Followers

Mutiara Kata

Rasulullah shallallahu 'alaihi wassalam bersabda yang bermaksud, "Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka ketika di akhirat dikatakan kepadanya, Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang engkau sukai." (HR Ahmad, Ibnu Hibban, Thabrani, Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660).

Thursday, March 31, 2011

satu hari



tetiba rajin pulok nak update blog..macam takde keje je dok kat lab..yiha!!! actually experiment yang aku setup, aku dah ketepikan..malas nak layan..hahaha...ntah aper2 result aku dpt tadi..


ni aku citer kisah satu hari..peristiwa ni berlaku pada ahad lepas masa aku n husband n sofiya singgah econsave kat jln klang lama ni..saje cari barang kat umah..maklum la  beras dah habis..kena la dptkan yang baru...nak dijadikan citer, masa aku syok shopping..ada satu hamba Allah, agaknya baru kahwin..muka muda2 gitu..buat aksi tak senonoh..macam gian pulak..maklum la si isteri pakai baju kebaya yang mmg nampak habis..aduhai, dunia2..sure org tu melayu..even kt sini ramai chinese..si suami asyik dok gesel2..ya Allah malunya aku..malu btul andainya sofiya faham apa yang dibuat oleh mereka berdua.. itu la dunia sekarang, banyak cabaran dlm mendidik anak2..terutama anak2 perempuan..sbb tu is not easy nak didik anak2 sekarang..dengan perbelanjaan yang tinggi..dengan suasana yang cukup mengancam jiwa..walaupun sofiya masih kecil, tp kalau selalu didedahkan kes macam tu tak ker kotor otak sofiya nnt..so aku sebagai ibu mmg kena banyak ilmu dlm membesarkan anak2..


itu belum lagi suasana kat kawasan rumah aku..pagi tdi, b4 pi uia, adalah 5-6 anak gadis..hope gadis lagi la..dok bertenggek kat kawasan perumahan ni..dgn pakaian masyaAllah..ketat sana sini, make up tebal berinci2..tak tahu apa nak jadi..kenape la ramai sangat gadis melayu yang beragama islam berpakaian seperti itu??di mana kah peranan pemimpin dan masyaakat untuk mencegah yang mungkar?? adakah 100 % salah pemimpin..jawapan mmg pasti..sbb tu bukan senang nak jadi seorg pemimpin even as a husband..aku pun pemimpin kepada anakku sofiya..aku akan didik dia sebaik2 mungkin dgn menjadikan Rasulullah sebagai idolaku dan kaedah ibu n ayahku akan aku amalkan dlm mendidik anak-anak..


sambung blk kisah hai ahad, masa aku balik dr econsave tu, aku tertinggal beg lebah sofiya..betul2 aku lupe shingga dah sampai kawasan perumahan baru aku ingat..hehehe..nasib la aku n husband kena patah balik..tp nasib baik dkt juga..kemudian masa nak pi amik beg tu, ada la sister bawak keter tak pandang kii..dok pandang kanan..nyaris2 keter kecil vivaku tidak dilanggar..masyaAllah..banyak kan ujian Allah pada kite. semua ini sebagai renungan kite kepada pencipta..sejauh mana kite mengingatinya dan sejauh mana kite mengEsakan Allah.


sebagai berakhirknya penulisan aku untuk entry ni...aku ingin ungkapkan ..' hidup tanpa amal ibarat pokok tanpa buah'..dalam mengecapi kehidupan di dunia, keseronokan bersuami dan mempunyai anak, cuba luangkan masa kite dengan Pencipta kite..amalkan baca al-quran, solat sunat dn qiam- peringatan untuk diri ini.



sambil research sambil berentry





hari ni secara rasmi bebudak uia exam for this sem..sungguh cepat yer masa berlalu..pada farah, nija, hdyana, elliana..selamat menepuh peperiksaan..wish all the best to you..banyakkan study, doa, solat hajat kengkawan..tak lupe juge pada ana-mama sarah..selamat menempuh alam peperiksaan..


pada pagi ni, dgn bersemngatnya aku berjaya setup experiment, kekdg best dok sorg2 kat lab, tp lbh banyak fade up bla dok kat lab sesorg..so aku telah berjaya merunningkan experiment aku tu..tpi tak tahu la btul ke idak resultnya..mahu mengkaji lepas ni..perjalanan research aku masih jauh..macam kure2 perjalanan reseach aku ni..apa yang penting research ni perlukan kesabaran..maklum la buat research sesuatu yang berbeza dgn belajar di kelas..


actually sampai2 uia, laptop dibuka, fb dibuka, blog sana sini..so dlm fb aku ada srg my friend bagitahu someone who study sama2 kat uia meninggal dunia..usia sama dgn aku..1983-2011..sudah menghadap Ilahi..aku bila??ntah la..itu semua keje Allah..urusan Allah..aku sebagai hambaNya hanya perlu buat apa yaag disuruh, tinggal apa yang dilarang..nama yang meninggal ini Rudi Yanto Abdullah, aku lihat fb dia, ramai yang wish innalillahiwainnailahirajiun..kematian dia disbbkan oleh brain tumor @ brain cancer..actually aku tak kenal pun dia..dia budak law kat iium.. list kawan dia dlm fb cecah 1ribu org..ramaikan sahabat2 dia..maybe dia seorg yang baik, peramah sehingga begitu ramai sahabat dlm list fbnya. dan ada sahabat yang menceritakan wajahnya sungguh tenang semasa dikafankan..


