Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Friday, June 24, 2011

Taat pada suami

Memandangkan hari ni hari jumaaat, apa kata aku kasi korg idea apakah yang dikatakan taat kepada suami sepnuhnya. Jelas sekali isteri wajib taat pada suami. kalau ikut kefahaman, taat ni adalah tunduk dan patuh. kalau suami cakap A, maka isteri patuh pada A. 
Dan seorang isteri perlu taat kepada suami kerana wujudnya ikatan pernikahan, walau bagaimanapun tanggungjawab itu bukanlah mutlak tanpa batas sempadan. Antara syarat yang mewajibkan isteri mentaati suami ialah suami juga perlu menjalankan sepenuhnya tanggungjawabnya terhadap isteri. Segala hak dan tanggungjawab saling bertimbal balik. Hak isteri adalah tanggungjawab suami. Sementara hak suami pula adalah tanggungjawab isteri.
Antara lain yang mewajibkan isteri mentaati suami adalah arahan yang diberi suami tidak bertentangan dengan Islam. Jika arahan suami bertentangan dengan ajaran Islam, arahan itu bukan saja tidak wajib dipatuhi, malahan suami patut diperbetulkan dengan cara bijaksana.

Mengenai tanggungjawab isteri mentaati suami boleh difahami daripada sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud).

kalau kita tidak taat pada suami, kite dikatakan nusyuz. apakah yang dikatakan nusyuz? jawapannya adalah derhaka pada suami. setelah kite berkahwin, maka tanggungjawab isteri adalah di tangan suami, bukan lagi pada ayah si isteri. sebab itu kite kena taat pada kehendak suami. taat pada suami ni banyak. kena patuh pada percakapan dan suruhan selagi ia tidak bertentangan syarak. kalau suami minta menutup aurat, maka perlu la menutup aurat tanpa bangkangan. 
Namun persoalannya, kenapa zaman skrg sukar isteri mahu patuh atau taat pada suami? kerana terlalu mengikut budaya barat? Untuk menjadikan diri sebagai isteri yang terbaik di sisi suami, kepatuhan pada setiap arahan suami amat penting, cuma kadang2 kite sendiri pun rasa adakah kite ni cukup patuh pada setiap arahannya. Apabila kita mengkhianati suami kita, kita dikategorikan sebagai menderhaka kepada suami atau lebih dikenali dengan istilah nusyuz.

Firman Allah bermaksud: 




“Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuz). Hukum nusyuz bagi seorang isteri adalah haram. Ia adalah satu dosa besar bagi seorang isteri yang nusyuz terhadap suaminya.” 
(Surah an-nisa’, ayat 33)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Jika seseorang lelaki mengajak isterinya ke tempat tidur, isterinya tidak datang dan suaminya tidur dalam keadaan marah, malaikat akan melaknat isteri berkenaan sehingga subuh.” 
Maka dengan ini, walau penat macam mana pun kita kena patuh pada arahan suami. Kerana nak masuk syurga Allah perlu mendapat keredhaan suami. Andainya tiada keredhaan suami maka hancur lah harapan kita nak masuk syurga walau hakikatnya kite beramal, buat ibadat siang malam.
So sebagai kesimpulan, selagi tak melanggar syarak, maka kita wajib taat pada suami. 

kematian itu pasti


semalam, tika nak tdo, aku amik la hs..tetiba aku terpandang ada sms dr emak aku...hs aku ni jarang ada sebelah aku..ntah, bukan kawan baik kot hs dgn aku..tp ada hati nak pakai hs canggih-manggih ni..pastu aku buka la sms 'alfatihah, pak cik li (ayah adik ema) telah dipanggil Ilahi' -terkedu aku menerima sms tu..sampai aku takut nak tdo, takut andainya aku pejam mata malam ni, Allah dah tak buka mata aku esok hari..alhamdulillah..pagi ni aku masih boleh menghirup udara segar.

minggu ni 2 sms aku terima dr emak aku. pertama isnin lepas..tok sedara kat Kelantan meninggal. dan yang latest pak cik li..bila dengar kematian, terasa dekat kematian pada diri ini..cuaknya..rasa macam bulu roma ni terangkat..terbayang si mati tu yang ketika arwah masih hidup..dah la smlm aku tengok citer 'tanah kubur kat channel 106'..

kenapa aku terkedu bila dpt sms dari mak aku smlm? jawapannya ialah, pak cik li tu jiran aku sejak aku drjah satu hingga aku tingkatan 4..lama kan dia jadi jiran aku..adik ema tu, umur dia skrg 21 tahun, pak cik li susah nak dpt anak..anak dia hanya dua dan sepasang. adik ema dulu ni jadi anak tunggal lama la gak..so kami adik-beradik la tempat dia bermanja2..mana mak and adik-badik aku pi, sure dia ikut..kalau mak pi kedai..mst dia ikut..mak aku pun dia panggil mak..kalau weekend, dia bosan makan sensorang, adik ema akan datang ke rumah aku, bawa makanan mama dia masak (mak cik na aka mama adik ema ni pandai masak). kiranya mmg akrab la aku dgn adik ema ni..kalau kami main sungai kat belakang umah, mst adik ema nak ikut juga, sampaikan kami kena marah oleh mak cik na..dan aku pun pernah tdo umah mak cik na semata-mata nak temankan adik ema tdo..maklum la anak tunggal, mst dia rasa bosan..skrg kami dah besar panjang..adik ema dah jadi anak dara dah..

