmg tertarik dan menawan kan...cuma masalah tarikh nak pi bila tu masalah....tapi kalau bleh, buat masa ni aku hanya berminat nak pi negara yang ada kenalan..like singapore, surabaya, bali...semua tu ada kenalan..so untuk hotel dah save budget...opss pi langkawi pun ada tiket 3 ringgit, balik pulak free....uish..berkenan la pulak...


tapi insyaAllah, dalam bulan ni nak pi Penang, naik flight...so nanti nak call x-student, biar mereka jadi tourist guide..kalau nak citer pasal jalan2 Penang, last masa jadi lecturer pengiring tengok asimo...kira tak berjalan mana pun...tapi masa kecik2 dulu ada la gak melawat ngan mak ayah dan adik-adik dulu...pastu bulan 6 pulak akan pi kuching...so rasanya kena ada juga trip untuk hujung tahun..mahu berjalan sama mak ayah pulak..so apa kata bawa mak jalan2 ke jakarta..okey tak? nnt tanya mak..hehehehe..giler mahu berjalan, sedangkan kewangan makin lama makin menipis...takpe la kan..rezeki Allah..who knows...so tengah berfikir nak pi jakarta selain bawa mak, ayah..nak bawa sape lagi yer....tapi kalau jakarta mahu tidur di mana? kata na nak jimat..okey tukar rancangan...kita jalan2 ke bali tak pun bandung...balik ni ask my husband again...lupa lak kenalan ibu ada chalet kat mana..either bali atau bandung....check tadi, mahal la bali...cancel, pi jakarta sudah..


okey, sebenarnya bila kita berjalan2 ke luar kawasan, kita akan rasa kagum dengan ciptaan Allah..itu sebab kita digalakkan melancong..sambil melancong, bleh lihat kebesaran Allah..apa yang ada di tempat lain dengan apa yang tiada di tempat sendiri...selain bleh rehatkan diri, mengeratkan hubungan dengan suami isteri dan anak-anak. So bagi yang ada rezeki lepas, rasanya tak salah habiskan duit dengan membawa isteri, anak-anak dan mak ayah melancong kan! bagi mak ayah, sure dia happy bila dapat bercuti bersama anak-anak kan! so hargai la mereka selagi mereka masih bernyawa...hope aku pun dah bercuti bersama mak ayah aku...last aku bercuti bersama adalah sebelum kahwin..pi Langkawi....seronoknya bila mengimbau kenangan...


okey kepada kawan-kawan yang mahu melancong, sila la terjah laman web airasia yer....promosi tamat pada 19 februari...

Thursday, November 3, 2011

Jalan2 ke AQUARIA





sebenarnya ni dah lama kami jalan2 ke aquaria
masa bulan pose
org sibuk shopping raya
tapi kami shopping ikan la pulak
maksudnya kami jalan2 ke aquaria klcc

alhamdulillah, mil yang belanja kami
duit bonus yang dpt dr government tu
syukur la kan
kalau student dpt discount tapi lupa la berapa kan
yang excited mst la adik ipar
maklum la sejak arwah fil takde
mereka jarang sgt berjalan camni..

ni nak raya haji
ntah mana pulak perjalanan kami
ye la dok umah sure bosan
kalau tak amik bahagian dlm korban
lagi la bosan

jom tengok gambar lagi nak???







sebenarnya bila berjalan ni
luas pemandangan kan!
lihat la gambar2 di atas
as a muslim
mesti rasa kagum dengan penciptaan Ilahi
sungguh hebat penciptaan Ilahi
lihat sahaja ikan2 yang dicptaNya
macam2 warna dan bentuk
bersisik besar dan kecil..
begitu juga binatang yang kategori serangga
sungguh kecil kan
dan sungguh teliti Allah dalam penciptaanNya

maka didik la jiwa
setiap kali melihat penciptaanNya
ucap la
SubhanaAllah
Masya Allah
Hebatnya Allah

ada anak
lagi la senang untuk mendidik jiwa ini
selitkan cerita2 ketuhanan dalam
mendidik anak2
kerana menjadi tanggungjawab kita
as parents
mentauhidkan Allah

wallahualam

Friday, July 15, 2011

kami berjalan2 lagi..part 1

Melaka road map - via the North-South Highway

kali ni entry aku mahu berkisarkan jalan2 cari pengetahuan..ok tak aku punya theme tu? tapi gambar yang aku letak dlm blog ni adalah hasil kejayaan aku meng'google' kat tenet je. gambar2 riang kami semua ada dlm kamera..malas nak upload la...so layan la citer kami je la..aku selamat pi melaka hari rabu lepas (13 Julai 2011)

