Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, November 26, 2009

kehidupanku

hari ni merupakan hari ke-5 aku hidup sebagai wife kpd en husband..besok raya korban..
aku korban kan untuk tidak beraya di rumah mak aku..
hari ni aku beraya di klang..di rumah ibu yang merupakan mak mertua ku...


sebenarnya banyak yang nak dicoleteh tapi keadaan yang tak mengizinkan..terlalu banyak yang dikongsi..macam mana majlis ku yang sederhana..majlis dlm suasana hujan..i will tell u later...
so hari ni sekadar mencoretkan yang biasa2 aje..nanti life dah normal, write again...

Wednesday, November 18, 2009

hujan










hujan mulai turun..Ya Allah, jangan la banjir masa majlisku nanti..kesian kepada pekerja2 ku nanti..walaupun majlis ku makin hampir..makin tak tahu nak buat apa...macam semua dah settle je...











malam ni malam ihtifal adikku..adikku berjaya dapat no 3..good for her...agaknya kalau rajin, sure la no 1...i must go for this majlis demi meraikan kejayaan adik bongsu ku...esok upsr kuar..mesti adik2 darjah 6 cuak kan...
sebenarnya hampir 3 bulan aku tidak menulis..sejak ibu masuk wad..alhamdulillah penantianku berakhir..ibu dah selamat laser hari isnin lepas..dan hari ini boleh kuar hospital..3 minggu di hospital..21 hari..apapun ia adalah salah satu kenangan yang mungkin tak dapat aku lupakan sempena majlis pernikahku..
aku kena terima hakikat..setiap apa yang berlaku dalam kehidupan ini adalah ujianNya tidak kira masa sihat atau masih sakit...adakah bila kita betul2 dikurniakan kesihatan yang sihat..kita menghargai dan mensyukuri nikmat Allah..begitu juga sebaliknya..adakah kita terlalu melatah setaip dugaan ya Allah bagi..keimanan yang kuat tak kan membuat kita mengeluh dgn setiap ujianNya..

takde apa yang boleh coretkan dalam membuat persiapan majlis pernikahan ku..mungkin no mood to write and share perasaan before kahwin...sebenarnya banyak nak cerita..tapi belum masanya kot..



Tuesday, November 17, 2009

payahnya nak menulis

hari ni aku kena berucap..alamamak..pengucapan awam pulak..well..nampaknya tinggal 2 days i will be here..then i chow. :-P

well sebenarnya dah lama tak menulis..banyak gak reason nak kasi kalau nak kasi..first..sure la saya punye pc kat umah..internet asyik problem je...lagipun my solemnization bakal tiba..dup dap dup dap...so alhamdulillah semua macam get ready je..yang tinggal maybe makan minum je kot..hantaran pun hampir siap...

kalau cakap budget..memang la lari..tp nasib la ada duit yang di 'spend' kan..kalau ikut hati nak buat yang terbaik..nak bagi majlis ni perfect..tiada cacat celanya...
cuma bila hitung hari..tinggal 4 hari jer..ahad dah nak langsung..cuaknyer....kan best kalu majlis simple2 je..no baju..no makan2..nie buat door gift pun hampir 1000 paper bag...ya Allah..ramai betul kenalan mak ayah..subhanaAllah...

apapun try buat yang terbaik..bila cakap pasal perpisahan..memang akan terjadi..sedar tak sedar je..so terima la hakikat or realitynya memang itu yang akan jadi..dan perpisahan terakhir adalah kematian...

alamamak..dah kelam kabut penulisan ku..macam nak letak gambar barang hantaran..tapi takpe la..update kemudian...yang penting settlekan nikah..penyambungan di uia, ielts dan keje2 di politeknik ini............

Sunday, November 15, 2009

persiapan terganggu

lagi 8 hari bakal tiba hari pernikahan ku ini..tp ada banyak yang tak settle..especially my dress..
aduih..berbagai-bagai dugaan yang ditimpa untuk ku...banyak sangat ke dosa ku sehingga pelbagai dugaan terpaksa ku tempuhi..YA ALLAH, kasihani la aku..aku dah tak kuat untuk lalui nie semua...

tadi baru call tailor...dia cakap dengan happynya baju aku siap ahad depan..sedangkan aku nak pakai minggu depan..hari ahad..apahal aku di duga macam sekali..

ibu sakit..kenapa aku perlu lalui?? kenapa aku??? banyak sangat ke dosa aku...jahat sangat ke aku..tak terjawap aku...YA ALLAH..bantu la aku..

Thursday, November 5, 2009

tinggal lagi 17 hari

wow..begitu cepat masa berlalu? my preparation??? tak tahu la camne..
mak dia masuk ICU..masa tulis blog still kat ICU...tak tahu apa yang teruk sangat..
andainya dungun ke HKL dekat..awal2 aku dah melawat...



aku bukan tak nak melawat..tapi aku ni terlalu emo..sensitif lebih..itu sikap diriku sejak aku kecil..masa aku kecil dulu, kalau ayah pi kuala terengganu, aku akan akan intai di tingkap bilikku lihat di jalan, kenapa ayah tak balik lagi..sungguh cuak aku masa tu..aku risau ape2 akan jadi pada aku...sehingga aku menangis..itu yang pasti...perangai ku jadi sampai la aku meningkat dewasa...sayang tak aku pada ayah??? ya of course...i love my dad...aku akan menangis andainya ayah sakit...



mak aku pun pernah masuk hospital..kerana salah makan ubat..benda happen 9 tahun lepas...tapi aku cakap kat ayah aku tak nak melawat mak..sebab aku ni emo...aku takut lihat penderitaan mak aku..aku takut lihat badan2 mak aku kena cucuk sana sini...maklum la masa tu aku terlalu advance berfikir sehingga lah memang aku tak jenguk langsung..aku tunggu mak kuar hospital...jahat ke aku?? yang penting aku sayangkan mak..i love you mum..



