Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, October 29, 2009

papan tanda

ini lah dia papan tanda yang bakal ku print..alhamdulillah..dah siap lagi my work..syukur..ni tunggu time nak balik..

hujan yang gerimis

alhamdulillah..syukur padaMu kerana permudahkan diriku untuk menjalankan tugas ku sebgai hambaMu..

hari ni aku berjaya menghantar notis behenti kerjaku..syukur sgt2..Allah permudahkan...

aku berkorban lagi demi untuk bersama bakal suami ku yang tercinta..
semoga bakal suami ku menghargainya pengorbananku..dengan dah ada kerja tetap dan gaji yang boleh dikategorikan ok...sukar juga untuk membuat keputusanku..

aku sanggup jadi student semula dan berkhidmat di unversiti pula semata-mata ingin menjalankan tugas sebagai isteri.




itu kerja pertama ku, yang kedua aku pi pejabat agama..alhamdulillah..kebenaran kahwin dah dapat..syukur padaMu...nanti jupe juru nikah untuk berbincang pasal akad nikah..ayah ku yang kena jupe...


my third task ialah ambil gubahan bunga untuk hantaran ku..60 ringgit..tapi cantik la gubahan tu..aku tak berapa pandai sangat nak gubah bunga..kalau hiasan lain yang simple2 boleh la..kalau gubah bunga ni tak cukup kreatif lagi..majlis ku makin singkat...dah aku berada di politeknik pun ada lagi 3 minggu...


wow..masa cepat berlalu..bakal suami kata ibu sakit..risau aku..menitis iar mata pagi tadi..cuak la..aku ni memang cukup sensitif...mudah-mudahan ibu cepat sembuh..AMIN..
okey..seronoknya kalau banyak benda dah siap..mudah-mudahan berjalan lancar...kah kahwin pun dah edar-edarkan kepada kawan-kawanku di office ini...

Tuesday, October 27, 2009

memory

my friends- student mecha batch 03 2003-2007


di mana kawan2 ku ini? alhamdulillah, among of them masih boleh dicontact lagi..
agak2nya berapa ramai kawan2 ku yang dah kahwin??? agaknya 2/3 dah kahwin dan bakal kahwin kan! memory di uia selama 4 tahun terlalu banyak..but stop about it..

hari ni macam biasa no claz, tapi kena siapkan kerja sampingan..my work hampir siap..cuma aku nak buat test 2 for my DAD student..but i find the question that i ever taip...but takde dalam my hard disk...kerana pen drive hilang so aku pakai la hard disk..hard disk ni pun yang dr laptop first aku beli..dalam tempoh 5 tahun, aku pakai 2 laptop..yang last aku bli tahun 2007 dengan my sen...


okey memandangkan perkahwinan aku hampir tiba, maka aku pun pi la pejabat agama, konon nak amik surat kebenaran nikah then jupe tok kadi..but tak dapat pasal..tak cop lagi..suruh amik hari khamis..hope dapat la..insyaAllah. after pi, try la pi kedai baju yang aku tempah baju tu..tapi tak siap lagi...


yang penting aku dah settle my ptptn..huh..selamat lagi duit ku masuk ke akaun ptptn..sambil tu akan check my akaun tabung haji..wow!!masyuk..berkat kerajianan ku menyimpan...


aku belum pass my card to my officemate..khamis ni la..cadangkan aje...excitednya nak kahwin?? oh tak sabar pulak nak jadi isteri kepada si dia..maklum la dah lama kawan..hope..lepas ni diriku boleh mendidik diriku menjadi isteri solehah..macam2 citer aku citer kat sini..tapi satu pun yang tak menarik..
tentang kahwin..alhamdulillah..macam nak settle...pasal makan..mak yang uruskan..aku hanya urus diri je...semoga pernikahan aku berjalan lancar dan diredhai Allah..insyaAllah.



