Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).
Showing posts with label baby. Show all posts
Showing posts with label baby. Show all posts

Friday, June 17, 2011

Allah itu maha Mengetahui

alhamdulillah, sudah penghujung..esok n lusa adalah weekend, maka aku bersama suami n cik sofiya beserta family in law bakal jalan2..hope menjadi la episode jalan2 ni kan! actually mood nak wat research ni sudah menjunam ke dasar lautan..ntah bila akan timbul..wallahualam..


nak tahu apa jadi dengan research aku?? aku skrg dah dpt data eye movement tu, tp masalah aku pening camner nak create condition, mengatakan wheelchair move ke depan, move backward, turn left, turn right..itu my 1st problem..2nd problem, skrg aku gunakan data eye tu wat simulation..aku guna 2 software..satu matlab dan satu lagi visualnastran..masalahnya kat visual, menunjukkan ada pergerakkan begitu juga dgn bacaan data..tp bila plot kat matlab..no movement..huhu..dah tukar gain and error gain tp still sama..maka jawapannya aku fed up..



now memandangkan one of my UB pregnant, maka aku mahu kongsi satu citer atau my opinion la..rata2 ada 2-3 blog aku baca, dia seolah2 tidak happy dengan kehadiran janin dlm perutnya..masyaAllah..adakah ada dulu aku bersikap macam tu?? merenung sejenak..oh tidak..sbb awal2 kahwin aku n cik husband sudah berbincng tentang anak..kami tidak merancang untuk 1st baby..so bermakna cik husband mahukan anak as soon as possible...aku kahwin bulan akhir bulan nov..maka bulan 12 aku period..bila aku bagitahu period, bertukar air muka cik husband..aku pun ckp..'usia perkahwinan kite awal lagi, tak perlu sedih'...bila datangnya bulan 1, period aku tak muncul2..aku dah decided akan test dgn pregnancy test yang aku beli kat watson..bile check2..still in blur situation..tak puas hati lagi..aku beli lagi satu pregnancy test..still in blur situation..aduih..susah nak memastikan aku pregnant atau tak..tapi aku ckp la kat cik husband..macam dah pregnant la..riak muka cik husband dah nampak happy n terus bagitahu my mil, maklum la masa tu aku still stay with my mil and his siblings..bila aku start rasa tak sedap badan, baru aku rasa confident aku pregnant...tak silap aku, bila 5 weeks baru aku pi klinik ana..tp doctor tu ckp kalau test pregnant +ve, maka pregnant la..takde check bagai ke apa..bila week 13 baru aku laporkan diri kat klinik kesihatan pandamaran..okey stop sejarah pasal terjadiannya anakku sofiya yasmin.


aku sedih bila baca blog yang tidak happy menerima kehadiran org baru. ada yang merasakan kehadiran janin tersebut bakal membebankan dia..memandangkan sofiya dah 1 tahun..n target aku bila sofiya dah 3 tahun akan ada adik..means masa dia umur 2 tahun lebih baru aku pregnant..so maknanya lagi setahun lebih je untuk aku pregnant kali ke-2..insyaAllah..tp aku tidak mahu set in my mind bila sofiya 2 tahun lebih baru aku bleh mengandung..before tu jawapannya adalah tidak..opss..larikan aku dr semua tu..aku mahu berfikiran positive..kerana aku yakin setiap apa yang dikurniakan Allah yang terbaik untuk hambaNya..Allah takkan memikul hambaNya dengan bebanan yang tak dpt dibebani..itu la, bila tengok si ibu diduga dengan anak sakit, mmg Allah tahu diaorg mampu untuk lalui..cuma ada la peribahasa mengatakan 'berat mata memandang, berat bahu memikul' itu mmg betul...


cuma cakap bab anak lagi, aku rasa aku perlu bersedia dr sekarang walaupun target aku lagi 2 tahun boleh pregnant..sbb satu je aku takut bila aku tak ready, aku akan salahkan suamiku dengan kehadiran janin itu..aku akan salahkan janin tu juga dan aku juga akan salahkan sofiya..maka kemudian aku akan jadi serabut..bayangkan andainya anak tu tahu yang ibunya pernah menafikan kehadiran dia dlm perut ibu, tak ke sedih anak tu??.tetapi aku bersyukur andainya bila 1st time dia tahu dia pregnant dia mulanya tak suke kehadiran anak tu, akhirnya lama2 dia bleh menerima kehadiran anak itu...sekurang2nya Allah bagi kasih sayang si ibu pada anak tu kan!!


sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. ada yang kahwin berbelas tahun baru dpt anak, ada yang kahwin hari ni terus lekat..sbb tu setiap apa pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita..tp masih ramaikan salahkan Allah bila sesuatu yang tidak diingini berlaku..contoh terdekat ialah kehadiran anak kedua..mereka belum bersedia dgn alasan anak 1st kecil, gaji tak banyak (2 ni termasuk alasanku jua)..tp kite kena ingat bahawa setiap anak dah ada rezekinya..sbb masa janin usia 4 bulan Allah dah tiupkan rohnya..bila masa mati, macam mana rezekinya..

so jangan la rasa sedih2 dengan kehadiran anak kedua sekiranya anak 1st masih kecik..mungkin anak yang lahir ini akan mengharumkan nama kita dipersada dunia..itu semua ketentuan Allah..risau andainya kite tidak terima dan redha dgn pemberian Allah, maka anak ini lahir dengan memusuhi kite..sentiasa buat masalah dan sentiasa menconteng arang di muka kite..sungguh malu..sbb tu, setiap anak yang itu ada haknya..jangan sesekali menafikan hak dia..teringat citer nora elina episode last apabila nora elina bersalah dalam menafikan hak anak dalam janinnya kerana suaminya pernah merogol..oleh itu sebelum mengakhiri entry ni, apa kata setiap pekerjaan kite mulakan dgn niat, lagipun adis pertama pun bercakap pasal niat..bila niat kite betul, maka akan betul la perjalanan hidup kite..dan bila kite niat nak anak2 yang baik, anak yang soleh solehah, mendengar kata kite, menghormati kite dan juga org tua..maka kita akan dapat..


sebagai kesimpulan, jangan tangisi kehadiran anak kerana ia adalah rezeki kurniaan Allah..ingatlah di luar sana lagi ramai yang berusaha mahukan anak untuk menceriakan rumah tangga. dan sebagai pengakhiran, mari lah kita sentiasa bersiap sedia dengan setiap pemberian Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..wallahualam..


Friday, February 11, 2011

aku sudah boleh gembira

wow! sungguh hepi aku di kala ini..apa tdknya..aku br je pump susu untuk my princess..alhamdulillah..pagi ni aku pump dpt satu belah 3.5 oz lagi sebelah 2. oz..total = 5.5 oz...


sebenarnya dah dah 2 hari aku rasa sedih..ye la pump..payah nak dpt banyak tu..paling banyak 40 ml..maybe 1.3 oz agaknya..sedih tau bila susu merundum..1st  nak bagitahu la..susu aku ni mmg tak meriah..tp cukup untuk si manjaku..alhamdulillah..masa susu aku 2 hari merundum tu..aku dah cuak..mampukah aku susukan my manja sampai 6 bulan..lagi beberapa hari je nak genap  6 bulan..kalau kat KIM..nak dpt diploma...


aku tak tahu kenape susu aku mula merundum..actually masa cuti chinese new year aku tak pump..antara alasan yang bleh diberikan di sini ialah:-


1) aku balik kg..malas nak susah nak wat susu beku..nnt kena bli tong ikan dan segala bagai
2) peti ais umah mak pun bukan basar mana
3) tak tahu bila nak pump..maklum la blk kg..mst nak jalan2..no time to think nak pump


apapun my sofiya mmg asyik nenen..tp takde la sampai 24 hours...tp bila aku balik sini..ahad start balik mengepam..ok je..but start hari rabu n khamsi down sgt susu..smlm aku dpt kumpul tak sampai 10 oz walaupun 4 kali pumping...nasib ada susu yang dijadikan stok...susu yang dijadikan susu stok tak banyak pun..kalau aku kena kursus..sure kena bawah si kecil comelku ini...setakat ni..dlm 115 oz saje aku punye stok..aku tak nak sgt buat stok susu ni..nnt tak muat nak simpan mana yer?? nak beli DF kena fikir fulus lagi..adui..dunia sekarang wang 50 ringgit apa la yang dapat dibeli...


okey..kalau org lain ada macam2 milk booster..aku lak.sampai leni tak tahu apa milk booster..shaklee pun dah stok..tgh dok berkira2 nak beli..maklum la semua tu melibatkan duit..alamak sengkeh sangatkan aku??ntah la..buka kedekut pd diri ini tapi masih fail dlm pengurusan harta..bulan lepas kewangan aku dah jatuh 2000 lebih sebulan aku belanja..aduih..so aku kena balancekan semula kewangan aku...


cuma apa yang di KIM ckp untuk ibu..aku try..kalau tak menjadi..aku tak salah diri ini..yang penting aku usaha..dan yang penting aku berdoa kepada Allah supaya mengurniakan rezeki yang murah kpd sofiya..aku dr skrg ckp pada diri ini say no to susu formula..no solid food b4 6 bulan..sbb tu aku bulan ajar sofiya makan..tunggu 6 bulan..br ajar..ni sibuk cr resepi untuk my sofiya...