berbalik ngan mak dia, aku kenal mak dia hampir 6 tahun..nak cakap close sangat tak la..tp close la...aku masih ingat 1st time jupe mak dia...bertuahnya layanan aku ketika itu..sehingga lah aku pernah menumpang duduk umah dia kerana aku buat latihan praktikal kat sana. mengikut offer letter, tempat praktikal ada offer accomadation..tp rupanya tak..terpaksa la menumpang..3 bulan...masa tu aku makan je apa ibu masak..tak payah masak pun...hehehe..tp aku takde la goyang kaki...baju aku basuh sendiri la..yang aku buat ialah lipat baju family mereka...dok umah org, pandai2 la bawa diri...



tetiba kegembiraanku untuk bernikah disekat oleh ujianMU..pada hari khamis lepas, ibu cakap tak tahan..then dia bawak ibu ke hospital, buat test urine n darah, ibu telah disahkan menghidap batu karang..sakit yang memeritkan..tapi aku still sabar..once bila dengar ibu kena tahan kat hospital, mula la kepala ni pk macam2...dulu pun dia kena sakit tu..hampir 3 years dia sakit sampai satu sem fail 5 subjek..itu la kebesaran Allah..



tp aku still tertanya kenapa bila majlis ku tinggal tak sampai sebulan, ujian itu datang..tapi aku kena ingat itu ujianNya untuk aku lalui..sebab Allah tahu aku ni cukup kuat untuk lalui semua ini..selama 4 hari ibu di htar then skrg still kat hkl..masuk hari ni 8 hari ibu dah kat hospital..sungguh lama...tp hari ni perasaan ku sudah redha..selama seminggu juga aku bersedih dan tak bermaya..aku pun tak tahu kenapa aku tak cukup untuk lalui ujianNya sehingga aku menangis..btul2 menangis...aku dengan ibu belum ada ikatan persaudaraan..tp aku btul concern tentang ibu..mungkin ibu dan dia tak tahu keadaan diriku ketika ini sebenarnya...tiap waktu aku doakan kesejahteraan ibu..dan cepat dikeluarkan dari ICU seterusnya boleh balik umah...AMIN

aku kena buat something untuk preparation untuk majlis nikahku..teramat simple...so i need to do...i need to hard...



ok...stop la dulu...dugaanMu baru skit, kuatkan hati..semoga aku makin sayang mak, ayah, dan ibu...I LOVE THREE OF THEM...

Sunday, November 1, 2009

penyakit batu karang

dalam membuat persiapan, aku dapat tahu my future mother in law..terkena sakit buah pinggang..dalam tempoh 21 days lagi..mcm2 dugaan ku...
sebnarnya dalam tempoh 2 hari bercuti..bukan waktu rehat..tetapi berfikir tentang dugaan itu..
mudah-mudahan Allah permudahkan jalanku ini..amin

sambil2 tu aku cari fact tentang batu karang..

Apa itu batu Karang

” Batu yang terdapat dalam ginjal atau lebih dikenali dengan “Buah Pinggang” terjadi dari tumbuhan kristal halus dari beberapa jenis kimia. Kimia yang paling lumrah adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali ialah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.Saiz batu karang ini ada yang halus seperti pasir dan boleh jadi sebesar bola golf. Kebanyakkan batu tumbuh membesar dalam ginjal, kemudian bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ianya menjadi bertambah besar.Kesulitan akan timbul apabila batu-batu menjadi terlalu besar yang mengakibatkan ganguan kepada perjalanan aliran air kencing. Ini boleh membawa kepada penyakit dimana kuman-kuman akan merebak. Gangguan dan/ atau perebakan kuman itu akan mengakibatkan kerosakan ginjal, jika tidak diubati segera.“

PUNCA-PUNCA PENYAKIT / FAKTOR RISIKO
1) Ketidaksempurnaan dalam aliran saluran kencing

2) Terlalu banyak makan makanan laut yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi
3) Kegagalan buah pinggang
4) Tahap metabolisme seseorang
5) Nanah yang mengeras akibat jangkitan kuman semasa kecil
6) Kekurangan pengambilan air minuman
7) Jangkitan parasit atau cacing di dalam pundi kencing

TANDA-TANDA / SIMPTOM
1) Sakit pada bahagian abdomen iaitu pada sisi kanan dan kiri pinggang

2) Kesakitan seperti berdenyut, berat, dan sakit melilit yang amat sangat seperti hendak bersalin
3) Loya-loya,hendak muntah dan berpeluh
4) Sukar kencing atau lansung tak boleh kencing dan kencing berdarah/bernanah
5) Demam yang mengigil dan tubuh jadi lemah,muka jadi pucat/sembab dan kulit jadi kering

PANDUAN BAGI PESAKIT BATU KARANG
1. Minum banyak air masak untuk membersihkan air kencing.

2. Elakkan minuman manis, terutama minuman karbonat.
3. Makanan seperti barli, kentang, keledek, berasaskan tepung gandum, bunga kubis dan pisang
4. Elakkan makanan kaya asid oksalik seperti tomato, bayam, lobak merah, daging, strawberi, koko, coklat dan teh.
5. Kurangkan pengambilan garam dan gula, termasuk ikan masin, jeruk dan coklat.
6. Banyak makan sayur-sayuran dan buah-buahan kaya serat.
7. Kurangkan sumber protein haiwan, sebaliknya gantikan dengan protein tumbuh-tumbuhan.
8. Kurangkan minum kopi, teh dan alkohol.