aku mahu seprti itu juga, wajahku tenang apabila dikafankan..tapi macam mana hubungan aku dengan parents, mak cik pak cik, mak mertua, adik2, adik2 ipar, jiran2 dan sahabat2 semua?? masih jauh aku rasakan..sungguh takut mahu berjupe Allah bila merasakan amalku terlalu sedikit dgn usiaku yang hampir cecah 28 tahun mengikut kalender masihi..bagaimana carakah aku mahu menjadi seorg hamba yang dikasihi Allah swt..aku takut untuk masuk neraka Mu..kerana sesungguhnya azab Allah sgt gerun dan menakutkan. bila bercerita kematian, aku akan merasa gerun, aku takut Allah mengambil nyawaku tika ini kerana aku blom menjadi seperti sahabat2 di zaman nabi seperti anas bin malik, abu ubaidah dll.tp bagaimana aku mahu pertingkatkan amalku ini dan kurangkan buat dosa. Ya Allah aku tak layak masuk syurgaMu tapi aku tak sanggup masuk api nerakaMu..Ya Allah, Kau didik jiwa ini sentiasa ingat padaMu, sentiasa suke beribadat kepadaMu, sentiasa menjalankan amanahMu sebagai khalifah di muka bumi ini. Kau tetapkan lah imanku,matiku dlm agamuMU..ameen..



Wednesday, March 30, 2011

sofiya @ playground



entry ni saje je suka suki..untuk tatapan blogger yang follow my blog..actually ni gmbr sofiya smlm..mcm budak besar kan!! padahal berat br cecah 5.33 kg..makan tak nak..huhuhu..nnt genap 7 bulan try bagi solid food lagi..


sofiya kat playground kat tadika little azhar kat pj sec 16..belakang uia..sekeliling tadika ni umah besar2 semua..kalau dinilai mahu berjuta2 kot..even tadika ni sewa pun 3ribu per month..actually tadika JIM yang punyer..JIM merupakan NGO tp skrg nama JIM dah takde ..ditukar kepada Pertubuhan IKRAM..


gambar ni diambil gara2 takleh masuk tadika..so sofiya bergambar la kat playground..main gelongsor, jongkat-jongkit..tu macam tak meriah jer suasana..mahgrib baru bleh masuk..org dlm umah tu penat...so dia tak sedar aku bagi salam dn kak normah call..ye la mana taknya..kul 6.30 dah start buka tadika sampai 6.00 ptg..sure penat kan!!!aku start usrah kul 8.30 mlm..tp aku dtg awal sbb my hubby ada kelas kat uitm..so terpaksa la kan! apapun seronok berusrah ni..menyambung perjuangan dakwah rasulullah..


Dunia diciptakan untuk manusia, manusia diciptakan untuk akhirat

No MOOD

takde mood..hahaha..mood mahu aje pulang ke rumah tanpa berjupe dengan SV..boleh kah??
mmg rasa tertekan skit..ntah kenape..org lain rabu entry diaorg mst wordless..tp aku nak letak gmbr sofiya pun takde..so kena tulis gak la..menggantikan gambar..


tp apapun mmg takde mood even aku kat lab..dah setup experiment tp ntah no mood..tak jalan gak my experiment..susahnya buat research..maklum la..kena ngadap SV..kalu banyak yang progress bleh la juga..ni tak..segan mahu jupe SV kalau outputnya skit...


Ya Allah bantu la hambaMu ini dalam mengharungi kehidupan as a maste student...

Tuesday, March 29, 2011

MAMAELLY FIRST CONTEST

alhamdulillah petang camni mengisi waktu terluang apabila melihat anak kesayangan sudah nyenyak tdo..aku pulak tak pi uia..rehatkan diri di rumah..maka perjupean dgn sv tercinta tertangguh lagi..huhuhu..so sesiapa mahu join sila la tgk syarat dibawah ni..cukup ke tidak..




syarat2nye mudah je :

1) jadi follower blog mamaelly - sudah
2) letakkan banner bawah ni kat sidebar blog anda... - sudah juga


3) tinggalkan link dalam komen anda....kalau tak de link cam ne nak tau kan... makcik2 lalat adalah tidak dibenarkan sama sekali menyertai contest ini...- sudah semestinya
4) anda memiliki blog anda sendiri...yup satu kemestian
5) sila tag 3 orang rakan2 anda... nak bagitau boleh tak nak pun boleh..siapa yang kena


- ummi husna
- kinah
- mami hadeef

6) tarikh tutup pada 4 April 2011....

hadiah????? biarlah rahsia..hihi


pemenang akan ditentukan melalui cabutan oleh anak dari aii ni..
mama elly jugak akan teliti satu satu ayat yang anda hantar..

hihihi selamat mencuba

sekarang tiba masa aku membebel kenape aku suka baca blog mama isya:-
first time aku kenal blog mama isya setahun dulu..jalan2 punyer pasal..tertiba terkesan kat hati mahu list dlm my blog list..tp masa tu blom jadi follower..ntah kenape tak tahu..maybe belum tertekan punat kat follower atau tak jupe label follower..aku tertarik sbb suke baca kisah mama isya preggy masa tu..dgn kisah kehilangan si kembar, abg2 kepada isya..lagipun masa tu aku pun preggy..so bila baca blog mama isya senang nak cari brg2 for baby especially kat tenet, kemudian tu boleh kenal2 tempat org melalui blog mama isya..tp mmg suke baca blog mama isya yang banyak citer kisah kehidupan as a wife, mother, daughter..i like it so much..tu kot sbb utama aku suke buka n read pasal blog mama isya..sekian

Monday, March 28, 2011

bekal pi uia




















semua gambar2 tu aku amik kat google yer..so gambar masakan aku tak sempat nak snap..malas nak buka kamera pepagi..


okey hari ni aku buat sesimple makanan untuk dibawa bekal ke uia..dah seminggu tak bawak..sbb nyer tak tahu nak masak apa..asal masak masakan malam, sure sekali hadap je..so smlm aku pun cakap la kat hubby nak buat roti burger..okey jom tinjau bahan2nyer


BAHAN2:-


4 keping roti gardenia (utk 2 org dan 1 satu tupperware)
1 biji telur ayam
serbuk roti (colour putih tu)
minyak untuk goreng roti
2 keping burger ayam
2 keping cheese


CARA2 MEMBUATNYA


1.simple2 je..pukul telur terlebih dahulu
2. celup roti
3. kemudian celup dlm serbuk roti..goreng hingga kuning
4. angkat dan toskan
5. goreng burger..letak lada hitam skit
6. angkat then letak burger atas roti..then letak cheese
7. kepitkan dan potong berbentuk setiga..


siap...boleh letak dlm tupperware..tak perlu sos tomato, sayur2..sbb nak cepat siap..10 mint siap..boleh diamalkan selalu..