Monday, February 7, 2011

cuti sakan

agak lama blog ini tidak diupdate yer..huhu..hilang la citer suke duka aku nampaknya..teringat pulak tugas malaikat yer..yang patut dan taat pada perintah Allah..inikan kite manusia asyik alpa dengan kehidupan dan sentiasa mencari alasan untuk melepaskan diri..

kenape aku mulakan mukhadimmah tu??sbbnya aku terlalu lalai untuk mencatatkan apa2 diblogku..sedangkan banyak peristiwa or event yang bleh dijadikan semangat untuk memajukan diri ini..sungguh..aku alpa dengan masa..lalai sungguh..

okey sekadar tazkirah untuk diri yang terlalu lemah ini..actually hari ni genap my princess umur 5 bulan..wow! next month dah separuh tahun..nak tahu perkembangan baby sofiya??? dah jatuh 3 kali..hahaha..aku yang lalai atau my puteri yang buas..means nakal..kali kedua jatuh kat umah mak aku..dan kali ketiga pagi tadi..kedua tu jatuh tu ada kesan..ada darah kat bawah mata dia..nasib baik..kalau kena mata camner yer..buta la sofiya kan!!ini la gara2 ibu ayah tdo lepas subuh..baby letak tepi lak tu..aku ingatkan selamat..sbb luas..tp rupe2nya dia golek2..kemudian jatuh..nangis la gak..tp biasa je...

yang pagi tadi jatuh...nasib jatuh ada toto..jatuh dr sofa gelap umah ku..aku letak dia sbb nak kemas tempat tdo..tgk2 dah jatuh..huih..buas sungguh sofiya..skrg sofiya dah nampak gemuk..tangan, kaki dan muka dah berketul2..ntah berapa la berat dia kan..10 feb ni nak timbang 5 bulan..inject sekali..huhuhu..anakku yang aku sayang...semua org dah geram sbb dia dah gemuk...

okey..nak citer la gak..aku balik umah kat dungun..my parents kat sana..balik sejak hari ahad lagi..hingga sabtu..tup-tup jammed masa balik..sabar la jer dengan malaysia ni...tapi apa yang aku buat kat sana???hahaha..nothing..research langsung tak sentuh..kalu dr s tahu mampuih aku..mesti dia kata aku malas..tp mmg malas pun..blom ada semangat lagi..ya Allah, permudahkan my research ini...tolong la ya Allah..

tapi masa berlalu begitu cepat..rasanya tak cukup seminggu balik sana..perlukan lebih lagi waktu..my hubby pun cuti 2 hari untuk berada seminggu di sana...apa aktiviti kami di sana???
jom saya listkan

isnin: pergi iftar kat sek al amin..ada tazkirah skit pasal saudara kita yang berada di mesir..tp aku tak puasa pun..hehehe

selasa: pi tgk baby shee..asmaa; namanya..shee citer 12 jam menahan sakit..lahir kat kuala terengganu..klinik keluarga..bukan hospital yang sokong susu ibu..sbb dia dpt sponsor susu formula..so kena promote

rabu: pi mana? pi beli hadiah tupperware..hehehe..untuk majlis sue..surniza hilmin..pi sura baby gate..konon nak beli baby carrier atau car baby seat..tak berkenan..cancel..dah tak nak beli

khamis: pi kenduri sue kat kemaman.kerteh la..petang balik umah nenek kat setiu..jupe fai, kak zurina, kak farid n kak aishah dan juga jurugambar..eno

jumaat: balik dr umah tok pi kelantan..pi kenduri kawan kinah..jupe bf kinah..si erie..dah petang tau..makan kat balai besar..tempat tom yam sedap..kata suamiku..

sabtu: pi kenduri anak cikgu aku..teacher rusohati..si lia kahwin..petang balik kl..singgah kuantan anto ikin ke terminal makmur sbb tiket bas dah habis..sampai kl kul 10 lebih tapi solat jamak kat masjid negara..gara2 semua masjid tutup lepas isyak..tak berhenti kat poerhentian pasal penuh..huhuhuhu

ahad: lepak sambil beli brg dapur..huhuhu..habis duit btul kan..baru awal bulan..dah nazak...

mana time buat research???takde..hebat tak...

itu la cuti kami bertiga...yang penting kami enjoy..okey no gambar la entry ni...

Tuesday, January 25, 2011

kehidupan ku kini

kehidupan aku kini??wow!banyak ke berubah???sejak bila aku berhijrah ni...
takde apa nak citer sebenarnya..apapun hidup aku skrg mmg bz..kadang cam terkejar dengan waktu yang ada sekarang?cukup ke waktu itu??ya cukup tapi masa berlalu begitu cepat..

okey..kalau mak aku baca sure dia hepi dengan aku skrg ni..pasal lak yer? aku dah kembali macam dulu..
'mak, anak mak dah ikut usrah'..sudah 3 kali pertemuan usrah ku ini..alhamdulillah..sebenarnya my mom dah kasi my phone kat akhwat pj ni..so aku usrah area pj..

now jom kenal siapa ahli usrah ku

1st: mestilah naqibah aku..atau lebih dikenali sbg ketua..kak normah aka dr normah..keje kat hosp serdang..pkr bius..sedang preggy anak ke-5..baru bertukar dr hospt muar..tp kak normah org kl..anak perempuan sorg je..

2nd: kak ina atau nama penuh salina..seorg guru ustazah di sek men taman datuk harun, pj..seorg ibu yang rajin memasak..anak pun 4..ada master..grad dr um..pernah belajar kik @ kisas..suami keje lecturer um

3: aku la aka puan nurul (kuaw2) seorg ibu yang anaknya nama sofiya..seorg ibu yang kena amik master..ye la nak keje uitm..suami keje dbkl..skit je la pasal aku

4. kak ainil: ibu kepada 3 anak..chumel2 anaknya..maryam, hannah dan hassan..surirumah tangga..pun belajar kik@kisas..sambung degree mechanical kat imperial college, london..ayah org putih...seorg yang amik berat pendidikan anak2 dan cr hidup islam

5. amal - x student uia dlm bidang arch..blom keje..ayah president aqsa syariff selangor..anak ke 5 dr 7 beradik..lagi UK...

6. adawiyah - org banting tp kg terengganu..student uia gak..bekas la..keje arch kat company cina..stay kat university tower...

7..mazilah keje engineer dan suami accountant..

ok cukup dulu taaruf pasal group usrah aku..so now focus in my topic..kehidupan aku sudah berubah..mmg bz..balik uia..masak..basuh baju..mmg balik umah tak rehat..terus wat keje umah..nasib sofiya dok umah bs..kalau tak penat giler nak urus rumah ni..padahal umah kecik tu...then follow husband..husband anto pi usrah..opss lupe lak nak bagitahu..usrah aku kat little azhar..dkt ngan uia matrik..masa mula bagitahu almat..aku google la kan..ya Allah..jauhnya..macam mana ni..nak ckp husband lagi..ntah dia kasi ke tidak..alhamdulillah dia bagi akhirnya..

gambar sekadar hiasan

usrah abis kul 10.30 mlm..sure la sampai umah 11 lbh kan..balik2 terus wat keje umah..simpan baju sofiya utk dibawa ke umah bs..urus ebm..jemur baju..lipat baju dan segala bagai..tp aku bangga dapat buat tu semua..keje seorg isteri dan ibu...dah siap semua br bleh main dengan sofiya yasmin

Monday, January 24, 2011

peringatan untuk diri ini

dah lama rasa btul tak update citer terkini..asyik dok main fb..doing research???skit je  kot..banyak habiskan masa tak berfaedah...

org lain dok citer pasal perkembangan baby..aku..jrg skit nak citer pasal baby..ye la takut ader org kat luar sana jeles pulak..ye la ramai yang kat luar sana dah kawin 5-6 tahun masih blom ada anak..sdgkan aku usia perkahwinan baru setahun dah ader baby..rezeki..alhamdulillah

apapun nak citer la skit perkembangan sofiya..mudah2an 1 hari dia baca blog aku..andainya aku tak hidup panjang..dia boleh refer kisah dia kat blog ni...actually dah 2malam dia asyik nak menangis je..dah nenen still menangis..maklum la sekarang dia tdo petang..

smlm bukan main tdo kul 12 t/hari kul 6 ptg baru bangun..mak oii..6 jam..akhirnya my MIL yang kejutkan mandi..tengah2 malam kul 1 still tak nak tdo..gara2 tdo petang...sebenarnya ada peristiwa malam tadi..sofiya jatuh katil..sofiya mmg tdo ngan kami suami isteri..selalu ni dia tdo tepi pun tak jatuh..tp smlm nak dijadikan history kot..so dia terjatuh..bila dgr dia jatuh terus aku bangun..angkat dia..

