suamiku kirim dr FB:
Tiga kunci kebahagiaan suami:
1- isteri yg taat pada suami.
2- isteri solehah yg memberi ketenangan kepada suami ketika suami keluar rumah kerana isteri pandai menjaga kehormatannya.
3- isteri solehah yang jika dipandang membuat hati semakin sayang
dan di sini, ingin saya sharekan beberapa perkara yang boleh menjadikan wanita itu disifatkan derhaka kepada suaminya.
Dirujuk seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
Pertamanya, menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk berjimak (bersetubuh) atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. Halangan isteri sama ada dengan perlakuannya mahupun kata-katanya. Perlakuan seperti menepis, mengelak dari disentuh oleh suami atau apa saja perlakuan sedangkan tiada alasan yang munasabah untuk isteri berbuat demikian. Ataupun jika dengan kata-kata seperti menghina, mengeji dan memburuk-burukkan suami.
Contoh seperti isteri berkata:
"Tangan awak ni macam tangan monyet bila pegang saya. Atau "Bila awak sentuh saya, terasa digigit semut api sakit rasanya."
Firman Allah:
"Isteri kamu adalah ladang kamu." Adalah harus dan halal perlakuan bersama di antara suami ke atas isteri dan begitu sebaliknya. Tiada hak tubuh badan suami atau isteri kecuali dalam hubungan suami isteri. Tidak halal kepada orang lain kecuali yang dibenarkan oleh syarak. Oleh itu dengan menghalalkan berjimak, maka wajib terhadap suami menafkahkan isterinya.
Kedua, perbuatan isteri keluar rumah tanpa izin suami sama ada berada di rumah ataupun tidak, juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Jelas di sini adalah, perlulah isteri mengutamakan suami sekalipun untuk keluar rumah. Meminta izin ataupun sekadar memaklumkan kepada suami ke mana mahu pergi dan bila masanya.
Rasionalnya, suami yang prihatin dan faham, akan berasa dirinya diberi keutamaan dan perhatian oleh isterinya. Sudah pasti dia akan rasa dirinya dihargai. Tidak dibelakangkan oleh isterinya. Begitu jugalah jika mampu, suami akan memaklumkan dan mengkhabarkan kepada isterinya ke mana tujuan keluarnya.
Dijelaskan perbuatan ini dilakukan sekalipun suaminya berada di rumah adalah jelas, agar suami tidak akan mempersoalkan tindakan isterinya itu, apatah lagi jika suami tiada di rumah, maka lebih-lebihlah lagi keizinan suami diperlukan. Banyak hadith panduan dan kisah teladan dapat dirujuk bagi panduan dalam hal ini. Antaranya dikisahkan bagaimana taatnya seorang isteri tidak membelakangkan suaminya, sekalipun suaminya tiada di rumah, tetap akur dengan ketaatannya tidak keluar rumah sekalipun ayahnya meninggal, dan pelbagai lagi kisah lain sebagai teladan dan panduan isteri-isteri solehah.
Sebaliknya jika kebenaran juga diperlukan dalam tujuan keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan diklasifikasikan sebagai ilmu fardu ain. Dibolehkan keluar untuk berlajar ilmu fardu ain jika suaminya tidak mampu mengajar. walhal suami sepatutnya faham dan pengetahuan dalam persoalan berkaitan isterinya. Suami perlu tahu antaranya berkaitan darah isteri, cara dan panduan beribadah isterinya kerana suami di sini wajib menunjuk ajar dan mendidik isterinya, maka memadailah hanya suami sahaja yang memberi pengetahuan ini kepada isterinya. Sebaliknya jika suami tidak tahu dan tiada pengetahuan, suami tidak boleh menghalang isteri dari keluar untuk berlajar perkara tersebut. Maka isteri boleh keluar rumah dalam tujuan diatas.
Ketiga, isteri yang enggan berpindah bersama suaminya. Sifat engkar dan enggan adalah derhaka. Sedangkan hak ketaatan adalah kepada suaminya. Makan di mana sahaja ajakan suami, isteri tidak sewajarnya membantah, kecuali jika tujuan tersebut lebih buruk dari apa yang ada sekarang. Sikap enggan isteri ini ada kalanya betul dan boleh diterima.
Keempat, isteri mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
Kelima, memasam muka ketika berhadapan dengan suami. Oleh itu, janganlah isteri melakukan perkara ini yang boleh menyakiti hati suaminya.
Keenam, minta talak, walhal tiada masalah yang berlaku. Contohnya minta cerai kerana minat dengan lelaki lain. Maka dalam situasi ini, isteri sememangnya derhaka, malah islam dalam hal ini menggesa suami tidak menyimpan isteri yang berlakuan sebegini.
Ketujuh, berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
Kelapan, menyakiti hati suami sama ada dengan perkatan atau perbuatan.