so bila dengar pak cik li dah takde, sure la hati aku sedih..kerana kami mmg jiran yang rapat, paling suke pi umah mak cik na time raya sbb biskut raya banyak, maklum la mak cik na dulu pernah jual kuih raya..tp tu semua kenangan..aku rasa pak cik li tu lebih muda ayah aku...dulu, tak ingat tahun berapa, pak cik li sakit, dia lupa pada org, bila tenung lama2 baru dia ingat, dan bila dia ingat sure dia nangis..aduhai..banyak sngat kenangan aku dgn jiranku ini..tapi setiap yang hidup pasti akan mati..cuma tak tahu bila ajal akan tiba..bila wujud kelahiran maka akan wujud kematian.itu fitrah alam..mmg tak boleh lari. begitu juga kematian, tak dpt nak diawalkan dan dilewatkan..

bila cakap pasal kematian, last week, slot imam muda telah ditugaskan untuk handle kematian..ya, aku mmg peminat tegar IM- imam muda siri 2..maklum la siri 1st dulu tak sempat nak tengok..diaorg masa tu kena handle jenazah yang tak dituntut di hospital Kuala Lumpur, masa hari tu sebanyak 97 org mayat tak dituntut..antara sebab mayat tak dituntut adalah berisiko tinggi, dan warga asing. maka menjadi tanggungjawab pihak jawi.jakim dan pihak hospital menguruskan mayat mereka. itu mmg fardu kifayah..tak buat berdosa la..aku sungguh pilu melihatkan keadaan mayat tersebut..sangat3 kurus..dan sedih bila kematiannya hanya melibatkan org tertentu je..tiada sanak saudara yang uruskan pengeembumian..ya Allah, jauhlah aku dr semua tu..aku takut suatu hari nnt tiada siapa yang akan handle jenazah aku..bila tgk slot tu mmg rasa insaf sangat2..kerana kematian itu pasti..hanya Allah je yang tahu bila akan datangnya kematian tersebut.

bila cakap pasal kematian, mulalah terfikir, berapa amal aku, macam mana hubungan aku dgn suami, mak ayah, adik2, ibu mertuaku, adik-adik ipar, sanak-saudara..berapa banyak dosa yang aku dah buat, dah bertaubatkah aku? dn sebagainya..sbb aku sentiasa ingatkan kat diri ini, nak masuk syurga Allah tu amat sukar tapi aku masih bleh berfoya2 lagi..jarang bangun malam, jarang puasa sunat, jarang bermesra dengan jiran apatah lagi masyarakat..adakah cukup aku berbaik dengan suami, anak , ibu, mak ayah dan adik2 aku tp jiran atau masyarakat aku abaikan???opss sebenarnya banyak lagi tugas aku tak dilaksanakan..cukup ker bila tengok maksiat aku hanya berkata2..'argghh benci la..maksiat lagi' tanpa aku mencegah dengan pembuatan aku...ya Allah berikan kekuatan untuk aku menjadi hambaMu yang betul2 menjadikan Islam cara hidup di muka bumi ini sebelum hidup kekal di akhirat kelak....ameen..sedikit tazkirah sempena hari jumaat..jom jalankan kerja anda as a master student :-)

percutian yang dinantikan


ini la kami satu keluarga


suasana bukit tinggi pahang


agak lama tak update blog..alhamdulillah, malam ni dgn izin Allah, maka blog aku diupdatekan..banyak sangat benda nak citer..tapi terpaksa ditunda sehingga dah tak tau nak start mana. kalau kat uia skrg, nak blog walking mmg tak sempat..hanya blogwalking blog2 yang ada list sebelah tak pun yang famous amos kat Ukhuwwah Blogger tu..nnt add lagi bloglist tu..senang aku nak kenal lebih mendalam.

kenapa aku suka lepak ukhuwwah blogger..salah satu semua bloggers kat sana sporting..bleh citer apa2 aje..dn ia juga private group..hanya org tertentu je yang di'add'kan.

apa korang nampak? okey aku nak citer, percutian pertama aku bersama cik husband dgn juga my 1st daughter. b4 ni mana aku pi bercuti, maklum la..ada je halangan..dan juga merupakan percutian pertama untuk cik husband and his family sejak arwah FIL meninggal dunia 16 tahun lalu..bertapa kan diaorg tak melancong..so aku pun rasa happy kerana dapat menghappykan dioarg..

watak-watak yang terlibat ialah, my MIL, husband, sofiya, dan 4 org adik ipar-syaquif, atique, rahique and hetty. actually, aku tak nak pun bermalam kat sana..opps lupa lak nak bagitahu pi mana..kami bercuti di tanah tinggi pahang..kami bertolak dlm kul 10 lebih dr klang dan alhamdulillah sampai dlm 1 lebih..
tp encik syaquif yang beria2 nak bermalam, maka aku n cik husband iakan aje..tp percutian aku kali ni mmg jimat. hanya 250 ringgit aku bawa..itu la faedah kalau bercuti beramai2..memandangkan adik ipar yang beria-ia nak bermalam, dgn senang hati dia support penginapan, kami amik 1 suite dgn satu bilik..dgn harga rm 370..kalah duit aku bawa..duit tu aku guna bayar minyak 15ringgit, bayaran masuk, 12 per sekepala (total 84 ringgit) dan makan pagi berdua sebanyak 70 lebih sbb termasuk cukai..okey la kan..nama lagi bercuti..

aku bersyukur sgt, akhirnya aku jejak juga bukit tinggi, selama ni dok dgr org ckp je..lepas ni cadang nak pi melaka pulak..apapun genting aku tak pernah pg lagi..hebat tak aku??selepas solat zohor dn asar secara jamak serta qasar, maka aku bertolak ke japanese tea garden..opss b4 terlupa, aku terlupa bawa pampers sofiya..dgn izin Allah, maka terjadi la peristiwa tak bawa pampers sofiya, nasib bawa 2 keping CD - cloth diapers (boleh la back up kalau sofiya terberak).