adakah dia menangis?aku pun mamai masa tu..rasanya dia cry biasa je..tak kuat mana pun..nasib katil tu rendah la juga..dibuat katil tinggi macam mana la..adakah aku careless jaga sofiya? maybe itu dosa saya dn my hubby yang cubit sofiya sebab dia tak nak tdo..dia asyik nak menangis and meragam..hope dia takde apa2..tgk pagi takde apa2..risau juga...

mmg menyesal bile aku tercubit sofiya..geram + tension = marah so sape lagi yang harus dipersalahkan???syaitan mesti ketawa melihat kami yang cubit anak..sedangkan sofiya baru cecah 4 bulan lebih..dia tak tahu apa2 lagi...maafkan ibu yer sayang..

sebenarnya aku mmg sayangkan sangat sofiya..cuma ada time tertentu buat aku geram dgn dia...suami aku pun turut sama  marah dia...asyik dok cubit je dia..aku mmg takleh tgk suami aku cubit dia..mst nak cry..kadang aku pun cakap hubby kalau tak sayang dia..buang je dia..tak payah cubit dia..mmg macam tu la keadaan bila ragam sofiya tak dpt diatasi..tp apapun sofiya, kami tetap sayang kamu..satu2nya my little princess ibu..

sofiya bersama ayahnya

kdg2 aku terpk macam mana la suatu hari nnt Allah takdir ambil sofiya dr kami? sofiya hanya la pinjaman..begitu juga suamiku..hanya pinjaman..maka aku hendaklah menjaga amanah ini sebaik mungkin..aku akan bagi yang terbaik untuk my family...ya Allah, murahlah rezeki kami sekeluarga..
sekadar renungan aku bila berjauhan dengan sofiya n my hubby..

Monday, January 10, 2011

kehidupan aku

sudah 10 hari sudah kite berada di tahun 2011..too fast..kini masa sudah mengejar kite tanpa kite sedari..tanpe perancangan kite akan terbabas..dan yang paling ditakuti ialah kematian..sudah kite bersedia untuk bertemu pencipta andainya nyawa kite ditarik skrg??sudah..rasa gerun bila pk mati yer..tgk la skrg, yang muda pun ramai dah ditarik nyawa..plg dekat ialah kematian pelakon faizal yusof..

alamamak..entry tu sungguh menakutkan..ini sebenarnya tazkirah untuk diri sendiri,,jangan alpa dgn kehidupan dunia ini...aku ada satu impian yang tgh rancak dibincang bersama suami..aku mahu buka blogshop..nama kedai dah ader..brg yang dijual pun ade..ni dibuat setelah aku perhatikan blog2 di sekeliling..ada yang menjual sampai untung 2kali ganda..aku nak wat bisnes bukan nak amik untung sgt cuma nak amik untung diri sendiri..beli banyak dpt murah..tu la..hehehe..adak tak bloggers sana mahu beli barang2 aku nak jual ni..harga berpatutan sbb aku tak mahu amik untung sgt..sekadar mahu berbiznes untuk puaskan hati..wah2 hbt aku ada masa nak buka blogshop yer..doakan yer...

sebenarnya entry ni nak citer pasal life aku as student, mother to sofiya and wife to syafiq..ni semua adalah memori yang mesti tak akan lupekan..bermula bangun di awal pagi kul 6 pagi..then mandi..siapkan susu sofiya..means susu ibu dimasukkan dlm botol2 kecil..kemudian tgk kain, kalu banyak basuh..basuh sofiya pun ikiut mood..malas dgn mesin jawapannya aku basuh..dalam kul 7 tolak pi uia..be4 tu aku anto si kecik kat bs yang beberapa langkah dr umah aku..turun je dr keter, terus naik bas 91 pi uia..lepak2 kat masjid, libarary..hingga kul 3.30 ptg..bertolaj pulang ..sekali lagi naik bas 91..jln skit pi ofis suami..tunggu kat sana..pastu balik umah kul 5 sampai..amik sofiya..masak...pump susu..tp masa aku dok kat uia aku pump juga..jemur kain..prepare baju sofiya untuk esok..mmg letih tahap gaban..wah! mana masa study aku..sure la kat uia..tp kat uia pun curi2 tengok tenet ..yang research seciput je...huhu
 

sofiya dah 4 bulan..berat dia skrg 4.44kg dgn ketinggian 63 cm..nasib bmi naik baik...dia tu suke sgt cry..smlm bukan main..sedgkan aku baru prepare tmpt tdo..kemas apa yang patut..tapi dia btul2 tak menyabar..sampai terjerit2..risau juga kalau tak sihat..alhamdulillah sekarang dia masih sihat..perkembangan terkini.. suke main buih, jelirkan lidah, suka diagah dan suke berbual..hehehe..layankan aje..

Wednesday, January 5, 2011

cerita sana sini

wow..hebat tajuk entry aku kali ni??fuyoih apa la bakal aku coretkan yer..coretan aku ni mungkin luahan apa yang aku tengok di sekeliling..

setelah masuk 4 hari aku berulang alik naik ke bas ke uia..banyak btul aktiviti yang aku dpti..
1st aku nak citer la pasal anak gadis sekarang?ye la aku lihat makin ramai anak-anak gadis tidak sayangkan diri ini..kenape aku ckp begitu?? ye la pg sekolah tak tutup aurat..kalau kafir tu lain la..ni nama islam..tp aurattak ditutup..bayangkan naik motosikal, kereta pg sekolah..yang hantar mak ayah..dayus btul si ayah yang tak mampu menegur anak yang tidak menutup aurat..kalau si anak still tak nak dgr kata, why not pukul kan ajar..pukul nak mengajar..itu la aku rasa malu bila si ayah tak mampu menegur si anak supaya menutup aurat..

kes ke-2 aku nak citer kat sini ialah..tutup aurat..tp pakai tudung kecil sampai nampak baju dlm dan saiz breast..cuba bayangkan anda diperhatikan oleh seorg lelaki yang asyik memndang breast anda..tapi aku bisa berbicara org serupa itu tidak rasa malu menayangkan breast..bangga kot ada..that's why la anak zaman sekarang sukar nak dididik..pengaruh luar mengatasi segala-galanya..dengan pakaian yang singkat, ketat, tak menutup aurat ini maka berlaku la pelbagai gejala yang tidak diingini..masalah mengandung anak luar nikah,buang anak dan sebaginya...

di sini, sebagi ibu aku akan pasti aku bagi kepuasan pada my baby sofiya..sampai usianya yang sepatutnya akan ku ajar dia menutup aurat..n akan ku bagitahu kenapa itu tak bleh..kenapa ini bleh dan sebagainya..aku takkan pakaikan tudung untuk sofiya ketika dia bayi atau masih kanak2..sehinggalah aku rasa perlu supaya dia bebas untuk berfesyen masa kecil..bila dah baligh my baby dah takleh buka aurat...aku harap aku mampu jadi ibu yang terbaik untuk sofiya..buat masa ni aku sentiasa mengaji di sisi sofiya, ajarkan alphabet..hehehe..semoga dia menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat..aku rasa mmg sukar mendidik anak ketika zaman yang penuh pancaroba..

wahai ibu dan ayah di sana..luangkan masa bersama anak..penuhi ilmu akhirat di dada..jangan asyik mengejar kemewahan di dunia..

Monday, January 3, 2011

sudah tahun 2011

sudah 3 january 2011..cepatnya masa berlalu..begitu juga bila ku pandang the only one my princess..dah besar rupenya..lagi 4 days nak 4 bulan..tp bila org ckp ohh baru lepas pantang la yer..tp aku rasa dah lama benor aku bersalinkan sofiya tu...

before aku menjejaki kaki ke uia, aku lihat si kecilku dah bangun..tak cry pun..setakat 2-3 hari ni mood bangun dia mmg ceria..siap senyum2 lagi..tp once dah bangun..dia tak tdo2..payah btul sofiya nak tdo..bagi nenen la..bagi bottle..semua tak naak tdo..tp nak cry je..ye la mata ngantok..tp susah mahu tdo..itu la my baby..alamak entry pasal sofiya ke nie?

actually nak wish la selamat tahun baru...azam tahun baru? takde pun..cuma aku harap dpt spend my time for my family especially my family kt dungun sana..ye la dgn sofiya as cucu pertama..for sure mak ayah aku tentu rindu giler kat dia..so aku decide mst balik dungun sebulan sekali..tp bleh ker?

tapi aku rasa tahun ni tahun plg buzy..al kunun sbbnya tahun ni aku akan berhadapan dengan tugasku sebagai master student..aku dah berjaya dengan coursework so tinggal research..masih terkapai2 nak wat proposal..hehehe..ada keje tp wat macam takde keje..melayan FB..skrg dok tengek kat kump ibu2 menyusu..maklum la aku one part of them..walaupun susu badanku tak mencurah2 macam org lain..but aku tetap pump..hari ni je aku dpt pump 9 oz dengan kali perahan sdgkan org lain 9 oz 1 kali pump..semua tu rezeki Allah..kena patut bersyukur..balik dr uia nnt pump lagi..malam pump lagi...

apapun sejak aku dok berdua dgn hubby + sofiya ni..rutin sebagai isteri mmg banyak..penat tu penat..bukan penat pun cuma rasa macam masa mengejar kiter..mana taknya..keje rumah..layan suami..layan sofiya..fuh..mmg layak digelar iron lady...tu la proposal masih tak siap2..camner la ni..pening..asyik bangun tdo..mst pk research..huhu..sabar la..hope dpt settle proposal by this week...

okey before tamatkan coretan aku ni..maka dimaklumkan my research is about 2-wheeled wheelchair..with dr salmiah ahmad..lab tak booking lagi..my sv suruh dok mv lab...jap lagi pi kulliyyah jupe dr.raisudin...