Thursday, October 22, 2009

kesabaran maksima

okey kelmarin merupakan hari kegembiraan ku setelah banyak tugasan ku settle..
namun semalam aku diuji dengan kesabaran dan ketenangan ku..pen drive yang mak punye hilang..
mula2 aku pikir ala..benda kecil je..tp tak pe la..dah nak hilang..tp one i think more, baru ku ingat markah budak aku ader dalam tu...tp dengan tenang aku bersabar..itu la muthmainnah..tenang menghadapi dugaan Mu

pagi2 aku...after datang ofis aku pi makan..setelah itu aku settle la skit my job..ingat nak buat keje la..fb tu sambil2 je..dan alhamdulillah..pb budak2 aku siap..cuma yang markah test takde dalam simpanan aku..maklum la dah abis tanda terus key in..hari ini aku ingat nak buat balik assgnment..tanda..bukan aper..takut banyak pulak kerja..


tgk2 rancangan mengajar..minggu depan ader assignment and quiz..
so i need to ready do all my work..minggu depan2 lagi ader test 2...
aku try buat soalan simple2 kat budak2 nie..cuma my mood nak buat kerja tu takde la..maklum la all note in my pen drive..cuma back up dalam laptop..skrg aku jarang guna laptop pasal adapter aku dah kena curik...sedihnya aku...
takpe setiap yang aku alami mesti ader ujianNya..

okey...selamat bekerja muthmainnah

Wednesday, October 21, 2009

hari rabu







title hari pulak yang aku guna
saje2 je...nak kata aku ni suke menulis..yup..
dulu2 suke tulis diary..
now i write on the blog..
well alhamdulillah,
banyak perkara yang aku dah settle..cuma masih dalam samar2 pun banyak lagi
especially booking tempat tinggal keluarga dia...
aku dah pun berjaya tempah juru mekap..
kalau ikut hati tak nak la make up 2 ni
tp kerana dia nak..terpaksa..
okey cakap pasal photographer...
aku hanya menggunakan perkhidmatan adik ku
maklum la photographer khas ni
tak nak la
belah dia dah ader..buat apa aku bazir duit untuk aku
why not seribu lebih tu aku simpan untuk
beli kelengkapan masa berumah tangga
when i talked about this to him..he just smile...

okey la..tinggal beberapa perkara je yang still in the blur condition..
risau tgk my fizikal..cuak bila makin gemuk..
dah try diet...turun la juga..
skrg masa raya tempoh hari banyak sgt open house tp takde la makan banyak
tp cuak tu mmg cuak la

okey la..borang nikah dah anto kat jabat agama
make up dah settle
semalam tanya pasal bunga untuk hantaran dan bunga tangan
okey..hope
semua settle...insyaAllah...
cuma my wedding takde pelamin, photographer khas, sirih junjung
lagi apa yer??? cincin kahwin pun takde...
mas kahwin je ade..dengan mas kahwin tu la aku boleh cincin kahwin...
hahahaha..apapun tak kisah...
alamamak..entry kahwin pulak hari ni...best ker citernya...

Tuesday, October 20, 2009

hantaran putih and purple









ini entry about kahwin..nak cakap pasal kahwin ke?? tidak la..
actually ikut hati banyak benda lagi tak settle...tgh pikir nak buat ke tak..
mcam wedding cake..nak buat ke tak?? pening gak pikir jawapan..


okey, hari ni try kuar cari apa yang patut..dok ofis bosan je..
nak pi cuci gambar and settle the other problem like mak andam n so on...
maybe nak pi pejabat agama..hantar borang nikah..
gambar kat atas tu google je daripada zue wedding..(gmbr dh delete)

okey actually my topic nak talk about perkahwinan jauh..suami di utara isteri di selatan..
pernah la aku berbincang dengan my parents pasal ni.
tak tahu kenapa ye i need to discuss about this...


okey maybe banyak benda happen yang berlaku di sekeliling ku..usrah ku mempunyai 5 ahli 
termasuk diriku yang comel ini..3 of us will be married soon..doakan kami semua..so tinggal lagi 2..alhamdulillah.insyaAllah 2 lagi akan menyusul...


okey...dalam kegembiraan kami utnuk berumah tangga, aku diberitahu oleh mak yang one of my mom's friend dah bercerai..on sunday..baru lagi kan!! anak bongsu baru berusia 2 tahun..tp sedih sgt2 kawan mak dah tak leh bersama sebab dah banyak kali dia punyer husband lafazkan cerai...begitu mudah si suami untuk melafazkan talak..tak kesian ke suami kepada anak2 nanti..dengan pendapatan kawan mak yang tak seberapa..macam mana nak sara hidup yer...