A Famosa

Muzium Kesultanan Melayu Melaka

Muzium Islam Melaka

Stadhuys

Malacca River Cruise 

Beca Melaka

Jonker Walk

Jonker Walk

Malacca River Cruise

Muzium Samudera

Dataran Pahlawan

dua hari satu malam di bandaraya bersejaragh melaka tidak cukup untuk melawat semua tempat. aku dn cik husband bersama sofiya bertolak dr umah mil di klang seawal 10 pagi...b4 tu sempat la aku surf internet mencari rumah tumpangan atau hotel yang murah dan juga tempat2 yang wajib kami lawati...so akhirnya kami sampai kat bandaraya jam 1 lebih melalui Ayer Keroh...

sampai2 sana, terus cari hotel TIME, kenapa aku cr hotel tu? sbb harganya agak murah walaupun ada lagi rumah tumpangan yang murah..hotel TIME ni kami sewa satu malam dengan harga rm78 tapi kena ada cengkeram rm50..mananya dah check out nnt dapat la rm50 tu...biliknya agak ok la, dgn katil size queen, bilik air pun bersih, ada tv and aircond..cuma takde kettle je, susah la nak masak air panas kan..tp kat hotel tu ada tempat iron dan juga water cooler..bagi kami yang hanya mahu jadikan hotel tempat tdo, rasanya bilik tu mmg memuaskan...

kemudian petang tu, after solat jamak zohor & asar, maka kami mula expedisi mencari makanan..1st suami aku ajak makan kat kedai mamak, tp aku tak nak, aku minta suami aku cari tempat lain...so dalam pusing2 kami mmg tak jupe sehingga kepala aku ngan cik husband sakit kepala...last2 kami makan la kat food court kat mahkota parade...tp dlm food court ni pun chinese juga yang menguasai..mmg tak best la kalay chinese yang masak...tp aku order juga makanan wan tan  apa tah..lupa lak...suami dpt makan nasi..tp mmg aku tak jupe kedai melayu kat bandaraya melaka, mamak ada la...

so lepas makan, kami berjalan2 di dataran pahlawan..mmg banyak shopping complex ni..tp aku ckp la kat cik husband, kl pun ada tempat2 macam ni..tak payah la jalan2 dlm shopping complex..so kami keluar dr dataran pahlawan mall, kami ternampak a famosa..aik..kecik je..aku bayang besar la..nak citer pasal a famosa?? tak perlu la ..kan panjang lak entry aku ni..selepas puas amik gambar kat a famosa, kemudian pi muzium sebelah a famosa, muzium kesultanan melaka...mmg cantik bangunan kayu tu...

kalau nak tahu, kat bandaraya melaka ni, sape2 berminat buat research ttg sejarah, melaka adalah satu tempat yang bagus nak buat kajian, bermula dgn stadhuys, kat situ ada beberapa muzium antaranya ialah muzium Islam melaka, muzium umno, memorial kemerdekaan, muzium tldm, muzium samudera dan bermacam2 lagi..aku takde la pi semua muzium maklum la muzium tutup pun kul 6 ptg...tapi kalau nak masuk muzium, sure masuk kena ada tiket..so sekarang mana ada free..nak tak nak paling murah rm2..

sambil jalan2, kami bertiga sempat naik basikal..opss beca la..lama btul tak naik beca..ye la zaman kecik2 dulu beca pun merupakan pengangkutan awam..untuk beca ni, ada 2 pakej, satu 20 ringgit dan satu lagi 15 ringgit...tapi lupa la kalau 15 ringgit dr mana ke mana dan 20 ringgit dr mana ke mana..tp aku amik bayaran 20 ringgit la...