Wednesday, December 29, 2010

sofiya dok umah bs

dah beberapa hari tak update blog..so tiba la hari ni aku citer la skit pengalaman anto my princess di umah bs..actually tak terfikir pun aku akan hantar sofiya di umah org..dulu masa awal perancangan jauh sekali nak anto sofiya ke umah bs secepat mungkin..tp keadaan memaksa..sometimes ada dgr juga org berkata2..'tak takut ke anto umah org?'... apa yang pntg kita kena yakin pada bs..insyaAllah baby akan selamat..apapun kena berfikiran +ve..

nak dijadikan citer kenape aku anto umah org disebabkan mak cik suami aku asyik tunda je nak datang..ada je alasan bleh tanya bleh datang tak minggu ni..maybe dia rasa bersalah apa yang dilakukan terhadap aku n suami..itu biar la rahsia kami..antara alasan yang diberi..kena siapkan baju la..maklum la mak cik amik upah jahit baju..adik beradik suami nak dtg la..tak pe la, tak nak jage sofiya kami usaha cara lain..mak cik husband dgn kitaorg pun bayar..apatah lagi dgn org lain jagekan sofiya..kami bayar juga..so kami tak kisah..sbb dua2 kaedah kami kuarkan duit...kami tak rugi dan untung..

sebenarnya bukan jauh pun aku anto sofiya..selang 2 - 3 umah je..jiran aku..pangkat pak cik mak cik la..so that's mean sofiya dijage oleh atok and wan..maknanya sofiya ada 2 atok dan 3 wan..hehehe..ramai kan! aku percayakan pak cik ni dgn isteri jage sofiya sbb mmg pak cik dn mak cik ada pengalaman jage budak..insyaAllah selagi tak dpt tempat kat iium educare, aku biarkan sofiya dijage oleh mak cik n pak cik..

semalam, sofiya mmg behave lah..nangis skit2 je ..sofiya ni kalau cry mmg lain dr lain..macam enjin bot nak mati..itu suami aku bagitahu la..kadang2 tak nangis pun..saje manja..maklum la dia sorg aje anak aku..manja bukan main la..kenyang2 pun still nak nenen di b***t ibu nya..takpe la ibunya blom tension dgn stdy lagi..

dan smlm 1 st time aku nak belajar cara pengendalian susu ibu..alhamdulillah..sofiya almost 4 months..she still minum susu ibu..lagi 2 months nak abis eklusif susu ibu....lepas ni dah bleh kasi sofiya makan...aku sebenarnya tak buat stok susu..maklum la susu aku cukup2 untuk sofiya...bleh pump takat 2 oz..tu aku malas nak pump..rupa2 semalam baru aku tahu..bila baby ngan kite mmg susu tak banyak..maklum la sbb dia selalu direct bf ngan kite..so aku takleh nak kecewa lagi...

nak citer la aku anto sofiya kat umah baby sitter dlm kul 7 pg..ingat lepas balik dr uia nak amik dia..tp pi jenguk tgh syok tdo..tak nak la aku ganggu..lagipun bukan jauh pun..so aku amik la sofiya bila my hubbynya balik..kul 5 lbh..takpe...masa sofiya takde tu..aku bleh la buat keje apa yang patut..masak la..melayan intenet..yang penting PUMP susu...itu keje paling penting..

alhamdulillah..semalam aku berjaya pump susu masa ketiadaan sofiya..hmpir 8 oz aku dapat pada satu sesi..sekali pump..terkejut..ye la tak pernah pump dpt banyak tu...aku pump pun masa dah sampai umah..dlm kul 2 lebih aku sampai umah..terus pump ...kemudian aku pump lagi sekali dlm kul 5 ptg b4 amik sofiya dpt dkt 4 oz..masa dgn dia aku pump dpt 2 oz..dan pg tadi aku bangun dlm kul 5 pagi dpt 3 oz..alhamdulillah..kira smlm aku dpt 16 oz..so bertambah semangat nak pump...

so semalamm aku ber fb cuba la tanya ibu2 menyusu macam mana nak handle ebm ni..maklum la 1 st time anto sofiya kat bs..so banyak la aku dpt..thanks ya para ibu2 di luar sana..untuk anak kena la banyak bertanya kalau tak tahu..aku ingatkan susu yang frozen bleh dibekukan semula bila dicairkan..hahaha..rupanya tdk..apapun aku yakin susu yang pump cukup untuk sofiya..aku pun ingatkan baby ni hanya minum susu yang difrozenkan..rupa2nya baby kena campur ngan susu fresh..so aku dah praktikkan apa yang diajar..b4 this semua susu yang dipump terus masuk frozen...

apapun aku nak citer la skit kebaikan susu ibu..setakat ni sofiya belum lagi demam..kalu selsema pun kurang..maybe ada tapi tak lama..alhamdulillah berkat susu ibu..kalau dia meragam cuma lapar, lampin basah..alhamdulillah..kite kena yakin je..kalau pasal makan..setakat ni semua aku bedal takde pantang..alhamdulillah takde efek la..aku rasa kat sini para ibu hendak la berfikiran positive..aku belum lagi diuji..maksudnya ujian dr sofiya demam, kembung perut dan sebagainya..sofiya mmg kuat..kalau kena inject pun nangis ciput je..pastu okey..demam tak..cuma yang satu aku perasan sofiya mmg payah nak tdo..kalau dah dpt tdo payah nak bangun...skrg ni suke isap ibu jari..org tua kata..'budak yang isap jari budak pintar..baik'..hope sofiya macam tu...tp bab meniarap..mmg dia malas nak buat..masa kat umah ibu bukan main lain..excited..tak dpt cry..tp umah sendiri suke isap jari dr belajar meniarap..sofiya..sofiya...tp kepala dia bleh tegak la..kalau aku tiarapkan dia..sure dia tegakkan kpla..tp tak lama..kejap je mesti cry..dia tak suka meniarap lama2..tak selesa agaknya...

okey la, last but not least..katakan tidak pada susu formula n yakin dengan setiap rezeki yang Allah kurniakan..semoga Allah sentiasa melimpahi rezeki susu kepada sofiya yasmin..ameen

Monday, December 20, 2010

susu ibu

sofiya sudah berusia 3 bln 2 weeks..so alhamdulillah aku masih berjaya menyusukan sofiya...exclusive breastfeeding??? do not know la..sbb mak mertua n mak cik suamiku n termasuk suamiku pernah kasi air kosong..aku??tak kot...dah ibu mertua n mak cik pernah juga gave neslec kat sofiya..sadis..sadis..

tp skrg sejak sebulan lepas, my princess mmg fully breasfeeding..alhamdulillah..dok dgn aku, apa yang ada pada diri ini dikasi untuk sofiya...for sure susu ibu menjadi keutamaanku..hari ni aku nak citer pasal menyusu..

masa lahir je sofiya terus aku menyusukannya..mmg kekok mulanya walaupun aku pernah pi kelas antenatal..tgk penceramah kasi macam mana nak menyusukan baby..mmg nampak senang..tp dah ada anak..buat secara praktikal..susah juga..tp sofiay 1st day dah pandai menyusu..maybe niat aku nak menyusu..so takde la susah dia adapt..

okey nak citer pernah 1 day aku menangis bila org cakap aku takde susu..sampai MIL amik air kanji suakan kat mulut sofiya..sadis..sadis..tp aku mmg tension masa tu..nak mid term..mmg stress menguasai diri..sampai aku btul2 penat susukan sofiya..kira 24 jam aku menyusukan sofiya tapi tak kenyang2 gak..cry je memanjang..tdo pun takleh sbb lapar..

okey..sampai skrg aku rasa susu aku tak banyak..kalau aku pump paling banyak dpt dlm 100 mlm..lbh kurah 3 oz..sebelah breast je...tapi breast satu lagi tak banyak sbb sofiya dah minum..aku try nk minum susu high goat..mak aku jadi ahli..so senang la nak beli..aku pun baru beli online ttng produk shaklee..hope susu aku banyak la..

sebenarnya aku jeles dgn member2 yang bleh hasilkan susu yang banyak sekali pump..terkedu ada member bleh dpt 20 oz sehari..tp aku nak dpat satu bottle pun payah..ke aku kena tingkatkan pump susu..nak kata kurang minum air..banyak gak aku minum..ntah la..ya Allah kurniakan rezeki untuk sofiya..belum terbuka hati ini mahu beli susu formula untuk sofiya...ada member blog tak payah supplement pun banyak susu..org kata makan sayur sawi la..daun kucai la..semua aku bedal tp production ttp sama..mungkin Allah mahu uji aku..cuma aku bukan rajin nak pump..bila org ckp kena rajin pump..aku terkial2 mencari waktu yang sesuai untuk pump..waktu tdo sofiya pun pelbagai...