Saturday, March 26, 2011

1st time jahit kain felt craft



A untuk AYAM..gmbar ayam kat belakang tu..

ini la dia hasil jahitan guna kain felt..saje je suke suki nak wat craft tangan pulak..tp sure kena ada mood.. time takde mood mmg tak siap la..so takleh amik tempahan camni..tp kalau berminat ngan tempahan felt..boleh layan kat sini ..tekan this link...

aku minat bila tengok adik aku si kinah wat craft tangan dr kain felt..siap itaorg sama2 blog walking pasal craft ni..so adik aku dah wat biznes kecil2an..so kalau mahu sila jenguk blog dia kat link atas tu..

percubaan pertama aku ialah nak wat flash card tu..tapi tak berapa kemas sgt jahitan insang pari kat tepi tu..bila benang dah habis..terus mati akal macam mana nak sambung..hehehe..tp i like it..lepas ni nak buat percubaan kedua lak..tp kena ada mood dulu..br bleh jahit..kalau tak berhari-hari, berminggu2, berbulan2 baru nak siap..hehehe..

kalau nak tahu pasal felt craft kat blog adik aku tu banyak info..pasal supllier, pasal tutorial..nak beli pun ada...rajin2 la singgah yer..

kalau ikut hati macam2 nak wat guna kain felt tu..nak wat mainan untuk sofiya macam bola, dadu yang ada no tak pun abjad..so kena rajin ni..lagi satu kena kreatif dan warna warni baru baby suka..aku mahu buat sendiri atau tempah kat adik?? mana satu bagus??

JOM LAYAN GAMBAR SOFIYA 26 MAC 2010

Friday, March 25, 2011

Semua kerja kerana Allah



actually tak tahu nak tulis apa..tp nak gak update blog..tp gmbr takde tak syok la..lebih2 lagi gambar sofiya..my cute n notty girl..


rasa cam nak balik awal je...maklum la bila sms my SV takde pulak berbalas..malas sungguh aku nak call my SV..banyak benda nak bincang..chewaah..hebatnya aku..last2 aku dok berblog sana sini dan berfb..ada ker patut aku buat keje ni??ohh banyaknya masa aku habiskan masa depan pc..


almamak..tetiba ada idea nak bagi tazkirah ringkas ni..ye la bile ckp tntg masa ni..pernah tak kite muhasabah balik diri ini..terutama masa kite dgn Allah..berapa lama kite luangkan masa untuk mengingati Pencipta kite..kadang2 rasa bersalah pada Allah yang mencipta kite dengan sesempurna penciptaanNya..layak kah aku nak masuk syurga Allah dengan hanya solat 5 waktu..sedangkan solat tu hanya ambil masa 15 minit..termasuk pakai telengkung la..lipat sejadah??? opss banyak betul masa aku habiskan depan komputer..lihat benda2 maksiat..nauzubillah...


kenape diri ini kalau tak tgk fb, tak blog sana sini dlm sehari tak boleh ke? jawapannya hanya kerana diri kita sudah dikuasai oleh semua tu..kalau blogshop tu..mst berpuluh2 blog diintai..mencari kedai yang jual dengan lebih murah lagi...aku pun pernah bercita2 nak buka kedai tp blom masanya lagi..tunggu abis study aku buka blogshop sendiri kemudian ader rezeki buka kedai lak..mudah-mudahan tercapai impian tu...


okey kalau berblog n berfb dah jadi rutin, kenape tak jadikan amalan2 sunat sebagai rutin harian juga..tak cukupkan hanya solat 5 waktu je untuk masuk syurga Allah?? tidak dpt digambarkan dengan mata bertapa indahnya syurga Allah itu..oleh itu sila lah buat pahala banyak2 yer terutama si penulis ini..cari pahala secukupnya supaya senang untuk jupe Allah..tp sebenarnya senang nak dpt pahala..mulakan sesuatu dengan bismillah..kemudian niatkan sesuatu perkara..even main dengan anak pun bleh nyanyikan nasyid2 tentang kebesaran Allah..mengajar anak2 tentang Allah..sambil gosok baju pun, letak anak pun boleh bercerita itu ini tentang Allah..sambil masak pun boleh dpt pahala..jemur kain pun dapat pahala..lipat kain pun sama..alamak..senang juga mahu dpt pahala..semuanya dengan bismillah..


so takde la lagha sgt kalau asyik dok depan pc sambil tulis blog sambil dengan lagu ketuhanan dan juga mulut dok ikut sama nyanyikan zikir2 Allah ni..

Thursday, March 24, 2011

perkembangan terbaru anakku

nampaknya kat ukhwah blogger dah ada tajuk entry yang boleh dikongsi bersama..see here:-


Mourning Monday (sebab Monday blues kan? :P) 
Terrific Tuesday
Wordless Wednesday
Typeless Thursday
Fun Friday! (or FeelGood Friday? Hahaha)
Sunny Saturday.