dan puas jalan2 dan amik gambar, aku kembali ke dataran pahlawan..kat situ ada gerai kraftangan..so kalau nak beli cenderamata, bleh je kat sini..tp kalau nak beli kat stadhuys pun ada, kat bangunan samudera pun ada..so korg bleh je beli macam2 goodies yang bleh dibawa pulang..baju2 mengikut fesyen pun banyak..tapi kalau korg nak naik menara tamingsari, dekat je..sekali naik rm10...tapi aku tak sempat naik la..nampak dr jauh je la...

tapi hakikatnya mmg banyak tempat yang patut dilawati, cuma masa menjadi kekangan nak lawat semua..kalau ada masa korang bleh pi Jonker Walk..ala macam Petaling Street tu..tapi aku tak berminat, just lalu je..tengok2 dr jauh..tapi Jonker Walk tu mmg satu tempat yang best untuk dilawati..begitu juga dengan Malacca River Cruise..mmg cantik pemandangan..terletak di sungai Melaka..

-------to be continue in the next entry

Friday, June 24, 2011

percutian yang dinantikan


ini la kami satu keluarga


suasana bukit tinggi pahang


agak lama tak update blog..alhamdulillah, malam ni dgn izin Allah, maka blog aku diupdatekan..banyak sangat benda nak citer..tapi terpaksa ditunda sehingga dah tak tau nak start mana. kalau kat uia skrg, nak blog walking mmg tak sempat..hanya blogwalking blog2 yang ada list sebelah tak pun yang famous amos kat Ukhuwwah Blogger tu..nnt add lagi bloglist tu..senang aku nak kenal lebih mendalam.

kenapa aku suka lepak ukhuwwah blogger..salah satu semua bloggers kat sana sporting..bleh citer apa2 aje..dn ia juga private group..hanya org tertentu je yang di'add'kan.

apa korang nampak? okey aku nak citer, percutian pertama aku bersama cik husband dgn juga my 1st daughter. b4 ni mana aku pi bercuti, maklum la..ada je halangan..dan juga merupakan percutian pertama untuk cik husband and his family sejak arwah FIL meninggal dunia 16 tahun lalu..bertapa kan diaorg tak melancong..so aku pun rasa happy kerana dapat menghappykan dioarg..

watak-watak yang terlibat ialah, my MIL, husband, sofiya, dan 4 org adik ipar-syaquif, atique, rahique and hetty. actually, aku tak nak pun bermalam kat sana..opps lupa lak nak bagitahu pi mana..kami bercuti di tanah tinggi pahang..kami bertolak dlm kul 10 lebih dr klang dan alhamdulillah sampai dlm 1 lebih..
tp encik syaquif yang beria2 nak bermalam, maka aku n cik husband iakan aje..tp percutian aku kali ni mmg jimat. hanya 250 ringgit aku bawa..itu la faedah kalau bercuti beramai2..memandangkan adik ipar yang beria-ia nak bermalam, dgn senang hati dia support penginapan, kami amik 1 suite dgn satu bilik..dgn harga rm 370..kalah duit aku bawa..duit tu aku guna bayar minyak 15ringgit, bayaran masuk, 12 per sekepala (total 84 ringgit) dan makan pagi berdua sebanyak 70 lebih sbb termasuk cukai..okey la kan..nama lagi bercuti..

aku bersyukur sgt, akhirnya aku jejak juga bukit tinggi, selama ni dok dgr org ckp je..lepas ni cadang nak pi melaka pulak..apapun genting aku tak pernah pg lagi..hebat tak aku??selepas solat zohor dn asar secara jamak serta qasar, maka aku bertolak ke japanese tea garden..opss b4 terlupa, aku terlupa bawa pampers sofiya..dgn izin Allah, maka terjadi la peristiwa tak bawa pampers sofiya, nasib bawa 2 keping CD - cloth diapers (boleh la back up kalau sofiya terberak).