Kesembilan, meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
Kesepuluh, membenarkan orang lain masuk kedalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya. Terutamanya individu yang buruk perangainya atau akhlaknya. Larangan ini juga jelas terhadap membenarkan juga lelaki berada di rumah sedangkan suami tidak pula tahu.
Oleh itu, dengan adanya punca dan sebab yang seringkasnya di nyatakan diatas, perlulah dijauhi oleh para isteri. Agar tiada punca dapat dikaitkan dengan dirinya. Sentiasa mengabdikan diri, jiwa dan raga hanya untuk suami.
Sebagai panduan, jadikan pesanan Asma' binti Kharizah Fazariy kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya sebagai teladan kita, panduan untuk belayar di tengah lautan, katanya:
"Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau di besarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu."
p/s: Sharing is Caring
Followers
Mutiara Kata
Monday, January 30, 2012
episode merapu meraban
salam hari isnin
selamat pagi semua...apa khabar semua? harap masih dikurniakan kesihatan yang baik olehNya
Alhamdulillah masih bersiaran di lab uia lagi...minggu lepas dapat la jenguk lab selama 3 hari after cuti yang amat panjang..
Alhamdulillah, adikku sakinah telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang berasal dari Tanah Merah Kelantan..Tahniah pada kalian, semoga rumah tangga kalian mendapat keberkatan daripada Allah swt. Untuk melancarkan perjalanan majlis tu, seminggu aku cuti di terengganu..walau seminggu, tapi rasa macam sekejap sangat...dalam sibuk bungkus door gift and packing paper bag, kepala ni asyik dok ingat research je..itu la perjalanan seorg master student yang buat research....
kalau nak citer pasal majlis tu, rasanya takde apa sangat..cuma bila lihat sepanjang perjalanan majlis tu dapat disimpulkan bahawa bila majlis ni dah pakai catering, hubungan dengan mak cik pak cik saudara dah tak serapat dulu, ye la, datang hanya sebagai jemputan...nak borak banyak, bercerita itu ini sudah tidak ada lagi...memang la mak cik pak cik makin di mamah usia, dah tak mampu nak masak bagai..better guna katering kan, tapi apa salahnya kalau ada kumpul sedara mara b4 majlis, hanya sembang2, bertanya khabar....nampaknya kena ada Family Day untuk kuatkan ikatan persaudaraan ni...
kemudian, majlis sambut menantu hari Isnin, terus kami balik ke KL kerana risau dengan research..tp kan best kalau berlama-lama di rumah mak ayah kan...seronok, macam syurga dunia tau!..so perjalanan pulang kami, kami lalu laluan Gua Musang-Cameron Highlands...tapi sayang, tak singgah pun..sadis tak? juz lalu je...dah la jammed, maklum la kami kurang arif bahawa ada pasar malam kat Brinchang sana tu...lagipun kul 7 baru sampai Cameron Highlands...takpe, ada rezeki boleh singgah dan jalan2 area kat Cameron Highland yang sungguh crowded tu...
itu la cuti-cuti kami sempena CNY 2012..walau takde apa yang menarik, tapi kami berjalan ke 4 negeri, Terengganu (of course la), Pahang, Kelantan dan juga Perak...harap-harap lepas abis master mahu berjalan sakan..insyaAllah..mahu cuti2 Malaysia, tapi dengan syarat kumpul duit dulu...tapi tahun ni dah ader booked flight..hope jadi la..harap-harap master abis la termasuk viva, baru best jalan kan!
melihat perkembangan research? opss nak citer la sikit perjalanan master a.k.a thesis ni...writing baru 4 chapter..tu pun rongak-rongak lagi..experiment masih berjalan...tak tahu nak coding camner..dah try banyak perkara ni...ni try coding lain pulak...hope dpt settle this week...
perkembangan sofiya: masih belum berdiri a.k.a masih belum berjalan..tapi makin lama she is so cute...pada mata aku as her mother....gambar sofiya? belum ditransfer lagi, tunggu laptop siap dibaiki..ntah bila dapat, wallahualam.
okey la stop dulu cerita merapu meraban..apapun jadikan hari ini lebih baik dari semalam..so sila buat research anda..masa mengejar anda..terlalu cepat....
Thursday, January 26, 2012
ciri-ciri baitul muslim
Renungan:
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita. ‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga yang bertakwa.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana harta, maka pasangan bakal bercerai jika ekonomi dalam rumah tangga merudum dan muflis.
♥ Jika asas perkahwinan adalah kerana kepuasan nafsu, maka pasangan akan selalu bertengkar jika suasana di bilik tidur tidak memuaskan.
♥ Jika asas perkahwinan kerana kecantikan wajah dan tubuh badan, pasangan akan lari apabila rambut beruban, muka kerepot atau badan jadi gendut.