aku ingat japanese tea garden ni camner la, rupa2nya tempat jalan2 di hutan..ada pondok (umah org jepun), ada taman yang comel2, ada taman dan bunga2 yang comel..dan tak lupe juga boleh sewa kimono- maaflah aku tak dpt la nak pakai kimono..mahal la 20 ringgit sewa..baik beli baju kimono terus..so aku juz amik picture satu pasangan couple yang tengah bz ambik gambar kat situ. mmg pancit juga jalan2 sekitar japanese tea garden ni..dan aku juga terkena sengatan binatang masa pegang pagar kat botanical garden..ingatkan ada kejutan elektrik..nasib skit..lama2 baik..


sekitar Japanese tea garden


suasana dlm bilik



puteriku sofiya yang happy


suasana malam

alamak, kalau nak citer mmg panjangkan..so balik dr japanese tea tu, kami pulang ke bilik..opss lupa nak cakap, tengahari tu kami makan nasi lemak yang dibawa bekal oleh my mil..nak beli makanan kat sana mmg mahal..air tea pun 8 ringgit, nasi lemak lak 21 ringgit..boleh pokai..so adik ipar aku sanggup turun kat bawah mencari makanan yang boleh makan la..sambil tu bleh beli pampers sofiya..
diaorg pi genting sempah.

ringkaskan citer, aktiviti malam, kami jalan2 disekitar kawasan colmar tropicale..itu la tempat tdo kami..kami sempat tengok aksi org main apa, tiup2 masuk mulut tu, lupa la apa dia panggil..dan juga magic show..tak silap aku budak yang wat silap mata ni dr thailand..semua adik beradik dia main silap mata..kakak ni umur 17 tahun, diikuti abg 16 tahun, 15 tahun dan last 12 tahun..kagum kejap macam mana dia leh wat silap mata..tapi mana bleh percaya benda camtu..kan syirik tapi aku amik ia sebagai just for fun..

memandangkan sofiya dah tdo atas pangkuan, so kami pulang dan terus tdo..aktiviti esok pagi, jalan2, amik gambar dan breakfast..tp cuti ke bukit tinggi perlukan bawa duit yang banyak sbb macam2 ada..kolam renang, kedai makan pun banyak tapi mahal..yang sedihnya kami tak sempat nak pi animal part sbb my sil semua lapar maklum la yang breakfast tu aku, husband, mil and hety..2 free and 2 bayar..kalau 3 org bayar gak, kopak la..so conclusion..kalau nak bercuti mmg kena ada duit kecemasan...okey sekian laporan aku sempena percutian ke bukit tinggi pada 18 - 19 jun yang lalu..lepas ni aku mahu jalan2 ke melaka..jom sape nak ikut...

Monday, June 20, 2011

CONTEST | Cutest Baby of the Planet – June 2011




ni teringat kawan aku diukhwah blogger..pn dayu yang pernah post pasal contest ni..
so semlm tetiba jupe topi renang adik ipar,
terus sarung kat kepala sofiya..hehehe..ni pun gara-gara mood masih bercuti..
maknanya kamera asyik di tangan


ini dia tema untuk bulan Jun

JUNE 2011 theme is “Cutest Baby in HAT


syarat2 nak masuk contest ni senang je
pertama kena ada gambar baby pakai topi.
2nd umur mesti bawah dua tahun.
ketiga: gambar mesti ada nama dan tarikh lahir (penting tu)
ke 4: kena masukkan penaja..dan yang ke lima ke link kan entry blog ni dalam mombloggersplanet.com.

maka dengan rasminya aku pertaruhkan gambar buah hati aku ni


Nama: Sofiya Yasmin binti Mohamad Syafiq Yasin 
Umur: 9 bulan
Tarikh Lahir: 07 09 2010
Gambar diambil: 19 Jun 2011

actually contest ni kena undi..kena tekan 'like'..tp dia punya undi lambat lagi..dah tiba waktunya nnt aku bagitahu..
jom tengok hadiah2nya..

pertama: 
1x Photo & Print Photobook 20 pages worth RM190

sponsored by


kedua:
1x Box ONE DROP Perfume Man Women (6 in a box) worth RM40 by TwoLittleJJ &

1x KedaiGambarKami eVoucher worth RM40  


sponsored by





ketiga:

               1x Box ONE DROP Perfume Man Women (6 in a box) worth RM40 by TwoLittleJJ &

1x IzzahKids Baby Clothing worth RM30 


sponsored by



saguhati

3x KedaiGambarKami eVoucher worth RM20 each

3x Cash Money worth RM10 each


sponsored by 


last sekali
terima kasih kepada penaja2


nantikan waktu keluar mengundi..harap korang semua ringankan tangan like sofiya tu
ni just suke2..memeriahkan pertandingan

Friday, June 17, 2011

Allah itu maha Mengetahui

alhamdulillah, sudah penghujung..esok n lusa adalah weekend, maka aku bersama suami n cik sofiya beserta family in law bakal jalan2..hope menjadi la episode jalan2 ni kan! actually mood nak wat research ni sudah menjunam ke dasar lautan..ntah bila akan timbul..wallahualam..


nak tahu apa jadi dengan research aku?? aku skrg dah dpt data eye movement tu, tp masalah aku pening camner nak create condition, mengatakan wheelchair move ke depan, move backward, turn left, turn right..itu my 1st problem..2nd problem, skrg aku gunakan data eye tu wat simulation..aku guna 2 software..satu matlab dan satu lagi visualnastran..masalahnya kat visual, menunjukkan ada pergerakkan begitu juga dgn bacaan data..tp bila plot kat matlab..no movement..huhu..dah tukar gain and error gain tp still sama..maka jawapannya aku fed up..