aku ingat japanese tea garden ni camner la, rupa2nya tempat jalan2 di hutan..ada pondok (umah org jepun), ada taman yang comel2, ada taman dan bunga2 yang comel..dan tak lupe juga boleh sewa kimono- maaflah aku tak dpt la nak pakai kimono..mahal la 20 ringgit sewa..baik beli baju kimono terus..so aku juz amik picture satu pasangan couple yang tengah bz ambik gambar kat situ. mmg pancit juga jalan2 sekitar japanese tea garden ni..dan aku juga terkena sengatan binatang masa pegang pagar kat botanical garden..ingatkan ada kejutan elektrik..nasib skit..lama2 baik..


sekitar Japanese tea garden


suasana dlm bilik



puteriku sofiya yang happy


suasana malam

alamak, kalau nak citer mmg panjangkan..so balik dr japanese tea tu, kami pulang ke bilik..opss lupa nak cakap, tengahari tu kami makan nasi lemak yang dibawa bekal oleh my mil..nak beli makanan kat sana mmg mahal..air tea pun 8 ringgit, nasi lemak lak 21 ringgit..boleh pokai..so adik ipar aku sanggup turun kat bawah mencari makanan yang boleh makan la..sambil tu bleh beli pampers sofiya..
diaorg pi genting sempah.

ringkaskan citer, aktiviti malam, kami jalan2 disekitar kawasan colmar tropicale..itu la tempat tdo kami..kami sempat tengok aksi org main apa, tiup2 masuk mulut tu, lupa la apa dia panggil..dan juga magic show..tak silap aku budak yang wat silap mata ni dr thailand..semua adik beradik dia main silap mata..kakak ni umur 17 tahun, diikuti abg 16 tahun, 15 tahun dan last 12 tahun..kagum kejap macam mana dia leh wat silap mata..tapi mana bleh percaya benda camtu..kan syirik tapi aku amik ia sebagai just for fun..

memandangkan sofiya dah tdo atas pangkuan, so kami pulang dan terus tdo..aktiviti esok pagi, jalan2, amik gambar dan breakfast..tp cuti ke bukit tinggi perlukan bawa duit yang banyak sbb macam2 ada..kolam renang, kedai makan pun banyak tapi mahal..yang sedihnya kami tak sempat nak pi animal part sbb my sil semua lapar maklum la yang breakfast tu aku, husband, mil and hety..2 free and 2 bayar..kalau 3 org bayar gak, kopak la..so conclusion..kalau nak bercuti mmg kena ada duit kecemasan...okey sekian laporan aku sempena percutian ke bukit tinggi pada 18 - 19 jun yang lalu..lepas ni aku mahu jalan2 ke melaka..jom sape nak ikut...

Sunday, May 29, 2011

jalan2 di the curve


gara2 tak dpt update blog last week, maka hari ni dah masuk 3rd entry aku tulis, lagipun aku tak tahu nak wat apa dr tadi mengadap lappy je..cik husband smlm dgn hr ni asyik bz keje..padahal cik husband keje ngomen..nak wat camner kalu kuli mmg camni la kan..apapun hepi sbb tak payah aku bersusah payah balik klang..aik macam tak suke balik klang je..bila balik klang aku rasa otak aku ni jadi lembap..apa tidaknya, bangun lambat..makanan mil yang masak n sediakan..aku goyang kaki, nak kata jaga sofiya takde la sangat..ni pun sofiya tengah tdo..risau aku tengok kulit dia merah2..macam kena ruam la..ke sofiya alergik..tersilap makan..maklum la smlm aku suapkan dia mushroom soup..agaknya dia alergik mushroom..tapi aku tengok dia mmg sedih..tak lama lagi 9 bulan..tak pandai merangkak pun lagi..takpe la..asal sihat dah la..makan dah ok walau tak hebat macam anak org lain yang baya dia...

okey citer aku kali ni pasal xtvt aku last week..aku jalan2 lagi..tapi area kl..belum ada peluang nak jalan area luar kl selangor ni..takpe..nnt akan ada rezeki...aku mahu ajak cik husband pi bukit tinggi, opps bukan bukit tinggi klang yer...pi balik hari pun okey juga kan..maklum asyik org lain dok tayang gambar2 kat bukit tinggi, buat aku jeles..sejak aku kahwin blom berbetul2 jalan berdua..dah ada anak pun belum lagi jalan bertiga..tapi next year kami akan berjalan ke kuching dan juga pulau pinang..hahaha..gara2 booking tiket 10 sen..mst kelakar kan pi penang pn nak naik flight..aku ada kenalan kat sana..rasa tak susah la naik flight..