x-suaminya memang ader org ketiga..suaminya itu keje offshore atau boleh dikatakan jarang bersama...maklum la keje kat laut..so aku pikir la..bila kahwin isteri kena ikut suami..so berkorban la wahai isteri2 di luar sana..sanggupkah kalian melihat suami berasmara dengan perempuan lain kerana kurangnya kasih sayang dari isteri kerana berjauhan....syaitan sangat suka melihat anak adam bercerai berai...daripada bercerai berai elok la seorang berkorabn demi rumah tangga yang dibina.

di sini saya ada lagi satu kes yang boleh dishare dan dijadikan teladan baik untuk wanita atau lelaki. sebenarnya lelaki ini juga merupakan sahabat mak dan ayah..yang mempunyai fikrah...tp jodoh..Allah yang tentukan..si suami telah memadukan isteri tanpa izin kebenaran..kenapa jadi peristiwa ini? ntah la...
mak dan kawan2 pun lambat tahu peristiwa ni..sehingga la menimbul syak kepada anak2 remaja yang mengikuti satu program ketika dahulu..kahwin tak dihebohkan menimbulkan fitnah..ada adik tu bertanya kenapa kakak tu selalu masuk bilik pak cik tu..rupa2nya pak cik tu dah kahwin dengan kakak tu...
bila kita buat sesuatu tanpa berfikir..ini la yang jadi..bila isterinya tahu dimadukan..sedih la isterinya..lagipun mana ada isteri tak sedih bila dimadukan...dengarnya isterinya minta difasakhkan..ye la..nak kahwin 2 boleh tapi kena ada caranya..isteri yang pertama cantik, pandai. anak pun dah 6 org..


tp satu je kesilapan bila mereka berdua duduk berjauhan..sorang di barat sorang di timur.. sebagai kesimpulan..berkorban la untuk duduk bersama2 suami..perempuan dijadikan dari rusuk lelaki untuk disayangi..di dampingi..bukan bila kahwin duduk jauh2.......

Monday, October 19, 2009

last raya

hari ini merupakan last raya...30 syawal..
dalam pada itu tarikh 22hb nov makin kian datang..berdebar??
tidak sekali..

persiapan??? mungkin 50% dah buat...dalam cuti 3 hari sempena depavali aku
telah berjaya menyiapkan jahit langsir dengan letak reben kat door gift..
aku pun dah pandai gulung dawai untuk dijadikan hantaran..agaknya aku ni separuh kreatif..
alhamdulillah...

persiapan apa lagi yang tak siap??well, make up aku tak tahu nak cari siapa...huhuhu
kalau ikut hati malas nak make up tapi takut apa pulak kata diaorang especially si dia..
baju untuk nikah belum siap lagi..tudung pun tak tahu nak pakai macam mana..
kebenaran nikah belum..dia tak kasi gambar pun lagi...alamamak..macam banyak lagi tak settle..huhu (lakonan)

okey...sebenarnya bukan nak cakap pasal kahwin..tp dah melalut cakap pasal kahwin..baru je abis kelas pagi tadi..hari ni aku check in lambat 2 min..traffic jam kat lampu isyarat..nasib la diri...kalau cakap pasal keje..dah tak semangat..surat resign dah buat cuma nak call faizal tanya aper patut buat..okey macam diari pulak..

kita citer pasal student la..aku tak tahu la kenape budak2 skrg suka ringankan pasal solat..tak takut ker diaorg dengan azab Allah...yang pertama ditanya di kiamat nanti ialah SOLAT...kan ke solat tu tiang agama..kenapa budak2 skrg amik ringan?? tak tahu la macam mana nak bagi diaorg takut dengan azab ALLAH..