Thursday, December 9, 2010

update tntg sofiya

hari ni..opss pg tadi aku bawa si sofiya yasmin klinik..buat annual medical check up 4 three months..
apa perkembangan sofiya yer??

skrg dia mudah sgt nak tdo..tak payah nenen lelama..kejap je tdo..
ni nak tulis skit pasal sofiya tntag berat, tinggi, bmi dan sebagainya


sofiya yasmin bermata bulat dgn berambut hitam

berat: 3.98kg
panjang: 62 cm
bmi untuk umur: 10
lilitan kepala : 41cm

tp sayang berat dia naik ciput je..so graf tak memuaskan..aku sudah tak tahu apa nak buat dgn my lovely princess ni..nak kata tak minum..mmg minum pun..ntah la..agaknya aku perlu suplement untuk pekatkan susu supaya dia minum susu ini..alhamdulillah setakat 3 bulan ni aku berjaya breastfeeding even susuku tak berapa nak banyak..macam2 aku try..makan kurma..ni nak try produk sharklee pulak..hope berjaya

Saturday, November 27, 2010

pengalaman itu indah..part 2

sambungan kisah bersalinku ini..
setelah puas berjalan di jakel and plaza perabot shah alam..aku balik umah..
alamak dah citer la apa yang terjadi lepas tu kan..

masa tu aku dah start cuti mid term break ngan raya sekali..kira 2 in 1 la..
so esokkan aku follow hubby pi keje..
walaupun aku dah cuti tp aku setia menemani husband pi keje..isteri mithali la
padahal aku follow hubby sbb nak bli carpet kat jalan tar..


masa pi jakel shah alam tu..carpet ader jakel ada jualan..ltp tak berkenan
corakknya tak cantik sgt macam kat umah aku skrg..huhu..cantik ke carpet umah aku tu??
persoalan yang terungkai...
well masa pi jln tar,,,mmg rabun mata gak nak cari yang berkenan
harga pun lebih kuran, tak macam kat jakel shah alam..harga nak mampuih
maklum la dia sorg je jual carpet..
kat jln tar bersaing2,...dlm sibuk cari carpet..
aku suruh hubby berhentikan kat tepi kedai2 nak cari tudung raya..
kalu ikut hati nak je shopping kat jln tar tu..
tp memandangkan hubby beli carpet 2 bidang n kena hantar kat keter
aku pun terpaksa la join hubby pi keter..so melepas la nak shopping area jln tar..huhuhu

kemudian kami balik ke umah sewa kami di lembah pantai..dlm pada itu aku ada cakap kat hubby
"macam mana kalau bersalin ptg ni..esok ke..maklum la asyik berjalan"..suami cakap "ok je"..

tp ptg jugak lepas dok pasang carpet, terus kami pulang ke klang..
buka puasa di rumah ibu..maklum la kami belum secara rasmi dok umah sewa..
selalu pi anto brg..itu je..

tp pengalaman bersalin tu mmg indah walau singkat..huhuhu
malam tu aku rasa sakit perut..lain skit tak macam hari2 sudah..
alhamdulillah sepanjang mengandung, perut tecik je..hingga kawan abg ramai tak perasan aku mengandung
ada pulak yang terkejut bila bagitahu my hubby cuti sbb isterinya bersalin..
aku tak sangka perut lain dr yang lain tu tanda nak bersalin keesokkannya..
mmg la sengal2 skit kat perut..tp takde la sakit sgt
lagipun before ni pun pregnant takde sakit belakang, kaki..
bengkak kat kaki pun takde..alhamdulillah..senang juga la pregnant

esokkan pagi sahur seperti biasa
apa yang aku perasan..aku susah nak buang air besar
rasa susah sngat nak buang air besar
3-4 kuar masuk tandas..tapi tak berjaya
tak tahu naper..tp aku berjaya juga..then aku sambung tdo..tak tahu nak wat aper..mmg target ader
nak solat dhuha dgn tadarus al-quran..kena abiskan juzuk 27..
tetiba aku rasa sakit perut..tiap sejam perut aku rasa memulas..aku ingatkan salah makan
terus aku contact hubby ckp sakit perut..
then sakit lagi selang sejam..aku sms hubby cakap sakit lagi perut n pinggang

then hubby ckp kalau ader apa2 bagitahu adik ipar, si syaquif..tp bila
time dia tanya aku dah ok..
dekat kul 1ptg hubby balik..terkejut gak yela dia tak bagitahu pun nak balik
pastu hubby ckp la jom pi hospital...aku tak nak..sbb ye la baby lambat lagi kuar
aku bukan expert sangat dgn hal bersalin ni..
tp bila ckp kat mak, mak suruh pi hospital..terus aku pg..mula2 mmg tak nak pi..
tp aku belum kemas pakaian aku untuk ke hospital...then suami susah payah a.k.a kelam kabut kemas barang aku..beg baby dah siap...aku rasa sakit takde la sangat..

terus aku pi hospital bertemankan hubby n adik hety..sampai kat sana terus pi bahagian kecemasan..arghh b4 terlupa, masa last pi toilet, kuar darah..dah nak bersalin ke????
sampai hospital..bagitahu sakit perut..tp diaorg ckp kena pi kat bahagian bersalin tu..
dgn sakit skit2 tu aku gagahkan diri ke bahagian tu dgn adik hety, suami lak pi cari parking..
masa sampai kat bahagian tu..ckp la sakit perut, cakap ada darah kuar tadi..
terus dia suruh amik berat dgn aku kena baca bacaan tu sendiri..hairan berat dah turun...

kemudian aku disruh baring..masa tu la first time check VE..cuak juga..ye la tak pernah rasa..asyik dok dengar citer je..mana tak takut..bila doctor check..katanya bukaan dah 5 cm..alamamk aku dah nak bersalin??sediakah aku??? terus tukar bau pink..pakaian rasmi..hehehe
tp masa tu hubby takde..maybe dia pi register aku nak masuk wad...
selepas puas dok kat katil tu..aku diusung masuk wad bersalin...

alamamk..panjang la..citer lain kali..nak pi layan sofiya dulu..perut pun dah lapau..huhuhu

Thursday, November 25, 2010

pengalaman itu indah..part 1

nampaknya semua org dok citer pasal bersalin..tp aku blom menulis lagi pasal benda tu..huhu..pengalaman??menarik atau tidak..vote sendiri...

tak tahu nak start camner..maklum la kehadiran babyku tidak seawal yang dijangka.
sofiya lahir lebih awal dr jangkaan..mengikut kiraan sofiya sepatutnya lahir 20hb sept, awal sehari my besday..tp dia keluar pada 7 september 2010 bersamaan dengan 28 ramdhan pd jam 6.42 petang..

masih ingat lagi diingatan sofiya keluar pada hari selasa..
aku sebenar tak tahu nak citer macam mana..bukan tiada pengalaman..tp pengalaman aku lain dr yang lain

okey before aku bersalin..aku telah berjalan sakan..bermula la al-kisah
aku mengembara ke sogo mencari bantal besar untuk keperluan rumahku pada hari sabtu..
dr klang aku sanggup turun ke kl semata-mata nak dptkan bantal big size kat sogo..hanya itu yang aku beli..dah dapat barang tu..terus aku ke rumah sewaku di lembah pantai..landing sekejap..after zohor..balik ke klang..tika itu aku masih bertenaga berpuasa

kemudian the next day, aku pi jalan2 ke jakel shah alam..mencari baju raya untuk diri ini dan juga baju melayu suamiku..hebat tak aku..last minute baru buat persiapan nak raya..itu pun puas aku merayu kat hubby nak baju raya..so kami jln2 di jakel shah alam pada hari ahad...bukan senang nak cr baju melayu kan..dgn aku lagi..mesti ada try and error kan..so takes time la...tengah hari juga baru kami siap shopping...pulang dr jakel..singgah plaza perabot shah alam..bersebelahan..tp kena pi dgn keter la..jenuh kalu jln kaki..