Sunday tak ada entry sebab hari Ahad untuk berehat



ini direka khas oleh hannah (opss blom follow lagi blog ni..)


so camner??macam tajuk karangan la..tiap2 hari bleh update blog..tp hari ni aku rajin skit..jom tengok citer apa aku nak citer




actually..smlm lagi nak update blog..tp maklum la blog ni kena share 2 org..kalau sofiya dah pandai nnt, nampaknya kena share bertiga..tunggu ibu gaji besau ibu belikan sofiya laptop sendiri yer..actually laptop lagi satu still in maintenance..ntah bile nak siap..so payah takde laptop tu..tak dpt nak online..maklum la service wireless kat uia ni satu laptop satu wireless..kalu bnyk laptop pn ttp 1 je wireless..


aku nak citer pasal kehidupan sofiya sekarang...dah 6 bulan 2 weeks umur sofiya..apa perkembangannya??so far aku kagum dengan kesungguhan dia mengengsot utk dptkan sesuatu..tp yang pntg menarik perhatian dia..especially paper..nampak paper je terus berusaha bersunguh2..dah dpt..terus masuk mulut...apa la sofiya ni..geram tau..aku mmg tak kasi dia makan kertas..sbb ada karbon..so aku beli la lagi 2 buku untuk sofiya..colorful lagi...murah pun murah..1.90 terbitan pelangi...tp sori takleh nak upload gmbr..sbb aku skrg online kat komputer kat lab aku..takde gambar..


selain citer pasal sofiya bleh mengengsot, aku nak citer la sofiya punyer perangai tdo..asal kul 12 mlm..mst nangis..pujuk la camner..mst nangis..selagi cik b tak disuakan kat mulut..mst cry..aduih..aku yang dah ngantuk tahap gaban..mmg sakit ati la..apa la aku tak tahan layan perangai anak sendiri..nak tak nak..walaupun ngantuk..aku ttp nenenkan dia..then sama2 tdo..sehingga la terjaga lagi beberapa jam kemudian..aku nak tdo awal skrg??opss sori la..mmg tak bleh..palg awal mst kul 12..bagun kul 5.50 pagi...tu la sbb aku rasa macam dah tak cukup tdo aku ni..weekend pn sama..tp takpe la..itu semua liku2 kehidupan seorg ibu...


apapun aku sayangkan sofiya..sbb dia la satu2nya anak aku buat masa ni..semoga sofiya mampu jadi anak yang pandai, bijak..sebelum mengakhiri ni..tahniah diucapkan kepada student spm 2010 yang berjaya dpt result yang terdapat...one of them bekas al-amin kemaman..dia sekolah smaaza..got 11A+ (antara yang terbaik di trg) ..hbtnya..semoga bekas anak didik al-amin tu berjaya baik di dunia... mahupun di akhirat..nnt sofiya pun dpt A+ banyak2 camtu gak....

Tuesday, March 22, 2011

Gelagat Itu Ini

Gelagat itu ini, itula entry aku punyer title.kali ini entry pengalaman aku berblogging sana sini..salah hobi aku bila aku start berblog..ntah2 blog sape yang aku akan buka…kalau blog tu berkenan, maka difollow n setrusnya jadi blog list..tp follower aku still 29 org (setakat hari ni)..ntah bila nak cecah empat ribu org macam one of friend kat uia..sape lagi kalau buka cik nadia bayu..kenape dia ramai follower? Kenape aku tidak??krn nama dia sbb dia jadi glamour ke? Tp perlukah jadi glamour ni?? Jawapannya tidak..hidup la dalam sederhana..wokeh….



Entry aku kali ini bukan la nak menuduh ke, jeles ke, cemburu tp sbgai pemerhati..yakin dengan kehidupan ini berakhir dengan kematian kemudian dihidupkan kembali di alam lain..iaitu akhirat..kali ini entry aku nak citer pasal beblog org2 di dunia ni..ntah la..aku tahu blog ni tempat meluahkan perasaan, menulis apa yang terbuku di hati..tp kdg2 ia memberi rasa jelik kepada pembaca.




1st aku nak citer pasal aurat..aku perhatikan ramai para blogger ni yang tak tutup aurat..buka sana sini..sedih aku lihat..nak tegur, tak tahu camner nak tegur..sedih sangat2..lebih2 lagi aku sekarang minat membaca blog ibu2..ibu menyusu lagi la aku jejaki..sayang..banyak ilmu aku dpt kat sana..tp bila time tgk tak pakai tudung, baju pulak ntah apa2 fesyen..rasa jelek pula nak ikut blog ni..aku mencari ilmu tapi bila maksiat terdedah depan aku, apakah lagi bermanfaat ilmu itu padaku???? Aku bangga ibu2 skrg dah sedar bab menyusu anak sehingga 2tahun..tahniah ibu2 yang memberi hak mutlak anak2…
Aku tahu ibu yang menyusu anak mahukan yang terbaik untuk anak kan! Tiada seorg ibu yang mahu melihat anaknya gagal dlm kehidupan. Tp kite sebagai islam bukan hanya memberi susu kepada anak..tp juga pendidikan kepada anak..macam mana nak jadikan anak itu soleh atau solehah kalau si ayah dengan suar  pendek dan ibu dgn tak menutup aurat pegi sana sini..pegi shopping..melancong..anak-anak ni akan mengikut perangai ibu bapanya..dia takkan ikut perangai org lain..comel akhlak kite comel la akhlak anak-anak tu..aku tak caya ibu2 ni tak pakai tudung atau tak tutup aurat sepenuhmya disbbkan terlalu sikit ilmunya dlm bab agama..kalau penyusuan anak pi blog sana sini mencari ilmu, kenape payah blog sana sini mencari ilmu untuk diri kita?????