Thursday, October 15, 2009

keindahan kehidupan

alangkah indahnya kehidupan ini andainya kita nampak PAHALA yang ALLAH anugerahkan..

kita lalai kerana kita tidak nampak ganjaran yang ALLAH beri walaupun sebiji sawi perkara yang kita buat..ALANGKAH BERUNTUNGNYA KITA APABILA HIDUP INI KITA LIMPAH dengan amalan2 yang mulia.

okey now we go to my topic that will be discuss..
semalam aku menghadiri usrah..what i feel????? sungguh menyeronokkan..bertuah ku rasakan bila aku dibukakan hati untuk menghadirkan diri dalam usrah ini..usrah yang ku hadiri tidak membincangkan perkara yang terlalu memberatkan..normally usrahku diisi dengan pengisian tilawah, bahan wajib dan sirah...

semalam diriku ditugaskan untuk menyampaikan seerah...aku telah menyampaikan seerah anas ibnu malik..seorang anak kecil yang menjadi sahabat Rasulullah SAW. dengan mengetahui sahabat baginda, maka kita tahu tentang perihal Rasulullah. bertapa kagumnya ahklak mulia Rasulullah...subhanallah..itu la kehidupan..

disamping memblog, membuat persiapan majlis ku, aku kenal la mempersiapkan diri untuk bertemuMu yang Allah. bertapa aku takut menghadapiMu. bertapa malunya aku untuk menghadap Mu nanti. bimbingkan aku dan sahabat2 ku dalam membuat persiapan dalam menuju negeri kekal abadi iatu SYURGA.

aku cukup bertuah mempunyai naqibah yang berjaya mendidik diriku untuk hadir ke usrah. aku bakal berhijrah di negeri yang cukup hebat dalam jamaah..mudah2an aku bertemu sahabt2 yang mampu membawaku untuk berusrah seperti mana yang aku perolehi pada hari ini nanti.

sejak kecil memang aku telah diperkenalkan dengan usrah oleh my family..alhamdulilllah..bila masuk uia..still ada usrah juga..begitu la uniknya uia..tetapi kerana politik..usrah berteukar jadi halaqah dan seterusnya halaqah berubah menjadi 'study of circle'...begitu la pentingnya usrah dalam kehidupan kita..


~usrah~


dari segi bahasa pun kita tahu usrah bermaksud keluarga...bila kita dapat mengadakan usrah kat rumah, kita akan melahirkan anak-anak yang yang qudwah hasanah..

semalam terpikir, aku telah pun tempah baju nikah..tp tak tahu la baju tu bleh pakai banyak kali atau tak, mak mengharapkan baju tu boleh di'recyle' banyak kali..i hope i can...lagi satu kalau pakai cantik2 tu tabaruj ke? cuaknya aku..aku nak majlis aku diredhai Allah tp macam mana dengan kehendak dia..aku kena jadi macam aku..no tabaruj..

Wednesday, October 14, 2009

Ujian

kembali menulis..
kehidupan sabgai pensyarah sentiasa penuh ujian
especially dengan pelajar..
minggu ini aku diduga dengan telatah student yang agak
membengangkan aku..

bila dengar lagu REDHA dendangan kumpulan INTEAm,
aku pasrah setiap bait kata lagu itu..
tapi tak layak ke aku digembirakan..
kadang2 dalam cakap aku..aku nak seseorang itu mengembirakan
aku dengan jawapn positif..
aku terlalu banyak berkorban..
dari masa belajar sehingga aku bekerja..
aku terpaksa berkorban kerja untuk menyambungkan pelajran demi
nak berhampiran suami...
itu la ujian aku yang aku tempuhi..
bukan senang nak dapat kerja yang betul2 dah establish..
tapi aku yakin rezeki ALLAH di mana2
dengan niatku ingin membahagiskan dia..aku sanggup berhenti kerja
dan sambung belajar setrusnya menjadi pensyarah di universiti..
mudad-mudahan Allah mempermudahkan perjalanan hidupku nanti..
InsyaAllah..

sebenarnya hari ini adalah hari perhimpunan bulanan yang dianjurkan
oleh JKM. jabatanku..memang kelam kabut juga la nak menyiapkan ketupat..
aku tak pandai pun nak mengayam...huhuhu..tp syukur majlis berjalan lancar..
habis perhimpunan bulanan..majlis makan2 di rumah pengarah..
bulan syawal belum abis..tapi tahun ni penuh dengan jemputan raya..alhamdulillah..kesibukkan menunaikan jemputan umah terbuka aku mampu menghabiskan puasa sunat 6 hari di bulan syawal..alhamdulillah..esok ader lagi open house..tempat di poli lagi..