dr satu kedai perabot kami masuk..bukan ke main dgn sarat..tp sarat ke? aku tak rasa yang aku sarat mengandung..maklum la my tummy kecik je..kalau naik public..sure kena berdiri..mana org nampak perut aku..huhuhu..kedai perabot kat situ banyak la gak..nama lagi plaza,,,tapi semua mahal2!!waduh,,,bila diri mahu jadi jutawan,,kami balik dlm lingkungan kul 1..

sampai2 umah my family tak sampai lagi..so aku suruh la en hubby pi bayar zakat fitrah dulu...
masa bayar zakat fitrah dkt dgn masjid berhampiran..masjid ni tgh baiki...ader la hamba Allah kasi bubur lambuk kat kitaorg..apa yang pntg..bubur lambuk kat sini tak sama dengan bubur lambuk yang aku tahu buat..huhuhu...lepas tu hubby pi potong rambut pulak..nak beraya..kena la smart..nnt apa org kata..hehehe..

kena sambung la entry ni..huhu..so aku letak gmbr sofiya dulu


Monday, November 8, 2010

mechanical vibrations

tengok title je, mst rasa hairan..aper pulak coleteh aku kali ini kan..
kot2 aku nak mengajar mv pulak..aku rasa belum masa aku mengajar mv
aku belum mahir seperti dr. asan

well, aku telah berjaya menduduki peperiksaan mv pagi tadi..
pengalaman jawab exam???so cuak nak diceritakan..
sejak aku melahirkan sofiya, masa ttp mencemburi aku..aku lebih suke bermain dgn sofiya
semalam genap sofiya 2 months..skrg dia dah nampak berisi skit..
suke2..dia tak kurus lagi..penat study mesti aku main dgn dia..syok ader anak
tp kdg2 still rasa macam belum jadi ibu..huhu..kenape perlu ader perasaan macam tu??
nanti bile sofiya besar..dah tahu membaca, sure dia akan tanya ibu...

nak citer mv tapi melalok citer sofiya dulu..sofiya dah buat muke cry la..
sebenarnya aku tak puas hati jawab mv..drpd 5 soklan..semua kena jawab
tiada pilihan..huhu..ni tak best jd master student..maklum la master student dikira genius la konon
alhamdulillah...

sambung lagi pasal mv..aku mmg tak sempat nak jawab exam tadi..satu soklan tinggal..
bayangkan dlm satu jam nak jawab 3 soklan..mmg tekan minyak sehabis kuat
tp tak sempat juga..fail betul dlm pengurusan masa...salah aku atau salah dr asan yang buat soklan banyak2 tu...mst kena salah diri sendiri..

dlm perjalanan blk umah..diri ini membebel sakan..tak puas hati kenapa aku patut lalui tu semua
dengan keadaan physical yang kurang sihat..aku sakit perut..huhu..[ada citer disebalik sakit perutku ini]-ni akan dicerita di entri yang lain...
aku hanya berdoa moga aku lulus dgn jayanya untuk paper mv..dr asan siap bagitahu semua soklan tu ada dalam cth example paper..cuma yang aku tahu..hanya soklan last je..yang lain tak tahu la..huhuhu..mungkin aku tak pandang tak pun tak bg tumpuan..so luper la...huhuhu..
okey stop dulu..dah asar..jom solat asar berjemaah

Tuesday, September 14, 2010

Statusku berubah..

dengan rasminya aku telah menjadi seorg ibu...[rindu nak perut bulat..:-)]

itu la rupa anak 1st aku..lahir 13 hari dr awal dr jangkaan..tak sama dgn my birthday but at least we are the same month...

Wednesday, September 1, 2010

umah sewa

Eii entry kali ni nak citer pasal umah yang bakal aku duduki..buat masa ni kami hanya mampu sewa umah je dulu..nak beli umah? tunggu dulu perkembangan kerjayaku nanti..tgk after aku abis belajar, kat mana aku di'posting'kan..hope dptla area sini..shah alam..tp tak nak puncak alam..jauh nun..kat kuala selangor...Ya Allah, dgrla rintihan hambaMu ini..

buat masa ni aku still tinggal bersama dengan keluarga mertuaku di klang..bermalas-malasan di sana..kekadang rasa malu pulak stay kat sana..time bangun tdo yang tak menentu..kkdg kul 12 t/hari baru bangun..MASYAALLAH..tidakkah Allah jadikan bulan puasa ini bulan ibadat bukan bulan rehat sakan..maybe aku bangun lewat kerana menemani my hubby tdo..

pada sabtu lepas, suamiku telah diundang untuk bersahur dgn menteri wilayah..sape lagi kalau bukan raja nong chik..awal2 lagi kami bangun..mandi..siapkan apa yang patut..sbb lepas program tu kami mahu singgah di rumah sewa kami di lembah pantai...kami tolak dr klang pukul 3.30 pg..sungguh lengang jalan di jalan raya tp still ader juga kereta..maybe org baru blk dr kelab malam...kami sampai di ppr desa petaling dalam 4.30 pagi..nasib my hubby tahu jln nak pi desa petaling tu..so agak senang juga la nak ke sana....
slps sahur, suami bagitahu yang dia punya kencing berdarah..means kotor..aku dah cuak risau kalau my hubby akan ditimpa penyakit lamanya dulu..apa lagi kalau bukan batu karang...tp still okey lagi...lepas solat subuh, aku join sekejap tgk menteri kasi sumbangan kat fakir miskin, ibu tunggal, anak yatim dan sewaktu dengannya...then aku terus balik ke rumah sewa kami di pantai dalam..


sampai di sana yang 1st kami buat ialah pasangkan tikar getah...ingatkan nak terus gluekan tp keadaan suami ku yang penat, kami stop dulu...then kami terus tdo dgn nyenyaknya di atas toto narita..wow!nyenyak juga kami tdo walaupun bukan atas katil..tetiba my hubby mengadu dia sakit...ya Allah, sabar je aku dengan dugaan yang datang..bulan puasa..suamiku ckp kalau tak larat, dia buka je puasa, tp macam mana nak buka..nothing kat umah tu...so suamiku terpaksa tahan sakit..aku hanya mampu berdoa dan mengharap amalan membaca al-quran sbg penawar penyakitnya..hari ahad suamiku okey..tp hari isnin penyakit tu serang kembali..terpaksa la my hubby mc..tu pun aku suruh dia dapatkan mc kat klinik ana..nak pi htar, takut tak sempat..maklum la aku ader kelas kul 3.30 ptg..huhuhu...tp masa kat klinik ana, sempat la aku men'scan'kan baby...

okey nak citer pasal baby?opss...my baby!terasa lagi bertapa fobia aku di awal2 pregnantku..tup2 aku menunggu waktu je..yes!lagi 20 hari my baby nak kuar...aku kena get ready..cuma jangan la baby kuar hari ni atau esok sbb ibu masih mahu ke sekolah...mahu ke kelas...cuma aku mengharapkan baby yang aku lahir nanti sesempurna ciptaan Ilahi..masa scan hari tu pun, doktor pun rasa macam baby girl..berat pun dlm 2.7 kg..kepala baby pun dah kat bawah n masuk kat dalam..that's mean aku bleh lahir normal...sepanjang aku pregnant, hanya 2 kali je aku sempat..3d/4d scan tak sempat nak buat..kekangan masa dgn suamiku yang keje di kl sdgkan kami yang duduk klang...mmg teringin nak scan 3d/4d tp apakan daya..nak cr klinik yang buat 3d/4d pun satu hal...tp takpe la cukup la scan biasa je2 je..yang pntg baby kami sihat.



alamamak..bila pulak time nak citer umah sewa kami ni??? umah sewa kami tidak besar mana mana..yg pntg ader 3 bilik dan 2 bilik air..kami duduk umah flat tp nak anggap apartment la..baru best skit..dgn sewa yang agak berbaloi sebulan iaitu 124 ringgit je...hahaha..kami sewa umah di PPR Pantai Ria..kenapa my hubby pilih umah kat situ? sebab ader kemudahan komuter..sng nak ulang uia/mid valley..dn sebagainya...

semalam pun kami shopping barang asas elektrik...kami beli peti ais, tv led, stand fan and washing machine..semua cecah 4k..fuiyoh...lepas ni nak shopping perabot pulak..biasa la baru nak merasa duduk berdua...ye ker berdua??oh tidak!! kami bakal dapat baby..so bertiga....eii tak sabar rasanya nak duduk bertiga..kalau duduk dgn mertua..banyak perasaan segan dlm diri..dgn keadaan yang kurang larat mana la mampu nak duduk lama2 kat kerusi dan sebagainya..mmg malu tak bantu ibu di dapur tp apakan daya...

okey la dah banyak coretkan aku di pagi 1st september ni..nak sambung tadarus ngan nak buat assignment...jom senarai my work:-

1) project mechanical vibrations 20/09/10
2) project dcs
3) project robotics 21/09/10
4) assignment dcs
5) mid term mechanical vibrations 20/09/10