now memandangkan one of my UB pregnant, maka aku mahu kongsi satu citer atau my opinion la..rata2 ada 2-3 blog aku baca, dia seolah2 tidak happy dengan kehadiran janin dlm perutnya..masyaAllah..adakah ada dulu aku bersikap macam tu?? merenung sejenak..oh tidak..sbb awal2 kahwin aku n cik husband sudah berbincng tentang anak..kami tidak merancang untuk 1st baby..so bermakna cik husband mahukan anak as soon as possible...aku kahwin bulan akhir bulan nov..maka bulan 12 aku period..bila aku bagitahu period, bertukar air muka cik husband..aku pun ckp..'usia perkahwinan kite awal lagi, tak perlu sedih'...bila datangnya bulan 1, period aku tak muncul2..aku dah decided akan test dgn pregnancy test yang aku beli kat watson..bile check2..still in blur situation..tak puas hati lagi..aku beli lagi satu pregnancy test..still in blur situation..aduih..susah nak memastikan aku pregnant atau tak..tapi aku ckp la kat cik husband..macam dah pregnant la..riak muka cik husband dah nampak happy n terus bagitahu my mil, maklum la masa tu aku still stay with my mil and his siblings..bila aku start rasa tak sedap badan, baru aku rasa confident aku pregnant...tak silap aku, bila 5 weeks baru aku pi klinik ana..tp doctor tu ckp kalau test pregnant +ve, maka pregnant la..takde check bagai ke apa..bila week 13 baru aku laporkan diri kat klinik kesihatan pandamaran..okey stop sejarah pasal terjadiannya anakku sofiya yasmin.


aku sedih bila baca blog yang tidak happy menerima kehadiran org baru. ada yang merasakan kehadiran janin tersebut bakal membebankan dia..memandangkan sofiya dah 1 tahun..n target aku bila sofiya dah 3 tahun akan ada adik..means masa dia umur 2 tahun lebih baru aku pregnant..so maknanya lagi setahun lebih je untuk aku pregnant kali ke-2..insyaAllah..tp aku tidak mahu set in my mind bila sofiya 2 tahun lebih baru aku bleh mengandung..before tu jawapannya adalah tidak..opss..larikan aku dr semua tu..aku mahu berfikiran positive..kerana aku yakin setiap apa yang dikurniakan Allah yang terbaik untuk hambaNya..Allah takkan memikul hambaNya dengan bebanan yang tak dpt dibebani..itu la, bila tengok si ibu diduga dengan anak sakit, mmg Allah tahu diaorg mampu untuk lalui..cuma ada la peribahasa mengatakan 'berat mata memandang, berat bahu memikul' itu mmg betul...


cuma cakap bab anak lagi, aku rasa aku perlu bersedia dr sekarang walaupun target aku lagi 2 tahun boleh pregnant..sbb satu je aku takut bila aku tak ready, aku akan salahkan suamiku dengan kehadiran janin itu..aku akan salahkan janin tu juga dan aku juga akan salahkan sofiya..maka kemudian aku akan jadi serabut..bayangkan andainya anak tu tahu yang ibunya pernah menafikan kehadiran dia dlm perut ibu, tak ke sedih anak tu??.tetapi aku bersyukur andainya bila 1st time dia tahu dia pregnant dia mulanya tak suke kehadiran anak tu, akhirnya lama2 dia bleh menerima kehadiran anak itu...sekurang2nya Allah bagi kasih sayang si ibu pada anak tu kan!!


sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas. ada yang kahwin berbelas tahun baru dpt anak, ada yang kahwin hari ni terus lekat..sbb tu setiap apa pemberian Allah itu adalah yang terbaik untuk kita..tp masih ramaikan salahkan Allah bila sesuatu yang tidak diingini berlaku..contoh terdekat ialah kehadiran anak kedua..mereka belum bersedia dgn alasan anak 1st kecil, gaji tak banyak (2 ni termasuk alasanku jua)..tp kite kena ingat bahawa setiap anak dah ada rezekinya..sbb masa janin usia 4 bulan Allah dah tiupkan rohnya..bila masa mati, macam mana rezekinya..

so jangan la rasa sedih2 dengan kehadiran anak kedua sekiranya anak 1st masih kecik..mungkin anak yang lahir ini akan mengharumkan nama kita dipersada dunia..itu semua ketentuan Allah..risau andainya kite tidak terima dan redha dgn pemberian Allah, maka anak ini lahir dengan memusuhi kite..sentiasa buat masalah dan sentiasa menconteng arang di muka kite..sungguh malu..sbb tu, setiap anak yang itu ada haknya..jangan sesekali menafikan hak dia..teringat citer nora elina episode last apabila nora elina bersalah dalam menafikan hak anak dalam janinnya kerana suaminya pernah merogol..oleh itu sebelum mengakhiri entry ni, apa kata setiap pekerjaan kite mulakan dgn niat, lagipun adis pertama pun bercakap pasal niat..bila niat kite betul, maka akan betul la perjalanan hidup kite..dan bila kite niat nak anak2 yang baik, anak yang soleh solehah, mendengar kata kite, menghormati kite dan juga org tua..maka kita akan dapat..


sebagai kesimpulan, jangan tangisi kehadiran anak kerana ia adalah rezeki kurniaan Allah..ingatlah di luar sana lagi ramai yang berusaha mahukan anak untuk menceriakan rumah tangga. dan sebagai pengakhiran, mari lah kita sentiasa bersiap sedia dengan setiap pemberian Allah kerana Allah itu maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya..wallahualam..