okey...list down the job what should i do...

p/s tanda ssignment budak dad2
tulis surat resign
memperkemaskan list jemputan
jahit langsir

Tuesday, October 13, 2009

keceriaan

actually in my polytechnic ada festival kebudayaan..tapi tak join pun..
what?? festival aper kalau sehari..festival normally banyak hari..well apapun congrate to my staff yang sanggup bersusah payah untuk menjayakan program tersebut..

makin lama makin lapang hati ini..kawan2 ramai dah sibuk cakap pasal baby..wow the beautiful life..itu la kehidupan..lahir n mati..bila mati ader 2 temapat je..syurga dan neraka..bila2 baca ayat2 Allah takut rasanya memikirkan azab di neraka kelak..nak masuk syurga rasa kerdil sangat..layakkan aku untuk memasuki syurgamu sedangakan diri ini masih lalai dengan keindahan dunia...

alhamdulillah, my family hidup dalam keluarga berusrah..aku masih ingat di waktu aku masih di sekolah rendah.. mak akan panggil kakak, aku dan adik2 untuk mendengar cerita...mak akan bercerita based on al quran..mak akan bacakan al quran dan terjemahan..aku masih ingat lagi mak citer nabi yusuf..sebab tu aku mengharapkan bila aku ade anak2...aku akan dedahkan usrah kepada mereka...

zaman nabi pun..senbelum berdakwah secara terang-terangan nabi pun berusrah di rumah al-arqam bin abi al-alqam...kepada bakal suami, diriku ini terlalu mengharapkan awak suatu hari akan berusrah je..bukan lama pun kalau berusrah..dalam 2 jam seminggu..kita perlu mengambil alih tugas rasullullah menyampaikan islam...bukan setakat kaum lain tapi sahabat2 kita...hati ini akan mati andainya hati ini tidak terdedah dengan jiwa2 islam...

masa kecil lagi aku sentiasa ikut program usrah mak..maybe masa kecil2 aku suke ikut sebab dapat makan..tp bila duduk dalam usrah..kita akan tenang..hilang segala beban kerja atau sebagainya...itu la kehebatan usrah yang aku rasai..rasa sangat ader org yang akan sentiasa bersama walau susah atau senang...mudah2an hati ini tidak dipalingkan Allah untuk sama2 memperjuangkan Islam..

Sunday, October 11, 2009

kesabaran itu perlu

kembali menulis setelah 2 hari bercuti..many jobs that i should attend last weekend samapi nak berblog tak sempat..
actually hari jumaat hari tu aku masak..masak nasi ayam dengan spagetti..budak2 nak datang..meraikan la..lagipun gaji baru masuk...alhamdullillah..kadang2 my tunang jeles pulak...

okey..after meraikan kedatangan student yang secara purata budak luar trg..aku telah memulakan memasak makanan yang paling simple..spagetti n nasi ayam..tapi sayang..makanan tak cukup..terpaksa menyuruh adik siapkan apa yang patut..my target 30 org..tapi ntah..tak tahu nak budget nak masak nasi kot..tu tak cukup..masak dalam kadar 10 tin...ntah btul atau tidak sukatan yang aku kira...nasib la semua dah get ready..just letak atas dapur..

semalam pulak aku menghadiri mpn..majlis perwakilan negeri..actually, aku secara rasmi dah jadi ahli jim, sebuah ngo dakwah...cuma ahli jim kemaman..aku kena tukar daerah la...tp tak tahu macam mana nak tukar daerah....huhuhuhu..after meeting, ader jamuan raya..best giler..menu daging kambing panggang..best la...then laksa..tapi happening gak la jamuan raya smi al amin kemaman...

skrg fokus hal hari ini..aku mengamuk..btul tak??bengang tahap cipan..masyaAllah..kenapa aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi..apa pun student buat aku sabar...aku nka tolong mereka tapi mereka tak nak..penat tau!!pasal student aku..aku sambung dulu..nak berlayar dulu...see in the next post..insyaAllah