Saturday, July 17, 2010

kelas antenatal



okey, mlm ni nak citer kelas antenatal yang kuhadiri minggu lepas..10 july 2010..
kelas ni aku pergi bersama husband..of course la...wajib pi dgn spouse..wat naya je pi sorg2..sedangkan ilmu yang diajar patut share dgn husband sekali..he should know what his responsibilities as a new father and also a husband....what do and don't ketika his wife pregnant and also nak bersalin and juga after born a baby...

sepatutnya entry ni dah terpapar minggu lepas tetapi sibuk sgt la [mengalahkan PM - tgh pening rakyat merungut minyak naik..BN-barang naik]...terpaksa aku tundakan coretan ku ini..mula2 ingat tak jadi pi..tapi pagi sabtu lepas, suami ku yang ter'excited' nak pi sehingga lepas solat subuh terus google map kat mana kpj specialist selangor ni..rupa2nya dekat je..kat section 20..ala..dkt dgn tesco extra shah alam..


okey..sampai kat sana dalam kul 8.15 pg..kami bersarapan dulu di kedai yang nampak esklusif -thai restoren..lupa lak nama..aku makan roti telur and my hubby kuew tiaw goreng..tapi mak aiii..sarapan je kami dikenakan 9.55 ringgit..bayangkan roti telur 2 ringgit, kuew tiaw goreng 4 ringgit...so expensive harga sarapan kami..

kami kena daftarkan diri kat sana dlm 8.45 pg..sampai kat sana terus park keter..tp kat sini parking keter pun kena bayar..maklum la hospital berbayar..all about money...
masuk2 je mmg esklusif la..maklum la jarang pi hospital berbayar ni..prefer gomen je...hehehehe..org kuat gomen katakan...sampai je terus pi receptionist tanya kat mana tmpt kelas antenatal tu..terus diorang bagitahu kat tinggat 4...

kami pun naik la lift menuju ke tinggat 4..sampai sana terus bayar 80 ringgit untuk pendaftaran..dpt la door gift..dlm tu ader shampoo baby j&j and oil j&j...sebagai hadiah kenangan kami kami ke kelas tersebut..dlm beg tu pun ader pamplet tentang kpj n note tntag pembelajaran hari tu...

ni google from demc [ darul ehsan medical centre]..jupe time table ni..tp dah edit yer...

9.00 am - 9.30 am
Registration & introduction by Faridah Abdul Majid
9.30 am - 10.30 am “Care during pregnancy” by Faridah Abdul Majid
10.30 am - 10.45 am
Tea break
10.45 am - 11.15 am Diet and Pregnancy by Ms Norhafizah
11.20 am - 12.15 am Pain Relief during labour ” by Anaesthetist
12.20 am - 1.00 pm Process of Labour” by Obstetrician
1.00 pm - 1.40 pm Lunch Break & Solat
1.50 pm - 2.40 pm Care of the new born & introduction to Baby Massage ” by Pediatrician
2.45 pm - 3.40 pm Exercise during pregnancy & Breathing Technique During Labour by Ms Azura
3.40 pm - 3.55 pm Tea Break
3.55 pm - 5.00 pm Importance of Breastfeeding & Breastfeeding technique/ video show by Faridah Abdul Majid
5.00 pm - 5.45 pm
Bathing of Baby by Faridah Abdul Majid

5.45 pm - 6.00 pm
Tour to Complex (LR, Antenatal and Post Natal Ward and Scan)

ini la time table..tapi kelas ni habis kul 6.30..kami dibekalkan dgn cd massage baby..tp blom explore lagi..baby nak kuar br explore ...

so kiranya ader 8 slot..setiap slot diberi penerangan yang agak terperinci..tp diconduct oleh Pn Faridah yang petah bercakap dgn banyak tips senaman dan juga resepi masakan..tp sedih bila time dia citer pasal family dia..takpe la biar la rahsia kami yang menghadiri kelas tersebut..

kelas tersebut dihadiri serami 14 pasangan termasuk kami berdua..semuanya macam freshie..bakal2 ibu and ayah..diaorg yang dtg pun macam educated people..ye la..ader slot org putih..so kalau tak pandai bi takleh join la kelas ni..huhuhu..tp yang datang semua bakal ibu ayah yang educated..yang akan lahir di private hospital macam prince court..tp ader gak lahir baby kat hospital gomen..aku, sure la htar..wat per bazir duit..sakit sama je even kat hospital berbayar..

macam kpj selangor..4 beds harganya 1399 ringgit, 2 beds 1599 ringgit and 1 bed just 2099 ringgt..for 2 days 1 nite..takpe la..buat masa ni kandungan aku takde masalah..so lahir je kat hospital gomen...kat kpj ni kami ader wat lawatan..slot yang last..beza 4 katil dgn 2 katil ni hanya la tv je..tp bilik ader bilik air..kami sempat juga melawat bilik baby yang pre-matured..kecian diri ni tgk baby lahir tak cukup bulan dan juga bilik rawatan penyakit jaundice...

okey kembali topik kelas antenatal..setelah kami daftar, kami didedahkan dengan pengenalan tntang pregnancy..speaker bagitahu kena pi klinik awal setelah mendapat tahu diri ini pregnant..maknanya buat buku pink kena awal..macam aku minggu ke-15 baru buat..nak wat camner..terlalu bz..dalam slot ni, diajar cara pakaian, annual medical check up..ye la kalau kandungan dan usia 28 ke atas..kena pi klinik 2 minggu sekali..then seminggu sekali bila kandungan berusia 36 minggu..kemudian diciterkan juga pasal physical examination..kenape perlu ader test Hb, weight, blood pressure, urine examination, palpalation of the abdomen dan sebgainya [andainya kamu mengandung, kamu tahu apa ujian yang kamu akan lalui apabila kamu membuat pemeriksaan kandungan]. selain itu juga diajar tentang health education..pasal diet. udara segar dan cahaya matahari, exercise and recreation..bowel dan sebgainya..tp isi slot ni mmg menarik..

kemudian slot diet pulak ckp pasal pemakanan yang btul..diajar macam mana mengambil satu hidangan..ye la bila tgk piramid makanan..macam karbohidrat tu kena makan sampai 8 - 12 hidangan..kan banyak..so speaker bagitahu la macam mana..contohnya makan pizza..bleh tapi sebulan kalori..1 potong dah brape kalori..kalu 4 kalori??bayangkan berapa banyak nak bakar kalori..kalau tak dibakar..gemuk la..huhuhu..ni nak bagitahu..masa program tu...isteri perut besar si husband pun peru besar..most camtu la..sorg dua je tak...

masa slot process lahirkan baby tu menakutkan..ader 3 stage..1st contraction, 2nd baby lahir and 3rd placenta ..means masa nak kuarkan uri..cuak juga tgk video kelahiran baby..ye la..ader 3 kaedah untuk lahirkan baby..first tentu la normal..yang ke 2 menggunakan alat macam forsep atau vacuum dan last yang paling tak nak pembedahan or ceaser...hope Allah permudahkan aku lahirkan baby ni...

slot menyusu baby kami ditayangkan cara menyusu dengan btul..aku mmg bercadang nak fully breastfeeding..banyak alasan kenape nak fully breastfeeding..yang penting, menyusu anak ni adalah hak anak tu sendiri..banyak dia belajar dr menyusu..tak macam minum menggunakan susu botol..semua note pasal breastfeeding ader dlm paper bag...so more info..kena la baca buku tu...

slot exercise pun menarik gak..kami ibu yang mengandung je buat..gmbar dlm hs husband..ntah bila bleh upload gambar yer..nnt2 la..suami hanya membantu si isteri je..tp mmg menyeronokkan walaupun exercise ni just 20 minutes..kemudian kami diajar mandikan baby..nak citer jugak ke?? tak payah la..mmg banyak info dapat dr kelas ni..kami juga diajar cara urutan baby yang btul..siap dikasi cd..so nnt kita tgk aper yang ader dlm cd tu ya!!!okey la..itu la secara kasar tentang perjalanan kelas antenatal tu...