Untuk mentarbiyyah anak ni bermula dari kite..bukan tadika atau nursery, bukan guru agama tp semua dlm umah..tak nak ke anak kite berjaya dididik dengan kite..kalau bab penyusuan, permakanan kite boleh utamakan dari air tangan kite..kenapa tidak dlm pendidikan..wahai ibu2 di luar sana dan adik2 remaja..plz ye menutup aurat megikut kehendak islam bukan fesyen oleh artis sana sini..opp panjang btul coleteh aku bab aurat..



Bila blog walking ni macam2 citer kite bleh dptkan..ada yang terlalu over citer hal family..most yang citer pasal family ni adalah perempuan kan! Bile dah citer  pasal family ni, ada yang terlalu mengagungkan suami sehingga takde yang kurang di hdpn mata seorg isteri..hebatnya si suami sehingga disanjung seperti itu..bukan salah menulis itu ini ttg suami..tp berpada2..sbb kite tak tahu apa akan jadi pada kehidupan akan dtg.plg takut berpisah disebabkan penceraian..bukan jaminan bila couple 9 tahun atau 10 tahun hubungan kita akan berkekalan..sbb tu kena berpada2 dlm menulis..takut ada org yang mendoakan yang buruk2 kpd empunye blog..so bkn aku jeles kepada si blog yang ada suami romantic, sporting dn segala bagai ttp aku sedih bila citer umah tangga terlalu diwar-warkan kpd public..so kpd diri ini juga, minta2 la aku bersederhana dlm hidup aku..berpada2 dalam menulis kehidupan aku yang sudah lengkap..dgn adanya suami dan anak..aku harap dengan blog yang aku ada ni boleh membantu diri ini mentarbiyyah diri ini supaya sentiasa ingat setiap kehidupan ini adalah ujian Allah..baik kaya atau miskin, pandai atau bodoh, ada anak atau tidak, belajar tinggi atau tak berpeluang pada belajar tinggi dan semuanya..adalah UJIAN..semoga apa yang tulis ini tidak menyinggung perasaan sape2..Cuma sekadar tazkirah ringkas diri ini..



1st solid food untuk sofiya

1st solid food sofiya: puri pisang


actually aku upload gambar ni mlm tadi..pnyer lembab p1wmax..so pg ni baru aku nak menulis..takde faedah letak gmbar je tanpa penerangan..


actually entry ni nak tulis masa 1st sofiya start diajar solid food..tp ntah camner asyik tertangguh2 keje ibu sofiya ni..tp skrg sofiya dah stop solid food..sbb dia macam tak minat je..tp aku try gak suakan kurma..aku juz lenyek kat tangan kemudian suapkan kat mulut dia...macam dia minat tp tak la makan banyak sgt..ciput je..lbhnya masuk mulut ibu dia...


okey gambar kat atas tu puree pisang..siap beli bekas solid food bpa free..pureen product..sudu garfu pun bpa free..nasib murah..kena pandai survey..semua tu aku beli kat jj mid valley..excited nak bagi sofiya makan..sure la pinggan mangkuk sofiya pun mst ada hak dia..takleh share dgn pinggan ibu ayah dia..


macam mana nak buat puree pisang?? senang je..1 biji pisang dengan air..air tu agak2 la..jgn banyak sgt..nnt jadi apa pulak kan..nnt jadi air pisang pulang..masuk dlm blender pastu blend je..dah siap terus tuang dlm bekas..then bleh suapkan..


4 hari sofiya makan banana puree..tgk rupe dia 1st time makan..ok..comel tak???




'sdpnya pisang ni ibu'


hari ke-5 after balik dr klinik wat medical check up, aku masak bubur..cara-caranya macam ni...


bahan2


1 genggam beras (cap moghul basmathi)
3 cawan air
5 hirisan lobak
1 ketul daging ayam (2 cm x 2cm)


cara2nya


basuh beras hingga bersih..rendam beras dgn air selama 20 minit..kemudian masukkan lobak dan ayam..masak la dlm slow cooker..mmg slow giler..dah siap masak..blend yer..kalau nampak takde air..sila tambah air dlm nasi tu yer masa blend..kemudian bleh la diberi makan kpd anak tercinta...


yang lebih tu bleh difrozenkan..aku frozen pisang n nasi tu..tp cian lak asyik2 makan frozen food..so aku masak lagi bubur sofiya..tp dia tak nak makan..yang frozen tu still ada bnyak..memandangkan asyik sembur je..aku stop la dulu..dah 2 hari dia tak makan bubur..biarkan dulu..nnt aku ajar lagi..even letak ebm pun dia tak nak..takpe belum get ready nak makan..tp bila aku n husband makan..sure dia pandang...hehehe..


jom skg layan gambar manja sofiya




aksi 2-beranak: macam keletihan


sofiya with hers gadgets


sofiya atas nursing pillow


bila ibunya takde keje


bila ibunya bz bertenet dn berfb

Saturday, March 19, 2011

oh itu kah cinta

sudah hari sabtu..hari dok lepak umah ibu je..tak kemana-mana..malas pulak nak berjalan2..sebenarnya nak tulis entry pasal 18 march 2011..apa ada pada tarikh tu...jom scroll bawah yer...














tadaaa...actually tu tarikh kami declare..'i sayang u' you sayang i tak?'
sebenarnya aku tak perasan bile tarikh rasmi kami mula bercinta..tp suami yang bagitahu 18/3/01 adalah tarikh aku bersetuju jadi his gf...

actually kalau nak citer pasal couple ni..panjang citer tp biar lah kami je tau..no publish2 la..perjalanan kisah manis  pahit kami biar la kami simpan dlm diri ini selagi masih dikurniakan akal oleh Allah..
cuma aku bleh citer yang kami jupe after 6 bulan couple..ada perjanjian antara kami..dan kami jupe kat tenet..disitu la jodoh yang Allah perkenalkan..bersalah juga pada Allah kerana telah couple b4 kahwin..kalau sofiya jatuh cinta b4 dan ditakdirkan blom abis belajar dah ada org minat dia..aku terima je..tak perlu dia wat dosa bercouple ni..