Thursday, June 16, 2011

mini besday party utk cik husband

\\
dah selamat pun mini besday cik husband
juz celebrate dgn isteri n anakku, sofiya
syukur alhamdulillah
Allah masih panjangkan usia suamiku
untuk menghirup udara yang segar
dan juga beribadat kepadaNya

bila dihitung dgn usia ni..
usiaku mmg sama dengan usia suamiku
cuma aku muda 3 bulan drnya
sungguh cuak nak bertemu 
Pencipta
layakkah aku untuk masuk syurgaNya nnt
tapi bila pk api neraka
aku sangat takut dan gerun
tak dpt nak bayangkan dengan mata kasar ni

tadi, selepas mengaji
kami sambut bersama2
1st time aku bleh sambut berdua + anak
mst macam2 nak dibuatkan
alhamdulillah
aku order pizza domino 
so kami makan pizza plus kek coklat moist
plus dgn milo ais ciptaan ku
walau simple
aku happy
lain kali kalau ada duit lebih
nak celeb kat hotel la..
wow..romantiknya aku



dan lihat la aksi si kecik
nak potong kek juga
hehehe
macam besday dia kan
takpe tak lama lagi besday dia..
so praktik potong kek


dan inilah hadiah yang aku beli..
uish..ingatkan murah..beratus juga
maklum la original lagi
my hubby pernah cakap nak beli
perfume ni..
maka dgn rasmi aku tunaikan 
hajat dia..
alhamdulillah dia suke sgt

'SELAMAT HARI LAHIR ENCHE SUAMI
MOHAMAD SYAFIQ YASIN B KAMARUDDIN'

semoga abang sentiasa dalam rahmat Ilahi




hepi besday cik husband


ini je yang aku sempat buat
nak wat homemade card 
M.A.L.A.S
ada ke patut???
tak la..cuma 
N.O.   T.I.M.E
maklum la bz wat research

so aku nak tulis kat blog
SELAMAT HARI LAHIR ENCHE HUSBAND
yang ke 28
pada 16 JUNE 2011

semoga abg bertambah matang
dalam mengharungi hidup bersama
isteri dan anak
semoga abg berjaya
dalam pelajaran
berjaya mengejar cita2
berjaya menjadi ketua keluarga
dan berjaya menjadi khalifah Allah
menurut segala perintahNya
dan menjadikan baginda Rasulullah
sebagai panduan dalam hidup di muka bumi

kata2 abg yang berkesan kat hati ini ialah
"hidup ini adalah permainan
ada winner and loser
winner akan masuk SYURGA Allah
loser akan terima azab Allah"

maaf la ta mampu beli present yang mahal..
cukup la ini....

tadaa....


lagi



lagi



itu je..
hope abang suka

usrah itu perlu

oh..oh..itu ke tajuk entry kali ni?? nak citer apa yer..
okey, actually, pagi tadi aku dengan cik husband telah berjaya membawa sofiya yasmin buat annual mediacal check up..nasib tak lama..pi kul 7.50, dok kat luar, kul 8 masuk, dpt la no 2..hari ni check yang biasa2 je..alhamdulillah..selama sofiya 9 bulan 1 weeks ni, dia masih kuat dn sekrang lagi aktif..dan belum lagi aku n cik husband diuji dengan kedemaman dia..thanks Allah kerana memelihara sofiya dr kena demam..kebanyakkan budak2 baya sofiya dah 2-3 kali demam, tp sofiya belum..


dengan rasminya berat sofiya ketika ini ialah 5.75 KG..dn ketinggian 62 cm (tak ubah masa 6 bulan lepas - kontot ke sofiya???) - ukur lilit kepala 41 cm...awal2 pagi aku kejutkan sofiya bukakan baju kemudian mandikan dia..skrg aku guna air paip je..dah takde air panas even mandi diawal pagi..nak dia biasakan diri..takleh manja2 tau sofiya...alhamdulillah..dia behave je (padahal sebelum ni mmg dia behave je - jrg nangis pagi2 camni)..dlm kul 7.00 bertolak..1st pi office cik husband kat kg baru - kemudian patah balik ke pantai dalam..pi ofis pun semata2 nak anto sardin yang nak dimakan dgn roti, gara2 kat ofis cik husband aku tu ada pop luck..bila diminta tolong, aku dengan senang hati buat la..maklum la bukan susah pun..potong bawang, cili..letak sardin..siap...


sampai ke kkia tu, mmg kecoh mulut sofiya..kagum gak dengan sofiya ni..nak bercakap je..tak tahu la apa yang diceritakan..mungkin excited dapat jalan2 pagi camni kan...tak berhenti la bercakap..sampai tersedu..dlm tersedu tu nak ketawa...ish..ish sofiya...dengan nurse pun, belum tnya bleh sebut 'da, ma' ke..terus dia bersuara..alhamdulillah..perkembangan sofiya masih dikira positive even merangkak still tak pandai..yang tahu angkat punggung je...



actually banyak sgt nak citer..tapi apakan daya, masa terlalu mencemburi diri ini..so apa kata dalam menulis tentang anak, diri n cik husband, apa kata aku selit2kan kisah manis n duka kita hidup ni..kenapa kite ni dijadikan Allah? bersyukur tak Allah jadikan kite sebagai manusia..bukan tumbuhan atau haiwan?? hari tu, aku selamat berusrah bersama teman2 seangkatan ku di tadika little azhar, petaling jaya..topik perbincangan ialah ' makanan kita'..mungkin kalian hairan kan..apa kaitan makanan kita dgn Allah?? sungguh hebat nya Allah menjadikan makanan itu..sememangnya kita hidup ini memerlukan makanan..tanpa makanan kite akan mati..sbb makan ini satu keperluan dan bukan kehendak..