♥ Jika asas perkahwinan kerana anak, maka pasangan akan mencari alasan untuk pergi jika hati (anak) tidak hadir.
♥ Jika asas perkahwinan kerana keperibadian, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
♥ Jika asas perkahwinan kerana cinta, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal yang lebih baik, tambahan pula manusia yang dicintai pasti mati atau pergi.
Namun,
♥ Jika asas perkahwinan kerana ibadah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu kekal dan Maha Pemberi Hidup kepada makhluk-Nya. Allah mencintai hamba-Nya melebihi seorang ibu mencintai bayinya.

Geng Tidak Solat
Assalamulaikum
tertarik melihat video ni, maka kat sini share la dengan korg. hayati la ceramah ustaz Azhar yang sangat pendek tapi mantap. sesungguhnya meninggalkan solat adalah jenayah paling berat..wallahualam
Tuesday, January 10, 2012
artis-artis pun berusrah
assalamualaikum
hari sabtu lepas, aku berjaya khatam pertandingan video OSEM..apaitu osem..google je blog angle pakai gincu..maka kat sana anda tahu apa itu OSEM...
actually, masih bersiaran di klang, maklum lah cik husband exam kat uitm, maka port terbaik la klang ni..dan masuk 4 hari sofiya demam, 1st time dia sejak lahir..alhamdulillah, Allah masihkan sayang sofiya bila dia diuji dengan demam seperti kanak-kanak yang lain...
tetiba dalam fb aku, wardina safiyyah ada cerita tentang bestnya usrah..ya..BULATAN GEMBIRA..mmg best...
jom aku coretkan serba sedikit perjalanan tentang usrah aku...aku dilahirkan dalam suasana mak ayah yang ada fikrah, means mak ayah aku asalnya join usrah ABIM, tp bila balik terengganu, usrah ABIM ni macam chipsmore, kejap ada, kejap takde....so dalam mencari, mak ayah aku diperkenalkan usrah JIM. JIM stand for Jamaah Islah Malaysia yang masa tu di bawah kendalian Abu Urwah (skrg adun Hulu Klang -kalau tak silap)...
apa yang aku ingat, bila usrah ni, ada makan-makan..ye la usrah seminggu sekali, kat Paka, Dungun..best dapat makan2..aku just follow my mom, kawan mak masak sedap-sedap..itu yang best tentang usrah...kemudian berpindah ke Dungun, masa kat Dungun, aku jarang ikut dah besar la kan..lagipun start pindah sana masa umur 18 tahun...dah masuk matrikulasi...
masih aku ingat dengan usrah la, hidup kami boleh pergi mukhayam, ada qiammulail, ada jaulah, macam2 istilah yang ada...mmg seronok...masa tu kawan-kawan mak still mudah termasuk mak aku la..tp mak ni pangkat kakak, maka aku ni adalah yang paling berusia la di kalangan anak-anak kawan mak...
bila aku masuk matrik, mak mmg pesan cari la usrah...matrik uia mmg ada usrah dipanggil usrah juga tapi tak best seperti usrah mak-mak ni...walaupun mmg usrah mak-mak ni ada modul, cuma usrah kawalan uia ni tak best, skema sgt, dtg lewat je potong markah ke apa...usrah uia tu mmg wajib la..lagi mmg masuk dlm sukatan pendidikan uia...so dalam mencari usrah luar waktu wajib uia, aku jupa la dengan usrah WUFI (we unite for Islam)..ni usrah under PAS...arghh aku tak nak yang nie..aku nak under KARISMA, JIM..tp takpe, aku follow dulu...tp best juga usrah ni..tapi bila tahun ke-2 kat matrik, aku tak follow usrah hanya disebabkan usrah tu kena puasa..means after iftar jamaie..baru usrah...so aku segan la takkan tak puasa nak buka puasa sekali..tp itu la syaitan..akan menghasut benda yang baik....maka terkubur la perjalanan usrah semasa di pengajian universiti..kawan aku ada usrah tapi ABIM la...tp kat main campus, gombak masih ada usrah for 2 semester...
sehinggalah di akhir sem di uia gombak, aku usrah under khadijah...aku dpt usrah ni pun sbb anak mak cik azmi, hanisah yang ajak...alhamdulillah..rasa sangat ukhwah dalam berusrah ni...namun ujian masih melanda...aku gagal juga usrah kali disebabkan bila aku diberi tugasan, aku tidak menghadiri usrah kerana masalah peribadi yang sengaja dibuat...then untuk menghadiri usrah seterusnya aku malu..namun naqibah aku still memujuk aku..tp aku malu...maka syaitan berjaya sekali lagi menjadikan diri ini tidak usrah...huhuhu
ada lagi nak citer..tp panjang sangat pulak, nnt2 la aku citer pasal usrah bila aku dah habis pengajian di universiti...jom baca kisah usrah wardina click here
artis-artis/personaliti yang berusrah: wardina, irma, najla, catriana ross, (boleh tengok video OSEM mereke pada entry2 lepas)

Saturday, January 7, 2012
Jom pi Kenny Rogers
Assalamualaikum
Apa khabar para pengunjung blog yang tak glamor ni..oh sudah lama tak menulis benda yang simple-simple je kan..asyik yang berat je..sehingga takde org nak komen blog ni..tak pe..tak kisah pun...yang penting, 'sampaikan ilmu walau satu ayat'...