so smlm takde la wat prepation mana pun..mana taknya every day pi uia..kebtulan semalam aku ada usrah..my hubby pun ada kelas..so after balik kelas..makan la kat a&w..makan coney dog yang sosejnya panjang 7 inci, ayam goreng 2 ketul..bab ayam ni KFC lagi sedap la..dgn air milo ngan rootbear float...
gambar ada dlm hs suamiku..tak payah la upload..cari je gmbr kat google lagi bagus...




credited by cik google

apapun macam tak percaya cinta kami dah 10 tahun dan juga 11 tahun usia perkenalan kami..bermula after aku lepas SPM..tp alhamdulillah..jodoh kami...so kat sini aku tak nak la terlalu mengkagumi suami ku..nak melebih2kan suamiku..nak bercerita kekrgan dia after dan setahun hidup bersama..kehidupan aku dgn suamiku biarlah menjadi kenangan kami berdua..tak payah nak coretkan di blog ini..kat anak2 pun biar lah aku story sendiri...sbb aku tak tahu apa akan jadi masa akan datang..so tak perlu la berlebih2 untuk menceritakan sesorg sehingga suatu hari ni kite akan benci apa yang kite suke hari ini..

so entry juz to remind me bahawa hari kami mula bercinta ialah 18 MARCH 2001...

            
i love you and you love me

Thursday, March 17, 2011

research oh research


dah lama tak update my blog ni..since weekend ada je xtvt mahu dibuat..kalau ckp time..mmg rasa terlalu laju masa berlalu hinggakan macam dah tahu apa yang patut dibuat..sure ni bebel pasal research lagi..ntah bile research nak abis kan!..maklum skrg dok sibut wat surat perlanjutan biasiswa tpm ku..hahaha..aku bukan extend study cuma nak lanjutkan biasiswa aku dr 18 bulan ke 24 bulan..kalau ikut course aku mmg 2 tahun..normal tu..kalau minima mmg setahun..tp larat ke aku..oppss tidak..nak layan husband nak main dengan sofiya..yang penting take it easy and study dengan enjoy..tak payah nak kejar sana sini..ada masa jom jalan sana sini..


entry aku nak citer la..aku give dgn laptop ni..aku TERPAKSA beli laptop baru..nasib la 2 nd hand..naper perlu laptop baru..sbb software aku nak guna tu hanya bleh access dengan operating system window XP..nasib ada duit berkat menyimpan dulu..rasa ralat juga bulan ni banyak sgt habis duit ni..tak sabar2 nak tunggu elaun masuk..dan lagi tak sabar nak abis study ..then keje..tekanan keje ngan study berbeza..aku pun pernah keje gomen satu tahun setengah..dah keje nak kumpul balik duit..tp bile dah keje..sure pk nak beli umah kan! kawan2 aku kebanyakan dh beli umah..especially yang keje kat luar kl..kalau umah area kl n selangor ni mahal nak mampuih..tp rezeki tu Allah punye kerje..


alamamak tersasul lak ckp benda lain..berbalik title di atas, sudah seminggu kat lab ada komputer tapi malang software or gadget aku nak guna takleh install..ntah sape la bleh install kan! mmg leceh kan kalau tak pandai software ni hingga terpaksa beli laptop baru..sadis..sadis...software and hardware tu aku guna dipanggil gtec..nnat aku tunjuk gambar..okeh..software ni merupakan biosignal..maklum la projek aku lebih kepada movement of wheelchair using eye movement..so kat sini eye movement menggunakan konsep eog..eog bleh refer kat mana2 website la yer..kan citer banyak tak faham la..tp aku ckp kat sini, bleh collect data from eye movement..maknanya setiap muscle mata tu diambil signal menentukan sama ada wheelcahair can move forward, backward or turn left or right..wow nampak menarik kan!cuma aku still terkial2..ikut gant chart aku kena buat algorithm..so skrg mmg dok tgh faham algorithm, path planning dan juga fuzzy logic..banyak kan keje aku..tp mana satu nak buat 1 st aku tak tahu..selagi aku tak dpt install gtec..aku btul2 diawang-awangan..mencari kedudukan aku sebenarnya..dlm software gtec ni banyak sgt folder dan benda nak kena nak install..aku dah install kesemua tapi tak jadi..huhu..sabar je dengan dugaan hidup ni..




gtec

opss lupe la..aku pernah la tengok org gtec ni wat demo kat kami bertiga, jazlan, elliana n me..masa dia tunjuk tu nampak cam senang je..tp bile diaplikasi sendiri blom dapat..padahal org 2 dah 2 weeks lalu dtg uia..so skrg aku tgh tunggu respon dr support company gtec untuk bagitahu kaedah yang betul untuk aku install gtec ni..okey la..skrg kite citer lagi satu masalah..masalah matlab pulak..okey


actually untuk my research ni aku guna software visualnastran untuk modeling wheelchair ni..dia boleh simulink dengan matlab..tp bile aku wat set path..tak dpat..alamamak..masalh lagi..kena tanya my sv ni..padahal 1st time aku buat dulu dpt..skrg dah tak dpat..nak cry..nak kata matlab tu tak support visual, kenape 1st aku buat dapat??? ni konfius..banyak kali gak reboot laptop..tp semua still tak bleh guna..mmg malang btul..takpe..kite jupe sv untk settle problem matlab ni...






matlab

okey..takleh merapu banyak2..sbb ni research..skit2 sudah la....