sejauh mana kite melihat makanan ini dengan kehebatan dan kekuasaan Allah? yer..kite selalu lupa..Allah kurniakan rezeki pada kite..cuba perhatikan bagaimana seorg bayi yang asalnya dr air mani bertukar zigot..masih boleh dptkan makanan drpada makanan yg disalurkan menerusi tali pusat..think wisely, kite lihat hebatNya Allah boleh menjadikan setiap makanan itu sesuai usia baby yang dlm perut..kemudian apabila bayi tersebut lahir, bayi tersebut boleh makan menerusi buah dada iaitu susu ibu..susu ibu ini adalah fitrah seorg bayi..mmg seorg bayi memerlukan susu ibu untuk dia hidup, tp ramai yang menafikan..alhir je bayi tersebut, terus disuakan susu formula..bila kite berfikir dn merenung, kta dapat lihat Allah itu maha Mengetahui, Maha Berkuasa, maha Bijaksana..




kemudian, dipersoalkan lagi, dr mana asalnya makanan itu..Allah jadikan bumi. dr bumi, maka wujudnya tanah..setelah wujudnya tanah, maka Allah hasilkan biji-benih..dr biji benih tu akan tumbuh la bermacam2 pokok, maka dr pokok tersebut, akan menghasilkan apa2 makanan dan juga buah-buahan..kemudian Allah jadikan hujan yang turun dr langit untuk menyuburkan biji benih tadi..dan Allah juga tidak lupa untuk menghasilkan klorofil...SubhanaAllah...sungguh hebat pengetahuan Allah yang tidak dpat dipk akal manusia..
sebagai kesimpulan, lihat sekeliling kita dan perhatikan..sesungguhnya apabila melihat penciptaanNya, maka akan bertambah ketaqwaan pada Nya.. dan akan mengurangkan kita dr melakukan maksiat..








begitu la isi usrah aku pada malam rabu lepas..dan drpd isi itu juga, kite boleh ajar dia tentang Allah..kerana ilmu tauhid ini amat penting..jarang sangat ibu bapa yang mengajar anak2 tentang ilmu ketuhanan ni..ramai yang suke bile buku citer ntah apa2 untuk anak..mmg elok tapi lagi elok kalau kite lebih kan ajar kat anak-anak tentang Allah..salah satu topiknya hanya makanan kita..kita bleh createkan story macam mana wujudnya makanan tersebut..kerana ilmu akidah ini amat penting..dan ini adalah salah satu cara yang aku dpt dan mahu dipratikkan pada sofiya..sbb itu aku cakap usrah tu perlu..bukan hanya untuk diri kita, tapi untuk suami dan anak-anak..kerana kite sedia maklum tugas rasulullah adalah berdakwah..selama 13 tahun rasulullah berdakwah menyampaikan islam di makkah kemudian 10 tahun di mana..dan dlm tempoh itu juga 3 tahun rasulullah berdakwah secara sulit sulit di rumah al-arqam..so mari la kite sama kite berusrah..kerana bagi aku usrah itu indah..


Sunday, June 12, 2011

sofiya dpt hadiah



hujung minggu dah nak abis..:-( maka esok aku akan kembali ke lab..so dikesempatan ni aku nak citer la weekend aku skit..especially yang berlaku semalam..lagipun agak lama aku tak tulis entry pasal weekend ni..nak kata weekend aku penuh xtvt takde la sangat.

actually semalam besday one of my friend kat ukhwah blogger..sejarah aku masuk group tu disebabkan kawan blogger gak yang invite..tak lain ialah ummi husna atau nama sebenar nurul aziyana..kalau ikutkan dlm list aku, tak ramai yang aku list blog dia..tp aku ni jadi follower dia org..

semalam aku menghadiri besday cyrus anak kepada miera..kecik molek orgnya dan dikira amat baik..kadang2 hairan bila baca blog dia, pasal tenant tu..takkan org sebaik miera tu boleh dianiaya..takpe la..nnt tenant tu akan terima balasannya..

aku ingat tak jadi nak pi majlis besday cyrus..maklum la my hubby kan nak pi muar settle kes yang 16 tahun masih tak settle..tak lain tak bukan kes mahkamah..dalam sejarah tu...tapi alhamdulillah, my hubby pi kul 4 ptg..kul 3 pagi dah balik..ni semua gara2 aku dah mengamuk nak join birthday tu..hihi..jahatkan aku...ada gak hikmahnya bila aku majuk manja2 ni..thanks cik hubby yer..

bila cakap address ke umah miera, cik husband ckp kenal sgt..so aku dgn selamba tak amik address, tak amik phone miera..sampai2 je kat are umah tu..tak jupe pun blok 1..yang ada blok 11..maybe aku silap pandang..yang no 1 tu adalah no 11..tengok2 ada khemah kat bawah tu..biru putih lak tu..nak tanya segan..tapi aku ckp la kat cik husband..maybe kot yang tu..aku cakap la tak yah tanya la..gamble je la 3 beranak ke sana..sampai2 je aku nampak jiha..walaupun 1st time..tp tengok secara life..tp macam sama la dlm fb..so aku ckp kat cik husband..ye la ni...gementar juga 1 st time pi kenduri anak ukhwah blogger ni..

sampai2 kat sana..ada jue rayyan, ada dayu, ada nurul mama rania, ada nano nor..tapi tak sempat nak tegur (sorry na)..jiha of course la sekali dgn meja aku..selain tuan rumah miera..sempat jupe ena walaupun tak sempat nak berbual..maklum la dah sampai kul 2..rushing la nak balik solat zohor lak..balik2 dr umah miera terus balik klang aka umah mil..so tak ke mana2 la lepas tu..makanan kat umah miera best gak..especially laksa..husband aku suke laksa penang tu..ada peluang la nak masak laksa lepas ni...