berbalik citer asal aku, sebenarnya tak rancang pun tapi petang sebelum hari kejadian, aku terpikir nak jalan2 ke ikea..dr umah aku ni tak jauh..10 minit je..guna highway SPRINT la yer..tp ntah macam mana hari yang aku nak pi tu aku sesat..nak cari mutiara damansara pun bleh tak jupe..jupe2 bandar one utama..tp tak hairan la sbb aku bukan org damansara pun..sesat tu menjadi adat la..cuma geramnya kalau sesat kat kl ni..kalu lalu higway yang bertol itu yang bermasalah..

akhirnya kami sampai kat the curve..lbh kurang 20 minit sesat..hihi..tapi kami masih tak lambat..dn merupakan yang pertama antara kami2 semua..actually ada kenalan my mil nak belanje..dia tokey stesen minyak..no wonder la dia ajak kami makan kat the marche...actually aku bukan pandai pun makan ala cam kat marche..aku ingatkan apa la marche..nampak dr luar macam pasar apa..rupa2nya restoren makanan barat..sape nak ketawakan aku silakan..sbb aku mmg jakun makan restoren camni..food court tu aku tahu la. kfc, pizza and mcD pun aku tahu...

jenis aku ni kalau tak de org perkenalkan tmpt tu, maaflah takde la aku berani nak pi makan tempat camtu..hehehe...jom tengok gambar sofiya..asyik2 gambar sofiya..jangan jeles..lagipun entry yang ada utk tatapan my sofiya, andainya aku pi dulu, tak sempat nak citer masa dia besar..dia bleh buka blog ni and baca...

 ini la dia marche


detik2 sofiya bila diagah oleh ibunya sendiri


gambar sofiya keletihan then tdo dlm pangkuan ayahnya


kat tutti fruity

mmg lama gak kami lepak kat sana..tp nak ckp makanan kat situ sedap, aku rasa biasa je..aku makan ikan salmon, plus soup mushroom- yang ni muak giler, agaknya susu banyak kemudian vanilla milkshake..dan makan juga pizza..


tapi nak dijadikan citer, masa aku dah bersiap2 nak balik, aku tetiba nampak ada air arak..alamamak, kedai ni pun serve arak juga..aku tgk pelayan dia pun ramai yang malays..aku hairan..even dia hidangkan main course adalah western food, tapi kalau ada arak tu, bukan kah aku bersubahat?? aku tanya la cik husband..dia ckp dia mmg tak tahu marche serve arak..aku pun dah mula sangsi macam mana diaorg masak masakan aku..kalau ada arak, gelas nak minum arak tu campur tak dgn gelas minuman yang lain..so conclusion, drpd aku tertanya2..lepas ni aku dah tak nak makan kat marche..walaupun org ckp boleh..aku tak nak bersubahat..my husband pun cakap..kalau camtu 7-e pun tak bleh la sbb dia jual arak..walau apapun aku mmg tak nak pi kedai2 yang mmg ada arak terang-terangan..alamak..kalau camni jusco, giant, tesco tak bleh pi...hahaha.,,banyak yang perlu dirungkaikan..aku rasa aku mmg tak nak pi restoren yang mmg ada arak..sbb aku dah rasa sangsi dengan cara masakannya..dengan cara mudah, selagi kite boleh tinggalkan..sila tinggalkan..sbb tu restoren kat malaysia tak mesra dgn pengguna Islam..