Friday, March 11, 2011

perjuangan belum selesai

sebelum memulakan penulisan aku hari ni..nak citer la skit supaya menjadi peringatan pada diri ini..citernya pasal ahli neraka...pengikut blog aku yang dikasihi..kite senanya dah tahu kan siapa ahli neraka..iaitu org kafir yakni org tak yakin dengan kewujudan Allah dan juga batu2..opps ntah btul tidak ayat aku ni..aku dpt info la pasal ahli neraka ni dr kakak naqibah aku ni..kak normah..sumber dr majalah solusi bulan ni..tak pernah lagi baca majalah solusi..asyik dok tengok dr jauh..kena dptkan ni..citer pasal ahli neraka..iaitu bertapa hodohnya ahli neraka..mahu tahu?? jom baca lagi kisah aku ni..saiz ahli neraka akan bertambah dr sehari ke sehari..means bertambah saiz maka bertambah seksanya yang Allah turunkan pada org tu..lagi satu..saiz org kafir ni adalah 3 hari perjalanan dengan kenderaan paling cepat..apa kenderaan paling cepat tu? kapal terbang..roket? jet pejuang??pi london pun kalau naik flight 13 jam..inikan kenderaan paling laju..3 hari lak tu..tak tahu la 3 hari ibarat hari kat dunia atau hari yang ditetapkan Allah yang mana 1 hari di neraka bersamaan 70 tahun di dunia...ya Allah besarnya saiz org neraka..kemudian diceritakan saiz gigi geraham ahli neraka adalah sebesar gunung..aduih baru 1 btg..buruknya org kafir..macam mana nak makan...semua ini ada dlm hadis tp maaflah takleh nak quote la..nnt aku dptkan majalah solusi tu dulu..apapun apa perasaan anda bila diceritakan tntg kiamat???aku??sungguh gerun..takut sangat..so apa lagi kawan2..cepat2 la kt muhasabah diri dulu, sejauh mana kah kite telah menjalankan tugas dakwah kite baik kpd muslim dan non muslim...ajaklah reramai mengEsakan Allah...sesungguhnya azab Allah yang dikatakan itu sungguh takut..bayangkan seksaan paling ringan pun bila berjalan atas api..otak mendidih...YA ALLAH bantulah kami mendaulatkan agamaMU.mengikut segala syariatMu dan meninggal segala laranganMU..


panjang lak tazkirah..maklum la hari jumaat..sekurang2 takde la penulisan aku ni sia-sia je..adalah juga sedikit pengisian yang boleh ditulis...dulu, masa kat politeknik, ada la 3-4 org my student non-muslim..pernah la aku berdebat..contahnya kenape kamu bagi tuhan kamu buah limau la..makanan la..tp saya tengok camtu gak..bila masa dia makan..macam2 la jawapan budak2 ni kan..hingga ada my student..muslim tu..puan tak baik tau buat camtu..kadang2 mmg aku buat camtu sbb nak diorg fikir...tapi aku ada sorg budak ni..org siam..budha la katakan..aku ajak dia masuk islam, tp dia takut nak masuk islam selagi mak dia ada..belum dibuka pintu oleh Allah..budaknya baik..aku doa semoga Allah bukakan pintu dia masuk islam..aku sayang sgt dia..aku rasa bersalah andainya mati dalam kekufuran..tp pernah dia cakap..org islam pun ramai buat dosa, tak mengaji..apa beza dgn dia..bezanya satu..tauhid...kawan bertuhankan Allah sedangkan kawannya tidak..


alamak, entry mukadimmah dah berbeza dgn apa yang aku niat mahu tulis..huhu..sebenarnya nak citer pasal penyusuan susu ibu..alhamdulillah my comel dah pun susu ibu selama 6 bulan..syukur sangat aku berjaya susukan dia...bukan senang untuk ekslusif susu ibu...banyak duit perlu dihabiskan dan perlukan ilmu untuk diaplikasi..actually..mmg niat aku nak susukan sofiya dgn susu badan aku..idola aku adalah mak aku yang berjaya susukan badan kpd semua anak2nya..walaupun aku hanya 1 tahun 6 bulan..tiada idola lain melainkan mak aku...masa aku pregnant, aku tak amik berat sgt pasal penyusuan susu ibu..means apa yang terbaca aku noted kan aje..takde la lebih2 nak blog sana sini..sbb masa pregnant aku lebih suke kepada keperluan asas untuk bakal my baby...so ilmu tu cukup-cukup camtu je..tp bila ada baby ni..aku join KIM -kumpulan ibu menyusu..thanks mama husna yang invite aku join group tu..kat situ la banyak terima ilmu..aku tak minat sgt susuibu.com..maybe cara diskusi forum tu tak best..sbb tu aku tak excited..aku prefer blogging sana sini dr masuk forum tu..hehehe..maafkan editor susuibu.com yer..kurg minat skit...


so selama 6 bula penyusuan ni banyak halangan dan dugaan yang aku tempuh terutama diawal2 kelahiran sofiya..aku lupe hari keberapa sofiya sudah disuakan air kanji [ air dr air masak nasi yang belum kering]..banyak kali juga disuakan..hati aku mmg sedih..mmg menangis..tp takkan aku nak menitis air mata depan my MIL lak kan..ni semua gara2 mak cik indon yang dtg umah..kasi la makan itu ini..aku ni kena pantang dengan cara btul..nnt badan tak lawa, suami cari lain..kemudian ibu pun ada kasi air masak..aku tak mampu nak bersuara...maklum lah my mil...nak dijadikan citer..aku pernah alami kekurangan susu ibu..masa tu sofiya 23 hari..sofiya seolah2 tak kenyang...tp hari tu mmg aku tension..tension sgt2..maybe kerana tugasan dgn mid term yang bakal aku tempuhi..huhuhu..so apa lagi..dikasikan lagi air kanji..sehingga aku bagitahu kat suami aku 'aku failed dlm menyusukan sofiya secara esklusif..tanpa air masak dan apa2 makanan kecuali susu ibu'..bukan hanya setakat air kanji..tp nestum diberinya..masa tu berat sofiya naik 280 gram je...so nak bagi badan dia naik terpaksa bagi nestum..menangis lagi aku ni bila sofiya disuakan nestum..