maaflah...aku tak sempat amik gambar..kamera saje tak nak wat turun..dok dlam keter..sbb aku kan pemalu nak amik gambar..so kalau korg nak tengok gambar party cyrus, nantikan kawan2 blogger lain yang update..
so skrg nak citer peristiwa b4 pi birthday cyrus..aku cari la dulu hadiah..takkan nak pi tangan kosong..sure kena ada hadiah..hadiah sebagai perkenalan dn juga untuk birthday boy...

so memandangkan aku dr klang, maka jj bukit raja menjadi tempat terbaik untuk aku singgah ke sana mencari something...masa aku kat sana, sofiya ngan ayahnya tak turun..maka dengan rajinnyer aku bz mencari hadiah yang berkenan..tp susah sgt nak cr yang berkenan..ada yang berkenan, mahal pulak..tak padan dgn hadiah tu..ada yang berkenan tak sesuai dgn usia birthday boy..pening nak cari yang sesuai..tapi aku berkenan giler untuk sofiya..apa lagi pool ngan ball menjadi idaman aku..akhirnya aku jupe..hahaha..hadiah untuk besday boy tak dpt..tapi untuk si kecik sofiya dah nampak..mulanya tak nak beli..tp berkenan giler..maklum la..nak anak pandai ni..macam2 nak beli utk dia..biar dia explore dunia dia..akan aku buat apa je demi anak aku sayang giler kat sofiya...akhirnya aku jupe gak untuk cyrus..hope dia suke..pening tau anty cari hadiah sesuai..kalau bleh mmg nak edu kids...tapi semua mahal yang kadang2 rasa akal tak leh terima harga tu...

best kan jadi sofiya..ada je hadiah baru..tak sabar nak pump pool tu..biar dia main dalam kolam tu..sure seronok tengok anak dapt explore dunia ni..lagipun sofiya ni bukan jenis suke sgt pada permainan..dia lebih minat buku..kalau buku furqan tu..dh koyak pun...nasib cover je...takpe la..nnt aku tape la..suke tengok dia explore dunia dia...aku mmg mahu anak jadi doktor mata macam dr. muhaya tu tp in the same time dia pun ku nak dia jadi hafizah..mempunyai akhlak seperti fatimah az zahra anak baginda rasulullah..begitu tinggi cita2 aku terhadap anakku sofiya..moga2 Allah makbulkan doa aku dan suamiku..ameen

Saturday, June 11, 2011

mahu belajar

actually, tengah sibuk dok cari kek yang sesuai..tetiba terjupe la satu blog ni ...kek aniz ..ntah la..tetiba macam nak ber'bakeri pulak..agaknya mesti seronok kan ber'bakeri ni..tapi aku tak tahu nak amik kelas apa..tapi macam semua aku minat..


aku teringin sgt nak belajar wat kek, wat cheese tart, wat coklat..hias cup cake..tp kalau aku amik semua ni..mesti 600 kan..tp murah lagi tu..maklum la satu kelas 150 ringgit...kalau nak wat sendiri ada je tak jadi..cheese tart tak rapuh la..cheese tart mendap la..so apa kata kalau aku pi cari ilmu...lagipun tempat blajar ni tak jauh dr umah my mil...jom aku link kan jadual kat sini..




hope impian aku nak belajr menjadi kenyataan..ameen
kekadang rasa seronok juga dapat meluangkan masa dgn aktiviti yang berfaedah seperti ni..:-)


Tuesday, June 7, 2011

entry merapu meraban



sejak aku bagitahu my personal problem nak wat research to my SV, nampaknya aku makin bz dengan kehidupan as a master student..huhuhu..hakikatnya belajar coursework lagi best rather research...1st, senang je kan..pi kelas..dgr, balik kelas..kalau ada quiz, jawab la, kalau ada test jawab la..berbeza dengan reseach tiada permulaan dan tiada pengakhiran..opss ada la..itu kalau research smooth..kalau research in bidang engineering more difficult la skit...kadang2 dok dalam toilet pun cari ilham camner nak running simulation, macam mana nak kasi mata gerak dan sebagainya..maklum la aku buat research movement wheelchair using eye movement..nampak gempak kan!! 

panjang btul mukadimmahnya..dah 7 of June, so my little girl yang bernama sofiya yasmin sudah 9 bulan..apa korang nak tahu pasal my little girl ni??? opps sudah tentu dia comel..dah ada rambut lebat macam awal2 kelahiran dulu.mmg hitam la rambut dia..hepi tengok anak nurruadilla dah bleh merangkak 5 tapak..anak dia baru 6 bulan lebih, sdgkan sofiya dah 9 bulan..still tak dpt merangkak..duduk pun tak reti sendiri..tapi takpe..lain baby lain perkembangannya..sofiya hanya tahu angkat punggung..tapi gerak ke depan tak mahu..takut agaknya...hehehe..kadang2 dia goyangkan badan yang dlm posisi merangkak tu ke depan belakang..mmg comel kan! dia pun dah banyak suara tapi belum tahu bercakap..dia juga pandai tepuk tangan sendiri...

sepatutnya sofiya kena pi wat medical check up untuk 9 bulan..tapi aku minta my hubby pi hari khamis..maklum la hari ni aku ada pertemuan dgn puan SV..so terpaksa la tunda kan..lagipun aku biasa ke KKIA ni hari khamis..ntah berapa la berat si comel aku tu...dia tu mmg tak makan banyak..smlm suapkan nasi..bleh nangis2..tak nak la tu..tp geram btul ngan sofiya bab makan2 ni...belum nampak so excited macam budak lain...takpe la...jangan dah besar susah nak makan..lan jadi macam budak afrika, perut besar, tulang takde isi..sbb kekurangan zat..bahaya kalau kekurangan zat..jadi lembab dan kurang pandai..so aku takkan give up kasi sofiya makan..