selepas lepak kat marche 2 jam lbh, aku jalan2 area the curve..1st time datang tau..hahaha..maklum la kl ni banyak sangat shopping complex..nak terjah semua tak sempat..itu belum lagi area sri kembangan, kajang, the mines...tapi yang bestnya banyak butik baby..tu geram sama dgn baju gaun baby..harganya takde la mahal sgt..okey, nnt nak raya akan aku ajak cik husband pi sini lagi..mahu cari baju raya..itu pun bila kami dipanjangkan umur lagi...tapi yang bestnya my hubby dpt kemeja dr 2000 men kot..kalau silap maaf la..sofiya dpt shirt..ni semua kawan ibu yang belanja...tokey stesen minyak gaji 40k aoa kisah kan..dhlah tak kahwin..lagi la...aku ni takkan takde apa2 dgn kawan ibu nak dpt something..of course tdk la..dan aku skit tak kecik hati pun bila husband and adik-beradik aunty tu belanje mereka shirt..yang adik ipar aiq tu baju rege 300 lebih beli kat indiabritish...lepas shoping baju, aunty ajak makan kat yogurt frozen lak..tak silap nama fruitty juice..mulanya aku ingat aiskrim tapi yougust yang disejukkan...hahaha..org tak biasa makan...tapi takpe..Allah tak tanya pun masa kat dunia dulu, adakah kamu kat tempat2 itu..yang penting amalan kite..:-)


selepas lepak2 situ jap, aunty ajak makan lak karipap sedap kat ikea..melintas la kami ke sana..tengok2 kedai tu renovate..so tak dapat makan..maka takde rezeki..begitu la perjalanan kami seharian di the curve..cuma tak suke jalan2 dgn org camni satu je..bab solat dilambatkan..kami solat zohor kat kul 4 lebih..semoga Allah jage diri aku dr terpesong dr landasanya..ameen..yang syok berjalan ni bila sofiya tak meragam..dia diam je..kalau bising satu je..mahu nenen..seingat sekali je nenen...pastu masa balik qada' la..minum sepuas2nya..apapun i enjoy dapat jejalan ngan cik husband and sofiya..moga2aku berpeluang lagi jln2 macam ni dgn cik husband dn anakku sofiya

jalan2 di taman burung


agak lama aku tak update blog..hahaha..satu percapaian yang hebat..maklum la asal dok kat lab..mesti ada 1 entry..tapi disebabkan asal nak masuk blog je takdpt..hahaha..ciannnyer kat aku..link blogspot tu asyik2 tak dpt masuk..katanya 'not found'..ntah camner hari ni..pagi2 ahad aku berjaya la update blog aku dr menjadi sarang tikus..

sejak aku luahkan masalah kepada sv aku, maka tiap2 hari mulai minggu depan my sv akan datang jenguk aku..means tiap hari ada org push aku..hahahaha..maka rajin la aku lepas ni..mesti ada pro and contra bile everyday my sv dtg kan!! takpe la..aku tak kisah pun..mungkin kedatangan my SV kat tempat aku, maka rajin la aku nak wat research ni..

actually, sabtu lepas..21 may lepas aku berjaya menjejaki kaki ke taman burung kl..taman burung terbesar di dunia..so maka harganya mmg mahal la..tiket pun 20 ringgit, itu kalau ada mykad..kalau tak 3 ringgit..kalau international lak 45..huhu..mahal kan..lagi satu yang aku tak puas hati ialah pasal makanan yang kena caj tambahan 1.50 dr harga biasa...malaysia..malaysia..kalau rakyat tak sengsara..bukan malaysia la..

pada mulanya bila tengok mahal je, mahu cancel je..lagipun umah aku kat pantai dalam..setakat nak pi taman burung tu..10 minit je sampai..tapi takkan nak wat keje sia2..so aku redah la..mahal-mahal la..semoga pemimpin kita yang tidak berhati rakyat akan dilaknat Allah..

sepanjang perjalanan pi taman burung, sofiya takde pun meragam..mmg dia tak faham apa2..tapi alhamdulillah, aku dikurniakan sofiya yang mudah dijaga..dlm 11.30 pagi aku berkeliaran di taman burung hingga 2.30 ptg..sempat la sofiya tdo sekejap dlm keter sorong..cuma yang aku tak tahan dgn kelaparan..nak beli dlm tu pkr 3-4 kali..last2 aku beli juga aiskrim untuk lepaskan kelaparan aku..



memang jinak2 burung kan taman ni..macam kawan lak bila jalan bersebelahan..tapi diri ini takut juga..takut dipatuknya..paling banyak burung merak..asal jalan mesti jupe si peacock..jarang sekali dia kembangkan ekor dia..aku jupe flamingo kalau merah..wow!seksi kan kalau flamingo merah kan..tp sure nampak garang..
apapun aku mmg seronok dpt jalan kat situ walau dlm keadaan lapar dan juga cuaca kejap panas kejap redup..jom kengkawan dtg la ke taman burung KL..pasti menyeronokkan melihat ciptaan Allah..