Friday, July 16, 2010

kehidupan ku berubah


SubhanaAllah~sungguh indah ciptaMu

entry kali ni nak citer kehidupan sejak aku kembali jadi student yang ala2 ibu pregnant..what do you mean by 'ala2 ibu pregnant'??? gerak2 pulak baby kesayangan ibu yer..cam tahu je kita ckp pasal dia...dah 3 hari aku buat kiraan gerakkan baby..alhamdulillah..belum kul 9 mlm..dah cukup 10 kali..

ni nak citer pasal perubahan jadual atau rutin harian ku...aku telah kembali ke uia dan sudah melepasi 1 minggu..so tinggal lagi 13 minggu..but my baby pun tinggal lagi 10 minggu nak kuar..perutku dah mula nampak..aku mengharap baby yang lahir ini sihat dan cukup fizikalnya..


okey before citer my life, why not share pasal annual medical check up minggu lepas..yang aku pi hari selasa..pg kul 8.30 balik 12.30..bertapa lamanya aku di KK Pandamaran sehingga sakit punggungku..petang tu pi uia naik komuter..1st time naik sejak pregnant ni..geram jugak aku naik koc perempuan..tp ader pak cik2 yang masuk koc perempuan..tak rasa malu ke? dah nak wat camner kalau ktm telah mengutamakan wanita..tp yang fed up..bila komuter no air cond..sabar je...

okey, citer pasal AMC la yer..melaluk citer lain pulak
alhamdulillah..berat ku naik 1 kg lg..HB pulak tak check..sbb tak sampai sebulan..air kencing semua normal..baby gerak..tinggi rahim pun 30cm..jntung baby ok..so next AMC ialah 27.Julai.2010..that's mean lagi 2 minggu..ketika usia kandungan ku 32 minggu..cptnya..masih terbayang2 alahan pada minggu ke-5 hingga minggu ke-15..lebih kurang la...hari tu jupe doc check peparu..semua condition in good..tp hari ni terkejut..perut ku dah nampak..camner nak hadapi lagi 10 weeks..more weeks need to go..ni pun rasa mengah2..jln pun dah takleh laju..maklum la mak buyung :-p...nak tunduk ambil brg pun dah tak leh..sakit perut..huhu..itu la manisnya bila dapt pregnant..cuma harap anak ibu tak meragam sepanjang ibu study sem ini..

okey kembali kepada title..hidupku btul2 berubah..semua sedia maklum..aku terpaksa bangun seawal 5.30 pg..untuk bersiap2 mengikuti suami pi keje jam 6.20 pg..kemudian lepak di ofis suami ku..buat masa ni..keje lepak la dulu..br 1st week..no assgnment..no..no..i have an assignment from dr. momoh...assgn DCS- digital control system..tp no book, so my junior dah pinjam buku dgn dr.momoh..tunggu nak fotostat je...nak bli tak sure ada tak lagi kat kedai..maklum la 2nd edition...buat masa ni jadual aku still maintain..from 5 pm to 8 pm..so that's mean tp2 malam aku balik malam la..apa nak buat..demi segulung ijazah..kena la bersusah2 dahulu..then baru la bleh senang..nasib dianugerahkan suami yang sanggup berkorban..yang tukar hanya la kelas dr. momoh from 3 pm to 6.30 pm..ada break for Asar prayer..30 minutes..apapun kira ok la..drpd abis kul 8.30 mlm..


aku pun kena share jadual dgn husband maklum la husband pun student gak..student PLK di Uitm..itu la masalah kan..sorang di timur sorg di barat..my hubby kelas hari rabu, khamis and jumaat..hari rabu n khamis tu start kul 6.30ptg..nak tak nak..my hubby kena la balik klang dulu selepas bergegas hantar aku ke UIA..manakala hari jumaat 8 hingga 10mlm..itu la pengorbanan kami..di harap anak-anak kami memahami keperitan kami..maknanya kalau kelas pada hari rabu n khamis..nak tak aku kena la berdikari skit..naik bas from uia..bas no 91 and naik komuter kat bank negara..turun padang jawa..huhuhu..takpe la...tp aku bengang la juga naik bas ni..pak cik ni sesuka hati bawa bas..tak tahu ke yang aku ni pregnant??mmg tak tahu..maklum la perut bukan nampak sgt..rasa sakit2 badan bila turun bas..begitu juga naik komuter..sakit2 punggung..takpe la..kejap je penderitaan ni..just untuk 14 minggu je..so tinggal lagi 13 minggu..

semalam b4 pulang, sempat la sembang dgn jazlan..dia ask aku whether aku dah anto prposal belum ke PG centre???almamak!!kena hantar proposal pulak..dah subject smlm mcm scary even takde final..aku amik subject research methodology..seolah2 subject ni aku btul2 kena wat research..sabo je la..so pg2 tadi aku sempat la survey tajuk yang sesuai nak dijadikan my research proposal..tajuk apa yang sesuai yang berkaitan dengan control system ya!!!dlm fikiran ni macam2..tp kalau tak write down..sure lupe...so aku kena jupe lecturer minggu depan..untuk membantu diri yang lemah ini..jazlan pun ckp..pi je bilik lecturer..sembang and discuss the topic..and write down the research proposal and submit to PG centre...tak semsti 1st research terus accept..sbb tajuk ni bergantung pada hal semasa and course..kalau takde kaitan mst reject punye..bila dah diterima baru la PG centre akan daftar subject thesis sem dpn..itu la aku faham..takpe la..aku try do the best...

okey..itu la kehidupan aku yang bakal berubah..kuar tak nampak matahri balik pun tak nampak matahri..semoga Allah bagi kekuatan pada diri yang lemah ini..buat suami tersayang..terima kasih atas pengorbananmu..mudah-mudahan abg tak lupe bila kita dah berjaya nanti..InsyaAllah..




kehijauan yang mendamaikan

Tuesday, July 13, 2010

pasal kelas antenatal yang ku hadiri


actually post
ni sepatutnya tulis after aku balik kelas ni..maklum la kalau lmbat tulis..banyak yang lupe..tapi bz
[konon la tu] aku terpaksa tunda sehingga lah hari ni..before berciter lanjut pasal kelas yang aku hadiri..why not aku citer yang latest dulu..

smlm merupakan 1st day class for this sem..i am taking 4 subjects..then insyaAllah abis la for my coursework..another 2 sem just concentrate with my project and thesis..nak dijadikan citer..1st day takde kelas wooo..sungguh sadis..maklum la..aku beria2 nak pi kelas [konon lagi, hakikatnya malas..maklum la cuti tanpa buat apa2 begitu lama]...bertolak dr umah..stay kat ofis husband.

.untuk pengetahuan my hubby ditukarkan ofis..kira turun pangkat..dulu dok kat HQ ...now duduk kat branch..pejabat kecil zon..mmg kecil la pejabat tu..aku pun bosan..aku tgk my hubby lagi la bosan dgn tugas baru..macam penunggu je..baik keje pak guard je..apapun itu la rezeki suamiku untuk menampung hidup aku dn bakal anak ini..insyaAllah..setiap apa yang ditentukanNya ada hikmahNya..cuma still tak nampak..aku doakan my hubby dpanggil untuk post baru then berharapa tak ditempatkan lagi di branch..Cheras bukan best pun..hehehe..semoga kesulitan ini akan berakhir...


pagi ni aku tak ikut husband sbb aku kena pi medical check up kat KK Pandamaran..nak tak nak kena la independent..ye la my husband tak leh teman..tp ptg ni mengikut jadual..still ader kelas..start kul 5pm until 8 pm..aku pi naik komuter and my husband tunggu kat komuter bank negara..begitu la kehidupanku yang bakal berubah..semoga Allah permudahkan segalanya...ameen..jap lagi kena bersiap, nak pi Klinik Kesihatan..

okey..berbalik tajuk di atas..aku berjaya menghadiri kelas antenatal dgn husband di KPJ Specialist Selangor pada 10 July 2010..1st..ingat tak jadi..ye la kalau my hubby tak nak pi..so tak leh wat ape2..maklum la..booking pun last monday..so macam on the spot jugak la program tu..aku pilih 10th July sbb harapan aku nak balik umah mak pada 25 July..hehehe..tak tahu jadi tak..risau gak kalau hubby dok pening...lagipun hari jumaat malam tu..kami berdua telah dating di JJ Bukit Tinggi untuk membeli kelengkapan baby...tapi skrg aku kena waspada beli baju baby..sbb baju dah banyak..aku ni excited sgt nak bli baju baby ni..cuma harga yang tinggi buat aku slow down..ingat nak tunggu sale raya nanti..tp bby tak kuar lagi..huhuhu..pasti abg dan ibu tak kasi..nampaknya kempunan..kena tunggu sale yes la...[year end sales]...hahahah okey

aper aku bli malam tu :- jom aku senaraikan..nampaknya brg baby 100% dah settle..cuma barg ibu blom..huhuhu..kena nangis ni..baru husband bli cepat...


barang baby
* pampers newborn jenama drypers
* teether and rattle- murah sampai bli 3..mainan for my baby
* topi and mitten and botties - color pink [at least ader gak pink]
* baju baby newborn- color pink 2 pasang
[kena beli sbb scan dijangka girl]
* beg baby -
[sbb nak prepare brg ke hospital]

yang tak bli hanya la nappy cream..itu je..stroller nak bli after baby lahir..okey..katil baby..no need..sbb dia mesti tdo dgn ibu dan ayah dia..

okey barang for mom..

* pad maternity

* plastics for breast milk

yang lain2 blom beli..banyak lagi..nak pakai jamu apa pun blom dikenal pasti..tp my hubby bagitahu gaji bulan ni nak bli breast pump..nak try yang manual..jenama pureen je dulu..tgk tak berkesan ke tak..tak nak terus bli yang mahal..takut tersedung je kat dlm stor..hahaha.. alamamak..citer kelas antenatal kena tunda dulu...gambar2 update later..semua dalam hs my hubby...