Thursday, October 8, 2009

konsert gegar dan nahi mungkar

apa reaksi anda bila baca tajuk di atas? cuka..seronok..atau dunno to answer

di sini mungkin ilmiah skit yang aku akan tampilkan..bukan apa, aku sedar..
masa breakfast pagi tadi kawan aku bangkitkan peristiwa kiamat...
tanpa sedar tp kita patut sedar...

wahai sahabt, bangun la..sedar la..kita terlalu dilupakan oleh cerita dunia yang terlalu mengasyikkan..aku terlalu banyak menghabiskan waktu di face book...sedih melihat aksi2 kawan-kawan after graduate..escpecially cara pakaian..

for my friends, sebagai sahabat, aku ingin menasihatkan kalian kerana kalian semua sudah besar..tahu batas aurat..kepada yang menutup aurat tapi masyaAllah..pakaian yang terlalu ketat...itu bukan tutup aurat tapi tutup kulit..sedar la kawan2...disebabkan pakaian macam itu la banyak kejadian rogol dan seangkatannya..

yang nak jadi isteri..plz la jaga maruah suami...kepada sahabat2 semua...please jaga tingkah laku...semoga setiap apa yang anda lakukan hari ini mendapat keredhaan Allah..

sebenarnya aku dapat email dari pak cik yang mengatakan ader konsert gegar kat dungun..pekan yang begitu kecil dengan pembangunan tetapi mempunyai 2 buat ipta iaitu uitm dan politeknik..bayangkan anak2 muda yang akan pi konsert..sungguh hebat org di luar sana yang ingin menjatuhkan islam...kepada para sahabat yang berdekatan dengan dungun. sila datang malam ini untuk membuat bantahan konsert yang patut dikanselkan...

sesungguhnya islam itu indah..tak perlu konsert untuk mendamaikan jiwa...

peringatan diriku..." hendaK menjadi daie perlu berilmu"

Wednesday, October 7, 2009

hari malas



    • hari ini hari yang paling takde
      mood..ntah la kenape..maybe something will happen to me..

      kekadang rasa nak menangis bila
      melaluinya..


      okey when i
      opened fb..kebanyakan
      my friends pun malas..ntah la..agaknya hari malas sepejabat..

      sambil2 malas..sambil berfb..dengan
      itu saya pun menulis blog..untuk tatapan diri ini..kekandang blog
      ini memang banyak
      menceritakan hal peribadi..


      tadi saya follow blog kak nelli..so
      sedih bila baca budak
      kenal rogol hanya kerana ditipu lelaki..mudah-mudahan
      diriku dijauhkan...bayangkan si gadis yang bertudung labuh..dirogol dan terpaksa melahirkan anak...itula ujian dan ketetapan Ilahi.


      sambil berblog..saya buka la blog kawan seangkatan..satu
      jabatan..kagumnya diriku kerana dengan kesungguhan dia orang mampu buat blog untuk student...subhanaAllah..

      i must tiru macam dia...walau sibuk
      mana, masa yang Allah
      kurniakan 24 jam..sama seperti org lain...so no reason
      kenapa saya
      terkebelakang..cuma minat mengatasi segala2nya..



Tuesday, October 6, 2009

LIFE

kehidupan mesti ada kematian...pernah tak kita dgr benda hidup tak mati..
so my topic today is died..bila cakap mati..ready kah kita untuk bertemu ALLAH swt..

skrg ni most of us, like to make a blog..kekadang blog peribadi..so banyak la nak diciter..
kalau lihat diri ini pun bakal menamatkan zaman bujang tak sampai 2 months..rasa baru lagi his family came my house dan sarungkan cincin..so afraid to be a wife..my ambition to be a good wife macam isteri Rasulullah walaupun tak sehebat isteri2 baginda..

okey, sampai hari ini, mak cik hasmah dalam ingatan even mak cik dah menghadap Ilahi sudah 6 hari..bertapa cepatnya masa berlalu..mungkin diriku masih terkedu kehilangan sahabat baik mak dalam jamaah yang sama2 memperjuangkan perjuangan Rasullullah.

saya masih ingat, mak cik hasmah saya kenali awal 2008, semasa saya berkhidmat sebagai guru swasta di al amin kemaman. hampir 5 bulan saya di sana. mak cik hasmah ketika itu, masih dalam cuti sakit. mak cik hasmah sebenarnya masih di dalam rawatan kemo dan radio..