time kat parrot, lagi best..mmg jinak parrot ni tau..cuma still tak berani nak pegang..dah la parrot tu warna-warni..so beautiful..sambil2 jalan tgk burung sambil tu bleh lihat kehebatan Allah dalam penciptaanNya...kita bleh didikan tentang ketuhanan pada diri dan anak2..semoga perjalanan aku tu memberi keberkatan dalam hidup ini dan dijuga sebgai amal di sisi Allah.


selepas puas berjalan, kami solat zohor di luar taman burung..walau sibukt berjalan2, tp tugasan pada Allah jangan dilupakam..jangan tinggal solat walau keadaan..kerana solat itu merupakan tiang agama dan juga soalan pertama di akhirat kelak..


usai solat, aku mengajak suami aku cari bahan2 nak buat kek kt kedai yen bakery di lorong haji taib 1..1st time lalau jalan tu..mmg patut la kawan yu dikatakan gelap..mmg banyak rumah tumpangan..tp kenape kerajaan malaysia tak hapuskan rumah2 maksiat itu? renung-renung kan lah!

Thursday, August 6, 2009

Jalan2 ke SABAH

INI LA IA BARANG2 YANG DINANTIKAN ORG SEMENANJUNG




TUJUAN AKU KE SABAH-TGK ORG SABAH KAHWIN (PELAMIN)


HANTARAN BAGI KEDUA2 PIHAK (SABAH VS TRG)


ANTARA TEMPAT YANG DILAWATI

sebenarnya dah hampir sebulan lebih aku cuti-cuti ke sabah. ia berlaku pada akhir 26/06 hingga 29/06. sebenarnya banyak halangan untuk aku dn kawan2 sampai ke sana..faham2 je la kalau nak dapat tiket murah kena booking awal.

kisahnyer begini, aku mempunyai junior kat uia dulu, org sabah, papar tempatnyer...aku memang rapat la juga...akhirnya adik aku langkah bendul, aku blom kahwin lagi tp bakal kahwin...

bermula dgn niatku nak pi majlisnya di sabah, aku tanya la my ofis mate, nak pi sabah tak, my friend kata nak, kakaknya pun ader kat sandakan...so aku booking flight..airasia la..bulan 1 je..tetiba ada pulak kawan aku nak follow kitaorg ke sana, tp masa aku booking tu last tarikh untuk tiket murah.

then tetiba masa valentina day, ada promotion, aku suruh la kawan2ku appaly..so dapat la 4 orang yang pi..maka rombongan ku seramai 6 orang..dengan bayaran 200 sorg pi balik. masa aku nak pi aku guna mak aku punyer kredit kad....aku malas nak guna kad kredit nie...

tiba hari yang ditunggu, memang sedih, hanya kami bertiga dr semenanjung yang mampu pi...
kami tolak dari dungun malam 25.06 dgn bas, dari putra ke kl sentral amik bas lagi..penat btul nak sampai lcct...so sampai dlm kul 12 kami tunggu kat surau dulu..maklum la flight 5,40 ptg...

after check in, kami tunggu flight..berdebar ke naik flight???tak kot..maklum la nak pernah flight b4 this....tapi masa remaja..blom keje waktu...masa naik flight, aku tak duk sama ngan member..sedih gak, tp nasib aku untung..duduk dengan uncle yang memang org sabah..best masa uncle tu ajak minum dlm flight..free..siapa tak nak..tp aku tak minta pun apa2 sbgai nak contact nanti..payah la dlm flight nie...

sampai kat kk, memang dah gelap wlaupun baru 7.40 mlm, maklum la 7.40 mlm sana sama 8.40 sini..memang dah gelap..sampai di kk abang adik junior ku jemput, kawan aku sorang ikut aku sorang lagi dh janji nak jupe kawannyer yang keje kat sandakan..sanggup dtg dr sandakan semata2 nak jadi tourist guide kami sepanjang 3 hari kat sana....