so maka dengan ini, secara rasmi aku mengajak kawan2 pakai baju merah on 11th January 2012..then pi KR kawasan yang berdekatan kerana order 1 percuma satu...
dua tahun lepas, awal tahun 2010 pun aku pun pernah try kempen ni..sorg je pakai baju merah pun takpe...aku suke muffin kenny rogers ni..lembut bila makan masa panas...nak kata KR ni makan favourite, tidak la..cuma aku yakin tempat ni bersih dan halal, compare Tony Romas, Chili's, TIGF..walaupun ada logo halal, tapi kalau ada bar, ada jual arak, sure la was-was...kan bersubahat lak..so kalau nak makan western, kena google resepi then buat sendiri..lagi terjamin kan..tp nnt ada lak yang cakap penyembelihan ayam dan daging tu sendiri..aduish banyak betul pantang larang nak makan kat negara yang majoritinya Islam..
sekarang, aku mula ketagih nak beli online...aduish, macam nak buat bisnes, tapi risau kengkangan masa, tak tahu nak bisness apa, kan jual baju baby, ramai benor org dok jual kat FB, lain la kalau ader rezeki, beli sewa kiosk ke..bleh juga...tp nak juga try buat bisness kecil-kecilan, macam jual home made muffin ke, biskut chipsmire ala famous amos, cheezy powder ke...ya Allah permudahkan aku untuk majukan diri ini dan juga jamaah..
so akhir kata, jom penuh KR di tempat anda pada 11 Jan nanti dengan berbaju merah..
Friday, January 6, 2012
selamat tahun baru 2012
Assalamualaikum
Alhamdulillah, sudah 6 hari kita berada di tahun 2012..sudah ramai blogger di sana wish happy new year..dan juga sudah blogger menulis about the new year's resolution...
namun dalam kesibukan mengejar wishlist tahun 2012, maka marilah kita sama-sama muhasabah diri kita, berapa banyak pahala yang dikumpul untuk bertemu Allah...dan berapa banyak dosa kita sepanjang hidup ini..sudah bertaubat kah kita atas dosa-dosa tersebut kerana kekhilafan diri ini...
maka rasanya belum terlambat lagi untuk diri ini berazam untuk menjadi lebih baik dari-dari tahun sudah.
teringat semasa berusrah di Academy Aura Solution, Petaling Jaya tentang apa yang perlu ada dalam diri seorg yang dikatakan 'muwasafat tarbiyah'.. so pada malam berusrah itu, 3 sifat muwasafat tarbiyah yang dibincangkan,; i) berpengetahuan tinggi ii) sihat tubuh badan dan iii) berdikari....
maka pada entry kali ni, nak share apa yang dikatakan berpengetahuan tinggi itu...pertamanya untuk menjadi sorg 'muwasafat tarbiyah', perlu la dia sekurang2nya membaca 2 juzuk al-quran dengan tajwid yang betul..means mmg kena hebat dalam hukum hakam membaca al-quran..bukan sembarangan je membaca...selain itu, hendaklah memahami maksud-maksud ayat al-quran sekurang-kurangnya 2 juzuk juga (tafsir al-quran), ketiga membaca sesuatu di luar perkhususan sekurang-kurangnya 7 jam seminggu..means sehari satu jam...tahu berita terkini, apa yang berlaku di seluruh dunia especially berkaitan dengan sahabat-sahabat Islam kita...
okey rasanya itu sahaj coretan pertama di tahun baru...bawah ni nak share a few video tentang OSEM..semoga terhibur di samping fikir-fikirkan lah dengan apa yang disampaikan dalam video tersebut

Subscribe to:
Posts (Atom)
Labels
AGAMA
baby
birthday
CORET-CORET
family
give away
Hari Raya
hobi
iklan
ilmu
islam
kahwin
kehidupan
keje
keluarga
kerja
KESIHATAN
langkawi
life
makanan
memori iium
Mu'adz
NASYID
negARA
nursery
palestine
pendidikan anak2
perkahwinan
politeknik
pregnant
projek
RESEPI
sahabat
sakinah
school
sofiya
solid food for baby
student
studnt
study
suami
susu ibu
tazkirah
uia
universiti
VACATION
video
WANITA
WEDDING