namun dalam bulan puasa yang lalu saya dikejutkan dengan penyakit mak cik hasmah yang kembali serius sedangkan semasa bulan 3 kami sempat berkhemah atau muqayyam bersama..ketika itu, mak cik hasmah nampak sihat..tapi semua itu kuasa Allah..kita kena redha apa yang ditentukan Allah kerana KEMATIAN itu pasti..

masa saya kecil2 dulu, mak saya selalu cerita bersama adik2 like usrah la..mak akan citer pasal nabi, cerita sahabt nabi..sungguh indah kehidupan kami masa itu..skrg kami dah besar..kena cari ilmu sendiri...so i must tiru macam mak..saya nak anak2 saya tahu citer nabi dari saya..alangkah indahnya kehidupan ketika itu...

okey la kerja perlu banyak disettlekan.stop menulis

Monday, October 5, 2009

mesra mall

kembali menulis..
hari isnin...semalam pi kl..alhamdulillah..settle sbhgn my problems..
surat kebenaran nikah dari pihak lelaki..baju nikah untuk dia
skrg just tinggal my turn..
langsir pun hampir siap
td pi mesra mall..ye la semlm tukang jahit, kak yah..bagitahu kain tak cukup..so hari ni pi mesra mall after kelas kul 10 pagi...balik ofis dalam lingkungan 12.30 tgh hari..tp sedih..kain satin tu tak dapat nak bayang kain warna apa..so tak bleh..nak suruh kawan yang duduk di kertih blikan...

so hari ni nak cakap pasal aper yer..sebenarnya i'm fasting..maklum la..mak ayah puasa..so join skli..puasa dah..alhamdulillah..puasa 6 pun dah...

okey, semalam pi kl sempena majlis kahwin nadya...so simple...tapi alhamdulillah..majlis berjalan lancar..just majlis makan dengan jemputan yang cukup sederhana...ramai juga yang pi kenduri nadya..maklum la pasangan pun budak uia...
antara yang hadir shikin, lin, eicha, lina, abby, maslina, alina, nadirah (dah pregnant 4 bulan), skin, liyana rafek dan ramai lagi...

okey la penat pun tak abis lagi..skrg time aku kena bertukus lumus siapkan 4 my wedding yang tak samapi 2 bulan..cuak..cuak

Thursday, October 1, 2009

kematian itu pasti

dukacita dimaklumkan sahabat mak, mak cik hasmah telah kembali ke rahmatullah..akhir penderitaan mak cik hasmah berakhir..mak cik hasmah kembali kpd penciptaNya 01/10/2009 jam 1 pagi bersamaan dengan 12 syawal 1430.
terkilan betul hati ini kerana tidak sempat untuk melawat mak cik hasmah ketika masih hidup..mudah-mudahan roh mak cik hasmah ditempatkan dikalangan para muttaqin dan org2 solihin..

sebenarnya saya tak berapa kenal mak cik hasmah..mak cik hasmah merupakan ibu kepada 6 org anak..anak yang bongsu masih kecil, umur 7 tahun lalu..seingat saya mak memberitahu mak cik hasmah disahkan kanser ketika itu saya masih menuntut di UIA..maybe dalam tahun 2005 atau 2006..tapi bila saya habis belajar, mak cik hasmah sudah sihat..setelah menjalani rawatan kimo dan radi...tetapi baru2 ni masa mpwn, mak cik yong memberitahu mak cik hasmah kanser tu merebak serang hati..masa tu 17 ramadhan..sungguh risau bila dapat berita tersebut kerana masa jupe mak cik hasmah ketika perkhemahan mak cik hasmah sihat...

sebenarnya saya pernah bekerja di bawah kelolaan mak cik hasmah...mak cik hasmah merupakan guru di smk geliga dan menjadi ahli lembaga pengelola sekolah al amin kemaman. pemergian mak cik sungguh terasa..semoga pak cik khairuddin dan anak-anak menghadapi ujian olehNya..sesungguhnya kehidupan ini satu kepastian..bagi yang masih hidup, kumpul la pahala kurangkan dosa.

al fatihah untuk mak cik hasmah