sebenarnya tak tahu nak citer apa, maklum la sejak rajin wat research ni aku jadi sukar nak berblog, blogwalking dan sebgainya..skrg ni aku cuba mencari ilham macam mana nak celebrate his birthday..tahun lepas dia belanje kami2 makan kat kenny rogers..tahun ni tak nak la..nak wat surprise la..tp kad tak wat lagi..huhuhu..kena siapkan juga handmade card tu...idea dah ada...next week la besday dia..tapi aku dah booking homemade choc tapi belom bayar...kemudian kek pun aku tempah..tunggu confirmation..sejak ada internet ni..semua nak online...dah tak perlu ke kedai2...so nnt kalau aku wat biznes..even ada kedai sendiri..kena online juga..baru success..betul tak?? tak sabar kan nak wat surprise kat cik husband..maklum la 1st time nak celebrate his birthday sejak kami sah suami isteri...nak kasi hadiah ke tak??kena shopping kat SOGO ni..cari sehelai t-shirt pi office pun ok...



sebagai kesimpulan kepada entry hari ni, sayangi la suami dan anak2 anda dengan seadanya kerana mereka adalah pinjaman Allah semata2..semoga kita sama2 mampu menjaga amanah yang diberi Allah..lepas ni nak tulis entry pemimpin dan pemerintah..okey tak? semoga hubungan aku bersama suamiku dipanjangkan hingga akhir hayat dan begitu juga dengan sofiya, semoga aku mampu memberi kasih sayang sepenuhnya pada si comel ibu ini. 

Sunday, June 5, 2011

kisah di pasar

12dah 2 weeks tak kuar jalan2..buhsan tau! dah la cuti sekolah, tapi kami tak mampu nak balik..huhuhu..maklum la baru je balik..so nanti2 la kami balik lagi..tapi bukan masa raya..b4 puasa pun kami balik..


skrg aku bersiaran dr klang..mana lagi kalau bukan umah my mil..my husband lak pi baiki paip kat umah tu..maklum la dah berbulan2 tak sempat nak repair..so after this, senang la keje aku..no need nak on off kuci paip yang kat bawah tu..

nak citer la korang pernah tak pi pasar dengan MIL? aku rasa ni kali ke-2 pi..1st masa awal kahwin dulu..ni yang 2nd ni sbb aku ckp cik husband, ada kawan tu pi pasar borong klang murah je..so dgn selamba, suami ckp la balik klang kite pi dgn ibu...kekok kan jalan2 dgn ibu mertua..macam2 nak beli kat pasar terpaksa ditunda kemudian..





aku ingat nak ajak sekali cik husband pi supaya dia tahu mahal ke murah zaman skrg..ni tak, asyik aku je yang pi..mampuih la dgn harga barang yang semakin hari semakin meningkat...cik husband terpaksa ke rumah bandar tun razak...


malangnya my mil tak tahu pasar borong klang kat mana...so aku dgn ibu pi la pasar kat pandamaran..berbeza dgn tempat aku ialah, pasar kat dungun ramai peniaga melayu yang berniaga compare dgn kl selangor ni...most of them cina tak pun india, pastu melayu..kadang2 aku ni rasa sangsi nak beli barangan dgn org cina especially ikan, ayam, daging..tp sure la ayam daging cari yang melayu kan..tp ikan macam mana? risau kan kalau nak beli yang org india cina ni, takut dia letak alcohol nak bagi tahan lama ikan tu...so for me better dgn melayu..lagipun kat malaysia ni susah sgt..walau dikatakan negara Islam, tp banyak  makanan diragu kehalalannya..ntah kenape la pemimpin Malaysia still goyang kaki dlm menangani isu halal-haram ni...



apapun pasar pandamaran pun jual daging babi..dia tak sekali la..mmg ada yang beli..tp chinese la..masa aku jalan2 ngan my mil tu, banyak gak aku geram..kan best jalan dgn husband, beli ambil itu ini..dgn ibu ni segan nak mampuih...apa yang ibu itu yang aku beli..hahaha..boleh tak..ibu bila dada ayam, aku pun beli dada ayam..sedangkan aku biasa beli ayam seekor..tp murah kat pasar..ayam seekor 6.50 sekilo sdgkan kat pantai dalam, kedai indon tu 8.00 sekilo..huhuhu..lepas ni mahu ajak cik husband pi chow kit la...tp dada ayam 8 ringgit sekilo..ikan pun murah2 la..ada la dalam 3, 4,5 ringgit perkilo..cuma ikan dia halus sgt2..aku suka kembung besar..tapi takde la besar sgt...baru rasa manis2 skit...tp yang aku geram tu, udang..besar giler..25 sekilo...takde la aku beli...tapi ada satu part tu..mmg seafood la..ada lobster..tapi aku tak tahu nak masak camner..ketam besar2 takde..halus la...tp banyak giler ikan..ikan bawal hitam pun besar..saiz macam bantal sofiya..ikan besar2 ni isinya dah tak sedap..kurang manis..tp mmg banyak la ikan besar2 yang aku tak jupe kat dungun..aku seolah2 dok kat pelabuhan yang punggah ikan...ingat nak beli ikan keli, tapi ibu tak beli segan la kan..sayur2 pun banyak murah..seikat seringgit - 1.50...kalau kat pantai dalam..atas kedai semua mahal...aku kena jadi pengguna bijak...so conclusion, apa ibu beli, aku beli, dan ada juga bahagi 2..like terus n peria...hebat tak aku..dah total aku bayar 10 ringgit je, sayur 1 ringgit, dgn daun bawang 30 sen...yang lain semua aku dpt free dr mak mertua aku..dau bawang, buah limau, terung, peria, ikan bawal putih yang kecik2, ikan selar...hahaha..