masih kuingat lagi yang my mil pesan belikan nestum untuk sofiya..sampai kedai my hubby terus pi bhgn nestum..jupe la n dok tanya nak beli mana satu..aku buat muka toya..nestum tu untuk 6 bulan ke atas..aku berkeras tak nak beli n tak nak bagi pun...sampai bermasam muka la dgn cik husband..balik umah mil tanya beli ke tak..my husband ckp..dia lupe..hehehe..pandai lak jawapan dia nak selamatkan diri..tp rupa2nya esok my MIL beli..siap 1 kg...huhu..sabar je aku..my MIL ckp takpe..campur dengan susu ibu...masalahnya aku nak bf sepenuhnya..itu niat aku..aku mahu jaga pembesaran dia..bukan saje2..so aku trg la kat suami kenape perlu susu ibu je...so akhirnya my husband citer kat MIL..so dia bleh terima..sejak tu sofiya mmg fully bf..masih aku juga..masa time susu takde dlm fridge, my MIL suruh aku pump susu..sedangkan susu aku  bukan banyak pun..nasib la aku tekun dpt 3 oz..susu ni akan dicampurkan nestum...aku patuh je..dlm hati ni memberontak dah...


apapun itu la antara cabaran penyusuan aku terhadap sofiya..skrg sofiya leh makan..lain kali aku citer entry makan lak..ni citer kejayaan menyusukan sofiya dengan susu ibu sahaja..alhamdulillah..selain niat aku nak susukan sofiya dengan susu ibu..ada satu lagi sbb ialh..susu formula ni mahal..aku ni kan student lagi..tak mampu nak belikan susu formula kat sofiya..tunggu la umur 2 tahun, aku kasi dutch lady 123 tu..masa tu insyaAllah aku dah keje..so adalah income..kalau nak cakap pasal penyusuan susu ibu..sure la penyusuan susu ibu banyak modal yang perlu..nak beli storage bottle, nak beli pump (aku beli masa sofiya 23 hari), storage milk..takkan nak isi dalam bottle, tak muat peti..ada yang tu susu banyak sampai melimpah..terpkasa beli deep freezer..itu yang asas la..kalau org lain nak tambah gadget lain tu..terpulang la macam bra nursing, nursing cloth, cooler bag, warmer, sterilizer, milk booster dan sebagainya..apapun susu ibu mmg yang terbaik tp tidak bermakna susu formula tidak baik..susu formula merupakan alternatif andainya susu ibu tiada..


susu aku mmg tak meriah macam org lain..kalau pump dlm 5 oz tu jarang la..biasanya 4 oz camtu la..tp kena acap kerap alhamdulillah..bleh la kumpul sehari dlm 15 oz...kalau lagi rajin sambil tandem mst lagi banyakkan!apapun peti ais aku dah penuh gak dgn stok sofiya walaupun tak mcm ibu2 dlm KIM..apapun tahniah pada sofiya n diri ini yang berjaya dlm penyusuan susu ibu 6 bulan..selagi ada rezeki ini, akan kuteruskan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun..kerana anugerah susu ibu ini hanya pinjaman sementara..bila2 Allah bleh tarik nikmatnya..hendaklah sentiasa berdoa semoga Allah masih kurniakn susu ibu kepada sofiya...akan ku buat yang terbaik untuk sofiya dlm semua aspek termasuk pemakanan dan pendidikan.. 

Wednesday, March 9, 2011

JOIN CONTEST AKU KAYA



ini dia sesesiapa mahu kaya sila join this give away..

jom tengok syarat2nya..


1.jd kawan aku...hehehe macam paksa plak (klu nak jd ble, xnk jd pun ak tak paksa)
2.pas tu letak aku di dlm bloglist mu...hahahaa lg kejam  (mudah nak rujuk siapa pemenang)
3. letak header aku
4. buat entry tajuk JOIN CONTEST AKU KAYA
5.aku nak 1 sebab dari ko, kenapa ko baca @ TERbaca blog aku?
6.tag satu kawan yg lain..
7.jgn lupa paste url kat entri ini

HADIAH FULUS...TUNAI RM300


TARIKH TUTUP: 31 MARCH (11.59 MALAM)

itu adalah syarat2 penuhnya..so kat sini aku tag adik aku la..kinah..sila join give away ni..kalau kau menang, belanja aku kat secret recipe..wokeh..

dah tag, maka nak tulis la kenape aku terbuka @ terbaca blog ni..sbb aku berblog member aku ni..so dia pun join blog ni..apa lagi..dengan masa yang ada..mood yang ada tgk la apa pulak give aku kaya ni..so kire terblog la..baru nak kenal empunye tuannyer..so selamat berkenalan yer..so mari la jadi kawan aku la..sila link my blog pun..hehehe..tp blog aku ni blog peribadi..so bukan blog ilmiah..kekadg je berilmiah..so lepas ni bleh la aku berblogging kat sini kan!!

'Jom Join Bloglist Blogger Baru'


Kepada sesiapa yang follower belum cukup 300 org boleh join..aku baru 24 org..tak pandai nak promote blog..lagi pun blog ni hanya kenangan indah dan pahit aku dilahirkan di dunia ini. 
senang ajer syarat2 nya.. so nak tahu lebih lanjut sila klik here

yang penting buat title sama macam aku buat..diikuti dengan gambar di atas..tp kena link kan gambar tu dengan entry empunye badan..so klik lagi sekali here

dah cukup syaratnya..sila link kan entry anda ke empunyer blog..so mudah kan! jangan segan atau silu untuk join bloglist ni..